Thursday, July 18, 2013

Ramadhan 7 & 8 and Cerita Ephyra

Hai. Bertemu lagi dalam rancangan mengupdate menu sahur & iftar.

Let's start with our menu for 7th day of Ramadhan.

Sahur - Telur taucu. Sangat sedap! Malangnya aku tak berapa berselera makan pagi tu sebab mengantuk tak tahan. Minum Ephyra segelas (oh, aku hari hari minum ephyra during sahur) and jamah nasi secubit dua with telur sebijik, cukuplah. Lepas tu terhangguk hangguk di sofa menunggu Subuh. 

Iftar - Mihun goreng, sambal ikan masin, sayur campur with chicken fillet/cubes - mama masak. Popiah, karipap, pulut panggang, bakso, murtabak, tau fu fah - beli di Bazaar. Mi Hokkien Kicap & Jagung Rebus - Aunty Jimah (neighbour) kasi. Air Red Guava.

Daaaannnn.....

Akhirnya ada gambar makanan! Yeay! *Tepuk tepuk tepuk*

Tapi gambar makaan di pinggan aku saje. Masih malas nak snap satu satu. So, kau hadap je lah..jangan banyak songeh.


Time berbuka ambik yang ni je. Tapi jam 10 malam makan nasi lauk ikan masin sambal. Dasar gemuk tangki besar. Oh, pakai pinggan polystyrene sebab takde air! Senang kerja takyah cuci.  

Siap cerita puasa ke 7. Meh nengok pulak menu Ramadhan ke 8.

Sahur - Menu kegemaran kembali! Cuba teka apakah ia? Yes, none other than ayam kicap! And time ni pun aku tak selera sangat sebab kemengantukan kritikal so aku minum Ephyra and nasi sesenduk sudu makan, ayam sepotong. Tu pun rasa seksa ok nak menghabiskan. 

Iftar - Kuay Teow Goreng & Nasi Goreng Corned Beef - my sis & mom masak. Kuih tepung pelita, yu tiao, pulut panggang, karipap, popiah, murtabak, kocung, agar agar keladi, kuih merah (angkoo kacang) and kuih lembut (belasah, aku x tau apa nama dia. Kuih hijau lembut mcm sponge ada kelapa di atas) & ABC - beli di bazaar. Air jambu merah.

Kenyang makan kuih on iftar day 7..hehehe. 

And weols dah start buat biskut :)
But yang pasti bukan aku yang buat. Adik adik la yang membuat, Aku kalau bab biskut ni memang surrender. Tahap kesabaran menunggu dia siap di bakar adalah sangat tidak boleh toleransi. So let's biarkan mereka yang sabar buat. 

 Biskut coklat & biskut entah apa namanya. Aku malas nak tanya nama.


Baheklah...dah lebih 2 minggu aku amalkan minum Ephyra ni. Memang kesannya tu terasa sangat. 
Sini aku listkan apa yang aku sendiri rasa n nampak perubahan dia.
  • Rambut lebih sihat, bersinar dan lembut - Seriously. Sebab rambut aku memang halus TAPI berminyak pun ye jugak. Pastu ala2 malap. Halus tapi malap, geddit? Since consume Ephyra, minyak sangat kurang and jadi super lembut. I loike!
  • Sistem pencernaan - Aku takde masalah tang ni sebab memang hari2 membuang. Tapi kali ni rasanya lebih smooth and sangat puas hati.
  • Meningkat tenaga dan daya ingatan - Not sure about daya ingatan but tenaga tu memang boost habis. Walaupun mengantuk tapi still bertenaga. Tambahan bulan puasa ni memang kurang sikit rasa terseksa perut & tekak. Tak rasa sangat letih puasa (cuma mengantuk tu kadang tak boleh cover..hehe)
  • Masalah Tidur - Aku memang masalah sikit dengan tidur. Kadang tidur awal tapi terbangun jam dua atau tiga pagi then susah nak tidur balik. Kadang tu mengantuk tapi puas la golek2 atas katil tetap tak dapat lelap. Then tidur pun macam di awang awangan, like kau tidur tapi still blh dgr aktiviti keliling..faham? So bangun tu memang rasa groggy n grumpy semacam. However since minum Ephyra, tidur adalah sangat best! Walaupun ada terbangun juga tengah malam nak wee wee or minum, senang jer tidur balik. 
  • Kulit - Kulit muka, sangat kurang berminyak berbanding dulu. Muka aku memang berminyak so terasa la perubahan. Then aku notice kulit aku tak lagi kering especially kat jari tangan kaki, siku dan lutut. Tumit yang pecah pecah tu pun dah mula improve wlupun belum sepenuhnya.
  • Bibir - I is berbibir gelap. Ok tak la gelap sangat tapi gelap la dari biasa. And since minum Ephyra bibir dah ada warna pink2 and tak lagi kering mengelupas. Bibir jadi moist. 
Ini bukan testimonial berbayar ye, tapi aku saja la share sebab dah rasa sendiri. Korang tataplah gambar before & after aku. Cuma before tu macam kurang cahaya sikit so muka aku sebenarnya putih sikit la bukan gelap sangat. And gambar after tu memang terserlah kecerahan tanpa sebarang edit atau lighting yang melampau. Eee..dah macam ayat promosi pulak. Tapi kalau korang tergatal hati nak beli Ephyra, korang order la dari blogger yg jual Ephyra ni. Kalau susah sangat, google Oceanlife (Ephyra's main distributer) and contact diorang directly.

SEBELUM

SELEPAS

Amacam, comey tak Kak Ton? 


Dah...tunggu next entry pulak.

No comments:

Post a Comment