Friday, May 29, 2015

Mari Menguli Di Malam Hari

Hajat hati nak sambung update cerita Bali.
Tapi apakan daya, kesibukan dan kemalasan mengatasi segalanya.
Al maklumlah dah nak cuti sekolah plus puasa n raya tak lama lagi kan.
Dengan kerja aku ni, memang busy la sebab menguruskan tiket pegawai2 nak balik wilayah asal.
Eh, malas la aku nak elaborate pasal kerja. Nanti rajin aku cerita.
Cheh...iyo la tu kan, entah zaman bila nak rajin tu tak tau la.

Actually aku tengah blur gila ni. Sebab dah lunch time tapi masih tak tau nak makan apa. Hahaha.
Area office aku ni memang banyak tempat makan tapi non halal.
Yang halal ada la beberapa ketul tapi sangat buhsan okeh kalau asyik mengadai benda yang sama.
Ok la takde la aku menapau everyday. Gilo hari2, kayap mak nok!
Most of the time bawak dari rumah but kalau tak sempat, tapau sajork. Gitu kisahnya.

Memandangkan aku masih indecisive, maka mari update satu cerita.
Alkisah, malam hari selasa tu aku tengah baring2 kat tempat tido (read: sette kayu. Ye, aku selesa tido kat situ).
Sambil tu layan hp. Tetiba macam datang kerajinan nak buat mi kuning from scratch.
Time tu dah pukul 10pm and aku sebenarnya boleh tahan ngantuk.
Tapi sementara dirasuk saka rajin, moh le membuat.



Godek2 and prepare bahan2, then menguli.
Sorry takde gambar masa proses ke apa. Sebab leceh nak snap bagai.
Siap uli, canai and potong pulak.
Lepas tu rebus.
Lepas tu, inilah hasilnya:-



Dah jadi macam kuay teow pulak, lebar je kan.
Aku takde pasta maker la..si potong manual je pakai pisau.
Doh pun aku uli pakai tangan.

So esoknya aku goreng untuk sarapan.


Ok jugak rasa dia. Cuma aku masih tak puas hati la sebab macam tebal sikit and texture pun tak best sangat. Still edible tapi macam feeling dia kurang sikit.
Takpe, ada rezeki nanti aku nak beli pasta machine lah. Senang sikit kalau datang kerajinan kan (again, entah bila lagi nak timbul rajin tu pun tak tau la)

Oh, resepinya seperti berikut:-

Bahan-bahan ( sekilo atau lebih)

  • 500gm tepung gandum
  • 1 biji telur + air = 200ml (Aku rasa kena kurangkan air kot, sebab bila aku uli doh tu ikut sukatan air ni dia macam lembik sikit. Ataupun, tambah tepung kalau nak pakai 200ml air #cadangan)
  • *Sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit (aku tak pakai sebab takde..hehe)
  • Sedikit minyak masak

Cara-cara

  1. Masukkan tepung gandum ke dalam pasta maker (in my case aku campak dalam besen je)
  2. Bancuh air dengan telur dan masukkan pewarna. Pukul sedikit dengan garfu.
  3. On kan pasta maker untuk mod menguli (mix). Perlahan-lahan masukkan air bancuhan telur tadi sedikit demi sedikit sampai habis (aku bantai uli pakai tangan)
  4. Bila nampak adunan seperti serbuk roti..(adunan jangan biar lama digaul sebab kita tak nak jadi macam ketulan adunan doh). Proses gaulan ini cuma ambil masa lebih kurang 5-7 min sahaja.
  5. Hentikan pasta maker ini sekejap. Tukar ke mod untuk keluarkan adunan melalui acuan mee. Tunggu hingga selesai...atau kalau nak pi buat kerja lain pun boleh ditinggalkan.
  6. Rebus air hingga mendidih, masukkan sedikit minyak (supaya mee tidak melekat sesama sendiri) dan masukkan mee tadi. Masak hingga agak empuk...jgn terlalu lembik sebab nanti kita nak buat hidangan lain lagi, ia akan jadi lebih empuk.
  7. Angkat dan toskan. Gaulkan dengan sedikit minyak. Siap! dalam masa lebih kurang 15min sahaja. Lepas ni boleh buat pelbagai hidangan mee yang SIHAT dan sungguh enak kerana tiada sebarang asid borik atau air abu atau air kapur yang dimasukkan. Tahan hingga 3-4 hari dan perlu disimpan di dalam peti sejuk.
  8. Nota : 500gm tepung gandum boleh menghasilkan 1kg mee. Dengan bantuan mesin pasta ini, proses membuat mee hanya ambil masa lebih kurang 15min. Ianya juga boleh diguna untuk membuat laksa, maruku etc. Jumpa di lain resepi ya! Selamat mencuba :-) 
Tulisan color purple tu komen dari aku ye. I mean, kan aku takde pasta/breadmaker semua tu. So aku notekan ajelah kat situ. Just in case kalau ada yang senasib dengan aku nak cuba buat.

And after baca balik resepi ni aku rasa aku tau dah kenapa texture mi aku tak best.
sebab aku main taram je semua kan. Lagipun maybe aku tak cukup uli tepung tu.
Tak menyabar kan, dah siap terus canai n potong.
Next time maybe I'll do better.

Dulu pun pernah jugak aku buat, tapi takde ikut sukatan.
Main hentam keromo je. And aku mengaku memang tak best rasa mi dia.
Lembik. Tapi kalau buat mi sup, sedap pulak. Hehhee.

Ok lah. Now aku dah lapar. And dah tau nak makan apa.
Nak order kat kedai bawah.

Later, pipols!

No comments:

Post a Comment