Thursday, December 19, 2013

Cerita Penuh

Cerita adalah panjang sedikit dari entry biasa.
Sebelum tu, minta maaf dulu sekiranya uols pening dengan entry kali ini.
Maklumlah, kadang bahasa aku ni merepek repek ikut suka hati je.
So kemungkinan cerita terlompat lompat ke sana sini adalah tinggi.
Dan kemungkinan ada details yang tertinggal.
Kau pandai pandailah fahamkan sendiri...gittew kaedahnya!

Ok. Sampai di Servay Hypermarket Putatan.
Terus menuju kaunter cashier. Ada satu kaunter yang tiada customer.
Tapi Miss Cashier sedang mengira duit, aku rasa baru ganti shift kot.
Memandangkan kaunter yang lain tak free (kaunter berdekatan la, kosser aku jenguk kaunter2 yang jauh nun di sana tu) aku terus menuju ke arah Miss Cashier tadi.

Aku : Excuse me miss, boleh saya tanya sikit?
MC : (Tengok aku tapi tak jawab. Muka masam)
Aku : Last Saturday saya beli barang disini and try bayar pakai debit card tapi decline, so saya bayar pakai cash. Tapi tadi saya check akaun, duit dalam bank kena deduct. Dengan siapa saya boleh rujuk pasal ni?
MC : Sekejap. Saya kasi siap dulu ni. (Indicating her kira duit session. Muka masih masam)
Aku : Okay.

In this situation aku faham memang salah aku ganggu tugas dia.
Dan oleh kerana begitu respon Miss Cashier tadi maka aku assume that she's the person in charge.
So aku pun diam dan tunggu. Agak lama juga, dekat 10 minit.
When she's done, dia angkat muka and tengok aku. Muka masih masam.

MC : Ya, apa tadi?(tanya macam cilakabanat!)
Aku : Macam yang saya cakap tadi...bla bla bla (explain balik). So dengan siapa saya boleh rujuk?
MC : Oh, kes macam ni bukan kena deduct tu. Tapi bank hold. Dalam masa sebulan bank akan kasi balik duit kamu.
Aku : Wait..kamu  tengok ni statement dari Maybank sendiri (keluarkan detailed statement yang aku ambik dari Maybank earlier, di mana pegawai Maybank mengesahkan yang transaction was successful and deducted from my account). Jelas kan yang duit tu sudah kena deduct. Sekarang...
MC : (Potong cakap aku) No, ini memang kena hold. Confirm kena hold. Dalam sebulan baru bank release.
Aku : (Mulai geram, pitching ada naik sikit) Kalau kamu cakap duit kena hold, kenapa pegawai Maybank sendiri sahkan yang transaction ni successful? Siapa yang kerja bank, kamu atau pegawai tu? You better check with you manager or superior yang lebih tahu pasal benda ni instead of assume yang duit kena hold boleh?
MC : (Muka ketat) Sekejap, saya check dengan chief cashier.

Sabar je lah aku dengan si Miss Cashier.
Yang buat aku geram tu, beria ia cakap confirm duit kena hold macamkan dia yang pegawai bank.
Bukan apa, dari awal conversation aku tanya dia kalau kes macam ni nak rujuk dengan siapa.
Apa salahnya kalau dia panggil chief cashier instead of berlagak pandai.
Ni tidak, bila suara aku dah naik baru terhegeh hegeh cakap nak check dengan chief cashier.
Itu pun kira lama juga aku menunggu. Ada la 15 minit macam tu baru dia keluar.
Kali ni muka dia tak berapa nak ketat pulak.

MC : Kamu ingat kaunter mana satu yang kamu buat pembayaran hari tu?
Aku : Tidak.
MC : Kamu ingat rupa cashier dia?
Aku : Ya, kalau nampak memang saya ingat.
MC : Ada kamu nampak dia di sini?
Aku : (Looked around) Nope, tiada.
MC : Sebab bank tanya kaunter mana yang kamu buat pembayaran, diorang minta nombor terminal credit card tu. Kalau kamu tidak ingat susah lah.
Aku : Memang saya tidak ingat, sebab saya beli barang hari Sabtu, sekarang Isnin...how do you expect me to remember lagi?
MC : Ya, sebab mau cari nombor terminal credit card tu. Boleh bagi number debit card kamu tu?
Aku : (Keluarkan debit card. By this time Chief Cashier pun sampai)
CC : Cik, kamu ada simpan resit pembelian?
Aku : No, saya tidak simpan pula resit tu.
MC : Kalau macam tu susah lah...
Aku : Apa yang susah?
MC : Mau check resit tu baru refund.
Aku : Jadi kalau resit sudah tiada memang kamu tidak kasi refund? And kalau sepuluh customer ada problem macam ni pun kamu just biar saja? Tu, dia (merujuk kepada MC) sudah ambik details card saya. Kenapa tidak check pakai debit card number dengan bank? Kamu tidak boleh cari cara lain lagi kah untuk tolong customer? Saya ni customer, in trouble pulak tu. Sepatutnya kamu tolong saya kasi solve benda ni, bukan menambahkan masalah saya.
MC : Banyak lagi customer kami ni (kurang ajar tak jawapan dia?)
Aku : My goodness, macam tu kau jawab saya? Kau panggil boss kau sekarang! Saya mau jumpa dia! Panggil sekarang! (Temperature sudah naik)
CC : Ok cik macam ni biar kami call bank lagi sekali lagi.
Aku : (Jeling, muka macam nak telan orang)

Aku admit, salah aku lagi sebab aku tak simpan resit.
Tapi there are always ways to help in situation like this.
Aku sudah bagi details transaction. Siap dengan time stamp sekali.
For sure boleh trace even if it takes some times.
Masalahnya disini, attitude towards the customer.
Aku faham they have thousands of transactions setiap hari.
So if they have to check satu transaction out of thousands tu memang letih.
Tapi cara diorang handle benda ni sangat bikin hati aku bengkak.
If they told me to give them time to check, dengan senang hati aku akan say okay.
And pasal check number terminal tu.
Fine, aku terima if itu requirement bank. Cuma bila sudah transaction by card was successful, boleh je check pakai card number. Itu pun aku kena sekolahkan juga.
No, bukan aku nak berlagak pasal tau benda ni semua.
But aku pun pernah berhadapan situasi macam ni so aku tau juga macam mana nak trace balik transaction.
Ok back to the story.

CC : Cik, bank sudah sahkan akan refund balik duit cik dalam masa 48 jam.
Aku : Hah, boleh pula kan? Kenapa tadi susah sangat?
CC : (Diam)
Aku : Lain kali cari jalan penyelesaian. Ada banyak cara utnuk kasi selesai, bukan satu cara saja.
CC : (Diam lagi)
Aku : Confirm ya dalam 48 jam?
CC : Ya, cik..dalam 48 jam.
Aku : Ok. Kalau dalam 48 jam belum ada saya akan datang lagi.

Dan aku pun berlalu pergi.
Tapi sebelum keluar tu singgah dulu beli Takoyaki..hehe. Menyempat!
Lepas menaga haruslah kelaparan.
And it was dinner time, memang perut berlagu riang.
Esok paginya aku saja check balance dalam akaun.
Fuiyoo...dah refund! Alhamdulillah.
Cepat pulak ye. Less than 24hrs dah masuk.

Tapi lepas dari kejadian, aku dah takut nak bayar guna debit card.
Menyusahkan betul kalau benda ni jadi lagi.
Buat masa ni transaction pakai cash only.
No more debit card for the time being.

P/s Entry ini bukan untuk menunjukkan bahawa aku adalah orang yang suka menaga/melahar/mengamuk dan yang sewaktu dengannya. Amukan itu adalah kalau perlu sahaja. Kalau benda kecik pun kau nak amuk, itu bodoh piang namanya.

No comments:

Post a Comment