Wednesday, February 4, 2015

Dietkah Aku?

Kalau bukan kerana high blood, kosser aku nak berdiet bagai!
Tapi kan..atas kesedaran diri sendiri, maka aku pun memaksa diri untuk berdiet.
Ok bukanlah diet sampai mengira kalori semua, cuma kurangkan makan.
And exercise. Seriously. Tak caya sudah. Namamu dolah tetekmu sebelah (apa kena mengena pun aku tak tau..belasah je lah!)

Sebetulnya tabiat makan aku memang horrendous.
Heavy breakfast, heavy lunch, heavy dinner and supper lagi.
Tetiap malam dalam jam 10 gitu mesti perut bunyi2 kelaparan.
Boleh dikatakan almost everyday aku mesti supper sebelum tidur.

Kalau makan nasi, jarang tak bertambah. Lebih2 lagi kalau lauk pedas...hoih..dari 2 pinggan boleh jadi 3 pinggan nasi aku balun.
Makanan yang berlemak lemak lagilah aku suka.
Tetel, lemak, paru, limpa, perut...semua tu feveret aku.
Manalah badan tak gemuk gedempol.

Bila dah start makan ubat darah tinggi, aku agak insaf disitu.
Aku cuba tahan diri dari ikut nafsu.
Breakfast masih macam biasa, mi/mihun/kuay teow/nasi goreng (ini aku kena slowly ubah soon).

The first few days aku kurangkan portion nasi.
Cuma 2 sudu makan every meal.
Lauk cuma 2 potong ayam tanpa kulit or ikan and banyak sayur.
I tell you it's not easy ya...seksaaaaa yang amat!
Tapi aku kuatkan hati tahan je lapar tu.
Kalau lapar malam aku cepat2 teguk air atau makan buah buahan.

Masuk minggu kedua, alhamdulillah slowly aku dapat adapt.
And nasi putih aku ganti ke nasi tanpa kanji atau roti.
Portion masih sama, 2 sudu makan setiap lunch and dinner.
Kadang2 dinner aku tak makan nasi, cuma ambik lauk and sayur saja.
So far so good, memang boleh nampak sedikit perubahan.
Sebelum aku start diet, my weight was 97kg. Sangat overweight bagi a 5ft person like me.
3 weeks ago, it was 93kg. Dah kurang 4kg
2 weeks ago kat gym, 86kg.
Nak kata happy...memang happy jugak sebab dah nampak hasilnya kan.
But to say I'm overjoyed of it...tak kot. Sebab masih jauh lagi perjalanan aku.
Cuma bila nampak skala tu menurun, memang tambah determined to continue.

Aku tak target nak jadi kurus bak model.
Aku cuma nak turunkan berat badan atas sebab kesihatan.
Maklumlah umur pun makin meningkat.
Risiko terkena macam macam penyakit bila umur dah bertambah ni agak tinggi.
That's why aku berazam menurunkan berat badan aku.

Semoga dipermudahkan...Insya Allah :)




No comments:

Post a Comment