Saturday, May 30, 2015

Satu Malam

Short update.
Aku on the way balik kampung ni.
Tapi kejap je la. Tidur satu malam.
Ikut hati nak je tidur lama sikit. Ye lah, long weekend kan.
Tapi mak aku ada reunion ex office mates dia Monday pagi.
So tak nak la kelam kabut getak awal pagi.
Esok kena pegi wedding cousin aku. 2nd cousin la..mak aku and bapak dia 1st cousin.

Eh..tetengah jalan ni lapor plak.
Tadi kat rumah tak rasa nak makan.
Padahal aku masak sambal udang petai and gulai lemak asam kunyit tenggiri & mangga muda.
Gulp..tertelan telan air liur dah ni..nasib aku ada ratah2 udang n petai tu. Takdelah kempunan ke apa kan.

Ok..nak singgah sappedek kat mamak dulu. Teringin roti canai garing2, kari ayam and dhal. Lepas tu pekena teh tarik ping yang lemak pekat.

Gulp...gulp...

Friday, May 29, 2015

Mari Menguli Di Malam Hari

Hajat hati nak sambung update cerita Bali.
Tapi apakan daya, kesibukan dan kemalasan mengatasi segalanya.
Al maklumlah dah nak cuti sekolah plus puasa n raya tak lama lagi kan.
Dengan kerja aku ni, memang busy la sebab menguruskan tiket pegawai2 nak balik wilayah asal.
Eh, malas la aku nak elaborate pasal kerja. Nanti rajin aku cerita.
Cheh...iyo la tu kan, entah zaman bila nak rajin tu tak tau la.

Actually aku tengah blur gila ni. Sebab dah lunch time tapi masih tak tau nak makan apa. Hahaha.
Area office aku ni memang banyak tempat makan tapi non halal.
Yang halal ada la beberapa ketul tapi sangat buhsan okeh kalau asyik mengadai benda yang sama.
Ok la takde la aku menapau everyday. Gilo hari2, kayap mak nok!
Most of the time bawak dari rumah but kalau tak sempat, tapau sajork. Gitu kisahnya.

Memandangkan aku masih indecisive, maka mari update satu cerita.
Alkisah, malam hari selasa tu aku tengah baring2 kat tempat tido (read: sette kayu. Ye, aku selesa tido kat situ).
Sambil tu layan hp. Tetiba macam datang kerajinan nak buat mi kuning from scratch.
Time tu dah pukul 10pm and aku sebenarnya boleh tahan ngantuk.
Tapi sementara dirasuk saka rajin, moh le membuat.



Godek2 and prepare bahan2, then menguli.
Sorry takde gambar masa proses ke apa. Sebab leceh nak snap bagai.
Siap uli, canai and potong pulak.
Lepas tu rebus.
Lepas tu, inilah hasilnya:-



Dah jadi macam kuay teow pulak, lebar je kan.
Aku takde pasta maker la..si potong manual je pakai pisau.
Doh pun aku uli pakai tangan.

So esoknya aku goreng untuk sarapan.


Ok jugak rasa dia. Cuma aku masih tak puas hati la sebab macam tebal sikit and texture pun tak best sangat. Still edible tapi macam feeling dia kurang sikit.
Takpe, ada rezeki nanti aku nak beli pasta machine lah. Senang sikit kalau datang kerajinan kan (again, entah bila lagi nak timbul rajin tu pun tak tau la)

Oh, resepinya seperti berikut:-

Bahan-bahan ( sekilo atau lebih)

  • 500gm tepung gandum
  • 1 biji telur + air = 200ml (Aku rasa kena kurangkan air kot, sebab bila aku uli doh tu ikut sukatan air ni dia macam lembik sikit. Ataupun, tambah tepung kalau nak pakai 200ml air #cadangan)
  • *Sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit (aku tak pakai sebab takde..hehe)
  • Sedikit minyak masak

Cara-cara

  1. Masukkan tepung gandum ke dalam pasta maker (in my case aku campak dalam besen je)
  2. Bancuh air dengan telur dan masukkan pewarna. Pukul sedikit dengan garfu.
  3. On kan pasta maker untuk mod menguli (mix). Perlahan-lahan masukkan air bancuhan telur tadi sedikit demi sedikit sampai habis (aku bantai uli pakai tangan)
  4. Bila nampak adunan seperti serbuk roti..(adunan jangan biar lama digaul sebab kita tak nak jadi macam ketulan adunan doh). Proses gaulan ini cuma ambil masa lebih kurang 5-7 min sahaja.
  5. Hentikan pasta maker ini sekejap. Tukar ke mod untuk keluarkan adunan melalui acuan mee. Tunggu hingga selesai...atau kalau nak pi buat kerja lain pun boleh ditinggalkan.
  6. Rebus air hingga mendidih, masukkan sedikit minyak (supaya mee tidak melekat sesama sendiri) dan masukkan mee tadi. Masak hingga agak empuk...jgn terlalu lembik sebab nanti kita nak buat hidangan lain lagi, ia akan jadi lebih empuk.
  7. Angkat dan toskan. Gaulkan dengan sedikit minyak. Siap! dalam masa lebih kurang 15min sahaja. Lepas ni boleh buat pelbagai hidangan mee yang SIHAT dan sungguh enak kerana tiada sebarang asid borik atau air abu atau air kapur yang dimasukkan. Tahan hingga 3-4 hari dan perlu disimpan di dalam peti sejuk.
  8. Nota : 500gm tepung gandum boleh menghasilkan 1kg mee. Dengan bantuan mesin pasta ini, proses membuat mee hanya ambil masa lebih kurang 15min. Ianya juga boleh diguna untuk membuat laksa, maruku etc. Jumpa di lain resepi ya! Selamat mencuba :-) 
Tulisan color purple tu komen dari aku ye. I mean, kan aku takde pasta/breadmaker semua tu. So aku notekan ajelah kat situ. Just in case kalau ada yang senasib dengan aku nak cuba buat.

And after baca balik resepi ni aku rasa aku tau dah kenapa texture mi aku tak best.
sebab aku main taram je semua kan. Lagipun maybe aku tak cukup uli tepung tu.
Tak menyabar kan, dah siap terus canai n potong.
Next time maybe I'll do better.

Dulu pun pernah jugak aku buat, tapi takde ikut sukatan.
Main hentam keromo je. And aku mengaku memang tak best rasa mi dia.
Lembik. Tapi kalau buat mi sup, sedap pulak. Hehhee.

Ok lah. Now aku dah lapar. And dah tau nak makan apa.
Nak order kat kedai bawah.

Later, pipols!

Tuesday, May 12, 2015

Asalnya Menemankan, Tapi Mendapat Kegembiraan

Assalamualaikum...

Hai...terasa rajin pulak nak mengupdate entry kedua untuk hari ini.
Tapi bukan entry Bali ye.
Ini cerita lepas dah balik dari Bali.
Pun berperap dah berapa lama ntah dalam draft.
Tapi since mata aku semak nengokkan perkataan 'draft' tu, moh le kite citer sementara aku rajin.


Hari tu (bulan lalu to be exact. Berapa haribulan aku tak ingat but yang pasti hari Sabtu) aku meneman aunty aku nak jumpa orang.
Ada urusan bisnes katanya.
Kebetulan hari tu aku pakai kereta, so aku offer diri temankan dia.
FYI aku panggil aunty aku as Bubu, maksudnya makcik in Urdhu language.

So after work aku ambik Bubu dari Country Heights and terus ke Centre Point for her appointment.
Lepas tu Bubu belanja aku lunch..heheh..
Tapi sebelum makan, weols singgah dulu kat Lazo Diamond sebab si Bubu nak beli cincin.
FYI adik aku no 4 keja kat Lazo Diamond.
Dah selesai membeli, tetiba adik aku offer nak belikan aku cincin.
Hoih..pucuk dicita uols!
Kecik tapak tangan, tapak CP aku tadahkan.


Tadaaaa...

Alhamdulillah rejeki aku nak dapat cincin and di belanja makan hari tu. 

Walaupun simple and tak mahal tapi aku tetap happy.

Thank you Bubu & my brother, semoga bertambah murah rezeki dan sentiasa diberkati Allah SWT


Dah. Itu je nak cerita.

*lambai ratu*

Bali - Day 1 & 2 (Akhirnya Aku Update Juga..Phew!)

Tolonglah dah sebulan balik dari Bali tapi ceritanya belum berhapdet lagi!
Oleh itu marilah kita menghapdet seadanya.

Malas nak bermukadimah, moh le terus ke isi kandungan.

Aku ke Bali on 9 April 2015 and seperti yang aku cakapkan dalam entry sebelum sebelum ini, the night before tu pun aku belum lagi packing.
Tak naklah packing awal sangat sebab flight pun petang, pagi pun sempat lagi kalau nak packing barang.
So I packed in the morning instead.



I travel light *wink*

Sempat lagi jadi supir sekejap. Ambik anak buah dari sekolah, tapau lunch, beli barang sikit...then baru balik rumah and bersiap.
Jam 3 petang macam tu adik aku hantar ke airport, on the way ambik si Lina kat rumah dia.
Yang lain memang jumpa kat airport je terus.

By the way, terjumpa dengan ex-colleague kat airport. Rupanya weols menuju destinasi yang sama.
Cerita sikit lebih kurang, then aku join balik my group.

Sementara menunggu waktu nak masuk departure hall, tuju ke restoran dulu.
Makan light2 kaedahnya. Tapi takde pulak nepsu nak mengambik gambor..heheheh..
Agaknya terlampau excited nak berholiday bagai, sampai tak teringat nak snappy2.
Oh ye..weols dapat kawan baru join dalam group ke Bali ni.
Our junior kat Sabah College. Tapi honestly aku tak ingat pun dia ni siapa.
Tapi dah dia join tu, marilah kita beramas beramah mesra. Gittew.
Nasib baik kepala dia pun agak sewel and boleh masuk cerita. Takdelah kejadian awkward silence sepanjang trip. You know, the 'krik krik' moment tu...hahah!

Lupa lak nak citer body shower aku kena rampas sebab melebihi 100ml...sobs~!
Perfume pun hampir2 nak kena sita tapi check balik, ngam2 100ml.
*tadah tangan penuh kesyukuran*



Ambik gambar dulu sebelum masuk flight.

Tak lama masuk dalam departure hall, di umumkan yang our flight will be delayed dalam sejam lebih. Sepatutnya flight jam 545pm, rescheduled to 705pm. Sigh. Saborrr je lah. 

Since dah makan light2, dalam flight aku tak order makan. Order air je.

 Tetapi adalah hampa bila airnya tak kena dengan tekak. Manis ya amat! Mampu minum yang dalam gelas tu aje, tu pun tunggu aisnya cair sabit nak kasi rasa dia tawar sikit. 

Landed at Ngurah Rai International Aiport lebih kurang dalam jam 910pm.
Fuh...akhirnya sampai jugak kami di Tanah Bali. Syukur Alhamdulillah, the flight was smooth.
Turun dari kapal, ada bas yang menunggu nak bawa passengers ke main terminal.
Jakun kejap aku...yelah mana nak tau konsepnya macam tu kan.

Muka teruja sangat nih. Nasib baik aku masuk awal dalam bas, dapatlah tempat duduk. Kalau lambat memang berdirilah kau disana. Tapi tak lama pun nak sampai ke main terminal, dalam 5 minit je.

Tak lama pun beratur untuk immigration clearance. 
Terus menuju ke arrival hall, dah ada orang menunggu to transfer us to our hotel.
Actually dari airport ke hotel dekat je, tapi weols ni banyak songeh nak singgah2 ke sana sini..jadi makan masa dalam 30 minutes macam tu jugak baru sampai hotel.
Check-in, rehat kejap and then keluar dinner.
For our 1st night in Bali, we chose Blue Lobster Restaurant to dine in.

Mahapkanlah kualiti gambar yang hazabullah ini, front camera si Samseng memang agak naharom.


My 1st meal in Bali. Ayam Sambal Bawang. Boleh tahan sedap. Tapi lagi sedap kalau sambal dia tu pedas.

Price-wise, not bad la. For my meal harga dia dalam IDR18,000.00 (RM5.00).
Lepas tu aku order Orange Juice, IDR12,000.00 (RM3.50)

After dinner terus balik hotel. Letih gila hoih! Perut pun dah kenyang memang tak ingat lain dah. Mata ni asyik nampak katil, bantal, tilam, aircond melambai lambai.

Ni nak citer sikit pasal hotel kitorang.
Sepanjang di Bali, weols stay kat Rabasta Kuta Beach Resort.
Memula tu, sepatutnya stay kat S8 Hotel, dah tengok gambar and my friend pun memang suggest sangat tinggal kat situ. Tapi aku tak tau siapa yang bersuara mintak tukar hotel yang ada breakfast.
So kawan aku pun request tukar and agent kat sana bagi Rabasta. 
Bila dapat nama hotel, aku pun terus google carik info.
Rata2 review memang tak bestlah. Macam2 komplen. Kalau ko baca pun memang terus takde hati nak tinggal sana.
Tapi weols sedapkan hati and gamble je. Dah nama budget travel kan. Takyah nak banyak songeh.
So bila sampai kat hotel tu, memang tepat review yang kitorang baca kat trip advisor.
Bilik dia kecik sangat. Kalau dua orang nak lalu kat space menuju ke tandas tu memang tak muat.
Sorang kena reverse balik...miahahha!
And uols imagine kitorang bertiga sebilik dalam twin room.
Dua single bed kat dalam, memang boleh je tidur melintang lintang kan.
Tapi aku takut my roomie tak selesa, so kami cantumkan dua katil tu, tapi one of the bed kami turunkan tilam dia kat bawah. Itu pun tak muat ye dalam bilik. Terpaksa aku pijak2 tilam bagi mapat ke bawah.
End result, Lina kat single bed, Aku kat frame single bed and Asmir kat tilam mampat.
Aku takde masalah tidur kat frame tu. Walaupun tak comfy sangat tapi boleh laa untuk merehatkan badan.
Ok enough about the hotel for now, nanti aku sambung lagi citer hotel ni ye.

So malam tu tidur agak lewat, almost 2am kot baru tidur.
Amazingly (or maybe sebab terlebih excited) kitorang tetap bangun awal.
Bersiap & breakfast sebelum memulakan perjalanan hari ke 2.
Dalam itinerary hari ke 2, kitorang melawat craft centre, silversmith and Ubud.

 Proses canting batik.

Jenguk2 lebih kurang je. Tak berapa minat sangat dengan batik2. Lagipun bila survey kat gallery, harga boleh buat mata berpusing beratus juta kali. Mahal nak mampus. Jadi kita lupakan aje.
And then off we go to Sukawan Silversmith.

Disini aku hampir terjebak nak beli bracelet. Tapi ntah kenapa hati berbelah bagi. 
Akhirnya berjaya melangkah keluar tanpa membeli apa-apa.
Nak ambik gambar kat dalam, tapi 'maaf bu nggak boleh foto fotoan disini' katanya. Cheh...

Outside of Sukawan Silversmith. From left: Al Munir, Asmirdayanti, Lina, Me and Asmali (si kawan baru a.k.a Kili Kili). Paling kanan tu our driver, si Nengah. Over pulak posing kau, Nengah! Oh, si Shahzam not included in this picture. Tak silap masa ni dia merokok ke hapa...tak ingat sudah!

Selesai di Sukawan, weols menuju ke Ubud Terrace Paddy Field. Agak jauh juga perjalanan.
Lebih kurang sejam dari Kuta.
Tapi letih tu berbayar jugak dengan pemandangan yang cantik kat Ubud ni.


Muka berkerut kerut menahan panas



Posing dulu...


 Ku lihat hijaaaaaauuuuuu....

Masing2 sibuk cari angle nak berselfie. 

Memang cantik la Ubud ni. Cuma weols tak turun ambik gambar kat bawah. Kosser la wey memikirkan nak panjat naik tu nanti. So ambik gambar kat atas, sudeh!

Snap2 lebih kurang, terus menuju ke Kintamani untuk lunch sambil tengok pemandangan gunung berapi Kinatamani yang masih active.
Perjalanan dari Ubud ke Kintamani lebih kurang 30 - 40 minit kalau tak silap.
Sepanjang perjalanan, baik di Kuta, Ubud mahupun Kintamani, scenery dia sangat best.
Aku paling suka tengok ukiran ukiran klasik kat each building and rumah2 kat Bali.
Setiap pintu masuk mesti ada macam gerbang walaupun kecik tapi tetap ada.


 Gerbang rumah2 di Bali. Yang ni rasanya keluarga 'ada2' punya rumah. Kalau yang kureng ada tu, takde patung2 batu bagai. Simple je tapi tetap ada gerbang.

Kedai souvenir berlambak kat kiri kanan jalan.
Ko rasa nak beli, ko stop and beli. Memang pusing pusing la mata kau nak memilih sebab most of it tersangat cantik and harga boleh bargain.
But of coz not for us sebab kitorang takde target shopping pun kan.
Jadi kita pass-by aje...hew3x.


Kintamani Volcano



Lunch kat restoran ntah apa namanya.Tapi kat Kintamani la.
 Kat belakang tu buffet counter. Cantik je aku tengok berhias hias. Tu pasal ai selpie..hew3x.

Untuk lunch kat sini kitorang bayar Rp100,000.00 sorang (RM27 - RM28).
Buffet style. Cuma pilihan tak la meriah macam hotel nun. 
Boleh tahan la...dari 5 bintang aku kasi 3.

 My plate. Round one (anti clockwise): Veggie Tempura, Sate Ayam, NasiGoreng, Mi Goreng and Popiah. Round two aku up ambik sayur & Tauhu and sup sayur. And sate lagi 3 batang. Tapi dah tak koser nak ambik gambar...hehe..

TAPI takde air minum. Jangankan jus/kordial, AIR KOSONG pun yilek ok!
Well, ada la coffee/tea tapi apakejadah makan bersulam air panas pulak kan.
Nak tak nak kena jugak order air. Pandai kan diorang buat duit?
So kitorang pun order la. Kalau tak silap aku, 3 air botol, 2 mineral. Or maybe 2 air botol, 3 mineral.
Sekali datang bil minuman, hampir copot jantung guwe, Rp245000 kau!
RM67 for 5 drinks...melampau tak? Iols rasa melampau. Urut dada terus.


Me and Kintamani. Aku rasa front camera si Khaleesi ni memang naharom. Semput ai mengedit, ni je hasil yang boleh dikatakan ok. Tsk...

Lepas lunch, menuju ke destinasi seterusnya - Luwak Coffee Plantation. 
Lupa plak aku kat mana exact locationnya tapi tak berapa jauh dari Kintamani.

Mula2 dia tunjukkan a few herbs and pokok2 sekeliling ladang.
Lepas tu bagi tengok pokok kopi and buah kopi mentah dan yang ranum.
Alah, aktiviti biasa kalau melawat kat mana2..introductions..yadda yadda yadda...
Pastu baru bawak ke tempat proses kopi.

Baru dia terangkan kenapa kopi luwak tu mahal, proses pembersihan and so forth.
Takyah kot aku terangkan panjang lebar. Korang boleh gugel sendiri.


Proses menggoreng kopi luwak. Kat sini takde pakai machine, semua manual.


Akak cas ayu sambil berlakon menumbuk kopi..huehuehuehueh!



 Kopi2 & koko yang bakal di 'taste' oleh kami. Koko, ginger, kopi bali, roselle, serai dan kopi kelapa.
Semua sedap, especially koko and kopi kelapa.

 
Kegembiraan selepas minum kopi & koko

Untuk pengetahuan, kopi Luwak takde dalam senarai tester di atas sebab kalau nak rasa kena beli pulak. Secawan Rp100000 (RM27).
Si Shazam & Asmali beli sorang secawan tapi cawannya agak besar jugak la jadi weols kongsi2.
Kalau tak dapat, lupakan aje.
Yes...aku minum ye kopi luwak. Takde maknanya nak geli2.
Ye aku tau dia keluar dengan najis tapi biji kopi tu berselaput tebal, jadi takde najis pun yang melekat kat biji kopi luwak tu.
But yes kalau spesis penggeli tahap gaban memang takkan laa nak minum kopi luwak.
Well, whatever...it's your loss sebab kopi luwak memang sedap gila babeng!
Cukup pekat, pahit, lemak, harum...pendek kata memang umph!
Aku ada ambik video the making of our kopu luwak tapi takleh nak tepek kat sini pulak.
Lebih 100mb katanya...hmm..nantilah aku edit and tepek kalau dapat.

Sebelum ke next destination, diorang beli sikit souvenir kat kedai ladang kopi ni. 
Aku tak beli apa pun. Tak berkenan. Mahal pun ye jugak.
Sedang asyik diorang membeli, aku pulak asyik mengunyah tester coklat pelbagai perisa..muehehehhe!
Dah dibagi, kita bedal aje lah..ye dok? 

Keluar dari ladang, kena himpit pulak dengan penjual2 souvenir.
Adeh..rimas la aku. cepat2 lari ke kereta. Aku dah selamat, tapi si Asmir and Lina tak berapa nak selamat. Sekali tengok dah ada plastik kat tangan.
Actually dari Sukawan Silversmith lagi weols dah kena kepung and dipaksa2 membeli oleh penjual jalanan ni tapi ada security kat situ jaga kawasan so diorang takleh buat apa2.
Kat ladang ni memang takde sape jaga di luar. Pandai2 la menyelamatkan diri.

Our next destination is Pura Tirtha Empul, Tampaksiring.
Nak baca lebih pasal tempat ni, klik di sini. 
Akak malas nak menaip..hew3x.
Pendek cerita tempat ni merupakan tempat para penganut Hindu berdoa dan memohon hajat.
Ikut kepercayaan diorang, kalau berdoa kat sini mesti makbul.


Kat luar sebelum masuk entrance Tirtha Empul


Dalam kawasan Pura Tirtha Empul, just after kaunter tiket


Ni dah nak masuk ke Tirtha Empul. Nak masuk sini kena berpakaian sopan, tak boleh pakai seluar pendek. Kalau ko [akai seluar pendek kena pakai kain. Macam si Lina & Al Munir kat atas tu. Weols yang berpakaian sopan pun tetaplah kena ikat kain kuning. Sekadar menghormati adat diorang.
Sebelum masuk, wajibun selfie dulu!

Gambar2 sekitar upacara kat Tirtha Empul. Malas la nak tepek satu satu,  kasi collage, sudeh!


Ini dah kepenatan meround kawasan. Luas jugak tempat ni. Oh ye..kat belakang tu actually Istana Soekarno (kalau x silap). Boleh tengok dari bawah je, nak pegi dekat memang tak boleh. Untuk keselamatan katanya. Baiklah, kita menurut aje.


Selesai lawatan tapak, balik ke hotel rehat kejap.
Percayalah bila aku kata kejap tu memang kejap bebenor.
Tak sempat nak cuci muka bagai, dah kena ready for dinner pulak.
Kawan aku cadangkan makan kat warung ayam penyet.
Dia bilang sedap, tapi jauh sikit nak menapak.
Dalam hati aku berdoa sangat supaya 'jauh sikit' tu sebenarnya tak jauh...
Kalau dalam 10 minit perjalanan masih ok lagi.
Takde maknanya uols.....dekat 25 minit jugak jalan kaki ke sana!
Sampai je kat warung tu aku rasa nak nangis sambil sujud syukur.



Hah..kat sinilah tempatnya. Tengok dahi aku masih berpeluh2. 


Aku order Lele Penyet. Sambal aku mintak yang paling pedas, tapi tak pedas pun. Siap mintak cili padi extra. Tapi memang sedap gila sambal dia. Yang lain makan siap mengalir peluh dan air mata tapi aku siap pow sambal diorang lagi gaul kat nasi. Pergh..terbaik! Pakej Lele Penyet + Air Mineral = Rp30000.00 (RM8.50)

Bila perut dah kenyang memang tak larat nak berjalan kaki balik hotel.
Terus tahan teksi balik hotel.
Masuk bilik, mandi, atur tempat tidur lepas tu terus terbongkang kepenatan.
End of Day 2.

Demikianlah cerita day 1 & 2 di Bali.
Korang tak tau dah berapa lama aku peram dalam draft.
Karang sikit sikit...save.
Masuk gambar 2,3 keping...save.
Type 2 perenggan...save.
Sampai siap hari ni...alhamdulillah!

Okay..nantikan entry hari ke 3 coming soon.
Bertabah menanti ye korang!

Daaaaaaa *lambai ratu*