Thursday, December 26, 2013

Yang Aku Rasa

Terlalu banyak yang aku nak luahkan tapi aku tak tau macam mana nak cakap.
Sebab aku rasa kalau cakap pun aku akan nampak macam mengada ngada.
For sure akan di cop sebagai 'attention seeker'.
Tapi aku ni manusia biasa. Luar maybe la nampak macam 'kuat' tapi dalam hati aku ni serupa tisu.
Entahlah...mungkin juga dah semakin meningkat umur ni hati aku senang terusik.

Apa yang aku boleh cakap sekarang ni, aku amat amat dissapointed dengan darah daging aku sendiri.
Aku dapat rasa yang aku ni macam outsider bila dengan diorang.
Like, aku ni lebih baik tiada daripada ada among them.
Bila bercakap dengan aku pun, macam aku ni makhluk yang sangat diorang benci.
Sometimes aku tertanya sendiri, apa salah aku sampai macam tu sekali diorang buat aku?

Nowadays aku macam tidak tahu apa apa pun. 
Any stories we used to share dulu sekarang I'm left out.
Sometimes aku rasa frustrated sebab mama tanya aku macam macam tapi aku tak tau nak jawab apa sebab aku langsung tiada info pasal anything (any celebration, bday or apa2lah yang berkaitan)
Ok la, tau la sikit tapi further info regarding those things memang aku tidak tahu langsung.
Buat aku rasa macam orang bodoh. 
Mungkin salah aku tidak bertanya. Tapi buat apa tanya kalau jawapan yang aku dapat:
'Kalau x tau apa2, diam. Jangan menyampuk'
How do you feel when you get that as an answer?
Aku ni bukan family member kah?

Macam macam gelaran yang diorang bagi dengan aku.
Dan terlalu banyak tingkah laku diorang yang membodohkan aku.
Tapi semua itu aku telan sebab aku tidak mahu timbul salah faham atau gaduh.
Dan sebab aku  tau aku pun banyak flaws juga maka aku diamkan saja.
Tapi makin aku diam makin aku dipijak.
Seolah olah aku ni bukan siapa siapa bagi diorang.

Dimana hak aku for them to respect me sebagai kakak?
Apakah aku ni tidak layak untuk di hormati?
Kenapa diorang benci sangat dengan aku?

Aku tau aku bukanlah perfect.
Memang aku akui aku ni quite annoying juga.
Cuma yang aku minta, jangan sisihkan aku seolah olah aku tidak wujud dalam hidup kamu.
Aku tidak minta untuk disanjung.
Cukuplah kalau ada sikit ingatan yang aku ni kakak kamu.

Aku pasti dengan entri ini, aku bakal menjadi bahan umpatan dan kejian.
Aku bakal di sindir sindir, di ketawakan.
Tapi biarlah...kalau kamu rasa begitu, aku redha.
Asalkan terungkai kekusutan di hati aku ni.

Haih...banyak lagi yang aku nak luahkan tapi tak tercakap.
Sebab airmata aku ni berjurai jurai pulak turunnya.
So cukup dulu buat masa ini.

No comments:

Post a Comment