Wednesday, September 4, 2013

Bohong!

Semalam dan hari ini aku menjadi pembohong.
Bohong bersebab tau, bukan saja nak berbohong.
Aku berbohong kepada someone yang aku dah kenal for almost 16 yrs rasanya.
Kenal gitu gitu jer lah, bukan kenalan rapat. 
(Kenal pun pasal kerja sebab he works with the company yg menyelenggarakan sistem yg kami pakai. Eh, tak payah la aku explain panjang lebar. Korang faham sendiri sudah lah kan.)

So yesterday dia datang to my office sebab it's time to replace our computer & upgrade our system. 
Jadinya, terjumpalah balik after 4 yrs.
Memula tu okay jer. Tanya khabar bagai. Lepas tu mula dah dia keluarkan soalan yang memjadi punca kenapa aku berbohong.
Everytime jumpa dengan dia memang soalan  yang satu ini lah yang wajib dia tanya.
Soalan yang aku rasa buat wanita wanita boring and maybe annoyed at the same time.
Soalan berbunyi: Ko dah kawin ke belum?

Haih. Acik letih melayan soalan itu. 
jadi kerana kepala agak biol semalam, aku pun jawab dengan penuh keyakinan.
'Dah, anak dua lagi'
Berubah muka si someone.
Aku ingat, habis dah kat situ. Rupanya tidak! Oh..ramalanku kurang tepat belaka.
Keluar pulak soalan lisan bertalu talu.

Dia: Anak umur berapa
Aku: Yang sulung masuk 3 tahun (merujuk kepada anak buah aku si Eysha), yg kecil baru setahun lebih (merujuk kepada anak buah aku juga, si Zannah)
Dia: Oooh..sepasang kah?
Aku: Tidak lah, dua2 girl (feeling annoyed dah ni sbb banyak tanya pulak dia)
Dia: Husband orang mana
Aku: Orang sini juga
Dia: Kerja apa
Aku: Lecturer (siapa laa yg bertuah tu, aku pun x tau)
Dia: Di mana
Aku: Aik banyak soal pula kau ni. Teda privacy aku klu mcm ni..(feeling annoyed dah ni, rasa nak melempang muka dia pun ada jugak)

Nasib baik lepas tu dia diam and sambung kerja. Kalau terbit lagi soalan bonus, memang ku laharrrrrr habis habisan.

Kenapa laa dia asyik sibuk menanya status aku?
Berkenan kat aku kah?
Ke...pasal memang dia suka menyibuk?

Gegirl confuse sungguh sekarang ni.

P/S Nasib baik dia tak cakap nak tengok gambar anak2. Kalau tak memang siap la gambar anak2 buahku tersayang itu menjadi mangsa.

P/P/S kalau gambar anak aku boleh save lagi, tapi buatnya dia nak nengok gambar laki? Mau mati berdiri aku! 

P/P/P/S Tapi aku ada plan. Mau tengok gambar laki kalu...memang ada mangsa yang menjadi 'laki' aku. Ko pasrah sajalah ye. 

Dah. Aku nak sembahyang Asar. Nak doa banyak2 semoga selamat sejahtera dunia akhirat.

No comments:

Post a Comment