Wednesday, April 9, 2014

Musibatun Numero Uno!

Sebelum aku mulakan, aku nak bagitau entry ni ada unsur unsur makian yang mungkin melampau.

*Tarik nafas...hembus* (ulang 80 kali)

Aku paling benci manusia yang suka spin kesalahan sendiri.
Sudah terang terang kau salah, mau lagi menegakkan benang yang basah.
Mari aku gelarkan si bedebah ni sebagai Musibatun.
Dia ni, tiap kali booking tiket mesti bagi details separuh separuh.
Agaknya sexcited kot dengar suara aku yang lemak merdu ni di telefon, tu yang asyik kol berkali kali.
Dah tu degil nak mampus..jenis tak mau dengar cadangan orang.
Berkali kali weols cakap kalau nak booking sila hantar fax.
Tak nak dia derrr...ntah ntah tak tau pakai mesin fax kot.
Asyik nak ikut kepala dia yang tak berapa betul tu. Hish...geram!

Ok malas aku mau buka mukadimah panjang, uols baca la dialog di bawah.
Baru korang faham macam mana letih melayan makhluk cap setan sorang ni.

(M = Musibatun, A=Aku)
Conversation lebih kurang seperti yang aku boleh ingat. Tapi tiada penambahan, ok!

Friday, 04 April 2014
*Call masuk*
A: Good morning ***** Travel, how may I help you (standard greeting la nih)
M: Halo Linda, aku ba ni si M. Aku mau book tiket ni tau, tapi belum ada tarikh lagi...(waddehel?)
A: Oh, kalau macam tu prepare dulu details dia semua lepas tu call sini balik & book teruslah ya..
M: Bah..aku check dulu nanti aku kol kau balik
A: Ok

Selang beberapa minit, call masuk lagi
A: *greetings as usual*
M: Halo..aku ni si M. Dapat suda tarikh dia semua..tapi tidak tau pula flight apa dia mau naik ni tau..Air Asia atau MAS, lupa pula aku tanya.
A: Emm...bagus kamu tanya dulu betul betul details dia. Nanti salah susah pulak kan. Ataupun macam ni lah, why don't you fax over the booking with all details included supaya ada black & white dan tiada kesilapan apa apa (belum habis cakap, dia potong)
M: Alah tidak payah la main fax fax tu..aku cakap kau tulis la details dia. Sekejap aku kol kau balik.
A: *Speechless*

3 minutes later, call masuk lagi
A: *greetings as usual*
M: Halo..nah dia mau naik Air Asia pula ni tau. Nama dia ***** bin *******
A: Oookayyy..boleh bagi IC number & handphone number dia sekali?
M: Alah...belum pula aku minta sama dia.
A: Kalau macam tu, baik kamu fax la sekali lengkap details dia tu supaya tiada issue silap nama ka, silap tarikh ka. Lagipun..(belum habis cakap, dia potong. Again!)
M: Ish..tidak perlu ba tu. kau tulis ja details dia pun sama juga. Payah ba mau fax lagi. Aku kol ko balik. (terus letak telefon)
A: (Masih bersabar)

*Call masuk lagi*
A: *greetings as usual*
M: Aku ni si M. Nah ambik details dia. ***** bin *******, I/C No.******-**-****.
     HP No.*** *******. Perjalanan dari SDK to BKI pada 8/4/2014
A: (Tulis atas kertas) Ok..SDK/BKI pada 8/4/2014, mau flight jam berapa?
M: Flight petang
A: (Checking on computer) Flight petang jam 230pm
M: Haa..ok yang itulah dia mau
A: Ok..baliknya bila?
M: 11/4/2014..pun sebelah petang juga. Jam berapa tu?
A: (writing & checking) BKI/SDK, 11/4/2014..kalau petang yang ada jam 120pm.
M: Ngam la tu. Kasi la dia itu flight.
A: Ok kalau macam tu saya ulang lagi ya...SDK/BKI pada 8/4/2014 jam 230pm. Betul?
M: Ya ngam..betul la tu.
A: BKI/SDK, 11/4/2014 jam 120pm. Betul ya?
M: Ya ya betul la tu.
A: Issue terus ni kan Encik? Tiada tukar tukar lagi kan? Sebab kalau tukar lepas issue kena beli tiket baru.
M: Bah kau issue la terus, memang confirm la tu.
A: Ok kalau macam tu sebelum saya issue saya kena double check lagi ya...
M: OK..
A: Tiket untuk Encik ***** bin *******, SDK/BKI pada 8/4/2014 jam 230pm..BKI/SDK, 11/4/2014 jam 120pm. Betul ya dia travel dari SDK/BKI/SDK? (Aku ada sikit musykil sebab setahu aku passenger ni based in BKI, bukan SDK)
M: Confirm betul. Issue la tiket nanti kami ambil.
A: Ok saya issue.

Maka aku pun mengarahkan staff baru di office untuk issue tiket berdasarkan maklumat dan arahan si Musibatun yang aku tulis diatas sekeping kertas.

Bukti yang aku dah tulis mengikut arahan Musibatun Lahabau ittew...

Selesai hal issue tiket nih. Weols pun pulang dengan senang hati.
Come Monday (yakni semalam, 07/04/2014). Si Musibatun datang ofis nak collect ticket.
Weols pun handover the ticket berserta invoice sekali.
Sempat lagi kami suruh si Musibatun check tiket tapi takde maknanya nok...dia ignore jugak.
Sukati kau la nok. Aku dah ikut procedure yang sepatutnya.
Bukan nak lepas tangan ok, tapi dah dia yang menolak.
Decline at your own risk la kekdahnye ye dok?

Tak lama lepas tu, dapat pulak call dari Musibatun.
Menjerit jerit dia kat telefon, katanya aku dah salah issue tiket.
Aik..salah apa pulak?

M: Kau ni macam mana buat kerja hah? Lain aku suruh lain yang kau buat! Kau tengok tu tiket, salah!
A: Encik..cuba bagitau apa salahnya, tarikh kah, namakah...?
M: Bukan! Kenapa kau book 8/4/2014 tu SDK ke BKI? saya sudah cakap BKI/SDK bukan SDK/BKI! Kau ni faham ka tidak arahan?
A: Maaf encik, masa booking tu saya sudah ulang jadual penerbangan dengan encik..
M: Aaah kau jangan mau pusing cakap la sekarang. Kau yang salah! Macam mana kau buat kerja ni! Bodoh betul! (Kau tengok bahasa si Musibatun Tua Kutuk ni, sedap cakap aku bodoh! Kimaaaak!)
A: (Masih bersabar) Encik, cuba encik bertenang, ingat balik hari Jumaat tu kan saya ada request supaya Encik hantar fax untuk booking ni..(belum habis cakap, dia potong)
M: (Jerit meroyan) Aaah..kau jangan cakap pasal fax sama saya, itu bukan kerja saya! Bodoh! (Kurang ajar  ni dah dua kali dia cakap aku bodoh! memang menyirap darah aku!)
A: Hello, kau tidak perlu teriak sama saya di telefon macam tu ok! Masa booking hari tu saya ulang itu itinerary TIGA kali sebelum saya issue tiket! Bukan sekali tau, TIGA kali!
M: Kau ingat saya bodoh! Saya tidak bodoh ba..staff saya dari sini KK kenapa pula saya mau book dia jalan dari Sandakan? Kau yang salah!
A: Hey, kau yang kasi arahan macam tu, saya siap tulis lagi tau and kertas tu saya masih simpan! Cuba fikir la bila saya sudah ulang TIGA kali tu tapi kau juga yang cakap betul dan suruh issue tiket...apa maknanya? Kalau sekali saja saya ulang, saya terima mungkin ada silap saya tapi bila sudah tiga kali, apa cerita? (Kak Ton dah hilang sabar, balas jerit jugak! Habis lenyap keayuan I tau!)
M: (Diam)
A: Dan lagi satu, kan saya ada minta fax details untuk booking ni. kalau encik fax hari tu tidak mungkin ada kesilapan macam ni. Staff pejabat encik dulu kalau mau booking mesti diorang fax.
M: Manada! Tidak pernah kami fax kalau mau buat booking! (masih degil lagi. And masih menjerit! Grr!)
A: Ada! Siti Rahmah (staff yg buat booking before he took over) kalau book mesti dia fax.
M: (Diam). Jadi macam mana sekarang?
A: Macam mana lagi? Kena issue tiket baru lah. Tiket lama tidak ada refund ya. Kami akan charge juga ke pejabat encik.
M: (Suara lemah) Ok lah. Kau issue lah. nanti kami ambil.

Haaaaa.....padan muka kau!
Ada hati kau jerkah jerkah aku ye. Aku takkan mengalah kalau aku dipihak yang benar.
Akan ku pulangkan paku buah keras kepadamu.
Rasain! Nasib baik boss sokong aku.
Actually boss aku pun dah naik meluat dengan perangai si Musibatun ni.
Eksyen kooo....bila kami kol nak mintak payment, kemain kerek lagi jawapan dia.
As if dia yang keluarkan cek tu. Berlagak siot!
Dah la payment lembab gila babi, ada hati tunjuk samseng. Ptuih!

Yeee...aku tau sebagai front liner aku tak sepatutnya buat macam tu (read: jerit balik kat customer).
Aku seharusnya bersabar dan terus bersabar walau macam mana pun kerenah customer.
Al maklumlah, Customer Is Always Right.
Tapi sori ek..that motto dah lama aku flush kan ke jamban.
You overstep my border, memang aku balun.
Lelebih lagi bila dah kurang hajar memanggil aku bodoh.
Macamkan kau pandai sangat. Babik la!

So yesterday boss suruh aku draft surat bagi kat boss si Musibatun.
Tapi hari ni baru aku buat..hew hew hew..
Ye lah, baru amukan naga berapi..kang aku draft terhambur kata kata makian, jadi satu hal pulak.
Ambil jalan selamat, aku buat hari ni.

Hambek! Tapi..maafkanlah surat Kak Ton, banyak berterabur nahu dan tatabahasanya. Hiks!
Pueh ati den! Aku harap aku tak perlu lagi berurusan dengan si Musibatun dalam hal-hal booking.
Harap dia di ganti dengan orang lain dan mintaknya janganlah orang itu pun menjadi musibatun macam dia jugak. Buat hal kalu, gua sebat sama lu!

Ingat tu!

2 comments:

  1. huhuhu.... pernah kena jugak dgn guest nih. kawan dia booking. dia dakwa booking satu villa padahal dalam sistem bilik aje. aku cakap kalau kawan dia betul ada booking villa mustahil jugak sbb semua dah penoh. dipendekkan cerita... memaki hamun lah guest tu. tapi aku diamkan aje. yalah nak lawan balik si guest sama jugak tak dapat c.in. dlm hati aku tersengih aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menyampah kan, dapat customer yang berlagak pandai ni? Tu cara2 dia maki aku di telefon dah aku hangin..kalau berdepan? Ada yang makan heels jugak nanti...(dia la, bukan aku ye...hiks!)

      Delete