Friday, November 15, 2013

Not Scary. At ALL!

Semalam purchase filem Highland Tower di Astro First.
Adik aku la teringin sangat nak tengok.
Dalam hati aku memang sudah rasa filem ni memang hampeh.

Sebelum tu aku baca juga review from internet.
Ramai kata seram. Tapi aku memang tak percaya lah.
Dulu filem khurafat pun seram gila katanya tapi aku rasa tidak pun menakutkan.
Jadi kita layan ini cerita.

Tapi aku malas la mau buat review panjang panjang...boleh?
Aku copy paste sinopsis and buat short review je lah ye...

"Highland Tower" mengisahkan pengembaraan Shima yang merupakan pengacara untuk satu program televisyen. Shima mahu menghasilkan sebuah dokumentari mengenai paranormal dan memilih lokasi popular tragedi Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Kelang yang pernah runtuh pada 11 Disember 1993. Penggambaran telah dilakukan pada waktu malam. Shima asyik mengambil gambar di sekitar kawasan itu untuk bahan kajiannya dan tanpa disedari lensa kameranya telah merakam objek misteri dan disitu bermula pelbagai kejadian aneh"

Poster promo filem Highland Tower

 Dalam bulatan merah tu kononnya 'entiti'

 Ni scene Shima & Atikah kena rasuk

Ok lets review pantas pantas pakai pointer je ye..

The good
*Sedang shooting, lampu tetiba padam. Bila lampu pasang balik, Shima hilang. Jumpa jauh pulak dari tempat shooting.

*Atikah & Niezam yang sedang berehat di 'Base' tiba2 hilang. The whole team siap jerit2 cari diorang tapi tak jumpa. Walhal diorang ada je kat situ sedang tidur. 

*Part Shima & Atikah kena rasuk. Still, tidak menakutkan bagi aku.

Tu je kot. Sebab tak menarik sangat maka aku kurang ambil perhatian scene2 yang lain. Bagi aku biasa je.

The bad
*Baca sinopsis, seolah olah Projek HT ni idea Shima. Padahal dia cuma part of the team. The actual mastermind of the project is Mika & Niezam.

*Yeeee...memang ada part si Shima ambil2 gambar bagai..tapi takde pulak di tunjukkan which part of the photo yang dia terambil 'objek misteri' tu.

*Each shot macam main hentam asal ada. Serabut, bising, kecoh. Macam no planning at all. Yes aku tau la ini kononnya dokumentari tapi buat dokumentari pun mesti ada plan, kan? Ini tak, bertabur!

*Takde pun kejadian yang misteri sangat. The peak was Shima & Atika kena rasuk je kot. And masa ending yang kononnya si Mikail ada 'pendua'. 

*Tiba2 habis macam tu je. 1 jam 10 minit to be exact. Aku dah macam 'Haaaa? Habis? Apa ni apa ni apa niiiiiiiiiiiii????'. Potong stim! 

Kesimpulannya, memang tidak menakutkan langsung!
Nasib tak jadi tengok masa di KL hari tu.
Kalau tak memang aku meroyan dalam panggung sebab tak puas hati.
Benci betul! Kalau nak buat cerita seram bagi lah yang seram betul betul.
Jangan mainkan perasaan orang yang berkobar nak feel takut tapi akhirnya menyampah!

And that's why aku malas tengok cerita melayu.
Gebang kemain. Hasil? NAN ADO!

Macam mana pun, ini pendapat aku.
Kalau korang suka bagai nak rak dengan filem ni, terpulang.
For me, it's not up to my standard.
Sorry kalau korang penyokong tegar filem melayu.
I'm sticking to my opinion.

Dah. Layan cerita Tamil lagi best. 

*Pasang Avvai Shanmugi*

Rukku rukku, rukku rukku....


2 comments:

  1. huhuhu... klu filem yasmin ahmad ke boleh gak layan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok la aku layan filem Avvai Shanmugi ni. Cuba ko try tengok, gerenti ko suka.

      Delete