Saturday, December 7, 2013

Nikmat Yang Hilang

Pernahkah kamu rasa macam ni:
Makan, tapi tidak rasa menikmati makanan tu. Like, kau just makan untuk kenyang.
Sedangkan kau tau makanan tu memang sedap.
Dan kau memang sedang craving for that thing.
Tapi once masuk mulut, perasaan kau jadi hambar.
Sedap tu ada tapi kau tidak dapat menikmati like before.
Sangat kecewa disitu.

Baru tadi aku merasa benda ni.
Well, maybe dah beberapa kali terjadi kot tapi aku yang tak perasan.
Tadi tu kiranya macam rude awakening lah.

I had fried meehoon + kuay teow, telur mata & tauhu 'goyang'
(Tauhu goyang - tauhu lembut yang ada inti ayam+udang tu)
Aku memang suka tauhu goyang ni. Dah craving beberapa hari.
Baca doa, then makan. 
Memang sedap la tapi ntah kenapa lepas suap tu terus aku macam depressed.
Tidak enjoy. Dan semua makanan on the plate pun rasa kekecewaan.
Tapi, oleh kerana lapar maka aku telan juga.
Cuma kenikmatan itu tidak ada.
Dan sampai sekarang aku wondering kenapa macam tu.

Aku teringat sebuah buku: The Particular Sadness of A Lemon Cake.
Mengisahkan tentang Rose Edelstein yang boleh merasa emosi orang melalui masakan.
Kalau tukang masaknya sedih, dia pun akan rasa sedih bila makan masakan orang tu.
Kalau gembira, dia pun happy.
And it goes on and on and on.

Buat aku terfikir:
Tadi aku rasa depressed after my first bite (of the tofu) kan?
Mungkinkah tukang masak itu sedang depressed juga?
Adakah aku dianugerahkan kelebihan macam si Rose Edelstein?
Mungkinkah? *garu dahi dan kening*

Baiklah, otak dah tepu. That's all for now.
Oh, I hope rasa ni only temporary.
Tapi bagus juga kan. Mungkin boleh kurus...hehe!

Ok bye~!




No comments:

Post a Comment