Saturday, January 31, 2015

Bukan Sebab Aku Jeles Tapi Dah Bo Bo Bo Bo BOSAN!

Aku tak paham...
Merungut bagai nak rak kata takde duit.
Every 5 to 10 minutes mesti mengeluh kata takde duit.
Balik2 asyik cakap takde duit, takde duit, takde duit.
TAPI dalam takde duit tu kejap2 cerita pulak kau shopping sampai beratus ratus.
Makan kat tempat mahal2..
Pegi saloon bagai.
Jadi apakah point kau nak merungut yang kau takde duit padahal kau mampu nak buat semua tu?

Ok la...aku bersangka baik.
Mungkin kau shopping, makan2, pegi saloon bagai tu tak pakai duit sendiri. Mungkin kau di belanja. MUNGKIN.
Still aku tak berminat nak tau.
No..aku bukannya jeles.
Tidak langsung terdetik nak jaki dengan apa yang kau ada or buat sekalipun.
Cuma telinga aku ni dah naik cair taiknya sebab kau asyik ber'zikir' pasal benda yang sama hampir setiap masa.
Aku pun takde duit tapi tak pulak aku mengadu domba kat engkau.
Diam2 aje sudehhh...

Dah. Lega rasanya bila aku luah kat sini.
Kalau faham, syukur.
Kalau tak faham and nak kata aku jeles, lantak kaulah. Aku pedulik hapa.

Au revoir!

Wednesday, January 28, 2015

Merepek Pun Merepeklah Janji Aku Hapdet

Today kalau jadi ada meeting dengan geng Bali.
Nak pass flight ticket katanya.
Bila dapat mesej dua hari lepas, senyum sakan aku.
Makin bersemangat menghitung hari...tak sabar dah nak berholiday.
Chewah....memanjang excited kan, tapi passport belum buat lagi, acaner tu?
Takpe, akan aku settlekan dalam masa terdekat...Insya Allah.

Menurut initial itinerary, sepatutnya weols stay kat S8 Hotel Bali.
Tapi last minute kena tukar sebab hotel fully booked on our intended date.
So today nak decide which hotel yang kami nak. Ada few choices katanya.
Yang penting selesa dan bersih tanpa was was...gittew!

Kita tawakkal aje ye kengkawan...hehe!

Sorry ye hapdet ni agak skema sikit.
Esok2 aku up entry bergambar pulak ye..

See you soon, earthlings!

Wednesday, January 21, 2015

Kau Dengan Minat Kau, Aku Dengan Minat Aku. TAPI Jangan Paksa Aku Suka Keminatan Kau, Boleh?

Let me just be frank. Aku tak suka kalau kena paksa untuk menyukai keminatan orang.
Kalau aku dah cakap tak minat tu, tak minatlah. Apa yang susah sangat nak faham?
Boleh pulak kau sentap. Dalam sentap, sempat lagi nak promo/kempen.
'Eee rugilah kau...sekarang Korea2 ni tengah in tau!'
So what kalau dia in? Perlukah aku minat semata mata sebab dia in?
I don't think so. Selera masing2 la bhai...kau suka, kau punya pasal. Kau hadaplah apa yang kau suka tu 24jam sehari 7 hari seminggu, ada aku kisah?
Biar sampai bulau biji mata kau pun sukati kaulah. Kesukaan kau kan. Apalah kuasa aku mau menghalang.
Cuma bila kau sudah kempen2 & memaksa, bikin aku menyampah tahap gaban. Hingga jadi satu kesalahan pulak bila aku suarakan ketidakminatan aku. Ha freakin' ha. You are clearly missing the point.

Aku ni pun ada je artis yg aku suka. Aliran muzik yang aku prefer..genre filem pilihan dan sebagainya. Cuma aku takde sampai memaksa orang suka apa yang aku suka. Paling kuat pun aku akan suggest je. Terpulang kat orang nak terima atau tak. Cuma some people tak boleh terima (read: TAK FAHAM BAHASA) maka prinsip aku dipersoalkan.

Lantaklah!

Friday, January 16, 2015

Of Me Being A Makcik To Unwell Kids...

Sangat celaru beberapa hari ni gara2 anak2 buah kesayangan aku demam serentak.
Demam berirama 4 orang sekaligus.
Two of them pulak kena sawan sebab tinggi panasnya..terus masuk hospital pada hari yang sama.
Sekarang alhamdulillah semua dah okay.
Yang di hospital pun dah discharged.
Aku ni nampak je tough kat luar tapi kalau benda yang kena mengena dengan family, memang aku lemah.
Well..I guess most of us pun sama kan.
Maybe ada la segelintir tu yang hati kering. Steady je walaupun keadaan cemas. Terpulang hati masing2.
Kalau budak2 tak sihat aku mulalah restless. Tak dapat makan, tidur pun susah. Asyik terfikirkan macam mana keadaan diorang. Risau hati selagi tak tau khabar terkini. Bila dah tau yang diorang beransur pulih, baru aku boleh tarik nafas lega.
Okaylah aku nak qada tidur dulu. Nanti malam sikit aku up satu lagi entry.
See ya, earthlings!

Tuesday, January 13, 2015

BR1M 2015

Dari semalam aku dengar kecoh katanya subsidi BR1M dah masuk.
Aku relax je..dalam hati kata 'mesti giliran aku lambat lagi'.
Yelah..dari pengalaman lalu, aku dapat lambat.
Kumpulan ketiga gitu. Penat jugak ulang alik ke Pejabat Daerah cek kalau dah ada voucher.
Kali ketiga pegi baru ada hasil.

So berlandaskan pengalaman lalu, aku just take it easy.
Lagipun bila semak status kat web LHDN, masih dalam proses.
Masa buat kemaskini haritu pun aku dah bagi no akaun.
Kalau sampai giliran, masuklah duitnya kan?
Tapi kan...ribut pulak di grup whatsapp cakap permohonan masih dalam proses tapi bila check kat bank dah masuk duit BR1M. Pelik kan?
Nak tak nak aku check la jugak..Alhamdulillah memang betul dah masuk.
Kena lagi time dah hampir pokai ni dapat RM350, tak ke kau bersyukur?
Lega hati Kak Ton!

Balik ni nak meronda CP kot...itu pun kalau rajin.
Kalau malas menguasai...Hup Huat Supermarket aje, sudeh!

See y'all later, earthlings!

Monday, January 12, 2015

Rekindling The Passion

Of books, novels, chicklits..call it what you want.
It's been a while since I have a book in my hand.
Believe me I have stacks of unread books on my dressing table, gathering dust waiting for its master (that would be me) to start reading them.
Not to mention a box of recurring-read books under my bed, also gathering dusts thicker than Himalayan glacier.
Yet when I saw someone selling these two babies for a cheap price of RM26, I cannot resist.
Especially when the author is Jill Mansell. A definite 'must buy must have' for me.
Laju aje tangan aku tekan button transfer via maybank2u.

Two days later, my babies arrived safely in my arms.


My precious :)

Kali ni aku tak buang masa. After ripping off the wrapping paper and those bubbly-wrappy-thingy and doing my jolly dance (sorry if the image of me dancing bouncily kills your appetite. Or your day, literally speaking. Lulz!), aku terus start baca 'Thinking of You'. That was last Friday. And today, I've read more than half of the book! 

I tell you, dulu aku boleh habiskan satu buku sehari. Especially kalau ceritanya kena di hati. 
Sekarang ni kalau ikutkan boleh jugak..cuma masa tu selalu tak menyebelahi aku.
Yelah...dulu takde anak2 buah yang perlu di jaga.
Adik2 masih boleh diharap minta tolong buat itu ini.
Nowadays, makin besar diorang tu makin susah nak minta tolong.
Alangkan suruh buang sampah, kerja yang paling ringan menurut aku pun tak bergerak, apa lagi nak suruh benda yang lain...lagi tak jalan.
Daripada makan hati, baiklah aku buat sendiri.
Kalau nak harapkan orang memang jadi hutan rumah tu.
Eh, terkorner citer lain pulak. Sorry...hehe!

Okaylah sempena masih tak berapa busy kat opis ni, aku nak sambung membaca.
If dah khatam, sambung ke buku yang sebelah tu pulak.

See y'all later, earthlings!

Saturday, January 10, 2015

Of Holiday And What I Feel. Or Felt. Whatever.

So I have not been updating since my last post.
That's what happened when my blogging mojo played the game called 'sheer lazy-ness'.
Blog pun terbiar sepi mengumpul habuk2 sawang.

Anyways, I'm here now. Kemalasan masih ada tapi aku gagahi juga mengupdate.
Tak boleh biar malas menguasai..gittew!

Update on my Bali trip, dah dapat confirmation from agent.
Ticket dah settle, hotel dah settle. Tinggal nak bayar balance of payment and nak buat passport.
Lepas tu aku dah boleh menghitung hari detik demi detik pangkah kalendar hari hari..la la la...
Ish, rasa tak sabar pulak nak berholiday! Dalam groupchat HavocBali weols dah plan (read: berangan) nak buat apa once dah sampai kat Bali nanti.
Honestly speaking aku memang pangkah aktiviti menyopping kat Bali.
Aku lebih prefer site visits and beach activities. Syukur ahli rombongan sekepala dengan aku.
Sebelum aku bersuara dah ramai yang sama memangkah aktiviti menyopping.
Tau je la harga barang2 kat Bali bukannya murah. Itu pasal aku pangkah..hehehe.
But takdelah sampai menghalang pada siapa yang nak shopping.
Your money, your choice. Tak gitu?
I hope this trip goes smoothly as we planned.

Aku ke Bali nanti dengan kawan2 sekolah rendah.
Baru jumpa balik after 24 years..tapi bila dah bergabung terus rasa sangat rapat antara satu sama lain.
Baik yang lelaki mahupun perempuan, kami dah jadi macam adik beradik.
Susah senang sama merasa, tak berkira antara satu sama lain.
Ikhlas bersahabat tanpa mengharapkan sebarang balasan.
Memang at times weols pandai jugak bergurau kasar or terover tapi semua tu tak simpan dalam hati.
Alhamdulillah...aku bersyukur dapat jumpa balik dengan diorang.

Actually aku nak post pasal something else. Tapi aku rasa macam terlampau melancholy and kalau dibaca boleh membuatkan orang salah anggap kat aku pulak. Daripada aku mengeruhkan keadaan yang dah tak berapa nak jernih ni baiklah aku diamkan aje. Walaupun dalam hati dan benak aku ni ada tanda soal yang sangat besar. Takpelah..I know where I stand. Cuma rasa terkilan tu masih ada and I don't think it will ever go away until I know the real reason. Nak bertanya, boleh je tapi rasanya berjawab tak pertanyaan tu nanti? Atau sama macam bercakap dengan dinding jugak? Ops, terlebih sudah!


P/S: If you read my previous post, the answer is: No, I did not tapau sushi on that day.

There. Done and dusted. See y'all later, earthlings!

Tuesday, January 6, 2015

Channeling My Inner Nippon

Kak Ton hapdet lagi dengan cerita jeruk! Hehehe...
Jeruk pun jeruk la yang penting hapdet, ye dok?
Sementara rajin menaip, layankan aje ye. Kot dah malas nanti memang berhabuk 'rumah' aku ni.

Semenjak dua menjak ni tekak asyik teringin nak makan sushi.
Kebetulan kat blok depan ofis aku ada satu Japanese Restaurant: Fukurou, baru dibuka (re-opening).

Jadi aku & Ms Khee decide nak try makanan kat situ (read: tapau).
Masa weols sampai tu orang tak ramai lagi. So kami pun browse the menu and placed our order.
Mind you, makanan dia bukan murah okeh. Mahal nak mampus!
Tapi alang alang dah sampai, weols pun order a Temaki set each.

10 minit berlalu, order belum sampai. Bila ditanya, kata waitress diorang short of staff, and she apologized. Okaylah, aku terima alasan dia. And tunggu lagi.
Dalam 5 minit macam tu datang waiter bawak dua plastik besar berisi 8 tapau rice set.
Aik...bila masa aku order rice set? Bengong ke diorang ni?
Jadi kerjaan aku nak repeat order bagai...haih!
Tapi takpe..still aku sabar. Faham diorang tak cukup pekerja kan..jadi aku tunggu lagi.
Sambil menunggu aku bayar bil dulu for out Temaki sets.
This time around dah ramai orang. Lunch time pulak.
Another 10 minutes passed by, Miss Khee cakap kat aku, 'Tu orang yang baru duduk tak sampai 10 minit dah dapat makanan. Kita tunggu lama for 2 freaking Temaki still tak dapat'
Betul jugak dia cakap. So aku panggil the waitress sekali lagi. Kali ni dia jawab 'Oh sekejap lagi, tinggal tapau nasi'. Aku dah nak mendidih dah..tapi still boleh tahan sabar.
Aku cakap weols order Temaki saja, takde order nasi pun. And then aku tunjuk resit kat dia.
Baru dia kelam kabut. Then suruh tunggu lagi sekejap. Aku dah nak kensel order tapi waitress tu cakap kejap je siaplah order kami. Aku fikir, ok lah bukannya lama nak gulung temaki and bubuh inti2 tu semua. Kejap je, paling2 5 minit dah siap *ayat pujuk hati*. Baiklah..demi temaki kami tunggu.

Almost 10 minutes later, bayang bayang Temaki masih belum nampak.
Hoih...mendidih tahap tertinggi dah hati aku!

Bukannya aku order sushi platters yang ada macam2 jenis pun sampai berkurun nak prepare.
Dua roll je kot...pun kena tunggu sampai almost 40 minutes? Ridiculous!
Dah la lapar, makanan yang di tunggu tak sampai sampai...memang cari nahas!
Terus aku pegi kaunter demand for refund.
The waitress cuba convincekan aku yang our order dah siap tapi aku tak pedulik dah.
Hilang selera nak makan kalau dah jadi macam tu.
'I don't care anymore, I'm cancelling the order and demand for refund now!'
nasib baik si cashier tak banyak cakap, terus bagi refund.
If not, memang makan MAKI dari aku.

So buat masa sekarang, FUKUROU adalah dipangkah dari senarai aku.

Esoknya Ms Khee cakap kat aku actually kat area office kami ada satu kedai runcit merangkap mini cafe ala Jepun. Nama kedainya Recipes House. Sister company kepada Wojamama Japanese Restaurant. Nak kata dekat sangat, tak jugak. Dalam 10 minit menapak boleh sampai. Tapi kalau aku memang berpeluh. Dah kata badan besar gajah kan...miahahah! However kalau dah nepsu membuak tak tertahan, jauh berjuta batu pun tetap sampai tau. Apa sangatlah sepuluh minit asalkan hajat tertunai. Lebih lebih lagi bila dah kekecewaan yang teramat the day before, memang berkobar hati nak ke sana. Sushi dia murah kata Ms Khee. Tambah semangat aku menghayun langkah.



The selections. Kalau tengok pada harga memang murah! TAPI sushi saja ya..menu yang lain tu agak tercekik jugak batang leher menengok harganya.

 
Pilih punya pilih akhirnya aku ambik yang ini. Salmon Sushi, Unagi Sushi, Ebiko Tamago Maki and Kappa Maki.

 
Ambik ini juga. Chuka Idako a.k.a marinated braised baby octopus.

Memang puas hati bila dapat apa yang diidamkan. Makan sampai pejam pejam mata iols u know! Pendek kata terubat hati yang panas akibat kejadian semalam. 
Tapi macam ketagihan pulak aku jadinya. Asyik teringat ingat sushi.
So few days after that aku singgah ke Wojamama demi memenuhkan nepsu craving.

 
The platters yang oh so yummy rasa macam nak ambik je semua.

Harga kat Wojamama mahal sikit dari Recipes House tapi lebih banyak pilihan.
Tak sempat aku ambik gambar sebab sampai kat rumah piranha2 dah serbu.
Kalau tak silap, aku beli Kappa Maki, Ebiko Tamago Maki, Tamago Maki & Futo Maki.


 
Terus jadi member you! Hehehhe...


Yesterday craving aku datang lagi. Terus kaki melangkah menuju Wojamama. Again!
Kegilaan apakah ini...aku pun tak tau la. Mengalahkan pompuan mengandung gayanya.
Apa apa ajelah...asalkan bahagia, sudeh! *flip har, blow nails*


Kappa Maki, Ebiko Tamago Maki, Salmon Maki & Futo Maki

Iyeee..aku order benda yang sama almost everytime. Next time aku nak cuba yang lain pulak.
Kalau ada rezeki lebih, boleh tapau banyak sikit. 
Demm...tengah menaip ni boleh pulak aku teringin. Tertelan telan air liur dah ni *gulp*
Apakah ini tandanya aku harus menyinggah lagi? 
Kita tunggu jawapannya dalam entry esok!

Monday, January 5, 2015

Cerita Hijab

Baru habis baca blog Tina kejap tadi. Dia cerita macam mana dia terpanggil untuk bertudung.
Memang aku perasan dari seminggu lalu yang dia dah berhijab.
Alhamdulillah...aku tumpang happy. Semoga terus istiqamah ye :)

Aku pun baru lagi bertudung..baru dua tahun.
Masih lagi menyesuaikan diri tapi semakin selesa, alhamdulillah.

Kisah aku mula mengenakan tudung, takdelah sama macam Tina atau Neelofa.
Aku tak tau macam mana nak cakap sebab semua ni jadi secara spontan.
Ingat lagi masa tu tengah hari kat office, almost lunch time.
Tak tau kenapa tetiba je aku capai shawl yang dalam laci tu and terus pakai.
Asalnya aku nak try je, tapi dah rasa selesa jadi aku terus pakai sampai after office hour.
Sampai rumah, mommy aku terkejut jugak nampak tetiba balik dah bertudung sedangkan keluar kerja tadi pagi masih free hair.
"Serius kau ni bertudung?" tanya si mommy.
Aku cuma jawab dengan senyuman. Dalam hati masih takde rasa apa pun.
Cuma aku berdoa supaya dikuatkan hati untuk meneruskan apa yang aku dah start tengah hari tadi.
Esok paginya, alhamdulillah aku diberikan kekuatan untuk terus berhijab.
Dengan mudah aku dapat menyesuaikan diri dengan penampilan yang baru.
Colleagues kat ofis memang terkejut..tapi menerima perubahan aku seadanya.

Tipu kalau aku cakap takde sebarang keraguan langsung dalam hati.
Sekali sekala ada juga setan menyucuk, rugi bertudung tak boleh pakai fesyen fesyen.
Tapi aku kuatkan hati. Lagi bagus ikut yang wajib daripada menambah dosa sepanjang masa.
However, jangan salah sangka ya...bukanlah bermaksud aku dah berjubah and tudung labuh 24-7.
Aku masih pakai jeans and blouse and still pakai blouse/tshirt yang three quarters lengan.
Perlahan lahan akan ubah lagi cara berpakaian dan sebagainya.
Semoga niat ini sampai satu hari nanti, Insya Allah.

اللَّهُمَّ أَعِـنَّا عَلىٰ ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِـبَادَتِكَ

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
اللَّهُمَّ أَعِـنَّا عَلىٰ ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِـبَادَتِكَ

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
"Allahumma a'inni 'ala zikrika wa shukrika wa husni 'ibadatika"
Ya Allah, bantulah kami dalam mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan memperbaiki ibadah kami kepada-Mu, amin.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Aamin...

The Dinner and The Movie

Ini cerita tahun lepas, tapi baru ada kesempatan nak update.
29 December 2014, tahun lepaslah tu kan? Walaupun baru seminggu berlalu but the still legit kalau dibilang tahun lepas.
So we (the company, more like it) are invited for our GDS (Amadeus) dinner & appreciations night.
Bunyi macam grand, tapi sebenarnya very santai.
Tak buat kat hotel pun. A very simple dinner kat The Glass Grill & Bar at Suria Sabah.
Lepas tu weols tengok movie..hehe!

Kami bertolak dari office dalam jam 540pm.
Kalau diikutkan takdelah jauh mana Suria Sabah tu, only about 10 minutes away.
But with the traffic congestion yang agak musibatun, we reached Suria at around 630pm.
Sempat mencuci mata sekejap sebelum menuju ke destinasi.
Aku la cuci mata, my colleague sempat lagi menyopping. Heheheheh...

My colleague, Kee. Beria ia mintak ambik gambar dengan banner Amadeus ni. Aku layankan aje.


Door gift, movie ticket and tidbits coupon tajaan Amadeus


Hanafi (Amadeus), Kee, myself and another Amadeus rep yang aku lupa namanya. Orang bagi bisnes kad ntah mana dah aku simpan. Bagus sangat perangai ni..jangan diikut ye!


My plate. Actually ada lagi makanan yang lain kat buffet counter tu. Cuma aku berkenan yang ini aje. Aku ambik Braised Mix Veggies with Butter Herbs (sedap!), Chicken & Macaroni Salad (sedap!), Shredded Carrot & Water Crest, fried Noodle (x sedap!) Chicken with Mushroom Sauce (ok ok la) and Sweet & Sour Fish (super YUMMY!!! Aku ambik lagi 5 keping ikan tu lepas habis makan this plate). Menu lain: Thai Beef Salad, Pumpkin Soup, Mini Tenderloin Steak, Bubur Pulut Hitam, Coffee, Tea and Juices.


After dinner, we then ushered to the cinema hall. Tapi sebelum movie start ada lucky draws and award presentation. Neither me nor the company that I work for won any. Hah, patheticnya ayat aku!


Selfie dulu sebelum lampu dipadamkan. Blur pun blur la janji ada gambor.

Oh, we watched Night At the Museum: Secret of A Tomb.
Memang aku dah plan dengan si Lina nak nengok movie ni.
Tapi bila ada chance tengok free, iols terima dengan tangan terbuka.
Rezeki jangan ditolak dik non, musuh jangan dicari.
Kalau ada rezeki boleh tengok lagi =)

Overall, aku rasa cerita dia okay. I enjoyed the movie.
Lawak2 yang diselitkan pun best walaupun ada sesetengah tu agak rude and kasar.
In the middle of the movie baru aku perasan yang ini merupakan filem last lakonan Robin Williams.
Jadi menonton filem ini boleh dikatakan sebagai tribute untuk beliau jugaklah. 
For me, at least that's how it feels.

Alrighty, that's my 29th December 2014 punya cerita.
Nanti kalau ada idea, aku hapdet lagi ye.
See ya, earthlings!

Friday, January 2, 2015

Baru. Two Owh One Five.

Assalamualaikum 2015...

Bertemu lagi di tahun baru..hehe!
Dalam post yang sudah aku ada cakap nak hapdet kan...
Takde maknanya uols. Janji dicapati kaedahnya. Eh..kejap, rasanya takde pulak aku berjanji.
Jadi abaikan aje istilah janji dicapati ittew...hew hew hew!
Bukan apa, kawan2 opis ni ha sibuk mengajak berwefie bagai.
Masing2 tunjuk bakat jadi 'potograper propesyenel' konon.
Walhal hasil snapshots entahapaapa kejadiannya.
Belasahlah...janji ado. Thus, langsung lupa nak hapdet belog.

Malam 31 December tu kami balik kampung.
Tapi bertolak sebelah malam sebab aku tak dapek balik awal.
Sampai rumah kelam kabut mandi n solat semua, lepas tu baru jalan.
Aku tak sempat dinner pun. Punyalah lapar nak mampus!
Nasib baik singgah kejap kat supermarket, aku sambar biskut & air.
Cukup la buat syarat isi perut.

Sampai kampung, diorang dah awal mula membakar.
Sosej dah gone. Tapi weols ada beli lagi 8 peket.
Ikan dah half gone. Ayam belum start panggang.
Aku terus serbu nasi and ikan dulu. Followed by jagung bakar.
Dan ayam panggang. Dan macaroni salad. Dan blackforest cake.
Hoih....kalau tak control nepsu memang tak berenti makan. Ada chance tertidur sambil tangan pegang jagung bakar, mulut masih mengunyah.
Oh ye..malam tu jugak weol celebrate early birthday for my grandad.
Sebenarnya aku tak tau pun bila tarikh sebenar birthday grandad aku.
Dan kalau ikut ic, umur dia dah 82 tahun.
And gathering sempena new year ni pun dia yang punya idea.
Siap pesan awal2 kat weols 'Mesti balik kampung nanti' katanya.
Sementara masih berpeluang ni kita turutkan saja kemahuan beliau so takde regrets kemudian hari.

Gambar? Ada...tapi malas nak upload. Boleh gitu?
Nantilah kalau ada kerajinan aku masukkan gambar2 yang ada.
Sementara tu sila terima selfie selfus dari aku and my colleagues dulu ya.



Entah kenapa pipi aku kembang macam kuih pau. Cisss...sabotaj nih..sabotaj! *tidak menerima kenyataan*

Comey kan Kak Ton? Miahahhahahah!

Aku takde idea nak buat penutup. Dah la...until next entry, byeee!