Tuesday, July 28, 2015

Puasa 6-Day 1

Assalamualaikum..hai apa khabar?
Semoga semua sihat walafiat hendaknya, Insya Allah.
I okay je..sihat alhamdulillah.
Sakit2 sikit tu biasalah kan.
Maklumlah musim raya..musim melantak tak hengat.
Common lah kalau setakat cherry berry tu. Eheheh...

Hari ni aku baru start puasa 6. Patutnya start semalam but ubat aku dah habis.
Yelah..aku kan high blood, ubat kena makan ikut time.
So tadi lagi aku sahur dengan lauk semalam. Perangatkan aje kaedahnya.
Ikan goreng, sayur lemak rebung and sambal goreng.
Lepas tu minum mineral coffee secawan.
Alhamdulillah sampai sekarang rasa okay je.
Lapar haus sikit la..tak seteruk puasa ramadhan.
Mudah mudahan dipermudahkan Allah.

Ok nak sampai rumah dah. Nanti I hapdet lauk berbuka pulak ye.

See u pipols!

Saturday, July 25, 2015

Tertekannya Hakuuu!!!

Why oh why la si samsung note 1 karat aku ni x compatible bila aku download Dubsmash???

Taulah henfon purba tapi jangan buat I macam ni plisss...
Penat aku google habis habisan trick nak surpass the incompatibility issue.
Dapat download, sekalinya parse error pulak!
Tech.Savvy.Failed.

Bencilah!

Friday, July 24, 2015

Aku Yang Tidak Di Sukai Orang, Yang Tua Dan Tidak Perfect

Just a short note.

Kau kata takde orang suka aku.
Ok fine...maybe you are right.
Kisah ke aku kalau orang tak suka? Memang tak la.
Yang kau, confident sangat ke orang suka kau?
Ada je yang bercakap, sampai pulak suara2 halus tu di telinga aku.



Kau kata aku tua.
Memang la. Dah masuk 37 tahun pun kan.
Not gonna deny that.
Tapi kau lupa agaknya yang kau pun akan tua jugak nanti (Insya Allah kalau diizinkan)
Merasa jugak kau apa yang aku rasa.

Bangga sangat dengan diri kau yang kononnya 'perfect' tu.
Ya...memang kau perfect.
Perfect dalam hal self denial.
Perfect dalam hal mencari kesalahan orang.
Perfect dalam hal buta dengan kesalahan sendiri.
Oh memang flawless. Aku bagi 5 bintang!

Aku sudah malas mau ambil pusing pasal kau punya cakap2 (read: umpat2) pasal aku.

Seriously, aku penat mau ambil tau dan tidak teringin pun mau tau.
Sebab itu setiap kali ada perkataan atau perbuatan kau/kamu yang meyakitkan hati aku, aku maafkan saja.
Honestly. Biar sesakit mana sekalipun.
Kalau aku tidak maafkan, susah kamu nanti.

Eh..kamu fahamkah maksudnya tu?
Mun faham, bisai nya urang. Mun indak, sendiri mau ingatlah.

Thursday, July 23, 2015

Nantilah Dulu

Eid Mubarak Everyone!

Aku belum ada kesempatan nak hapdet pasal raya.
Takpe, korang pegi beraya dulu..makan beskut, lauk pauk raya sepuas hati.
Esok2 jengah le sini balik.
Mungkin by that time dah ada entry baru..hew3x


In the mean time, biar aku cari ilham dulu.
Susah woi nak menulis kalau takde idea!

Later, pipols!

Thursday, July 16, 2015

Tekak Aku Memang Mengada Ngada

Semalam mak aku sakit pinggang...banyak menjahit katanya.
So dia masak sup ayam je untuk berbuka.
Tapi tekak aku ni mengada ngada pulak, tak berkenan dengan sup ayam.
Berteleku aku kejap memikir apa nak masak untuk memuaskan selera sendiri.
Kira nak goreng telur mata tapi macam tak puas.
Last2 terpikir nak masak sardine pedas2 & kubis goreng.
Tapi takde sardin kat rumah so aku kerah si Ajib pegi beli kat kedai belakang rumah.
Masa tu dah jam 6:05pm kot. Aku bajet2 memang sempat la kan. Berapa lama sangat nak masak sardin and tumis sayur tu, tutup mata pun aku boleh buat (ayat riak kat situ).

Sementara Ajib pegi kedai, aku kupas bawang, halia, bersihkan serai and tumbuk semua termasuk cili padi.
Bukak esbok ada plak telur masin. Ambik dua biji and rebus.
Dah siap tu aku pun tunggu dia balik.
5 minit...
10 minit...
20 minit...masih tak sampai.
Hergh! Mendatangkan amukan betul la budak ni!
Lama bebenor perginya sedangkan kedai tu kat belakang je. less than 5 minutes boleh sampai rumah.
Berombak ombak dah dada aku menahan amarah.
At last ko tau jam berapa dia sampai? Dekat 630 uols!!!
Haih laa Ajib..saja nak kasi gua panas, kan dah kena sembur!
Bukan aku yang sembur ya, tapi mak aku.
Macam machine gun dia kena. Padan muka.
Tapi kesian jugak la...dia lambat tu sebab pegi carik sayur kubis.
Takde kat kedai belakang tu jadi dia pegi kedai yang jauh sikit.
Tsk...kalau dah takde tu balik je lah kan. Takyah pegi jauh, masa pun dah dekat nak berbuka.
Tapi dia jawab nanti kalau takde sayur aku marah.
Alohhh.....takdenye aku nak mengamuk. Kalau dah takde nak buat camne kan?
Last2 dah azan aku masih kat dapur kelentang kelentung dengan kuali.
Masak pun main campak2 sebab dah kelam kabut + lapar nak mampos.
Lantaklah yang penting tekak aku puas hati.
Hasilnya sardin aku sedap pedas meletop I loike!
Tambah nasi dua kali sampai perut sengkak.

Sahur tadi goreng nugget, rebus telur masin and perangat sup semalam.
Aku mengantuk gila tadi. Mampu makan seketul nugget and sesenduk nasi.
Minum air 3 gelas lepas tu sakit perut pulak.
Akibat makan sardin pedas semalam kot.
Aaah...belasah la. Walau macam mana pun takkan ku serik makan pedas2.
Tak selera kalau takde cili padi. Lagi pedas lagi bagusssss..ngehhehe!

 Baheklah...cukup bebelan buat masa ini.
Nanti kalau rajin I hapdet lagi ye..

Se you later, pipols!


Wednesday, July 15, 2015

Merepek Repek Di Malam Hari

Nampaknya esok kitorang akan mengecat rumah.
Warna pilihan kali ini: soft grey.
Mudah mudahan ada stok di kedai.
Esok aku kerja jugak.
Ikutkan aku dah lama apply cuti tapi last minute boleh pulak bos kensel cuti aku esok!
Dia approvekan cuti Monday aje.
Kurang hajar sungguh!
Takpe..dah pakat dengan office mate aku balik awal esok. Lantak!
Dah la esok banyak benda nak buat.
Rumah masih bersepah bagai di rodok lembu naik minyak.
Semua tu kena buat sebelum sungkai sebab after sungkai the boys start mengecat.
Then weols bertolak ke IP pulak..menyambung tugas jadi warga dapur.
Harap2 tenaga mencukupi.
Tak nak aku serupa zombie on hari raya.
Orang semua lawa2, kang aku macam hape ntah. Ish..takmo takmo!

Ntah apa angin mak and adik aku ni..kerajinan pulak diorang buat biskut.
Semalam buat makmur, hari ni buat semperit susu pulak.
Dengar2 esok nak buat chocolate chip.
Mana2lah asal bahagia khennn.

Hurmmm...apa lagi nak hapdet...
Oh ada citer hot and sesantional pasal office aku. Tapi takleh citer sekarang kot. Nanti2 lah aku bagitau ye...hehe.

Ok dah itu je nak cakap.
See uols later, pipols!

Ke Mana Hilang

Memandangkan lusa dah nak raya, moh citer pasal raya pulak.
Tahun ni aku terasa macam tak berapa nak in sangat mood beraya.
Entah kenapa feel tu belum meresap dalam jiwa ni.
Padahal berapa hari lagi nak raya kan.
Tapi aku masih berperasaan kosong. Like, seriously.

Mungkin age factor kot yang buat aku rasa macam ni.
Mungkin jugak 'keadaan sekeliling' .
Honestly aku rindu suasana beraya zaman dulu2..zaman aku sedang membesar.
Sangat meriah okay!
Persiapan raya walaupun ala kadar tapi meriah tu terasa sangat.
Agaknya sebab masa tu semua kerja buat sama sama.
Sekarang ni? Kalau tak aku and mommy yang tertonggeng tonggeng mengerjakan rumah, apa pun tak jalan.
If aku buat sorang memang tak cukup tangan.
Tapi takde yang menolong so nak tak nak mommy terpaksa turun padang.
Aku seboleh bolehnya taknak mommy penat.
Rasa bersalah sangat kalau dia pun terkocoh kocoh sama tapi apakan daya...
Aku tak mampu nak buat semua.

Oh, lupa pulak. Memang ada la yang 'menghulur tenaga'.
Tapi apa kau rasa kalau tenaga yang dihulur tu ala2 nak tak nak je?
Dengan muka yang macam kena tampar setan tu, baiklah tak payah buat langsung kalau hasilnya nanti bikin aku sakit mata sakit hati.
So frustrating perangai begini.
Bukan time raya je, but almost everytime!
Aku tak tau apa masalahnya sampai berat bebenor tulang sekor2 di rumah tu.


Kalau nak dicakap perangai pemalas ni memang tak kuasa dah.
Mintak tolong pun macam cakap dengan dinding.
Buat pekak je. Kalau betul2 pekak, hah..baru padan muka kau!
Ish...memang boleh menaikkan darah kalau bukak topik ni.
Cerita pun tak gunalah, bikin aku temper je.
Kalau aku huraikan nanti jadi percakapan pulak.
Di kompang la nanti nama aku di'jaja' ke sana ke mari.
Jaja sambil cebik2 bibir disamping tambah asam garam.

Takpelah...selagi tulang empat kerat ni masih berfungsi, aku akan continue buat semua tu.
Berkhidmat selagi mampu kekdahnya.
If dah tak mampu nanti lain cerita lah kan.
Ni selagi masih sihat walafiat, selagi itulah kita pulun.
Supaya takde penyesalan ke apa belakang hari.
At least buat demi keluarga, bukan nak dapat nama.
Semoga dipermudahkan semuanya...Insya Allah..

Eh...aku bukan nak cerita pasa persiapan raya ke tadi?
Hahahha...nasiblah, tetiba tercorner ke luahan perasaan yang emosi pulak.
Now dah malas nak type banyak2, jadi citer persiapan raya tu kita tunda ke hari lain lah ye.
Itu pun kalau rajin. Ngeheheh.

Ok dah. See you later, pipols!

Hapdet La Jugak

Aisehmen...nampaknya perihal sahur n sungkai buat tahun ni memang banyak skiplah.
Nak buat camne...aku busy melampau lampau sampai takde masa mengupdate.
Seriously! Aku ni dah ke tahap tak boleh tengok government air transport warrant lagi dah....nak muntah belahak rasa kalau nampak kelibat benda tu.

On other note, weols baru lepas sahur berlaukkan ayam kari.
Eh, bukan weols..AKU baru sahur berlaukkan ayam kari. Yang lain makan ayam kicap.

Lusa dah nak raya.
Alhamdulillah baju raya aku dah siap.
Sehelai je baju baru aku. Tapi tak kisah..sebab aku almost tiap tahun pun memang sehelai je baju raya.
Cukup buat syarat pakai di raya pertama. Selebihnya kita selongkar lemari cari apa yang ada. Jimat gittew!

Tahun ni tak buat persiapan sangat.
Konsepnya tunggu dan lihat.
Setakat ni baru pasang colorlight.
Cat rumah, tunggu bajet dr adik aku.
Kalau ada, esok kot baru start mengecat. Kot takde, kita bawak2 la mencuci dinding tu ye.

Dah la. Aku nak bertapa kat toilet jap.
Kalau rajin nanti aku hapdet lagi ye.
See you latet, pipols!

Tuesday, July 7, 2015

Dialog Dalaman

'Tak lama lagi nak raya dah. Buang yang keruh ambil yang jernih..baru teguh peribadi'
'Hermmm...ye lah. Tapi macam mana kalau yang keruh tu tak sudi nak jernih?'
'Takpe...yang penting usaha. Cuba je..mana tau Allah mudahkan jalan'
'Walaupun kita tak tau sebab keruh tu?'
'Tak kisah la. Asalkan ikhlas Insya Allah berhasil'


Kata hati di satu petang yang mendung.

Hati siapa?

Teeeetttttttt!!!

Sunday, July 5, 2015

Ramadhan Day 17, 18 & 19

So...on day 17 we had ayam kicap for sahur.
Aku makan 2 ketul. Nasi satu sudu makan.
Tu je yang mampu aku telan.
Minum air as usual bergelas gelas.
Badan rasa tak best pulak.
Stiff je muscle2 aku, especially kat bahu.
Agaknya sebbb tidur tak berapa nak lena kot.
Sebab angin kuat and hujan lebat gila around jam 12 midnite tu.
Balik2 aku terjaga sampai je sahur.
After subuh baru dapat tidur yang best sikit. Itu pun tak lama sebab mommy dah sound nak ke tamu (haaa   betulkan aku cakap confirm dibawa meronda tamu!)

After tamu, as usual aku kemas mengemas and solat zuhur.
Lepas tu bentang tikar and zzz....
Time aku terbongkang sempat si mommy masak.
Dia buat beef stew and agar agar koko.
Aku bangun jam 4, asar, then mommy pass baton kat aku pulak.
Aku masak bihun putih and nasi goreng.
Air selasih and iced lemon tea.
Ntah la puasa kali ni tekak aku berkenan bebenor dengan iced lemon tea.
Selalu aku cari air tebu but this time sekali pun belum merasa lagi.

Sahur on ramadhan 18 agak lewat bangun...tapi dah siap masak corned beef and telur dadar.
Aku masih tak berkenan nasi so ambik roti sekeping makan dengan corned beef. Kenyang juga, alhamdulillah.

Untuk sungkai, aku masak ayam sambal and sawi putih + tauhu masak lemak.
Adik aku buat popiah and bread pudding.
Tunang dia datang buka puasa kat rumah bawak kuih muih and ayam goreng.
*Actually aku ada ambik gambar tapi bila aku nak upload boleh pulak gambar tu takde*

Sahur day 19 adalah repeat lauk sungkai.
Ayam sambal and tambah telur dadar je.
And dua keping ikan merah masak kari adik aku bawak dari rumah boss dia.
Aku makan ayam seketul + nasi sesenduk.

Sungkai pulak nasi ayam.
Aku beli karipap n popiah.
Mommy buat agar2 coklat.
Simple but puas hati.
Alhamdulillah...

Eh dah la ngantuk plak aku.
Makin panjang cerita makin merepek tulisan aku.
Aaahh..lantak la kan.
Esok2 kalau masa mengizinkan aku edit bagi best sikit. Hehehe.

See you, pipols!

Friday, July 3, 2015

Ramadhan Day 15 & 16

Semalam weols berbuka dengan mi goreng, ikan goreng and ayam goreng.
Simple kan? Tapi percayalah sedap melampau okeh!
Makan bertambah aku semalam.
Memang air tangan mak mak ni powerlah.
Goreng telur mata pun sodap..hehe..

Tadi pagi sahur aku tak tau apa lauknya.
Yang aku nampak ada telur dadar.
Aku tak jenguk pun sebab takde selera nak makan langsung.
Luckily si mommy ada panaskan pau instant, jadi aku makan pau kecik tu dua biji and minum air banyak banyak.

Dah separuh ramadhan ni aku noticed yang aku makin tak selera nak makan apa2 time sahur.
Age factor kot...sebab dulu2 asal sahur tetap jalan nasi sepinggan.
Sometimes bertambah jadi dua pinggan.
Alhamdulillah setakat ni even aku tak makan nasi, tak pulak aku lapar melampau.
Cuma haus je yang mencabar sikit.

Dah beberapa hari ni kami tak singgah ke bazar sebab tak sempat.
Sampai rumah pun beberapa minit before Azan. Jadi dah almost seminggu jugak takde kuih2 during berbuka.
Then tadi adik aku singgah kat kedai runcit on the way balik tu..ada few gerai berjual kuih.
Aku beli karipap, popiah and kuih kusui (kaswi).

Our sungkai menu for today:-
Mee + bihun goreng
Ikan taucu
Ayam blackpepper
Sayur campur
Kuih muih
Air sirap, leong fun susu.

Lauk pauk masih berbaki sikit atas meja.
Kalau rakde yg supper nanti confirm perangat buat sahur.
Kalau habis mungkin masak corned beef buat tambah lauk.

Esok confirm mommy bawa aku meronda tamu.
Baik aku tido sekarang nak kumpul tenaga.
Si mommy ni kalau ke tamu tak reti membeli sikit. Kalau boleh satu tamu dia nak hangkut.
So ahkak kena cas bateri.
Esok kalau rajin I update lagi yer..

See you, pipols!

Thursday, July 2, 2015

Compilation. Sort of.

Tak taulah nak cakap macam mana dah ni.
Tahap kesibukan kat office yang aku rasa sangat melampau.
Sampai ada masa aku rasa nak menangis. Seriously!
Kalau tangan ni ada lebih dari sepasang memang semua aku pakai.
Menaip, menulis, mengelip, sambut phone, photocopy, fax, email, bla ba bla bla bla...
Tension hoih!
Darah jangan cakaplah, mendidih sentiasa. Kalau cek BP gamaknya dah kena admit aku kat sepital (nauzubillah).

Anyways.....
Dah masuk 15 hari puasa kan?
Kejap je dah half ramadhan.
Lagu raya pun dah start berkumandang kat sana sini.
Infact ada some places yang dah pasang lagu raya sebelum puasa lagi.
No, I'm not complaining. Suka je. Baru meriah terasa..ye dok?

Owh, menu sahur sungkai pun lama terabai kan?
Last aku update masa ramadhan day 7 kot.
Ok takpe moh kite update mana yang aku ingat.

Day 8 aku buka posa kat luar dengan adik.
Buffet kat The Glass Grill Suria Sabah.
Takde plan pun, main ad hoc aje sebab aku balik lambat.
Kebetulan supir aku (adik jugak) tak dapat ambik.
So kena naik bas. Aku dah agak mesti tak sempat berbuka kat rumah sebab by the time aku keluar office pun dah jam 545pm.
Check whatsapp, ada pulak adik aku update diorang kat Suria.
Terus aku kol nak join. So ke sanalah aku.
Sampai suria memang 2, 3 minit lagi nak sungkai.
Aku ambik serba sikit.
Popiah, pasta salad and kerabu. Ambik air anggur.
Elok aku duduk, dah azan maghrib. Alhamdulillah.

Takde aku ambik gambar...tak kosser (asyik la tak kosser aku ni kan).
Tapi food spread was okay. Aku nampak adik aku ambik macam2.
Ikan bakar, briyani, tandoori, cake, kuih2..
And aku bangun gak ambik bubur lambuk and ketam.
Mabeles lah bubur lambuk dia. Sedap!
Ketam...aku tak suka sos dia manis.
Oh, aku ambik jugak sweet and sour fish.
Last year aku penah makan sweet sour fish The Glass ni. Memang terbaik!
This time pun sama jugak rasa dia. Ahkak bagi cap jempol.

Sahur untuk day 9 aku tak ingat.
Sungkai apatah lagi.
Day 10 pun sama. So kita skip ajelah ye. Hehehe...
 Eh chop...sungkai day 10 ingat kot.
Mak aku masak kuay teow goreng.
Aku beli kuih2, Laksam and ikan bakar kat bazar.

Sahur day 11, tak ingat.
Tapi sungkai aku ingat..sebab aku yang masak.
So menunya:-
Mihun Putih
Kari Ayam Pekat no santan
Sup ikan tenggiri (sebab mak aku tak nak makan kari)
Sayur campur

Isnin, 12 Ramadhan.
Sahur kalau tak silap ayam kicap and sayur campur.
Tapi aku tak selera nak makan nasi.
Jadi aku steam veggie frozen pau, bedal 3 biji.
Macam melampau kan sampai 3 biji aku telan.
Hakikatnya pau tu kecik sejemput, jadi 3 biji tu kira macam sebiji pau saiz biasa.
Minum air 3 gelas...done.

Sungkainya pula, mak aku masak nasi ayam.
Terbaikkkkkkkk! Sampai licin seperiuk penuh nasi.
Mak aku pun dapat rasa sikit je. Kesian. Terpaksa dia top up dengan nasi putih.
Malam tu adik aku datang bawak oxtail lagi.
Tapi kitorang tak makan pun that night.
Simpan for next day punya sahur.
Aku tak selera nak makan nasi so aku masak megi royale spicy korean beef.
Eh..itu ke namanya? Aaah..lantak!
Sedap tu memang sedap but tak mampu aku habiskan. End up makan separuh, separuh lagi aku bagi si Ajib suruh habiskan.
Dia kalau megi ni memang favourite. Kejap je licin.

And for sungkai, we had:-
Ayam kicap
Mi goreng ayam
Sayur campur.
Oxtail assam pedas balance sahur.
Aku makan nasi sesenduk and oxtail seketul.
Lepas tu ambik mee sesenduk.
Togok air sejuk sampai kembung...huehuehuehueh...
Konon dah kenyang la kan.
Tapi takde makna pun. Sebab kenyang air ni kejap je tahannya.
By 10pm elok aku duduk tengok tv sambil menyuap sepiring mi goreng ayam.
Mih mih mih mih mih!

Elok jugak aku makan lewat sebab ko nak tau kenapa?
Miss sahur uols! Bukan aku sorang ye, satu rumah terbangun jam 5 pagi.
Nak buat apa lagi, terus ambik wudhuk & solat aje le.
Haih..tiap tahun mesti ada adegan ni tau.
Amazingly tak pulak rasa lapar or haus melampau semalam.
Agaknya dah set kat kepala kan..kena tahan and relax sebab takde sahur.
So sampai ke sungkai aku rasa okay and tetap bertenaga, alhamdulillah.
Oh, semalam aku berbuka kat luar dengan kawan aku.
Kat Olde Station City Mall. Dah lama aku tak ke sana.
Makan simple je. Aku order teh tarik ping, pulut panggang 2 ketul and Fried Glass noodle.
Kawan aku minum teh bunga and nasi goreng ikan masin.

Kat rumah pulak menunya:-
Kari ikan
Ayam goreng
Ikan goreng
Pasta Goreng

Day 15 Ramadhan, for sahur tadi pagi senang je.
Main perangat kari ikan semalam, and ada lebihan pasta goreng.
Aku tak larat nak makan. Mata melekat lekat sebab tido lewat sikit semalam.
Aku makan pasta goreng tu dalam 3 sudu makan je kot.
Kunyah makanan sambil mata maintain pejam. Haaa ko mampu?
Ahkak mampu dik. Bedal aje asalkan sahur kaedahnya.

Okaylah, penat dah jejari gumuks ni mengetuk keyboard.
Kalau rajin nanti ada le hapdet. Tengok keadaan ye.

See you, pipols!