Dalam kepeningan akibat penyakit dan sakit kepala penangan side effect ubat, aku gagahkan juga mengupdate task hari ke 30.
Pasal sakit dan ubat tu, nantilah aku citer.
Okay...sebenarnya perkara yang nak diceritakan ni kalau diikutkan bukanlah masuk dalam kategori menarik.
More to heartwrenching moment.
Dan sepatutnya aku luahkan dah lama tapi aku pendam sebab aku tak ready nak cerita.
Kebetulan tajuk task hari ini bersesuaian, maka aku ambil kesempatan untuk berkongsi dengan korang semua.
December tahun lalu, mommy mengalami bleeding teruk. Memang teruk, bayangkan 4 pampers budak size XL penuh dengan darah..tak termasuk yang tumpah kat tilam and kain sarung 2 helai. Kami bawa mommy ke klinik kesihatan...diagnosis cuma banyak darah beku due to menopause dan mommy di tambah air serta ubat ubatan.
Beberapa hari lepas tu mommy masih x senang hati. Dia mintak aku bawakkan ke klinik swasta nak check balik sebab dia pucat dan tak bermaya. Maklum aje dah hilang banyak darah. Bila doktor kat klinik nampak mommy je, terus dia suruh bawak ke hospital sebab mommy perlu tambah darah katanya. Dia issue surat dan kami bawak mommy ke emergency. Disana mommy diperiksa sekali lagi. Setelah beberapa lama menunggu, doktor panggil aku. Dari pemeriksaan, dia syak mommy menghidap kanser serviks.
Aku tergamam...tak terkata apa pun. Bergegar badan aku bila doktor cakap macam tu. Mommy kena admit dekat ward untuk tambah darah dan pemeriksaan lanjut.
Malam tu jugak doktor pakar periksa mommy and she also confirmed the same thing.
Still, kena tunggu pengesahan from another pakar yg juga merupakan ketua unit.
So adik aku temankan mommy..and kami pulang. Needless to say, it was a sleepless night for me.
Esoknya, doktor pakar sekali lagi mengesahkan yang mommy menghidap kanser serviks tahap 2B. Aku tengok mommy pasrah dan tabah mendengar keputusan doktor. Walaupun begitu dalam hati hanya Allah yang tahu. Ofkoz rasa sedih but kami kuatkan hati demi mommy.
Mungkin Allah permudahkan segalanya buat mommy, segala urusan menjadi mudah.
Schedule rawatan radiotherapy, chemotheraphy dan rawatan susulan di Kuching berjalan dengan lancar. Kalau diikutkan lama lagi turn mommy namun Allah maha berkuasa, mommy dapat slot awal. Ingat tak entry Kuching? Ya, sebenarnya aku ke Kuching temankan mommy buat treatment kat Hospital Umum Kuching. Kat sini (Kota Kinabalu) belum ada machine utk treatment brackee so kena ke Kuching untuk completekan rawatan.
Alhamdulillah...sekarang mommy dah sihat tapi still kena buat review every 3 months. So far review menunjukkan keputusan yang baik dan aku harap akan terus kekal baik sampai bila bila.
Aku tabik dan bangga dengan mommy sebab dia sangat tabah mengharungi dugaan. Semangat dia kuat melawan sakit yang ditanggung. Satu sikap mommy yang aku sedang belajar, iaitu sentiasa berfikiran positif. Katanya, setiap masalah pasti ada penyelesaian. Yang penting jangan putus asa.
Mom, I'm so proud of you. You've been through a lot...and I don't know if I could hold it together if I'm in your shoe. Semoga Allah melindungimu dari sebarang musibah, semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan diberikan kebahagiaan dunia akhirat..aamin ya rabbal alamin...
It's about what I feel. If you don't like it, don't read. But then again, do I look like I care?
Sunday, November 30, 2014
BDC - Day 29 (Bunga Kegemaran Dan Ertinya Untuk Anda)
Ala..kenapa bunga pulak yang jadi subjek?
Ai is not like bunga ler...x suke!
Bukan benci tapi memang tak gemar.
Ntah kenapa memang tak pernah berminat dengan sebarang jenis bunga bungaan.
Aku lebih suka pokok2 hijau yang tak berbunga..especially cactus.
Senang jaga. Siram seminggu sekali je. Tak banyak kerja.
Yang suka bunga bungaan ni sebenarnya mak aku. Tiap minggu membeli bunga. Dah makin bertambah koleksi bunga beliau. Her current obsession is Orchid.
Aku tak sangka rupanya orkid ni pun berbau wangi. Seakan akan wangi bunga ros..tapi lebih lembut baunya. Kiranya boleh jadi aromaterapi saat jiwa kacau. Lama kelamaan aku naik suka pulak dengan si orkid ni. Cuma nama aku nak membela tu kirim salam ajelah ye. My fingers are not green enough.
Honestly bunga bungaan takde memberi pengertian apa2 kat aku. Takde sebab ataupun ingatan yang boleh aku kenang atau kaitkan dalam hidup...jadi kesimpulannya memang kosong.
Okay..aku stop dulu disini. Nanti aku akan up entry seterusnya tak lama lagi.
Ai is not like bunga ler...x suke!
Bukan benci tapi memang tak gemar.
Ntah kenapa memang tak pernah berminat dengan sebarang jenis bunga bungaan.
Aku lebih suka pokok2 hijau yang tak berbunga..especially cactus.
Senang jaga. Siram seminggu sekali je. Tak banyak kerja.
Yang suka bunga bungaan ni sebenarnya mak aku. Tiap minggu membeli bunga. Dah makin bertambah koleksi bunga beliau. Her current obsession is Orchid.
![]() |
Antara koleksi orkid mommy |
Honestly bunga bungaan takde memberi pengertian apa2 kat aku. Takde sebab ataupun ingatan yang boleh aku kenang atau kaitkan dalam hidup...jadi kesimpulannya memang kosong.
Okay..aku stop dulu disini. Nanti aku akan up entry seterusnya tak lama lagi.
Friday, November 28, 2014
BDC - Day 28 (5 Perkara Bermula Dengan 'Andainya')
Sangat banyak andaian yang bermain dalam kepala aku dikala terbaca tajuk cabaran kali ini.
Malas nak fikir benda complicated, aku cuba listkan senarai andaian aku kepada benda benda yang ringan dan inilah hasil yang aku dapat:-
1) Ibadah merupakan priority nombor satu. jadi, ANDAINYA aku kaya raya, tiap tahun aku akan bawa family aku untuk menunaikan umrah dan haji. Sekirannya punya rezeki yang lebih, aku akan sponsor pihak yang kurang berkemampuan untuk sama sama menunaikan umrah dan haji, Insya Allah.
2) ANDAINYA aku mempunyai kuasa magis seperti Harry Potter, confirm bilangan artis di Malaysia ni boleh dikira dengan jari. Mana yang aku tak berkenan tu terus aku zassss kasi hilang dari muka bumi. Bukan artis saja, ya..sapa2 yang buat onar kat aku pun akan menerima nasib yang sama. Miahahahahhahahh!
3) ANDAINYA salji turun di Malaysia akulah manusia yang paling happy! Sebab aku pencinta udara sejuk. Teringin nak main salji..nak ada asap2 kat mulut kalau bercakap..pakai baju tebal tebal..eee bestnya! I loike!
4) ANDAINYA aku ikut masterchef, rasa rasa boleh jadi juara tak? (aci lah ye tanya soalan macam ni..hew3x)
5) ANDAINYA aku tak bertukar tempat kerja, gerenti aku akan stuck di level yang sama for the rest of my life. Takde perkembangan malahan semakin merudum. I need to recharge my brain supaya dapat think out of the box rather than being pasif 8 hours a day. And rasanya aku buat pilihan yang tepat when aku berpindah tempat kerja. Rasanya aku akan lebih banyak mengerah otak untuk pantas berfikir daripada sebelumnya. Doakan aku berjaya okay!
Sampai sini dulu uols...penat menaip kat hp ni. Esok Kak Ton up entry task hari ke 29 pulak ye...see ya later pipols!

Thursday, November 27, 2014
BDC - Day 27 (Mood Anda Hari Ini)
Excited!
Sebabnya? Hari ini adalah last day aku kat BD.
Esok, mula bertugas di tempat baru...yeay!
Takde pulak aku berperasaan sedih nak meninggalkan opis lama ni.
Teruja lebih dengan prospek dan tugasan baru mengatasi rasa sedih.
Aku dah siap berkemas sebenarnya..cuma benda2 kecik atas meja belum di pack lagi.
Masih nak pakai. By end of today, masuk bakul angkut balik rumah.
Janganlah ada benda2 yang boleh menjahanamkan hati yang sedang tenang ni.
Sebab nak recover balik dari mood yang hancur adalah susah okeh!
Makan masa yang lama nak tune balik ke mood asal.
In the mean time, let me enjoy my excitement as it is.
Pengacau, mohon lari jauh jauh. Syuh! Syuuuuuuuuuhhhhh!

BDC - Day 26 (Gajet Kepunyaan Anda)
Satu satunya gajet yang aku ada sekarang ialah Samsung Note 1.
Aku namakan Khaleesi sempena watak Emilia Clarke dalam siri The Game of Thrones.
Kesian kan..orang pakai Note 1 dah bertahun, aku baru merasa. Itu pun 2nd hand.
Dapat dalam bulan April tahun ni lepas balik dari Kuching.
Takpelah... lambat ke, 2nd hand ke tak jadi issue bagi aku.
Selagi masih dalam keadaan baik dan boleh dipakai, I ok aje.
Setakat ni si Khaleesi masih okay. Tak buat hal besar...cuma biasalah bagi smartphone, masalah bateri.
Which is not a major issue for me. Dah pun aku ganti baterinya bulan lepas.
Alhamdulillah setakat ini aku berpuas hati dengan apa yang aku ada.

Gambar ni adik aku whatsapp masa aku masih kat Kuching lagi. Punyalah aku tak sabar nak balik KK bila dapat gambar ni. Hari2 aku tenung sambil senyum..dah serupa orang tak betul pun ada sebab asyik terbayang si Khaleesi berada dalam genggaman.
Ada satu kejadian yang menyebabkan aku hampir kehilangan si Khaleesi.
Nasib aku pantas bertindak, dapat kejar orang tu and ambik balik Khaleesi kesayangan.
Ada aku ceritakan dalam entry ini.
Aku harap jodoh aku dengan si Khaleesi ni panjang hendaknya.
Belum terlintas lagi dalan hati nak ganti gajet baru.
Tengoklah sekiranya poket mengizinkan mungkin tambah gajet.
Mungkin ya, belum confirm lagi.
We'll see.
Tuesday, November 25, 2014
BDC - Day 25 (Berita Terkini Hari Ini Yang Anda Baca)
Walaupun aku suka membaca dan hantu tv, tapi aku tak suka membaca atau tengok berita.
Tak tau nak explain macam mana tapi memang aku akan rasa instantly depressed bila terbaca/tertengok berita.
Lebih2 lagi kalau berita pasal perang..penyakit..kematian dan yang sewaktu dengannya, memang aku pangkah!
Bukan sebab aku ignorant..tapi tak nak benda tu semua menghantui pemikiran aku.
Mind you..kalau dah menghantui tu bukan sekejap ye, makan minggu jugak.
Sekaligus menyebabkan anxiety disorder aku timbul balik.
However, bukanlah semua news aku ignore. Kalau big news atau penting of course aku follow. Contohnya berita pasal MH370 & MH17. Walaupun memimbulkan jiwa kacau tapi aku ikuti perkembangannya.
Tadi bila aku scroll timeline di FB, nampak link ini:
http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mh370-terdampar-di-sumatera-1.28783
Another speculation yang tidak mustahil.
Apa pun aku doakan agar MH370 segera ditemui. Biarlah ada closure untuk ahli keluarga mangsa yang terbabit.

Monday, November 24, 2014
BDC - Day 24 (Rumah Impian Anda)
Me & my family masih duduk menyewa di rumah teres setingkat.
Ada 3 bilik dan 2 tandas serta dapur yang sekangkang kera.
Jujur aku katakan dengan bilangan ahli keluarga yang makin bertambah, sometimes aku rasa crowded dalam rumah. Maklumlah size rumah sewa kami ni pun comel aje (read: kecil) tapi anggota lebih dari 10 orang.

Nak beli atau bina rumah, bukan perkara mudah.
Besar atau kecil rumah itu bergantung pada kemampuan masing masing.
Tebal poket kau, boleh la memiliki rumah banglo dengan laman yang luas berekar ekar.
Poket nipis, cukuplah rumah kecil tapi comel dan lengkap segalanya.
Takpelah..sementara belum ada kemampuan 'memiliki' ni, kita berangan sekejap pun boleh kan?
Mari aku ceritakan macam manakah rupa bentuk rumah idaman aku.
Aku suka rumah yang simple, tak complicated atau sarat barat dengan perhiasan.
Puas aku google...akhirnya dapat jugak gambar yang hampir kena dengan apa yang aku impikan seperti di bawah:-
Macam ni lebih kurang. Design still nampak ada ciri ciri rumah kampung tapi moden and ada halaman yang luas. Kalau ada balcony lagi kat depan tu memang 100% menepati citarasa aku.
Ruang tamu pertama: untuk menerima kunjungan tetamu. Pokok2 tu tak lawa...kalau ganti dengan pokok lain ok kot ye? No TV in this area sebab memang khusus untuk sembang dengan tamu2 yang datang.
Ruang tamu kedua a.k.a Family Room. Tempat bersantai untuk aktiviti kekeluargaan.Ruang tertutup so suka hati la nak membongkang bak dugong terdampar di pasiran pantai pun takpe. Nyahkan pasu2/perhiasan/batu batuan itu..menyemak ajelah!
Dining area semestinya macam ini. Feeling exclusive sangat! Cuma cover kerusi tu tukar ke warna hitam/brown leather sebab putih ni leceh la cepat kotor.
Owh this is my territory! Setting yang perfect bagi aku. Ada breakfast counter with hidden chairs jugak..so nice untuk breakfast/brunch yang santai. Boleh gak makan kat sini kalau malas ke dining area. Yang penting, ruamg dapur mesti luas untuk memudahkan pergerakan. Aku kan size gajah, so keluasan ruang sangat vital untuk aku.
Bathroom utama. Simple, tak payah fancy dengan pelbagai perhiasan.
Bathroom kegunaan ramai. Takyah bath tub, cukup shower aje.
Master Bedroom. Berkenan sangat kecuali kelambu itu. Dalam banyak2 design aku pilih yang ini sebab very english style. Simple but elegant.
Nah...itu dia ciri2 rumah idaman aku.
Luar nampak ala kampung, masuk dalam dah fusion.
Tak nak sarat dengan perhiasan bagai...menyemak je aku rasa.
Maybe one or twu ornaments is acceptable tapi kalau dah setiap sudut kau nak letak bunga...pasu besar...gambar besar2 alam...etc..etc..eiiiiii boleh meroyan aku!
Anyways..ini cuma angan2 & impian aje. Tak taulah nanti kalau aku dah bertukar citarasa.
Tetiba nak rumah yang berbunga sana sini ala taman firdausi..
Perhiasan satu almari everywhere...who knows kan?
Harap2nya tak begitu lah ye...hehehe...
Agak2 tercapai tak impian aku nak dapat rumah macam ni?
Subscribe to:
Posts (Atom)