Wednesday, February 26, 2014

Growing up with TV in the 80's

Lama dah aku peram entry ni dalam draft. Baru kali ni ada keinginan untuk mengupdate, so let's update sebelum aku hilang mood. Entry kemungkinan agak panjang sebab sometimes aku akan cerita detail sikit sebab kalau kasi shortcut macam tak best lah pulak (selama ni pernah ke best? hew hew hew..) so please bear with me ye..

Kali ini kita lupakan cerita sedih.
Kalau memanjang sedih pun tiada kebaikan juga kan. Bikin stress!
Jadi mari cerita hal yang menggembirakan :)
Aku ingin mengimbas zaman kanak kanak ribena. Zaman yang aku rasa paling best di dunia.
Manakan tidak, masa tu kita tiada masa untuk stress.
Tidak perlu fikir masalah.

So let's walk down the memory lane.
Ikutkan hati, aku nak cerita pasal rancangan TV feveret time aku kecik kecik dulu.
Tapi macam terlalu banyak pulak kan..so let's kupas satu persatu.
Aku mulakan dengan satu rancangan yang menjadi fenomena besar satu masa dulu.
Rancangan yang aku maksudkan adalah Oshin.
Gila kau tak legend cerita ni..bukan saja femes di Asia, malah sampai ke Asia Barat, Eropah dan Timur Tengah. Hebat gila kan!

Tapi actually aku tengok cerita Oshin ni way before dia di tayangkan kat Malaysia lagi.
We have relative somewhere yang rajin kirim video tape cerita Oshin to my aunt.
Jadi after aunty aku habis tengok aku pinjamlah tape tu.
BUT when it was aired on TV tetaplah aku tengok jugak. Gituuuuuu....

Bagi aku, cerita oshin memang best sebab macam 'masuk' dalam diri aku.
Aku dapat rasa every emotion dalam cerita tu.
Marah, sedih, happy, geram, sakit hati..semua adalah!
Aku suka time Oshin masih kecik sebab budak yang bawa watak Oshin tu sangat pandai berlakon.
She's so cute dengan pipi yang merah merah lagi.
Paling aku ingat episod yang dia kendong anak boss dia sambil belajar kat sekolah tu.
Determined nak belajar punya pasal sanggup susah payah.
Tapi sedih, last2 terpaksa berenti sekolah sebab kena ugut oleh pembuli.



Sedih betul kisah hidup si Oshin ni.
Sempat tinggal sekejap dengan pemberontak lepas lari dari her first job (sebab di tuduh mencuri).
Nama dia pemberontak tu Shunsaku.
Actually Shunsaku ni askar Jepun tapi lari dari army sebab tak suka perang.
Shunsaku ni la yang banyak ajar Oshin menulis dan mengira.
Tapi si Shunsaku kena tangkap jugak dan akhirnya mati di tembak polis Jepun.

Pasal hidup miskin dan susah, adik bongsu Oshin diserahkan kepada keluarga angkat.
Dan mak dia kena kerja jadi Geisha kat bandar.
Si Oshin pula dapat kerja baru di Sakata.
Kerja dengan pemborong beras - Kagaya.
Di Kagaya ni lah si Oshin banyak belajar.




Nenek Kuni - the owner, banyak ajar Oshin menulis dan mengira. Kira advance lah lagi daripada yang dia belajar dari Shunsaku dulu.
8 tahun jugak Oshin kerja di Kagaya.
Di Sakata ini lah Oshin pertama kali jatuh cinta dengan Kota-san (tak hensem, if you ask me).
Tapi Kayo (cucu Kuni, best friend Oshin) pun jatuh cinta dengan Kota, padahal Kota suka kat Oshin.
At the same time Kuni cuba menjodohkan Oshin with someone tapi di tolak.
Ada insiden yang menyebabkan Oshin tak berkenan dengan lelaki tu dan somehow, dia rasa macam tak kenang budi Nenek Kuni sebab reject the proposal.
Malu punya pasal, dia berhenti kerja and went back to Yamagata.
Dalam masa yang sama juga Kayo lari ke Tokyo dengan Kota.

Then bapak si Oshin ni pulak jual Oshin kat bapa ayam.
Nasib baik mak Oshin (dah berhenti jadi Geisha) tolong Oshin escape gi Tokyo.
Jadi hairdresser di kedai Puan Taka Hasegawa a.k.a Isho-san.
Oh, actually Oshin jadi hairdresser ni sebab kakak dia si Haru yang suruh.
Haru passed away sebab TB, jadi sebelum meninggal tu sempat pesan kat Oshin suruh gi Tokyo cari Isho-san untuk belajar buat rambut.
Scene yang aku tak boleh lupa is when ada sorang customer ni mintak buat rambut style 'tutup telinga'.
Tapi si Oshin memandai buat style lain sebab style tutup telinga tak sesuai dengan customer tu.
Kebetulan that was her first customer.
Oshin baru belajar buat rambut style moden sebab kedai Isho-san ni actually cuma buat style rambut tradisional Jepun (Isho yang suruh Oshin belajar buat rambut moden).
Mengamuk la pelanggan tu kan, siap hentak2 kaki bagai dalam kedai.
Tapi esoknya dia datang balik pulak...siap bayar tip lagi sebab style rambut yang Oshin buat tu dapat pujian from her client (the customer is actually a barmaid in a cafe)

From then on, Someko-san (the customer) terus appoint Oshin jadi personal hairdresser untuk pelayan2 cafe Atena.
Those pelayan semua dapat tahu Oshin pandai menulis (yeah, apparently pandai menulis/membaca/mengira is a big thing for a girl in Japan at that time - 1917), so besides jadi hairdresser dia jadi tukang tulis surat jugak.
Funny thing is, all 5 barmaids ni tulis surat kepada lelaki yang sama.




Oshin pun naik hairan. Tapi sebab di bayar dia diamkan je lah.
Until one day dia jumpa dengan that guy - Ryuzo Tanokura, a successful textile merchant.
Bermula adegan tackle menackle. Tapi Oshin memula jual mahal.
Mak si Ryuzo pun reject Oshin sebab tak sama taraf.
However kahwin jugak diorang. Kahwin pun main koboi, takde majlis bagai.

Dah kawin pun masih banyak cubaan si Oshin ni.
Tak habis habis. Kalau aku jadi Oshin memang dah meraung.
Bisnes jatuh, laki buat perangai, bisnes naik balik..macam macam hal.
Paling kesian, bila bisnes dah makin maju and on the day of the opening ceremony kilang diorang, gempa bumi pulak. And Ryuzo's right hand man - Genemon terbunuh dalam gempa tu while protecting anak Oshin - Yu.
Kilang dan rumah diorang habis musnah. (Kejadian gempa tu actually betul betul berlaku. Boleh baca di sini.)

Selepas kejadian, Oshin & Ryuzo terpaksa balik ke Saga (kampung Ryuzo).
Di Saga ni lagilah Oshin menderita.
Makan hati dengan perangai mak mertua.
The lady yang jadi mak mertua Oshin ni, lakonan dia terbaik wok!
Aku nengok cara dia mendera anak menantu pun buat aku rasa macam nak hempuk si tua tu.
Sedaya upaya dia cuba halau Oshin dari Saga. Semua yang si Oshin buat memang tiada yang bagus dimata dia.
Makan pun dia sindir, apatah lagi kalau berehat..memang kena bambu habis.
Once, Oshin cuba lari from Saga tapi Ryuzo dapat tahu and dapat stopkan Oshin, tapi ended up Oshin cedera teruk. She recovered tapi due to nerve damage tangan kanan dia tidak sembuh sepenuhnya.
Dugaan terbesar Oshin di Saga is bila dia give birth to a stillborn baby.
Hampir gila jugak dia, but she managed to compose herself and get back on her feet.
Masa ni si mak mertua dah ok sebab kebetulan adik Ryuzo pun beranak but tak cukup air susu.

Eh..penat pulak aku menaip. Esok aku sambung ye.

2 comments: