Thursday, November 6, 2014

BDC - Day 7 (Sejauh Manakah Pendidikan Itu Penting Bagi Anda)

Hai, hello bertemu lagi dalam cabaran hari ke 7.
Amboi3x..tajuk cabaran dah macam soalan peperiksaan pulak.
Dah jadi kerjaan otak aku nak memikir pulak.
Takpelah...aku cuba bagi pandangan jujur.
Tapi kalau ayat caca marba sila maafkan aku ya..hehe.

Baiklah, bagi aku pendidikan ni memang sesuatu yang sangat penting.
Baik yang formal mahu pun informal, ia merupakan asas untuk membentuk peribadi kita.
Membuka minda kita terhadap sesuatu dengan perspektif yang lebih luas.
Tidak kurangnya membuka peluang untuk mendapat pekerjaan yang menjanjikan pulangan lumayan.
Aku akui kesahihannya walaupun tidak semua graduan universiti berjaya menjana pendapatan 4 ke 5 angka.

In my case, aku belajar setakat sekolah menengah. Pendek kata takat SPM aje.

Di tawarkan masuk ke ITM (sekarang UITM) untuk Diploma in Business Management
Bila dapat surat tawaran, aku nangis sebab happy dapat sambung study.
Tapi tak lama lepas tu, the reality hits me hard in the face.
Mana aku nak cekau duit bayar yuran semua?
Dah la masa tu my dad baru je meninggal tak sampai setahun and life was pretty hard for us.

Time aku dulu mana ada pinjaman PTPTN. Loan Mara pun tak dapat.
Adik adik masih sekolah. Cuma aku and my mom je yang kerja.
Kalau aku sambung jugak, sapa nak tolong mak aku support diorang?
Macam mana nak survive? Mampu kah mak aku kerja sorang?
Terlalu banyak yang aku kena fikir the pro & cons, akhirnya aku decide to decline the offer.
Menangis jangan cakaplah. Tengok calendar nampak date yang aku sepatutnya pegi mendaftar pun aku nangis. Tapi nak buat macam mana. Aku takde pilihan.

Walaupun begitu aku masih simpan hasrat nak menyambung pelajaran jugak.
Biarlah dikatakan dah berkarat pun masih nak asah otak, aku tak kisah.
Kerana mencari ilmu itu sifatnya sangat dituntut.

Daripada Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Menuntut ilmu adalah fardu atas setiap orang Islam dan penuntut ilmu akan didoakan keampunan oleh semua termasuk ikan-ikan di lautan".

Begitulah sedikit sebanyak pendapat aku tentang pentingnya pendidikan.
Dah berkira kira nak apply kat Open University, tapi aku kena buat research and comparison dulu.
Kalau ada rezeki, aku pasti akan bergelar pelajar lagi satu hari nanti, Insya Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
"Ilmu adalah imam kepada amal, dan amal adalah makmumnya."

Ilal liqa'

Wednesday, November 5, 2014

BDC - Day 6 (Apa Yang Anda Makan Hari Ini)

Most of the days aku tapau makanan dari rumah.
Tapi hari ni aku agak malas. Ntah angin apa bertandang tadi pagi, lepas Subuh aku baring balik.
Selalunya dah kelentung kelentang kat dapur.
Mood tak berapa nak bagus kalau aku masuk dapur jugak memang tak sedap masakan aku.
Betul tau, kalau masak dengan hati tak ikhlas masakan jadi tak sedap.

Jadi breakfast tadi aku beli aje kat kedai. Inilah yang aku makan untuk breakfast hari ini.

Kuay Teow, Sunny Side Up & Fishcake 3 ketul.

Untuk lunch pulak, aku dah set nak try beli kat Santola Bar & Cafe Express.
Dah lama aku intai2 tempat ni. Khabarnya, kopi dia terbaikkkk..the best in town katanya.
Aku jelinggg je everytime lalu kat situ. Ada jugak aku nampak menu sandwich.
Dah target aku mesti cuba jugak...kononnyalah.
Menapaklah aku ke sana. Belek menu...mak aih, mahal bebenor!
Segelas iced latte mencecah RM8.90! Medium ya, bukan gelas besar pun.
Sandwich dia pun ala2 sendu....isk, tak jadilah kot nak menapau.

Still contemplating about the drinks, though.
Mulut teringin sangat..tapi hati cakap no no no.
In the end, hati menang...dan aku beredar dari situ (waah..ayat2 novel gittew, kelasss!)
Terbatal hasrat nak merasa kopi Santola.
Takpelah, takde rejeki kali ni. Maybe next time (ayat sedapkan hati).

Round sana, round sini..masih tak dapat decide nak makan apa.
Hampir ke PastaPasta, tapi teringat tadi dah makan kuay teow.
Kalau breakfast tadi nasi lemak kompom la aku tapau Linguine Bolognaise.
Fikir punya fikir, akhirnya aku decide nak tapau kat Kalink Ristorante (kau mesti tau maksudnya ni kan Alizam)

Nasi & Kari Udang

Sampai dirumah petang tadi, aku selak tudung dulang. Nampak kari ayam. Another curry meal? Hurmmm...dah ada tu takyah banyak songeh, telan jer lah. But instead of makan dengan nasi, aku buat roti salut telur. 3 keping aku makan sorang. Kenyang alhamdulillah.


Fuhhh..selesai jugak entry untuk challenge hari ke 6 ni.

Cabaran hari ke 7, see you tomorrow!

Tuesday, November 4, 2014

BDC - Day 5 (3 Perkara Yang Anda Ingin Katakan Kepada Bekas Kekasih)

Takde apa.
Kalau ikut sejujur hati aku, itulah jawapannya.

Tapi bila ada peluang nak luahkan dalam blog ni, ok aku cakap.
Kot2 diorang baca kan.

Pertama, thank you sebab pernah wujud dalam hidup aku.
Walaupun uols adalah the wrong kind of right tapi menjadikan hidup aku ada color sikit sikit.

Kedua, aku harap korang happy dengan kehidupan masing masing.
Pendek kata, move on.

Ketiga, apa ya?
Heish...hilang idea aku pulak dah.
Ok ok...aku doakan korang dirahmati Allah SWT selalu. Aamin ya rabb.

Dah. Itu je.
Aci tak aci, janji aku dah buat.

Tunggu entry untuk challenge day 6 pulak esok. 

Monday, November 3, 2014

BDC - Day 4 (Buku Kegemaran Anda)

*EDITED*

Hello hello...
Bersiaran lagi untuk cabaran hari ke 4, buku kegemaran saya.
Sejujurnya aku memang suka membaca novel.
Especially yang bergenre chicklit, memang menjadi pilihan aku.
Tapi...sorry ya, aku baca novel english language saja.
Novel melayu...ermmmmmmmmmmmmmm.....
Ko pepahamlah kalau dah panjang idham maalghunahnya tu.

Dalam banyak2 novelist, aku minat karya Jill Mansell.
Buku pertama karya dia yang aku baca is Miranda's Big Mistake. Back in 2001 or 2002 macam tu.
Fotostat dari original book, tapi tak tau sepa punya sebab aunty aku kata terhumban kat desk dia dah beberapa hari takde orang claim. Jadi dia bawak balik.
Terus jadi hak milik..hehehe!
From then on I'm hooked to her books.
Antara books by Jill Mansell  yang aku dah baca:-

  • Kiss (1993)
  • Perfect Timing (1997)
  • Head Over Heels (1998)
  • Miranda's Big Mistake (1999)
  • Millie's Fling (2001)
  • Staying at Daisy's (2002)
  • To The Moon And Back (2011)

So amongst the books I've read, ada satu buku sangat menambat hati aku.
Sangat sangat menambat sampai aku sanggup beli DUA kali bila buku itu hilang dari simpanan.
Here it is:-


Buku yang originally dalam simpanan aku rupa covernya macam ini. Tapi hilang a.k.a dipinjam oleh someone (aku dah tak ingat siapa) sampai sekarang tak pulangkan balik. Dah gone case. I is sedih!


The second book yang aku beli. Same title, different cover.
Aku tak reti la nak kasi sinopsis pasal buku ni.
Jadi apa kata aku gunakan khidmat encik google.

Millie Brady, is a 25-year-old woman living in Cornwall, England, who describes herself as a female Mr. Bean. She’s dumped by her boyfriend in the very first chapter of the novel — he’s asking her to move in with him, but she’s more concerned about the woman ready to jump off the cliff at Tresanter Point. That woman is Orla Hart, the best-selling romance novelist who is deeply hurt by her husband’s infidelity. Millie convinces her not to jump, and a close friendship — and work relationship — blooms. Orla, still reeling from a bad book review, decides to shake things up a bit with her latest novel, which she decides to base on Millie’s life. Millie must spill the beans on everything that goes on in her life — such as comforting her best friend and roommate, Hester, as she tries to juggle a long-distance romance with Nat, a chef working in Glasgow, and her long-time crush on Lucas, a womanizer who becomes Millie’s boss.
Other than her job as a roller-skating gorilla who delivers kissograms, Millie has a boring life (or so she says). The people around her, however, are another story. From Millie’s desperate mother, Adele, to the horrid couple with whom Millie worked as a travel agent. The supporting characters have mishaps of their own. As for Millie, Orla figures introducing Millie to various men will spice up her life and enhance the plot of the book being written about her. However, Millie gets herself into a pickle with Hugh Emerson, a widower whom she meets after finding his lost wallet and playing a phone prank on him.

I love the author's (Jill Mansell) creative way of connecting all the characters in her books into one lovely story. Every single character even sekecil kecil peranan pun somehow feels so important, if you left them out you'll miss something in the plot. Yet cerita dia takde langsung meleret meraban. Semua pun significant to everyday's life yang memang possible terjadi kat anyone in the world. How brilliant is that? Watak Millie tu lawak nak mampus ok! Lawak and best at the same time, boleh gittew? And that Hugh guy pun sangat ....how to say aah, charming lah. The dialog when they're exchanging banters pun best. Eh...serba serbi best!
Ooh aku suka lawak british (eh boleh ke panggil gitu? Sukati aku je kan...hew3x)
 
Dah siap challenge hari ke 4.
Nantikan pula cabaran hari ke 5 okay!

*Takde idea nak buat penutup*

Sunday, November 2, 2014

BDC - Day 3 (Sesuatu yang menguatkan anda)

Day 3 of the challenge.

Okay, sesuatu yang menguatkan aku.
First & foremost of course la Allah SWT...yang maha agung dan tempat aku serahkan segalanya.
Allah yang maha mengetahui isi hati aku, baik buruknya aku, kelebihan dan kekurangan aku...
Susah senang, suka duka, tawa dan tangisku semuanya milik Allah.
Saat aku kesusahan atau sedang sedih, aku mengadu pada-Nya
Dan ajaibnya kuasa Allah, walau bagaimana sukar keadaan yang aku lalui, alhamdulillah Dia berikan petunjuk dan jalan penyelesaian.
Dia masih melindungi aku dan keluargakau dari musibah yang besar.
Allahu Rabbi..la ila ha ilallah....

Kedua, jatuh pada insan yang paling bermakna dalam hidup aku.
Seberapa banyak salah pun yang aku lakukan, dia sentiasa menerima aku dengan tangan terbuka.
Sentiasa memberi kemaafan, sentiasa menyayangi aku.
My mom, my heart and soul.


I love you mom!

Emo pulak entry ni. Ok lah tak nak emo2 sangat.
So that's it...challenge no 3 - DONE!

Kita tunggu entry untuk challenge day 4 esok pulak ye...

Oh, Macam Tu Pula...

Makin lama makin sombong.
Makin dewasa makin kurang ajar.
Makin tinggi pelajaran makin bodoh peradaban.
Makin diberi rezeki makin sempit pemikiran.

Lumrah manusia...bila rasa bagus sikit mula la bangga diri.
'Aku paling pintar..so kau x boleh suruh2 aku'
'Aku paling bagus..so x payah la mau nasihatkan aku'
Oh..begitu pulak aturan kau ya?
Mau orang melutut menyembah kau baru kau suka? Baru aku faham...
Ops...boleh ka cakap macam ni? Nanti di tuduh 'play victim' pulak kannnn...

Ada aku kisah kalau 'golongan' kau x suka aku?
Cakaplah sepuas hati. Sampai mulut kau berbuih buih. Silakan, jangan malu.
Seburuk buruk aku di pandangan mata kau,  aku x kurang ajar dengan orang yang melahirkan aku.

Kau buat la sukati kau..teda masa aku mau ambik tau pun. Besides, I don't live my life to please you coz you don't matter to me.

Saturday, November 1, 2014

BDC - Day 2 (5 Cara Untuk Memenangi Hati Anda)

Hurm...camne laa aku nak cakap cara untuk memenangi hati aku ni eh?
Semalaman aku dok memikir apa yang boleh buat hati aku tertambat.
Pikir punya pikir...hasilnya adalah seperti yang berikut:-


Be yourself. 
Aku suka kalau orang tu tak pretentious. Kalau jenis cover cover memang tak dapek aku nak buat kawan. Jangan risau sebab aku bukan orang yang judgemental. I accept you as you are.

Surprise me.
Yes..aku suka surprise TAPI in private, please! Jangan ko buat perangai kasi surprise aku kat public. Kemungkinan untuk aku lari terus dari tempat kejadian adalah 150%. Confirm!

Funny people.
Bukan sembarangan punya funny ya. Aku suka funny tapi berisi. Bukan funny tong kosong atau jenis yang membuatkan diri sendiri nampak bodoh. Intellegent funny (Afdlin Shauki, Harith Iskander to name a few). So if you have a brilliant sense of humor, you win my heart :)

Ice breaker. A good one.
I'm not good at striking a conversation with strangers, so I rarely (read: almost never) break the ice. Kalau ko humban aku kat tengah2 lautan manusia yang aku tak kenal, memang aku kejung je lah tak borak dengan sapa pun, kecuali lah if the others start cakap dengan aku dulu. From there baru aku warm up a bit (tengok keadaan jugak if the conversations are interesting enough for me to keep talking). Hence the thought that I am snobbish (some people told me), walhal aku sebenarnya segan nak mampus. 

Respect me, the whole me.
And I will respect you back, the whole you. Simple kan? Tapi susah nak execute. I think this one the the most important and vital part kalau nak 'memenangi hati aku'. Kalau takde respect memang apa jenis relationship pun takkan ke mana, jadi marilah kita saling hormat menghormati antara satu sama lain, okay!

There you go, people! Aku dah completekan challenge untuk day 2.
Dah kena start prepare untuk cabaran day 3 pulak lepas ni.

Later, pipols!