Wednesday, September 18, 2013

Orang Miskin Membeli Handphone...

Aku ada akaun instagram tapi tiada phone android.
Aku suka main Candy Crush tapi tiada phone android.
Aku suka main Pou tapi tiada phone android.
Oleh itu aku pasang niat untuk membeli sebijik phone android.

Ikut kemahuan aku mau yang screen besorrr...
Resolution mesti terangggggg...tak main la kabur kabur bagai ni
Camera mesti hebatttttt, at least 3mp ke atas..
Tapi bajet ciput, macam mana nak dapat semua tu? Berangan jer lebih khennnnn...

But fret not, kerana aku dapat juga jumpa phone android yang memenuhi nafsu mata citarasa aku walaupun tidak 100%. Sedar diri miskin tak mampu memiliki gadget memahal maka aku mensyukuri jer lah apa adanya.

Introducing my EXMOBILE android phone...


Beli semalam, harga RM280.00. Android version Jellybean. Bolehlah untuk Instagram, Candy Crush, Pou dan yang sewaktu dengannya. Walaupun camera agak naharom tapi boleh dimaafkan. 

Oh, I'm still using BB tapi oleh kerana BB tak boleh insta candy pou segala tu maka aku curang terhadapnya. Harap dia tak kecik hati dan merajuk.

Sekian kisah ku yang miskin membeli handphone android.


Macam zadhe jer cerita ni tapi ada aku kisah? Kau pun baca sampai habis jugak kan? Padan muka! 

No comments:

Post a Comment