On the way ke terminal, boleh pulak si driver ni singgah stesen minyak sebab nak isi tayar SPARE!
Haiyooooo...kaddawale! Kalau kau isi minyak atau isi angin tayar yang sedang di pakai aku tak kisah.
Apakejadah kau isi tayar spare yang anytime kau boleh buat tapi kau nak buat juga tadi?
Memaki maki aku dalam hati tau! Tak pasal buat dosa free di pagi yang indah. Grrrrrrr!
Baheklah, enough meroyan..let's sambung cerita semalam. And sila amek perhatian, entry ini juga panjang. jadi kalau kira2 bosan sila klix tanda x di atas sebelah kanan skrin anda.
Semasa di Saga, Oshin mengandung. Adik Ryuzo, Atsuko pun mengandung juga.
(No one knows yang Oshin mengandung until one day Ryuzo nampak Oshin cuba pakai Iwata Obi - some kind of maternity belt believed to be helpful for pregnant woman)
Menurut kepercayaan kuno masyarakat di Saga, it's not a good omen for two women under the same roof to be pregnant at the same time. One of the babies will not survive.
Walaupun Atsuko tinggal dengan mertua, tapi sebab dia mengandung sulung maka bulan terakhir mengandung until deliver tu dia akan duduk balik dengan keluarga dia.
And since si mak mertua benci dengan Oshin, maka sedaya upaya dia cuba keluarkan Oshin dari rumah.
Suruh Oshin balik ke Yamagata. But si Oshin pulak determined nak beranak di Saga jugak.
Berazam jadi menantu terbahekkk gitu.
Last2 mak mertua suruh tinggal kat bangsal sampai beranak, sebab bangsal tu berada di luar kawasan rumah.
Bila Atsuko dah start sakit bersalin, satu rumah Tanokura gempar habis.
Rupanya she's having a difficult labor sebab baby dia besar.
(Masa mengandung mak dia a.k.a mak mertua Oshin sumbat si Atsuko dengan segala jenis makanan whilst Oshin di biarkan kelaparan x cukup makan makanan berzat)
Kelam kabut panggil bidan & doktor.
At the same time, Oshin yang sorang sorang di bangsal pun dah sakit nak bersalin.
Tapi takde orang nak assist sebab Ryuzo dah bergegas ambik doktor untuk Atsuko kat pekan.
Akibatnya baby Oshin lahir stillborn. She passed out after delivering the baby.
And dia tak tau anak dia dah mati until the next day.
Memula Ryuzo tipu, cakap baby mak dia yang jaga. Tapi pak mertua Oshin yang tak sanggup terus menipu.
He dropped the bomb. Meroyan jugak Oshin...spaced out for a few days. Hampir gila.
Tapi sempat dia namakan baby tu 'Ai' (means 'love')
Nak jadi cerita, Atsuko tak cukup air susu untuk breastfeed baby dia.
Budak tu pun asyik melalak tak cukup feeding.
Whilst Oshin pulak air susu mencurah curah.
So dialah yang susukan baby Atsuko sampai Atsuko balik ke rumah mertua dia.
Since then, si mak mertua dah lembut hati.
But Oshin dah nekad. After Atsuko balik rumah mertua, dia nak tinggalkan Saga dan pergi Tokyo.
Bawak sekali anak dia si Yu. Nak kerja dan besarkan Yu di Tokyo.
Amukan baliklah mak mertua. Sebab selama tu dia yang jaga si Yu (one of her ways to torture Oshin dengan memisahkan Oshin dan anaknya Yu).
Bertitah si mak mertua. Kalau nak jugak berambus ke Tokyo, silakan. Tapi pergi sorang je. Tak boleh bawak anak.
Ryuzo memang tak ikut sebab dia sedang mengusahakan 'land reclamation'.
Bila dah sukses baru nak ambik Oshin balik Saga.
Esoknya bertolaklah Oshin ke Tokyo.
Mula mula dia tinggalkan rumah tu sorang.
Aku ingat memang soranglah dia pegi Tokyo. Kesian jugak, sanggup tinggalkan laki & anak.
Rupanya dah buat plan dengan biras dia (wife abang Ryuizo) si Tsuneko.
Oshin jalan dulu then tunggu kat ladang. Nanti Tsuneko bawak Yu gi jumpa Oshin.
Fuh...nasib baik biras menolong. Tu pun hampir di tangkap sebab orang gaji Tanokura nampak Tsuneko angkat Yu dari bilik. However Tsuneko pandai mengelak jadi in the end tak siapa tau Tsuneko yang seludupkan Yu untuk Oshin. Bravo!
While in Saga Oshin selalu dapat surat daripada Isho-san.
Isho-san rajin hapdet keadaan Tokyo lepas gempa bumi kat Oshin and she told her yang dia dah bina balik kedai rambut at the same spot before the earthquake.
Itu yang membuatkan hati Oshin makin melonjak nak ke Tokyo.
So bila dah sampai Tokyo dengan Yu, terus dia menuju kedai Isho-san.
Oshin pun cerita keadaan sebenar semasa dia kat Saga.
Isho-san suruh dia practice balik buat rambut, but due to her hand injury memang tak dapatlah...
Ada juga dia tulis surat buat Ryuzo di Saga. Tapi surat2 tu tak sampai ke tangan Ryuzo. Kena confiscate oleh mak si Ryuzo. Lepas baca, dia koyak. Kurang asam betul orang tua ni tau! Geram aku!
At the same time, Ken Nakazawa (sorang leader Yakuza yang Oshin kenal masa berniaga kain di pasar malam. At that time bisnes kain si Ryuzo hampir muflis so Oshin jual kain from kedai diorang kat pasar malam. Ken-san anggap Oshin macam adik dia sendiri so kira dia ni abang angkat si Oshin lah) turut membantu Oshin.
Ken-san offer Oshin berniaga balik di pasar malam, jual 'Don Don Yaki'
Macam ni la lebih kurang rupa Don Don Yaki *Credit to Google Image* |
Disamping itu dia carikan rumah sewa untuk Oshin & Yu supaya Oshin boleh berdikari.
All is well until one day bini si Ken-san datang serang Oshin.
Kebetulan Ken-san ada di rumah Oshin, lagilah mengamuk si kawan.
Disebabkan itu dan untuk mengelak further damage, Oshin ambil keputusan balik semula ke Yamagata.
By this time bapak Oshin dah meninggal (actually he passed away tak lama lepas Oshin kahwin).
Tinggal lagi mak Oshin and abang sulung Oshin - Shouji dan bininya - Taro and their kids.
**FYI bila si Shouji gatal nak kahwin, bapak Oshin suruh Oshin hantar duit lebih tiap2 bulan untuk bina rumah baru buat Shouji and his wife (masa ni Oshin belum kahwin tapi bisnes buat rambut). Due to that Oshin kerja separuh nyawa sampai masuk sepital kena sakit beri beri (kurang vitamin B)**
Bila Oshin balik Yamagata, Shouji merungut sebab Oshin & Yu jadi beban buat dia.
Kebetulan Nenek Kuni - owner Kagaya tempat Oshin kerja dulu, sakit teruk a.k.a nazak.
Jadi bila Oshin dapat tahu, bergegas lah dia ke Sakata.
Pendek cerita, Nenek Kuni meninggal.
After the 7 days mourning period, Kayo-san offer Oshin buka kedai makan di Sakata pula.
Kayo-san dah berpisah dengan Kota dan kahwin dengan pilihan keluarga.
Maka berbisnes kedai makan lah si Oshin.
Scene paling best islah bila kedai Oshin kena 'attack' Yakuza dari Sakata sebab jual sake murah daripada kedai lain.
Ko hengat si Oshin takut? Dia siap suruh Yakuza tu keluar dari kedai dia.
Pastu dia buat signature greeting Yakuza yang sempat diajar oleh Ken-San masa dia berniaga si pasar malam Tokyo dulu - thank God for that! Kalau tak masak juga dia kena bambu..hew hew hew!
Haaa....ko mampu?
Berani gila kan si Oshin! Kalau aku, gerenti ketar lutut. Berani2 takut...hew hew hew!
Ini dah ok dah...hehehe!
Lepas dah buat greetings tu, she earned the respect from those Yakuza of Sakata.
Ada lagi kejadian di kedai makan Oshin ni.
Pelanggan mabuk bergaduh, siap nak tikam menikam.
Dengan kuasa bulan si Oshin pekik & halau pelanggan tu.
Tapi sebelum keluar dari kedai Oshin demand payment for makanan & minuman yang diorang consumed.
Walaupun begitu, Jepun tetap Jepun. Dah halau orang tapi tetap ucap 'Arigatou gozaimashita'.
Kalau kita di sini, huh..kirim salam je lah!
Masa ni jugaklah Oshin jumpa balik dengan Kota-san. Well actually dah beberapa kali jumpa balik sebelum ni, but just as friends.
Kota-san tak berapa suka keadaan yang berlaku dalam kedai tu, what with those Yakuza and drunk people.
Dia concernkan keselamatan Oshin dan Yu. For that reason dia suruh Oshin pindah ke Ise pulak.
Dia arrangekan kerja & tempat tinggal untuk Oshin & Yu.
Dengan itu, berpindahlah Oshin anak beranak ke Ise.
Di Ise, Oshin tinggal dengan Hise-san (mak sedara Kota-san) dan bekerja sebagai peraih ikan.
Dalam pada itu Oshin masih terus kirim surat buat Ryuzo.
Tapi as usual, mak si Ryuzo rampas and koyak surat2 kiriman Oshin.
Until one day Tsuneko (kakak ipar Ryuzo, biras Oshin) curi curi bagi semua surat Oshin yang di koyak (rupanya dia kumpul and lekat balik surat2 tu) kat Ryuzo.
Baru Ryuzo tau keadaan yang sebenar sebab selama ni dia ingatkan Oshin dah lupa kat dia.
Mak Ryuzo ni pulak sibuk jodohkan Ryuzo dengan orang lain tapi si Ryuzo tak nak.
Walaupun begitu, Ryuzo tetap tak nak pegi Ise jumpa Oshin walaupun beberapa kali dalam surat tu Oshin pujuk dia datang Ise.
Ryuzo masih nak kejar land reclamation and determined nak bawa Oshin balik Saga.
Hinggalah typhoon melanda dan merosakkan tanah yang nak di claim oleh si Ryuzo.
Ryuzo dah lost hope, terus lari dari Saga nak kerja kat Manchuria.
Sebelum ke Manchuria, Ryuzo pegi ke Ise jenguk Oshin & anaknya.
Mula2 jumpa dia lari pulak tapi sempat Oshin kejar (scene ni aku bengang giler dengan Ryuzo. Dah jumpa tu jumpa je lah, yang kau lari tu buat apa! Bangang sangat tau!).
And Si Ryuzo pun setujulah delay pemergian beliau ke Manchuria to the next day, nak spend time kejap dengan anak bini.
On the next day, Ryuzo dah bersiap nak ke Manchuria.
Oshin & Yu hantar sampai simpang dekat train station, then diorang berpisah.
Tapi sebenarnya Ryuzo tak pegi pun train station.
Senyap2 dia intip macam mana Oshin buat kerja.
At the end of the day dia surprise kan Oshin dengan berita yang dia tak jadi ke Manchuria.
Dia nak tinggal di Ise dengan Oshin & Yu. Sama sama meniaga jual ikan.
Kali ni dia tak nak dah berpisah dengan Oshin anak beranak.
(Serius aku terharu tengok episod ni dowh!)
Akhirnya Oshin & Ryuzo buka kedai jual ikan di Ise dan berpindah ke kedai tu dari rumah Hisa-san.
Bila bisnes ok sikit, oshin panggil mak dia dari Yamagata datang melawat.
Mula2 mak dia tak nak. Tapi Shouji (abang Oshin) pujuk suruh pegi jugak.
Rupanya ada udang di sebalik mi. Shouji tulis surat kat Oshin suruh Oshin jaga mak diorang, jangan bagi balik ke Yamagata. Kurang hajar kan?
Dah Shouji cakap macam tu, Oshin & Ryuzo cari idea macam mana nak suruh mak Oshin ni tinggal di Ise dengan diorang, sebab mak Oshin berkeras nak balik Yamagata juga.
Kebetulan Oshin dapat tau dia mengandung kali ketiga, dapatlah diorang pujuk mak Oshin suruh stay sampai baby lahir kononnya.
Oshin gave birth to another boy and named him Hitoshi.
Kayo-san pun tak lama tu beranak jugak anak lelaki - Nozomi.
Masa ni jugak mak Oshin jatuh sakit (leukimia) dan nak balik ke Yamagata.
Dia nak mati kat rumah dia juga, tak nak kat Ise.
Oshin bawak mak dia balik Yamagata and her mother died there as she wished.
Bila dah selesai upacara semua, Oshin balik ke Ise.
Not long after that Kota-san datang melawat. Bawa berita tak baik pasal Kagaya.
Apparently Kagaya dah bankrupt dan laki Kayo-san bunuh diri.
Lepas kejadian tu tak sorang pun tau kat mana Kayo-san, her parents and her son berada.
Setahun kemudian, Oshin jumpa lagi dengan Kota-san.
Kali ni Kota-san dah tau Kayo ada kat Tokyo.
He asked Oshin to go and meet Kayo.
Ryuzo pun setuju suruh Oshin pegi Tokyo cari Kayo-san.
So off to Tokyo she went.
Sampai Tokyo, Oshin terus ke rumah Isho-san and explained to her what's going on.
Di sana, Oshin jumpa balik dengan Ken-san dan minta tolong Ken-san cari Kayo.
Cari punya cari, jumpa jugaklah...tapi Oshin terkejut sebab rupanya Kayo kerja sebagai pelacur.
And she was shocked to know yang parents Kayo-san pun dah passed away and sebab takde duit, Kayo tak mampu buat funeral untuk parents dia.
Oshin pun tak mampu buat apa apa. Nak tebus Kayo dari rumah pelacuran, kena bayar 1000 yen.
It's a lot at that time, so no one can afford that amount of money to help Kayo.
Esoknya, Oshin pegi melawat lagi.
Tapi another kejutan buat Oshin bila dia sampai kat tempat Kayo kerja, bapak ayam tempat tu cakap Kayo dah mati. Overdose drinking sampai muntah darah.
Kayo tinggalkan surat, asking for Oshin's help to take care of her son, Nozomi.
Oshin pun balik Ise dengan abu mayat Kayo & her parents.
Dia buat proper funeral and tanda kubur untuk tiga beranak tu kat Ise.
That's the least she could do to repay them for their help.
She raised Nozomi as her own together with her children Yu & Hitoshi.
Ryuzo pun happy dah ada tiga anak lelaki.
Beberapa tahun lepas tu, Ken-san muncul melawat Oshin kat Ise.
Bawak sorang budak pompuan dari Yamagata - Hatsuko nama budak tu.
Hatsuko mengingatkan Oshin to herself masa kecik2 dulu.
Bila Oshin tahu yang Hatsuko sebenarnya akan di jual ke rumah pelacuran, Oshin tebus Hatsuko dari Ken-san. Dan dia ambil Hatsuko jadi anak angkat.
Tak lama lepas tu, Oshin mengandung lagi.
Kali ni dia bersalin anak perempuan yang dinamakan Tei.
Now dia dah ada 5 orang anak (umur Oshin masa ni 36 tahun).
Aku baru tengok sampai episod 202. Lagi 95 episod baru khatam.
Tapi aku akan hapdet secara berperingkat lah ye...mengikut episod yang aku tengok per day.
Ok setakat ni dulu bebelan I sebagai pengulas drama Oshin tak berbayar.
Permisi, I nak minum susu cokelat dulu! :)