Thursday, April 14, 2016

Bebel Bebel

Korang rasa nak meletop kebabow tak, kalau kau dah siap mengemas dapur..elok 10 minit lepas tu ada lagi gelas, sudu, mangkuk, pinggan kotor berlambak kat singki or di letak merata. Sometimes dengan periuk tak di cuci. Siap package maggi bertabur kat lantai and peket perencah tu main buang je kat belakang dapur gas. Kain lap pun tak di cuci or gantung elok2, semua main campak aje ke mana mana. Ada tong sampah bawah singki tu tapi buang sampai main humban je kat lantai. Makes me wonder lah kan, aku ni tinggal dengan manusia ke binatang?

Benda2 macam ni aku kena hadapi every single day. Yep..no joke about it. Bukannya tak di asuh or di ajar. Dari kecik kot mak & arwah bapak aku very particular pasal benda ni semua. TETAPI aku tak paham kenapa certain people tersangatlah berat tulang and buat bodoh je. Nak kata penat..come on laa, semua orang penat kot. Semua pun kerja but please la give and take sikit. Jangan kata suruh, mintak tolong pun macam ada besi 100kg tergantung kat tangan. 

Orang penat mengemas, membersih...appreciate sikit boleh tak? Tak minta banyak, sikit pun jadi lah. Kau nak melantak tetengah malam, masak megi ke apa...takde sapa nak marah. Tapi guna akal la der. Pinggan mangkuk kalau dah pakai, cuci la terus. Ntah apa susah nak mencuci tu aku pun tak tau. Bukannya kena rempuh bermacam halangan pun. Kalau dah pemalas sangat, apa kata ko pegi beli pinggan mangkuk yg disposable for yourself. Lepas pakai buang. Takdelah menyusahkan orang.

Belum lagi sentuh pasal sampah kat dapur. Sepatutnya benda ni tak payah cakap. sapa nampak silakan buang. Aku sengaja biar sampah tu menimbun konon nak tengok laa kot2 ada yang sudi membuang. Harammmmm jawabnya. Selagi tak disuruh selagi tu la sampah berjeruk disitu. Nama harap diorang buang tanpa perlu disuruh agaknya tunggu ayam jantan bertelur baru dibuat.

Sampai bila aku dapat bertahan? Sampai bila aku kena face semua ni?
Sampai bila aku sanggup buat semua ni?
Honestly aku tiada jawapan.
Harap Allah Taala kuatkan hati aku and top upkan kesabaran aku yang senipis kulit bawang ni daripada terhakis langsung.



Ok lah dah penat membebel.
Laters, pipol!

Tuesday, April 5, 2016

Mimpi Pelik Pelik

Assalamualaikum...

Okay aku tau dah berhabuk habuk belog ni tanpa sebarang hapdet.
Macam ni la kalau aku dah kemalasan, hapa pun tak boleh.
Redha je lah ye...hehehe!

Tapi hari ni aku nak membebel sikit.
Jangan risau bukan nak mengumpat atau meluahkan perasaan ala kak seri siantan, tapi nak cakap pasal mimpi.
These few days aku adalah bermimpi benda yang agak pelik...
Aku tak berapa nak sukalah sebab bila bangun tu feelingnya tu terbawa bawa seharian.
To be honest aku bukan orang yang kisah sangat pasal mimpi2 ni.
Takde maknanya aku nak meng-google tafsir mimpi ke apa..memang tak laa.
Sebab aku malas kalau terbaca tafsir yang bukan2 terus jiwa kacau kang, aku jugak yang susah.

Tak nak mukadimah panjang sangat, meh aku citerkan apa mimpi aku tu.

Mimpi 1:-
Aku mimpi ada ular tersepit kat bahagian ekor di pintu bilik aku. Nampak macam dah mati tapi masih gerak2 lagi. Aku tak pasti ular jenir apa tapi yang pasti memang jenis ular berbisa. Macam tedung tu. Or maybe viper...I don't know. Tapi boleh pulak dalam mimpi tu aku cakap, ni mesti tak lama lagi aku kena pinang sebab aku mimpi ular. Bangang tak dalam mimpi pun aku tau yang aku sedang mimpi...hahah!
Pendek je sebab aku tak ingat sangat mimpi yang ni...dah beberapa hari lalu so memori I dah kureng.

Mimpi 2:-
Baru je semalam. Kali ni panjang sikit sebab fresh lagi dalam ingatan..hehe. Dalam mimpi tu ada aku, peminat aku zaman sekolah dulu, my mom and my brother. Kengkonon peminat aku ni ada kat rumah, dia demam. Siap ada kool fever lagi tampal kat dahi. Macam mana dia boleh ada kat rumah pun aku tak tau, tetiba je. Dalam cerita mimpi tu konon aku ni ada skandal ngan dia tapi dia dah kawin ada anak bini (in real life pun memang dia dah kawin ada anak bini). So my mom macam tak berkenan laa sebab orang dah berbini aku masih nak skandal lagi. Tetiba tukar scene, boleh pulak aku tido sekatil dengan si peminat ni, siap peluk2 kau! Aku macam nak tak nak je konon tapi sebab dia sakit aku kesian so biar je lah. Time weols peluk2 tu dengar suara mak aku membebel marah tapi aku purak2 tido. Bila aku takde respon adik aku batu apikan mak aku suruh marah lagi kuat dari tadi tapi aku tetap berpurak2 tido. 'Sudah tau tu laki orang masih jugak kau x sedar diri...aku x suka kau kacau laki orang!' Haaa macam tu la mak aku petirkan aku dalam mimpi tu. Tetiba scene bertukar lagi, aku nampak jam dah pukul 730 kelam kabut bangun & skandal aku nak mandi and pegi keja. Lepas tu aku bingung, eh aku ni dah kawin ke dengan dia? Apasal kitorang tido sekatil? Apa dah jadi? Lepas tu alarm berbunyi lantas aku terjaga dari mimpi yang gila itu...hahahah! Eh, clarification ya..aku takde skandal dengan sesiapa yang bujang mahupun yang dah berbini..cerita diatas merupakan mimpi semata mata. Kena bagitau sebab nanti ada mulut2 puaka buat cerita dongeng kata aku macam tu macam ni so sila take note ya!

Benci tau mimpi macam ni. Buat hati I x keruan je. Dah la si peminat ada dlm grup wasap sekolah, tak pasal2 bila baca whatsapp dia pagi tadi aku tetiba termalu pulak. Padahal cakap pasal benda remeh temeh je kot...ish, bodoh!

Korang pernah ke mimpi pelik macam aku?


Ok dah itu je nak cakap.

Later, pipols!