Sunday, November 30, 2014

BDC - Day 30 (Perkara Menarik Yang Anda Berbangga Tahun Ini)

Dalam kepeningan akibat penyakit dan sakit kepala penangan side effect ubat, aku gagahkan juga mengupdate task hari ke 30.
Pasal sakit dan ubat tu, nantilah aku citer.

Okay...sebenarnya perkara yang nak diceritakan ni kalau diikutkan bukanlah masuk dalam kategori menarik.
More to heartwrenching moment.
Dan sepatutnya aku luahkan dah lama tapi aku pendam sebab aku tak ready nak cerita.
Kebetulan tajuk task hari ini bersesuaian, maka aku ambil kesempatan untuk berkongsi dengan korang semua.

December tahun lalu, mommy mengalami bleeding teruk. Memang teruk, bayangkan 4 pampers budak size XL penuh dengan darah..tak termasuk yang tumpah kat tilam and kain sarung 2 helai. Kami bawa mommy ke klinik kesihatan...diagnosis cuma banyak darah beku due to menopause dan mommy di tambah air serta ubat ubatan.

Beberapa hari lepas tu mommy masih x senang hati. Dia mintak aku bawakkan ke klinik swasta nak check balik sebab dia pucat dan tak bermaya. Maklum aje dah hilang banyak darah. Bila doktor kat klinik nampak mommy je, terus dia suruh bawak ke hospital sebab mommy perlu tambah darah katanya. Dia issue surat dan kami bawak mommy ke emergency. Disana mommy diperiksa sekali lagi. Setelah beberapa lama menunggu, doktor panggil aku. Dari pemeriksaan, dia syak mommy menghidap kanser serviks.

Aku tergamam...tak terkata apa pun. Bergegar badan aku bila doktor cakap macam tu. Mommy kena admit dekat ward untuk tambah darah dan pemeriksaan lanjut.
Malam tu jugak doktor pakar periksa mommy and she also confirmed the same thing.
Still, kena tunggu pengesahan from another pakar yg juga merupakan ketua unit.
So adik aku temankan mommy..and kami pulang. Needless to say, it was a sleepless night for me.

Esoknya, doktor pakar sekali lagi mengesahkan yang mommy menghidap kanser serviks tahap 2B. Aku tengok mommy pasrah dan tabah mendengar keputusan doktor. Walaupun begitu dalam hati hanya Allah yang tahu. Ofkoz rasa sedih but kami kuatkan hati demi mommy.

Mungkin Allah permudahkan segalanya buat mommy, segala urusan menjadi mudah.
Schedule rawatan radiotherapy, chemotheraphy dan rawatan susulan di Kuching berjalan dengan lancar. Kalau diikutkan lama lagi turn mommy namun Allah maha berkuasa, mommy dapat slot awal. Ingat tak entry Kuching? Ya, sebenarnya aku ke Kuching temankan mommy buat treatment kat Hospital Umum Kuching. Kat sini (Kota Kinabalu) belum ada machine utk treatment brackee so kena ke Kuching untuk completekan rawatan.

Alhamdulillah...sekarang mommy dah sihat tapi still kena buat review every 3 months. So far review menunjukkan keputusan yang baik dan aku harap akan terus kekal baik sampai bila bila.

Aku tabik dan bangga dengan mommy sebab dia sangat tabah mengharungi dugaan. Semangat dia kuat melawan sakit yang ditanggung. Satu sikap mommy yang aku sedang belajar, iaitu sentiasa berfikiran positif. Katanya, setiap masalah pasti ada penyelesaian. Yang penting jangan putus asa.

Mom, I'm so proud of you. You've been through a lot...and I don't know if I could hold it together if I'm in your shoe. Semoga Allah melindungimu dari sebarang musibah, semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan diberikan kebahagiaan dunia akhirat..aamin ya rabbal alamin...


BDC - Day 29 (Bunga Kegemaran Dan Ertinya Untuk Anda)

Ala..kenapa bunga pulak yang jadi subjek?
Ai is not like bunga ler...x suke!
Bukan benci tapi memang tak gemar.
Ntah kenapa memang tak pernah berminat dengan sebarang jenis bunga bungaan.
Aku lebih suka pokok2 hijau yang tak berbunga..especially cactus.
Senang jaga. Siram seminggu sekali je. Tak banyak kerja.

Yang suka bunga bungaan ni sebenarnya mak aku. Tiap minggu membeli bunga. Dah makin bertambah koleksi bunga beliau. Her current obsession is Orchid.

Antara koleksi orkid mommy

Aku tak sangka rupanya orkid ni pun berbau wangi. Seakan akan wangi bunga ros..tapi lebih lembut baunya. Kiranya boleh jadi aromaterapi saat jiwa kacau. Lama kelamaan aku naik suka pulak dengan si orkid ni. Cuma nama aku nak membela tu kirim salam ajelah ye. My fingers are not green enough.

Honestly bunga bungaan takde memberi pengertian apa2 kat aku. Takde sebab ataupun ingatan yang boleh aku kenang atau kaitkan dalam hidup...jadi kesimpulannya memang kosong.

Okay..aku stop dulu disini. Nanti aku akan up entry seterusnya tak lama lagi.

Friday, November 28, 2014

BDC - Day 28 (5 Perkara Bermula Dengan 'Andainya')

Sangat banyak andaian yang bermain dalam kepala aku dikala terbaca tajuk cabaran kali ini.

Malas nak fikir benda complicated, aku cuba listkan senarai andaian aku kepada benda benda yang ringan dan inilah hasil yang aku dapat:-

1) Ibadah merupakan priority nombor satu. jadi, ANDAINYA aku kaya raya, tiap tahun aku akan bawa family aku untuk menunaikan umrah dan haji. Sekirannya punya rezeki yang lebih, aku akan sponsor pihak yang kurang berkemampuan untuk sama sama menunaikan umrah dan haji, Insya Allah.

2) ANDAINYA aku mempunyai kuasa magis seperti Harry Potter, confirm bilangan artis di Malaysia ni boleh dikira dengan jari. Mana yang aku tak berkenan tu terus aku zassss kasi hilang dari muka bumi. Bukan artis saja, ya..sapa2 yang buat onar kat aku pun akan menerima nasib yang sama. Miahahahahhahahh!

3) ANDAINYA salji turun di Malaysia akulah manusia yang paling happy! Sebab aku pencinta udara sejuk. Teringin nak main salji..nak ada asap2 kat mulut kalau bercakap..pakai baju tebal tebal..eee bestnya! I loike!

4) ANDAINYA aku ikut masterchef, rasa rasa boleh jadi juara tak? (aci lah ye tanya soalan macam ni..hew3x)

5) ANDAINYA aku tak bertukar tempat kerja, gerenti aku akan stuck di level yang sama for the rest of my life. Takde perkembangan malahan semakin merudum. I need to recharge my brain supaya dapat think out of the box rather than being pasif 8 hours a day. And rasanya aku buat pilihan yang tepat when aku berpindah tempat kerja. Rasanya aku akan lebih banyak mengerah otak untuk pantas berfikir daripada sebelumnya. Doakan aku berjaya okay!

Sampai sini dulu uols...penat menaip kat hp ni. Esok Kak Ton up entry task hari ke 29 pulak ye...see ya later pipols!

Thursday, November 27, 2014

BDC - Day 27 (Mood Anda Hari Ini)

Excited!
Sebabnya? Hari ini adalah last day aku kat BD.
Esok, mula bertugas di tempat baru...yeay!
Takde pulak aku berperasaan sedih nak meninggalkan opis lama ni.
Teruja lebih dengan prospek dan tugasan baru mengatasi rasa sedih.
Aku dah siap berkemas sebenarnya..cuma benda2 kecik atas meja belum di pack lagi.
Masih nak pakai. By end of today, masuk bakul angkut balik rumah.


Janganlah ada benda2 yang boleh menjahanamkan hati yang sedang tenang ni.
Sebab nak recover balik dari mood yang hancur adalah susah okeh!
Makan masa yang lama nak tune balik ke mood asal.

In the mean time, let me enjoy my excitement as it is.
Pengacau, mohon lari jauh jauh. Syuh! Syuuuuuuuuuhhhhh!





BDC - Day 26 (Gajet Kepunyaan Anda)

Satu satunya gajet yang aku ada sekarang ialah Samsung Note 1.
Aku namakan Khaleesi sempena watak Emilia Clarke dalam siri The Game of Thrones.

Kesian kan..orang pakai Note 1 dah bertahun, aku baru merasa. Itu pun 2nd  hand.
Dapat dalam bulan April tahun ni lepas balik dari Kuching.
Takpelah... lambat ke, 2nd hand ke tak jadi issue bagi aku.
Selagi masih dalam keadaan baik dan boleh dipakai, I ok aje.


Setakat ni si Khaleesi masih okay. Tak buat hal besar...cuma biasalah bagi smartphone, masalah bateri.
Which is not a major issue for me. Dah pun aku ganti baterinya bulan lepas.
Alhamdulillah setakat ini aku berpuas hati dengan apa yang aku ada.




Gambar ni adik aku whatsapp masa aku masih kat Kuching lagi. Punyalah aku tak sabar nak balik KK bila dapat gambar ni. Hari2 aku tenung sambil senyum..dah serupa orang tak betul pun ada sebab asyik terbayang si Khaleesi berada dalam genggaman. 

Ada satu kejadian yang menyebabkan aku hampir kehilangan si Khaleesi.
Nasib aku pantas bertindak, dapat kejar orang tu and ambik balik Khaleesi kesayangan.
Ada aku ceritakan dalam entry ini.

Aku harap jodoh aku dengan si Khaleesi ni panjang hendaknya.
Belum terlintas lagi dalan hati nak ganti gajet baru.
Tengoklah sekiranya poket mengizinkan mungkin tambah gajet.
Mungkin ya, belum confirm lagi.
We'll see.

Tuesday, November 25, 2014

BDC - Day 25 (Berita Terkini Hari Ini Yang Anda Baca)

Walaupun aku suka membaca dan hantu tv, tapi aku tak suka membaca atau tengok berita.
Tak tau nak explain macam mana tapi memang aku akan rasa instantly depressed bila terbaca/tertengok berita.
Lebih2 lagi kalau berita pasal perang..penyakit..kematian dan yang sewaktu dengannya, memang aku pangkah!
Bukan sebab aku ignorant..tapi tak nak benda tu semua menghantui pemikiran aku.
Mind you..kalau dah menghantui tu bukan sekejap ye, makan minggu jugak.
Sekaligus menyebabkan anxiety disorder aku timbul balik.

However, bukanlah semua news aku ignore. Kalau big news atau penting of course aku follow. Contohnya berita pasal MH370 & MH17. Walaupun memimbulkan jiwa kacau tapi aku ikuti perkembangannya.

Tadi bila aku scroll timeline di FB, nampak link ini:

http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/mh370-terdampar-di-sumatera-1.28783

Another speculation yang tidak mustahil.
Apa pun aku doakan agar MH370 segera ditemui. Biarlah ada closure untuk ahli keluarga mangsa yang terbabit.


Monday, November 24, 2014

BDC - Day 24 (Rumah Impian Anda)

Me & my family masih duduk menyewa di rumah teres setingkat.
Ada 3 bilik dan 2 tandas serta dapur yang sekangkang kera.
Jujur aku katakan dengan bilangan ahli keluarga yang makin bertambah, sometimes aku rasa crowded dalam rumah. Maklumlah size rumah sewa kami ni pun comel aje (read: kecil) tapi anggota lebih dari 10 orang.

Nak beli atau bina rumah, bukan perkara mudah. 
Besar atau kecil rumah itu bergantung pada kemampuan masing masing.
Tebal poket kau, boleh la memiliki rumah banglo dengan laman yang luas berekar ekar.
Poket nipis, cukuplah rumah kecil tapi comel dan lengkap segalanya.

Takpelah..sementara belum ada kemampuan 'memiliki' ni, kita berangan sekejap pun boleh kan?
Mari aku ceritakan macam manakah rupa bentuk rumah idaman aku.

Aku suka rumah yang simple, tak complicated atau sarat barat dengan perhiasan.
Puas aku google...akhirnya dapat jugak gambar yang hampir kena dengan apa yang aku impikan seperti di bawah:-


Macam ni lebih kurang. Design still nampak ada ciri ciri rumah kampung tapi moden and ada halaman yang luas. Kalau ada balcony lagi kat depan tu memang 100% menepati citarasa aku.

Ruang tamu pertama: untuk menerima kunjungan tetamu. Pokok2 tu tak lawa...kalau ganti dengan pokok lain ok kot ye? No TV in this area sebab memang khusus untuk sembang dengan tamu2 yang datang.

Ruang tamu kedua a.k.a Family Room. Tempat bersantai untuk aktiviti kekeluargaan.Ruang tertutup so suka hati la nak membongkang bak dugong terdampar di pasiran pantai pun takpe. Nyahkan pasu2/perhiasan/batu batuan itu..menyemak ajelah!

Dining area semestinya macam ini. Feeling exclusive sangat! Cuma cover kerusi tu tukar ke warna hitam/brown leather sebab putih ni leceh la cepat kotor. 

Owh this is my territory! Setting yang perfect bagi aku. Ada breakfast counter with hidden chairs jugak..so nice untuk breakfast/brunch yang santai. Boleh gak makan kat sini kalau malas ke dining area. Yang penting, ruamg dapur mesti luas untuk memudahkan pergerakan. Aku kan size gajah, so keluasan ruang sangat vital untuk aku.

Bathroom utama. Simple, tak payah fancy dengan  pelbagai perhiasan.

Bathroom kegunaan ramai. Takyah bath tub, cukup shower aje.

Master Bedroom. Berkenan sangat kecuali kelambu itu. Dalam banyak2 design aku pilih yang ini sebab very english style. Simple but elegant. 

Nah...itu dia ciri2 rumah idaman aku.
Luar nampak ala kampung,  masuk dalam dah fusion.
Tak nak sarat dengan perhiasan bagai...menyemak je aku rasa.
Maybe one or twu ornaments is acceptable tapi kalau dah setiap sudut kau nak letak bunga...pasu besar...gambar besar2 alam...etc..etc..eiiiiii boleh meroyan aku!
Anyways..ini cuma angan2 & impian aje. Tak taulah nanti kalau aku dah bertukar citarasa.
Tetiba nak rumah yang berbunga sana sini ala taman firdausi..
Perhiasan satu almari everywhere...who knows kan?
Harap2nya tak begitu lah ye...hehehe...

Agak2 tercapai tak impian aku nak dapat rumah macam ni?

BDC - Day 23 (Pekerjaan Yang Anda Ingin Selain Kerja Anda Sekarang)

Makin hari makin berat tangan nak mengetuk papan keyboard ni.
Otak pun ala2 tersumbat. Payah rasanya nak mengarang entry.
Kalau diikutkan malas, memang berhenti takat ini ajelah Bloggers Day Challenge aku.
Namun untuk menyahut cabaran aku teruskan jugak walaupun ayat2 karangan dah macam jahanam.
Kau orang terima jer lah cara penulisan serupa karangan yang dapat D- ini ye...kosser aku nak berbunga bunga bagai. Heh.

Okay...so, pekerjaan aku sekarang titlenya Travel & Ticketing Advisor/Sales Coordinator.
Book tiket, issue tiket, book tour, hotel, transport untuk sesiapa yang nak melancong/ naik kapal terbang.
Semua itu aku boleh uruskan, Insya Allah.
Berada dalam bidang ni since 1995 after SPM. 19 years in it....memang terasa bosan yang amat!
And yes, kalau boleh memang nak tukar bidang pekerjaan.
Dan bidang pekerjaan yang aku inginkan selain pekerjaan aku sekarang ialah menjadi seorang Chef.
Haa..jangan gelak! Aku suka tau jadi tukang masak! *Asah parang*

Bidang masak memasak memang aku minat.
Aku suka kalau orang menikmati hasil masakan aku.
Aku happy kalau orang suka dengan apa yang aku hidangkan.
So far alhamdulillah jarang masakan aku yang tidak menepati citarasa.
And aku menyandang tugasan utama sebagai Chief Cook dalam setiap family occassion.
Kenduri, birthday, hari raya...memang aku yang pulun bersilat di dapur.

Ramai jugak yang mencadangkan supaya aku bukak restoran.
Perancangan memang ada cuma belum mampu dilaksanakan.
Sekarang ni cuma ambik tempahan katering secara kecil kecilan.
Insya Allah kalau dah cukup dana baru bukak restoran.
Eh, hujung ayat semua berima samalah..an an an an.
Macam berpantun pulak..hew3x!

Buat masa ini aku stay dulu dalam line pekerjaan sekarang.
Walaupun hakikatnya aku dah cukup bosan tapi ini aje sumber pendapatan aku, so nak tak nak I have to bear with it for the time being.
Hopefully one day impian aku nak jadi Chef akan tercapai...aamin ya rabb.

Saturday, November 22, 2014

BDC - Day 22 (Destinasi Percutian Impian)

Hai..apa khabar uols semua?
Bertemu lagi dalam entry baru hari ini.
Ready? Let's start!

Dalam previous entry aku dah catit beberapa tempat yang aku ingin lawati. Now let's find out destinati percutian impian aku pulak.

Aku sebenarnya sukakan pantai. Rasa tenang je kalau mendengar bunyi deruan ombak dan kebiruan air laut. So destinasi pilihan aku untuk bercuti adalah Bali dan Phuket.

Kalau dapat bercuti kat dua tempat ni memang aku nak relaks habis habisan. No major shopping trip. A total vacation to the max. Dah aku bayangkan kaki montel ni menjejak kaki di pasiran pantai Kuta and pantai Ao Nang...bersnorkel di Phi Phi Island...makan makan di Jimbaran..tengok Kecak Dance....hoih bestnyaaaaaaa! Pun dah ada dalam plan tahun depan jugak nih...semoga tercapai hasrat aku nak bervacation dengan tenang..Insya Allah!

Dah cukup rasanya dua entry untuk hari ini. Esok aku buat entry yang baru untuk task yang baru pulak ye. Stay tuned!

BDC - Day 21 (Tempat Yang Anda Ingin Pergi Dan Tak Pernah Pergi)

Kalau dalam negara, I'd say Penang. Memang teringin sangat. Tak tau kenapa tapi hati aku rasa tertarik dengan Pulau Mutiara tu.
Ok la ok la...sebenarnya aku teringin nak mencuba makanan2 kat Penang..especially laksa, nasi kandar and apa2 yang special kat sana. Selain itu, teringin juga nak bergambar kat Penang Street Art...dah banyak nampak orang post gambar diorang kat PSA tu, jeles aku tau! Insya Allah tahun depan kalau jadi plan kami, weols sefamily akan sampai ke Pulau Mutiara.

Destinasi luar negara pulak..pertama aku teringin nak visit Thailand. Sama macam Penang, aku nak merasa makanan2 specialty negara gajah putih seperti Tom Yam, Som Tam, Pad Thai dan sebagainya (no bugs, though!). Walaupun boleh je dapat kat sini tapi nak rasa yang betul2 authentic from it's root. Confirm berbeza punya.

Kedua, aku nak pegi Australia sebab nak gambar dengan kangaroo and koala..heheeh. Macam bongok je alasan. Aaah tak kisah la, memang betul itu penyebabnya yang buat aku nak sangat melawat Australia.

Ketiga, London! Kota idaman aku nih. Aku teringin nak tengok sendiri bangunan2 style lama yang merata kat London itu..disamping nak bergambar kat Big Ben, Trafalgar Square, the Big Red Bus and jangan lupa, King Cross Station. Ingat tak Platform 9 3/4 dalam filem Harry Potter? Sekarang platform itu bukan lagi fiksyen ya, memang wujud kat King Cross Station. Sengaja di realisasikan untuk peminat2 tegar Harry Potter mengabdikan kenangan disitu.

Mudah mudahan tercapai niat nak jejak kaki ke tempat2 yang aku catat di atas. Harapnya dapat pergi pergi sementara badan masih muda, kuat dan sihat. Masih bertenaga nak explore banyak tempat. Kalau dah berkaki tiga (read: bertongkat), makin restricted kawasan yang nak dilawat. Maklum la kalau dah menuju senja, menapak lebih sepuluh langkah dah tercungap.

Sampai sini aje dulu ye, jumpa lagi di entry baru. See uols later! *lambai ratu*

Thursday, November 20, 2014

BDC - Day 20 (Quote Kegemaran Anda)

Selama ini aku agak skeptical bila ada orang cakap yang one quote telah mengubah hidup diorang.
Or at least mengubah cara diorang berfikir terhadap sesuatu.
Serius aku tak ambik kisah pun.
Sebab prinsip aku, kalau nak berubah biar datangnya dari diri sendiri.
Bukan kerana sesuatu atau kerana orang lain. Lebih baik jika berubah Lillahi Taala.

Cuma baru baru ini aku agak terkesan dengan quote sorang kawan.
Not exactly a quote, more to his statement la actually sebab dia cakap pun selamba je.
Masa tu weols sedang dudk sembang with our friends.
And as usual kalau dah sembang mesti ada yang main cakap lepas je kan.
Biasa la weols mulut no filter...hehehe
Sedang sedap kutuk mengutuk ni si kawan yang dari tadi diam & senyum aje (memang dia ni pendiam, jarang menyampuk and senyum sokmo) bersuara pulak.

'Siapalah kita ni mau menilai masa lampau seseorang, sedangkan masa depan kita sendiri belum tentu bagus jadinya. Ingat, hidayah itu milik Allah SWT. Dia boleh bagi and tarik balik bila bila masa Dia suka'

Fuh....deep sangat ayat tu kan. Walaupun cara dia cakap tu very the sempoi, tapi menusuk.
Bagi aku la at least..yang lain tu aku tak tau sebab lepas tu elok je diorang continue gelak2.
Musibatun betul!


I love the quote sebab dia macam reminder pada aku.
Everytime kalau ter'over' dalam bersembang, especially kalau dah sessi gossip menggossip tu pandai menjelma ayat ni dalam kepala aku and serta merta mati nepsu nak ikut menganyam ketupat.
Quote ni secara tak langsung telah mengubah cara aku berfikir tentang banyak benda.
Mungkin ini merupakan salah satu hikmah yang aku dapat kutip.
Apa pun, aku bersyukur atas peringatan-Nya. Alhamdulillah.


Challenge #20 - DONE!

Tuesday, November 18, 2014

BDC - Day 19 (1 Resepi Kegemaran Anda)

Semestinya aku dan dunia masakan tidak dapat dipisahkan.
Bak kata si Labu dalam lagu Yang Mana Satu: masak memasak, serah padaku.
Chewah, eksyen bebenor statement itu ye...hahaha!
Tapi betul la...aku memang berkebolehan memasak but cakap terror tu, belum lagi.
Aku banyak belajar dari mommy & nenek2 aku perihal masak memasak, sebab diorang memang champion!
Tapi cara diorang mengajar tu unik. Takdenya diorang suruh kau tulis ke apa.
Kena belajar melalui pemerhatian semata mata. 'Tengok betul2 macam mana orang buat, jangan banyak tanya' diorang bilang. Kadang kadang, aku beranikan diri juga bertanya cuma aku pastikan pertanyaan aku pada kadar minima.

Dalam banyak banyak resepi yang aku belajar, my favourite is Sambal Ikan Masin.
Fuh...kalau pekena dengan nasi panas memang tak sedor diri balik2 menambah nasi.
Perut dah sendat sampai susah nak bernapas pun belum tentu insaf.
Ikan masinnya tak perlu banyak, sepotong dua pun dah cukup tapi kuah tu tak boleh tahan.
Kalau aku yang masak memang berdesing telinga dengan tahap kepedasannya.

Aku tak sure kena kongsi resepi atau tak dalam task kali ni.
But I'm gonna share it anyway, so here goes:-

SAMBAL IKAN MASIN

Bahan bahannya:-

Ikan masin
Bawang putih & merah - tumbuk
Bawang besar - potong dua & hiris sederhana tebal
Belacan - tumbuk
Cili padi - tumbuk
Air asam jawa
Garam (jika perlu), gula & perasa secukupnya

Cara membuatnya:-
1. Bersihkan & potong ikan masin mengikut saiz yang anda suka. Cuci dan goreng sebentar, kemudian ketepikan.

2. Gunakan semula minyak gorengan tadi (agak2 banyaknya) untuk menumis bawang besar & bahan2 yang di tumbuk. Gaul hingga wangi.

3. Masukkan ikan masin tadi dan gaul rata.

4. Masukkan air asam jawa, gula & perasa. Gaul perlahan lahan. Apabila kuah menggelegak, rasa dan tambahkan apa yang kurang. Sekiranya cukup masin tidak perlu tambah garam.

5. Tunggu hingga kuahnya pekat ataupun sekiranya suka berkuah, bolehlah diangkat lebih awal.

FYI bahan2 diatas tu korang agak2 sendiri sebab aku takde sebarang method nak menentukan sukatan. Semua main ikut instinct. Kalau takut masin ke apa, bubuh bahan2 perasa sikit2 sampai puas hati dengan tahap kesedapan masakan korang.

Selamat mencuba & good luck!

BDC - Day 18 (Siri TV Kegemaran)

Ohoiiiii...tajuk challenge macam nak suruh aku mengarang novel ke apa nih...
Tau tak yang kalau aku dah start kasi list pasal siri TV kegemaran memang boleh buat buku.
Itu baru tajuk ya, belum ulasan lagi. Sila bertabah membaca entry ini ya sedara sedari sekalian, sebab it's gonna be long winded and maybe merapu rapu at some parts.
Kalau diikutkan aku ni dari kecik lagi memang dah minat menengok TV.
Ingat lagi dulu TV hanya mula bersiaran dalam jam 12 tengah hari for RTM..and tak silap aku TV3 macam odd sikit siarannya. Some days early, some days lewat macam dalam 430pm agaknya kecuali weekends start jam 9 pagi. Ini memang aku ingat sangat..hehe.



Okay, bercakap pasal siri tv kegemaran...yang aku ingat the first tv serie yang aku tengok ialah Fantasy Island. Alah, yang ada orang kecik nama Tattoo tu...ingat tak? Trademark dia kalau ada orang sampai kat pulau, dia lari ke tower bunyikan loceng and jerit 'The plane! The plane!'. Another one yang jadi favourite aku is Mind Your Language. Who can forget Mr Brown and his quirky non-english speaking students? Melekat di hati sampai sekarang.


Dalam tahun 80an, dah banyak drama bersiri/sitkom yang disiarkan. Pilihan pertama ofkozlah yang berbahasa inggeris contohnya macam Dallas, Dynasty, Magnum PI, Sledge Hammer, Murder She Wrote, The Golden Girls, The Greatest American Hero, Knight Rider, The A Team,  Hawaii Five O, The Cosby Show, Doogie Howser MD, Growing Pains, Who's The Boss, Mac Gyver and so forth. Tapi at this time aku paling suka Mac Gyver and Knight Rider. Kagum aku dengan kepintaran Mac Gyver, sangat creative buat macam2 dengan alat paling minima. Paper clip pun boleh buat alat. Baru yang berbahasa inggeris ya..belum masuk yang drama kantonese lagi. Pun sama aku bantai tengok. Paling legend, drama The Bund (yang lagunya 'long paaannnnnn....long lauuuuuuu') and drama Turbulent Decade. banyak lagi yang aku tengok tapi tak tau tajuk.


Same goes with drama2 alih bahasa. My ultimate favourite is Oshin laa opkos. Baru baru ada tengok balik kat youtube..teruja gila! Sampai aku buat entry khas oshin kat sini dan sini. And ada lagi satu drama tak tau korang pernah engok ke tak. Tajuknya Isaura. Drama Latin alih bahasa pertama yang aku tengok.
Drama jepun alihbahasa lain yang aku ingat dalam tahun 80an are Rin Hanekoma, Miss Komet, Oyuki (tapi yang ni rasanya mix jepun & latin kalau tak silap) and ada juga yang tak ingat tajuk.
Ops..hampir terlupa pulak dengan The Wonder Years yang mana aku crush dengan watak utama nama Kevin. Tapi tak suka heroin dia (Winnie) bwahahahaha! Game show pun aku suka. Antaranya Win, Loose or Draw, Kids Songs, The Price Is Right, A Million Dollar Chance In A Life Time, Keluarga Bahagia Singer, eh banyak lah! Drama Melayu? Aku hanya ingat Opah dan Santan Berlada. Yang lain aku tak berapa ingat. Hew3x....


Menginjak ke era 90-an,  aku tetap setia dengan drama/sitkom berbahasa Inggeris. Aku rasa zaman ni drama bersiri & sitkom dengan content yang lebih berat dah mula di siarkan. Contohnya Murphy Brown, Full House, Beverly Hills 90210, Baywatch, Saved by The Bell, Quantum Leap, Hercules, Xena The Warrior Princess, Family Matters, Kung Fu: The Legend Continues, Mr Bean, Home Improvement, The Fresh Prince of Bel Air to name a few yang aku follow. Tapi kalau yang favourite in sitcom, aku memilih Friends & The Nanny. Friends korang taulah, legend gila cerita dia. Aku rasa semua watak dalam tu best even si Monica yang annoying pun aku suka. The Nanny, memang all time favourite. Boleh je aku tengok ulang ulang tanpa rasa bosan. Watak kegemaran aku adalah Niles the Butler. Selamba je sound boss dia..ahahha! Kategori drama pulak aku suka ER, Chicago Hope, Law & Order, NYPD Blue dan The X Files but yang terpaling feveret sekali adalah The New Adventures of Robin Hood and Lois & Clark: The New Adventure of Superman. Citer alih bahasa jangan di lupa, waktu ni sangat fofuler dengan citer Moero Attack yang menjadi fenomena pada tahun 1990. Asal jam 4 petang je tak boleh tidak mesti dah ready duduk depan TV. Tepat jam 430 citer habis, aku pun terus pecut ke marine Quarters main volleyball gara2 pengaruh Moero Attack. Opkos mintak izin mak aku dulu la..kalau saja2 pegi tak tanya dia mau patah kaki aku dia hambat pakai beruti. Ada lagi satu cerita jepun yang aku suka...and dah lama aku dok fikir tajuk dia tapi langsung tak ingat. Yang aku ingat nama watak utama tu cikgu Tokogawa. Cerita biasa pasal cikgu dan murid sekolah menengah dan cikgu ni akan menari dengan student2 dia samada dalam opening atau ending credit cerita.Drama kantonis dilupa jangan...tetap tengok. Cold Blood Warm Heart, The Mark of Triumph, The Duke of Mount Deer and loads more yang aku tak ingat namanya tetap ku follow juga...termasuklah Jade Solid Gold! Hew3x


Masuk ke era 2000 lagi advance sebab dah ada NTV7 & Astro. Bertambah tambah list tv series wajib tonton. Kena lagi masa ni drama Latin & Tagalog mula masuk market...begitu juga dengan drama Jepun mula mendapat tempat. Antara yang menjadi fenomena ialah Yo Soy Betty La Fea, Sanay Wala Nang Wakas, Kay Tagal Kang Hinintay, Pangako Sayo, Ikaw Ang Lahat Sa Akin dan sebagainya. Paling best bagi aku is Yo Soy Betty La Fea. Gara2 Betty aku angkut tv pegi ofis sebab tak nak miss satu episod pun.
Early 2000 merupakan kegemilangan drama jepun bagi aku. Sedaya upaya aku follow setiap drama Jepun yang disiarkan. Antaranya Beautiful Life, Long Vacation, Ice World, Power Office Girls, Boss, Kindaichi Shonen No Jikenbo and my two most favourite: With Love and Great Teacher Onizuka. Now dah takde lagi drama jepun kat TV. I is sad! Drama Korea? Sorry aku tak layan. Tak suka. Enough said.
As for dramas & sitcoms for 2000's pulak, aku layan Ugly Betty, Glee, CSI (Vegas, Miami & NY), Grey's Anatomy, Everybody Loves Raymond, Sex & The City, Charmed, How I Met Your Mother, Judging Amy, House, Gilmore Girls, Desperate Housewives, Psych, Monk, Scrubs, Merlin, The King of Queens, Ally Mc Beal, The Practive, Private Practice, Devious Maids, Downtown Abbey, Malcolm In The Middle, New Girl, Heroes (tapi masuk season 2 dah start merepek so tak layan)...and the list will go on further as time goes by.

Senarai2 di atas tak termasuk rancangan masak memasak, realiti, talkshow and cartoons.. Kalau aku include semua boleh makan minggu mengarang. Yang ada ni pun hampir pitam aku mengolah nak jadikan satu entry. Seksa otak ni dikerah bekerja lebih masa..hahah!

Dengan ini secara rasminya aku tutup challenge hari ke 18. Tak larat nak buat penutup dah...jumpa lagi di entry seterusnya!

Monday, November 17, 2014

BDC - Day 17 (5 Perkara Yang Anda Rindukan, Apa Saja)

Maaf la sepatutnya publish entry ni semalam.
Tapi bila menaip dengan sebelah mata tertutup, jangankan publish...complete pun tidak jadinya.
However, demi menyahut cabaran, aku gagahkan juga kasi habis task yang ada.

Oh my..kalau nak cakap pasal perkara yang aku rindukan memang never ending entry ni.
Sepuluh hari pun tak habis korang baca. Serius aku tak tipu!
Tapi jangan risau, aku belum berhasrat nak convert blog ni kepada novel 500 mukasurat, walaupun secara harfiah boleh dikatakan begitulah tebal cerita rindu dalam hidup aku.
Ni nasib baik dia mintak lima aje, kalau lebih memang kejung jari jemari gemuk aku ni nak menaip.

Jom skodeng apa dia benda yang aku rinsukan sangat tu:-


1. Rumah 711 Jalan Muhibbah
Tempat aku dibesarkan sehingga umur aku 13 tahun. Rumah yang menyimpan pelbagai kenangan zaman kanak2 hingga aku beralih ke zaman pra remaja. Dah dibeli orang dan diubahsuai jadi macam office. Kalau tengok memang jauh beza dari rupa bentuk asal tapi aku masih ingat every details of the house dalam reka bentuk asal.

2. Zaman Sekolah
Yes..aku memang rindu sangat. Rindu perasaan bangun awal pagi and bersiap ke sekolah. Rindu masa belajar kat kelas (walaupun aku lebih banyak bersembang drpd belajar), rindu berebut rebut beli makanan kat kantin, rindu sembang kat pondok ilmu dengan kawan2, rindu lepak kat Mc D...rindu nak bersukan..rindu

3. Boybands
Aku tak malu mengaku yang aku minat boybands seperti NSYNC, Backstreet Boys, NKOTB, 5ive, A1, Blue, 911, Take That, BoyzIIMen dan yang sewaktu dengannya. Aku sanggup berhabis duit membeli kaset/cd and subscribe magazine direct from US & UK untuk dapat latest news pasal grup boybands kesayangan aku. Aku suka lagu2 drg yg catchy and tarian drg yg energetic..especially NSYNC & NKOTB. Power gila! Agak2 ada tak boybands sekarang yang power macam diorang? Jangan cakap boyband Korea ya, itu aku tak iktiraf!

4. Drama Bersiri Jepun
Rindu gilaaaaaaa dengan drama Jepun! Aku follow drama Jepun dari kecik lagi tau..sejak dia alih bahasa sampai guna sarikata. Kenapalah dah takde drama jepun kat tv? Drama Korea yang ntahapahapa tu pulak bersepah disiarkan. Menyampah tau tak! Kembalikan drama Jepun ke tv! Kembalikan!

5. Kad Raya
Haa..jangan gelak! Memang aku rindu dengan kad raya. Teringat dulu bila malam raya aku and adik2 tolong makcik aku gantung  kad raya. Tugas weols adalah sort out kan kad raya mengikut saiz. Memang banyak bertimbun! Penyumbang utama adalah peminat2 makcik aku - deejay RTM and peminat2 uncle aku - ex state football player. Sekarang semua main virtual je. Tak meriah langsung!

Tu dia perkara perkara yang aku rindukan. Quite tacky, I know but benda2 tu la yang selalu berlegar di kepala aku semenjak dua menjak ni dan secara tak langsung menggamit kerinduan. Especially yang no 1 & no 2 tu. Kalau dapat diulang, alangkah bestnya! Tapi minus the parts yang aku nak erase dari hidup aku  la..hehe. Berangan je lebih...memang tak dapek la jawabnya. What's done is done, past is past and now we just have to brave what our future has to offer. Gittew.

See you in my next entry, soon!

Saturday, November 15, 2014

BDC - Day 16 (Siapa, Bagaimana Anda 10 Tahun Lagi)

Susahnya nak buat task kali ni...
Kalau aku jawab 'Hanya Allah yang tahu', boleh?
Selesai masalah..hehe!

Anyways, aku cuba jawab dalam konteks perancangan masa depanlah ye.
Boleh juga dikatakan angan angan.
Tercapai atau tidak...menjadi atau tidak, kita serahkan kepadanya Yang Maha Kuasa.

So, in 10 yrs aku membayangkan yang aku dah berkeluarga. Ada anak seorang dua. Ada bisnes sendiri..most probably a restaurant, a successful one of course. Bergelar Hajah and berjaya menunaikan wishlists aku. Boleh membaca Al Quran dengan tajwid yang betul. Sihat walafiat, insya Allah tapi tak pula aku terimagine yang aku kurus ke apa. Physically mungkin maintain comel..heheh.

Simple..but aku rasa dah merangkumi apa yang aku inginkan dalam hidup. Semoga menjadi kenyataan, Insya Allah dengan izin-Nya.

Friday, November 14, 2014

BDC - Day 15 (Surat Kepada Seseorang, Siapa Saja)

Salam everyone!

Agak lewat aku mengupdate cabaran hari ke 15 ni. Jenuh memikir nak karang surat untuk siapa sebenarnya..sebab aku bab tulis2 surat memang out. Bukan forte aku sebab aku lebih suka cakap terus face to face.

Terfikir jugak nak tunda entry ni but something happened along the way..so aku terus dapat ilham kepada siapa aku nak tujukan surat ni.

Okay..here it goes:-

Bismillahirrahmaanirrahim...

Kepada kamu, someone yang berada dalam one of my whatsapp group...I'm just gonna be frank in this letter and tell you right away that I don't like you. I think that you're annoying, desperate, show off and an avid attention seeker. Bukan aku je yang rasa annoyed dengan kau, ramai lagi ok! And to be honest memang aku tak berapa gemar dengan kau since I knew you back in high school. Aku memang tak boleh masuk dengan spesis mesra alam terlebih macam kau. 

Tak malu ke nak join aktiviti orang (yang kau tak kena pelawa pun) tapi kau pulak memandai atur masa? Dah tu apa tujuan kau sound 'jangan waktu maghrib'? Ko pikir kami ni budak2 10 tahun? Are you for real? Please la jangan bangang sangat makcik...umur kita ni 4 tahun lagi dah join kelab 4 series. Sila grow up ya, bukannya stuck di zaman sekolah!

Sorry kalau bahasa aku kasar tapi that's what exactly I wanna say to you upfront. Bagi kau sedar sikit. I think you get the picture. Banyak lagi sebenarnya aku nak tulis tapi baik aku stop setakat ni je...kalau ikut hati memang penuh makian dan carutan dalam entry ni tapi biarlah dulu. Kesimpulannya, aku tak suka kau!

Ada faham?

Tak faham, sudah!

Thursday, November 13, 2014

Bulan Depan Aje Lah...

Ikut perancangan awal, aku sepatutnya report duty kat tempat baru awal bulan ini selepas terima gaji terakhir kat BDT.
Aku plan nak berenti sehari selepas terima gaji, slow talk dengan boss explain keadaan sebenar.

Tapi bila aku reconfirmkan balik dengan CJ, katanya tunggu dulu. Nanti dia khabarkan tarikh sebenar. Aku iyakan ajelah.
Tup tup si CJ whatsapp mintak aku report duty on 10 nov. Hurm...maka aku pun atur langkah nak mengadap boss and give her the breaking news.
Lancar je aku cakap nak resign sebab dah ada offer baru. Si boss terkejut jugak..but when aki bagitau gaji yang di offer kat sana, takde suara dia.
Dah aku jangka..memang tak dapat dia nak counter offer pun. Cuma dia mintak aku stay sampai hujung bulan and cari orang yg boleh ganti aku. Fikir fikir, aku setuju dengan permintaan boss. Yelah..walaupun dia agak poyo tapi banyak jugak dia tolong aku.
This is the least I can do for her, so why not?
And thank God new boss is okay aku start awal bulan depan.

Anyways, part carik orang nak ganti aku buat kepala ni berpusing jugaklah. Nasib baik masih boleh berfikir. Serta merta aku cadangkan ex staff dulu..kita namakan dia Rosie lah ye. Bos pun okau..suruh aku contact si rosie. Mungkin Allah permudahkan urusan kami, si Rosie terima tawaran dengan senang hati. And tadi merupakan hari pertama Rozie start kerja balik kat BDT.

Elok jugak aku start bulan depan.
Start a new chapter in a new month.
Teruja pulak aku...sebab ot's gonna be a new reaponsibility shouldered upon me in a new place nanti. Hopefully aku dapat galas tanggungjawab dengan sempurna, Insya Allah...

Harap uols doakan aku ya..

BDC - Day 14 (Cerita Kasut Anda)

Masa zaman muda remaja dulu, aku ni penggemar high heels.
I can walk, jump, dance and even run in high heels. Seriously!

Aku cukup tak gemar sandals atau flats. Tak stylo bagi aku.
Yelah, aku kan kurang ketinggian, so kalau pakai heels tinggilah sikit..hehe
And lagi tinggi heelsnya lagi aku suka. 5 or 6 inches heels is not a problem for me.
I strut in them like nobody's business.

Tapi sejak menjadi penternak lemak yang berjaya, tak larat aku nak berjalan dengan kasut tinggi.

Maklumlah, badan berat kata ko...harus kaki terseksa kalau pakai high heels.
Well, bukan tak pakai langsung. Sekali sekala okay kot bergantung pada keadaan.
Cuma buat masa sekarang aku lebih selesa pakai sandals, slipper atau flat shoes.
Yeah, I know...dulu aku tak suka, sekarang suka banget! Hehehe...

Dalam memilih kasut, aku tak pentingkan jenama.
Perkara pertama yang aku tengok is kualiti.
Mind you, ada kasut yang mahal nak arwah tapi kualiti ke laut.
And if kau pandai cari, boleh je dapat harga murah and kualiti bagus.
Same goes to other things as well..kena pandai cari and judge sendiri benda yang kau nak beli.

Barang yang branded & mahal ni memang rata2 kualitinya bagus, itu aku tak nafikan.
Cuma kita sebagai pembeli kenalah bijak buat pilihan yang sesuai dengan kemampuan.
Pandai2 atur tahap ketebalan poket masing2 ye..jangan jadi penyesalan belakang hari.
*pesanan khidmat masyarakat*

Eh..tetiba aku rasa macam menulis untuk forum pengguna pulak.
Sebelum aku melalut lebih banyak, mari intai kasut aku:-


Inilah dia kasut kesayangan aku. Selesa gila! Cer teka berapa harganya?


 Amacam, chantek tak kasut getah I? 

Yeah...kasut getah berjenama BOWLING menjadi pilihan aku. Baru beli last week kat tamu. Sebenarnya aku nak beli kasut design lain (lebih kurang macam ni jugak tapi bukan getah) tapi stok takde..yang ini pun tinggal sepasang je ngam2 size aku pulak. Hangkut la jugak. Harganya? Cuma sepuluh keping duit seringgit. El cheapo, right? Memang berbaloi bagi aku sebab aku pakai on daily basis. Lagipun aku banyak berjalan, maklumlah naik turun bas. Kalau pakai kasut mahal nanti sakit pulak hati kite bila tapaknya dah haus. Makanya kasut mahal ittew kita pakai on special occassions aje ye..hehehe! And oh, definasi mahal bagi aku adalah kasut yang berharga RM40 - RM100. Kalau lebih RM100, itu adalah super mahal.

Tamat cabaran hari ke 14.
Untuk cabaran esok, kena karang mengarang pulak.
I berundur dulu ye, nak menurun sat...*fuh kiri, fuh kanan*

Wednesday, November 12, 2014

BDC - Day 13 (5 Blog Kegemaran)

Aku pilih blog kegemaran macam aku pilih buku yang aku suka nak baca.
Well, it's just about the same cuma mediumnya berbeza.
Buku - hard copy. Physical.
Blog - soft copy. Virtual.
Gittew. Macam bahasa ilmuwan pulak dah perkataan yang aku pakai ni.
Padahal in reality bahasa aku entah ke mana mana.
Padanlah dapat skor 4 saja dalam SPM dulu. Hew3x.

Baeklah sedara sedari...
Dalam banyak2 blog yang aku dah baca, memang ada beberapa yang aku suka.
More than 5, obviously tapi ada jugak blog2 yang aku selalu baca tu dah tak berupdate.
And some, bila kita jengah tetiba dah private.
Aisehmen...potong stim betul! Tapi apo nak buek, redhaaa je lah. Dah blog dia, sukati dia le, ye dok?

Okay, jom tengok blog siapakah yang menjadi pilihan aku..jeng jeng jeng!

1. Peej Burhan (peejburhan.blogspot.com)

Aku mula terjebak dalam dunia blogging ni setelah accidentally terbaca blog Peej. That was like 5 tahun sudah kalau tak silap aku. Aku suka cara penulisan dia yang sangat sempoi dan mudah difahami. Mostly dia cerita pasal family, husband, kawan2 and also bisnes online dia la. And even dia bisnes online, takdenye dia memaksa orang beli or promote lebih2 like some online seller yang over sangat tu.


2. Diana Ishak (dianaishak.com)

Antara blog terawal yang aku follow selepas blog Peej. Peminat setia Leslie Cheung. memandangkan dia tua setahun aje dari aku, jadi kalau dia tulis pasal memori kecik2 dulu rasa macam relevan and lebih kurang aje citer kami. Paling suka baca cerita pasal dia punya pengalaman ada boyfriend psiko. And also, cerita pengalaman dia menunaikan umrah. Fuh...berkali kali aku baca, tak bosan ok! Makin membara cita2 aku nak menunaikan Haji & Umrah (mudah mudahan termakbul...aaamin)


3. Alizam Jonie (2ampeada.blogspot.com)

 Dari blog si Alizam ni aku banyak belajar cara mengembangkan cerita dalam blog aku. Selalu aku intai2 untuk cari ilham cara penulisan dan idea nak bagi entry aku interesting. Boleh dikatakan mentor aku jugak dia nih..merangkap rakan sepersubahatan kalau nak tengok movie..hew3x. Kiranya blog dia menjadi sumber ilmiah jugak bagi aku yang selalu mengadu kena writers block (lah sangat padahal malas khenn). Eh tak boleh cakap lelebih nanti dia tuntut tuisyen fee pulak!


4. Chics (notsoinred.wordpress.com)


.
 Another blog yang menjadi bahan bacaan harian aku. Aku dan dia sama2 sedang mengalami on going battle with anxiety disorder so aku faham apa yang dia cuba sampaikan. Ok maybe not wholly la tapi sedikit sebanyak aku tau apa yang dia rasa dan alami. Tapi despite all that she manages to put some vibrant color in her stories. And I respect her for that. I know how hard it is cause I've been there. Cuma ujian aku tak sekuat apa yang dia alami sekarang (if you read her blog, you'll know what I mean). Ganbatte, Chics!


5. Aunty Nanie (nan-salleh.blogspot.com)

Aunty Nanie ni actually mak kepada Peej. Suka sangat baca blog dia sebab very straight forward and bila kita baca terasa yang Aunty memang sangat2 penyayang. Motherly gittew! FYI Aunty Nanie tak boleh mendengar sejak sakit saraf a couple of years ago. Walaupun tak sihat, semangat dia kuat. Bila baca blog dia especially part2 tazkirah and nasihat aku rasa terkesan and dapat menguatkan hati aku yang kadang2 fragile tak tentu pasal ni. Paling suka part Episode, Aunty ceritakan balik sejarah hidup dia dari lahir sampai beranak pinak..cuma tersangkut kat part 81 dah takde sambungan. Kecewa disitu..harap aunty sambung lagi ye. Macam drama swasta dah cerita Episode aunty nanie tapi serius menarik!


Blog2 pilihan aku diatas memang wajib aku buka setiap hari walapun kadang tu kecewa takde update tapi tetap jengok jugak. Dah jadi habit, hehehe...

Alright, another challenge awaits tomorrow. Till then, bai bai!

Tuesday, November 11, 2014

BDC - Day 12 (5 Wish List Anda)

Pening jugak kepala Kak Ton memikirkan senarai wish list untuk entry kali ini.
Nak pilih mana yang jadi priority bukannya senang dik non, lelebih lagi bagi orang yang kuat berangan macam aku ni dah tentu senarai wish list berjela jela kan...
Jadi tadi sambil2 menguar sambal untuk nasi lemak bekalan breakfast esok hari, aku pun mula memilih 5 wish list terbaik dalam senarai aku.

Pertama sekali, aku nak beli kereta. Aku target dalam enam bulan lagi sekiranya ada rezeki. Bukan apa, at least senang aku nak bergerak kemana mana dengan mommy. Kereta yang ada selalu tak free so eloklah aku cuba berkereta sendiri, tak gitu?

Kedua dalam wish list aku is nak long distance road trip samada ke Sandakan atau Tawau. Tak tau kenapa tapi macam best je. Pertama kali aku merasa ber'road trip' was back in 1996, from Kajang to Kota Bharu. One whole day dalam kereta..memang penat tapi kepuasan bila sampai ke destinasi dengan selamat tu tak ternilai rasanya.

Ketiga, aku nak bervacation dengan kawan2. Tak kisah dalam or luar negara sebab tak pernah aku holiday dengan kengkawan. Selalunya mesti dengan family so nak jugak merasa.

Keempat, aku teringin nak mendaki gunung Kinabalu sekali lagi. Sangat teringin sebenarnya...dan aku harap ada rezeki nak menawan puncaknya dalam setahun dua lagi, insya Allah..

Yang kelima ini adalah wishlist yang amat aku harapkan termakbul dalam masa terdekat. Aku nak sangat menunaikan umrah dan haji dengan mak & family aku. Aku harap sangat rezeki kami murah dan Allah berkenan menjemput kami jadi tetamu-Nya...aamin ya rabb.

Hokay..dah selesai cabaran hari ke 12.
Nantikan entry esok hari pulak ye...

Monday, November 10, 2014

BDC - Day 11 (Kenangan Lucu Zaman Kanak Kanak)

Aku membesar di zaman 80-an & 90-an.
Masa kecil, kawan aku cuma adik beradik and sepupu.
And pakcik & aunty yang tua 2 tahun aje dari aku (pakcik-my dad's youngest brother, aunty-my mom's youngest sister).
Selain diorang ada la jugak kawan dari Marine quarters yang cuma sepelaung aje dari rumah.
Family friend macam kak TinTin (arwah), abang Asrin & rini.
And beberapa orang lagi, juga dari Marine Quarters yang aku tak berapa ingat namanya.

Aku ni anak sulung, adik beradik pun ramai. Masa aku banyak digunakan untuk tolong my mom jaga adik adik and buat house chores. Dah siap tu baru boleh bersuka ria. Itu pun tengok time jugak.Paling lama boleh keluar main pun sejam aje.
Nasib baik sikit lanjut ke sejam setengah. Kalau dapat sejam setengah, rasa nak sujud syukur tau!
Mommy pulak jenis memang strict. Lambat sikit aku balik dari waktu yang di tetapkan memang merasa libasan rotan bulu ayam. Zap zap zap, berbirat kaki aku dibuatnya.
Jadi kalau nak cerita pasal kenangan lucu yang jadi kat aku tak berapa nak ingat pulak.
Mungkin ada, tapi memori aku tak dapat nak tangkap.
Puas aku memikir dari tadi sampai berkerut kerut dahi dan kening tapi hampeh!
Sedih kan? But as far as I remember, my childhood was the best time in my life.

Memandangkan tak ingat kenangan diri sendiri, biar aku cerita pasal kenangan lucu adik aku pulak lah ye.
Kejadian berlaku masa bulan ramadhan, tahun aku tak ingat..rasanya 1990 kot.
As usual bulan ramadhan weols memang tak bawak duit pegi sekolah.
Tapi adik aku si Ija (dia anak no 3) selalu jugak mintak duit sebab ada ajelah yang nak dibeli.
Buku latihanlah, kertas lukisanlah..macam macam. Memandangkan untuk keperluan belajar, mak aku bagi je.

Satu hari tu mak aku cuci kain.Cuci punya cuci, sampai la ke baju sekolah si Ija. Tetiba keluar pulak plastik kacang cap ayam dari poket pinafore dia.Tau tak kacang cap ayam tu?
Alah, yang ini:-


Masa tu aku sekolah sesi pagi. Bila sampai rumah, mak aku bagi tau apa yang dia jumpa kat pinafore Ija.
Aku terkejut jugak, tapi diam je la. Mak aku ni garang uols! So bila dia bagitau tu aku jadi takut. Bukan apa, mak aku kalau dah sorang buat salah semua sekali kena marah. Saspen je aku rasa sementara menunggu diorang pulang dari sekolah hari tu.Surprisingly, mak aku diamkan aje hal tadi. Dalam hati aku, dia lupa kot...selamatlah.

Esoknya aku tak pegi sekolah (tak ingat kenapa..rasanya aku kurang sihat kot).
Jadi dekat dekat jam 11 begitu adik2 aku yang sekolah sesi petang ni bersiaplah.
Tak lama tu si Ija dengan selamba mintak mak aku duit.

Ija   : Mak minta 50 sen mau beli pemadam di sekolah
Mak: Eh mahal juga pemadam sampai 50 sen? Kau ni beli pemadam ka makan pemadam?
Ija   : Orang mau beli pemadam yang besar..harga dia 30 sen bah.
Mak: Jadi yang baki lagi 20 sen tu kau bikin apa? Beli kacang cap ayam macam kemarin?
Ija   : Nda mau beli yang tu, kemarin orang makan nda sedap!
Mak: Ooo jadi kau ponteng puasa la kemarin! Bertuah punya anak!
Ija   : Ehehehhee...mana 50 sen?

Masa ni mak aku dah gelak besar. Geli hati dia dengan perangai si Ija.
Sudah la kedapatan ponteng puasa, dengan selamba dia boleh minta lagi 50 sen!

Mak aku cakap dia tak jadi marah bila si Ija dah tersengih sambil hulur tangan mintak duit tu.
Kami ni dok takut kena bambu sekali tapi bila dah macam tu weols pun gelak sama..hahaha!

Sorri la if uols rasa tak lucu mana kenangan aku ni.
Tapi memang nak tergelak aje mengingatkan mimik muka dia yang lucu tu.
Haruslah jadi bahan cerita every ramadhan sampai sekarang..hehe!


Okaylah...otak aku sedang menghadapi writer's block sekarang ni.
Tak tau nak buat penutup, maka aku habiskan entry ni dengan quotes yang aku copy paste dengan ihsan Encik Google:-

Childrens of The 80's
We are the last generation that learned to play on the street, we are the first who played video games, see cartoons in color and went to amusement parks. We were the last to record songs of the radio on cassettes and we are the pioneers of the walkman and chat rooms. We learned how to program the VCR before anyone else, plays with the atari, nintendo and believed that the internet would be a free world all on a 56kbit modem. Traveled in cars without seat belts or air-bags and lived without cell phones. Rode our bicycles down the road without breaks. We could play all day long without making our parents worried sick of our whereabouts because somehow no matter where we are, we'll find our way home. We never had phones but still kept in touch. We did not have play stations, 99 television channels, flat screens, surround sounds, mp3s, ipods, computers, and broadband, but nevertheless we had a great time. 

*Edit*
Bila aku baca entry si Alizam yang ini, terus terflash back kisah aku dan basikal BMX pulak..maka dengan itu ijinkan saya menambah sebuah lagi kenangan zaman kanak2 ye...

Ingat tak dulu basikal BMX hangat di pasaran? Kalau dapat sebijik bukan main bangga lagi kan.
Tak nak ketinggalan pun ada jugak sebijik BMX Baba aku belikan. Well, bukan untuk aku sorang, kongsi dengan adik adik kaedahnya. Dah ada basikal tu, macam2 skil aku belajar dari bebudak Marine Quarters.
Paling common is naik basikal laju2 then lepas handle. Free hand konon.
So masa cuti sekolah biasanya kami balik kampung sebelah my mom.
Kebetulan kat kampung aunty aku pun dah ada basikal BMX.
Berbekalkan skill yang ada aku pun mula tunjuk terror.
Kesana kemari naik basikal sambil tayang skill.
Bebudak kampung pun kemain impressed dengan skill2 aku. Bangga aku weii jadi perhatian!
Skill punya skill, sekaliiiiii bedebuk aku jatuh terlentang.
Basikal terpelanting entah ke mana. Nasib baik tak hempap aku.
Itu takpe..jatuh tu perkara biasa.
Yang tak biasa tu, aku jatuh betul2 depan rumah crush aku! Uwaaaaa......maluuuuuuu!
Terpaling best, dia ada pulak duduk kat serambi, dan menyaksikan kejadian.
Cepat2 aku bangun, cari basikal and then pecut balik rumah nenek aku.
Aku pecut sambil tolak basikal ye..bukannya naik basikal tu.
Sampai rumah nenek baru aku nangis sekuat hati.

Akibat kejadian terjatuh dari basikal, bontot aku sakit 3 hari.
Tapi nama berenti dari naik basikal (dan tunjuk skill) tidak ya..itu tetap on!
Walau berjalan dah macam budak lelaki lepas sunat a.k.a kengkang, aku tetap lenjan basikal aunty aku. Sampai putus rantai basikal dia aku kerjakan. bebulu je dia dengan aku..hahhaah!


Ok dah. Itu aje nak tambah. kalau teringat kenangan lain, aku cerita kat lain entry ye :)

Babai!

Sunday, November 9, 2014

BDC - Day 10 (Apa Di Dalam Handbag Anda)

Ewah ewah..nak skodeng isi perut beg I pulak ye. Over sangat! Tapi takpe..nama pun challenge. Jadi mari kita akur akan kehendaknya. Baru boleh claim mission accomplished, betul tak?

Jom tengok apa aje la yang aku sumbat dalam beg kesayanganku ittew:-

 Pandangan kasar sebelum post mortem

Tadaaaaaa....

Meh aku introduce satu persatu

1. Novel/buku
Aku suka membaca jadi ini memang wajib ada dalam beg. Just in case aku kena menunggu or boring takde buat apa, membaca is the best option to pass the time.

2. Voucher
Actually my soon to be ex boss yang bagi voucher tu. Aku ambik jer, pakainya ntah bila. Silap2 terperuk dalam beg sampai expired.

3. Note Book & Note Pad
Penting untuk catit planning, budget, groceries lists, nombor akaun, tarikh2 penting dan sebagainya. Walaupun boleh simpan dalam henfon, tapi aku nak jugak ada hard copy sebagai back up.

4. Coin Bag
Tapi takde coin dalam tu ye..sebab aku simpan brooches and peniti tudung. 

5. Power Bank
'Nyawa' kedua henfon aku. Wajib ada ni. Senang nak charge phone kalau ada kat tempat awam

6. Purse
Ni opkos terpaling important. Dokumen pengenalan diri, kad bank, card debit semua ada kat situ. 

7. Spare deodorant, lotion, mascara and perfume
Semua ni jarang dipakai..especially mascara. Lotion pakai if aku rasa kulit kering sangat. Perfume kalau ingat baru aku sembur. Spare deodorant tu belum pakai lagi but saja simpan just in case.

8. Pen & pencils
Standard la kan..mesti ada benda ni supaya senang nak menulis or if kena isi borang ke apa.

9. Sweets
Kadang2 mulut rasa kelat..jadi kunyah la gegula bagi sedap sikit rasanya.

10. Keys & nail clipper
Kunci office, kunci drawer and ketip kuku. Wajib ada ok! Kalau takde tak masuk opis la aku. And kadang2 kalau ada kuku terkopek sikit jadi ada ketip kuku tu boleh aku repair on the spot.

11. Long Handle
Untuk dipakai if aku rasa nak kasi bag aku casual sikit. Selalunya aku pakai long handle ni kalau aku travel. Syukur beg aku handle dia jenis detachable so kira macam work bag and leisure bag sekali harung.

12. USB cable & charger plug
Walaupun ada powerbank aku tetap bawak charger plug. Lagipun benda2 ni pantang ditinggalkan kat rumah. Gerenti tumbuh kaki berjalan entah ke mana.

13. Monopod
Kenalah bawa supaya senang berselfie! Hehehe...

Dah siap! Malas nak mengomel panjang lebar, penat jejari gemuk I mengupdate pakai enpong nih. Ringkas2 pun bolehlah ye...yang penting task completed.

Till tomorrow, ciao bella!

Saturday, November 8, 2014

BDC - Day 9 (5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda)

Sudah sampai cabaran hari ke 9, 5 lelaki yang menarik perhatian aku.
Hurm...nak bagi kalangan orang biasa, setakat ni belum ada yang pass piawaian (matiklah bangsat statement aku kan...macamkan aku ni pass piawaian orang..pui!)
Jadi aku pilih dari golongan artis ye..senang sikit.
'Play safe' lah katakan...hew3x
Mari kita tengok siapakah mereka mereka yang bertuah ittew...

1. YUTAKA TAKENOUCHI

 If you read my blog mesti korang tau aku gilakan si Jepun ni. Tak jemu aku nengok muka dia. Angelic and devilish, dua2 dia boleh carry. Macam gambar kat atas ni, so rebellious but cheeky at the same time. Aiya..macam mana x chenta if like this? *Mata berlove love*. Anyways, aku paling suka character dia dalam drama With Love (Hasegawa Takashi nee: HATA). Geram aku bila stesen tv Melesia ni dah tak siarkan citer jepun. Tetiba kuarkan citer Korea yang ntah apa2 tu..ish menyampah! Thanks to internet and a dear friend yang selalu jadi mangsa paksaan untuk mendonlot, dapatlah aku melepas giab menengok citer Mou Ichido Kimi Ni, Propose lakonan Abam Yutaka...tapi sakit pulak hati I tengok heroin dia tak chantek macam I...eh? Miahahhaah!
 

2. LOUIS KHOO TIN LOK

Aku minat kat dia since tertengok drama Cold Blood Warm Heart. Masa tu dia masih putih putih melati alibaba, bibir pun merah2 delima. Since then aku follow every drama lakonan dia. ICAC, A Recipe For The Heart, Burning Flame, Men's Best Friend, At The Treshold of An Era 1 & 2 to name a few. Kalau filem pulak, paling aku suka dia berlakon filem La Brassiere (with Sean Lau Ching Wan) and Mighty Baby (the Sequel). He's so versatile..boleh bawak all types of character. Jadi villain pun boleh (film: Sar Pot Long 2 dengan Tony Jaa).


3. FAHRIN AHMAD

My current obsession. Tapi takdelah obses sangat sampai sanggup stalk ke hapa. Takde maknanya aku buat keje bengong tu hokeh, I is still waras (tapi aku follow insta dia..hehe). Time fikiran kusut kalau tengok muka dia, macam dapat sejenis ketenangan. Suka lakonan dia dalam Rindu Bertamu Di Abu Dhabi and yang latest drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna. Tapi bila tengok iklan Ali Cafe yang part dia kena menari tu...hahaha asal part tu aje mesti aku gelak. Lawak kot tarian dia. Takpe, tak pandai menari nanti adinda ajarkan yea...miahahhahahahahahah!


4. AKO A.K.A MUHAIZAD AHMAD MUSTAPHA 

My crush. Sangat crush dengan dia satu masa dulu. Ingat tak drama dia yang famous dulu..tajuknya Dalam Hati Ada Cinta? Aku tak miss ok! And before2 itu pun banyak je drama dia yang best...or at least lakonan dia best (sometimes drama tu cerita dia sangat lame but Ako being a great actor to me carried his role really well). He's friendly, tak sombong and personality-wise memang aku respect sangat2. I know coz dulu2 rajin dia layan aku chat kat YM..hehe. Before kahwin la..after dia kawin aku pun tak berani nak buzz2 dia. Ops, jangan speku ya, it's only a normal conversation between two adults. No hanky panky going on.


5. MATTHEW PORRETTA
 

Korang pernah tengok The New Adventures of Robin Hood? Kalau tak silap it was aired kat TV3 dalam tahun 1997 - 1999. If you did, then mesti uols kenal dia ni siapa. Yang tak kenal tu nasiblah ye. Aku pun terminat kat dia since tengok TNAORH tu le. Huish...gila hemsem di mata aku sampai at one time tv kami rosak, me & my sister sanggup naik bas malam2 pegi ke hotel tempat aunty aku kerja semata mata kerana nak tengok TNAORH. Kemain lagi weols pakai baju yang paling kemas (read: Tshirt & Jeans) naik ke Club Floor berlagak macam in house guest..siap control remote tv lagi tau. Tak terfikir pun risiko kena caught out ke apa. Nasib baik tak pernah kena tangkap. Kalaulah kedapatan memang naya and aunty aku pun mungkin kena sack on the spot.

Selesai pun task hari ke 9, alhamdulillah.
Alizam, walaupun kau sedang bercuti cuti di USS sono', jangan purak2 lupa hapdet ye.

Till then, pipols...I'll be back! (baca dengan style Terminator).

Friday, November 7, 2014

BDC - Day 8 (5 Lagu Cinta Kegemaran Anda)

Cabaran hari ke 8 ni pasal lagu cinta pulak....
Actually banyak je lagu cinta yang aku suka. Tapi yang aku listkan lima ni merupakan yang aku tersuka amat sekali..wahh gittew!

Ready? Here we go...

1. I Have Nothing - Whitney Houston (The Bodyguard Original Soundtrack, 1993)
I pick this song sebab aku suka melody lagu ni. Sangat soothing and sedap di dengar. Bila Whitney Houston start nyanyi 'Share my life....' tu dah menusuk sangat kemerduannya. Memang all time favourite aku lagu ni.

2. This I Promise You - NSYNC (No Strings Attached, 2000)
Again, the melody yang melancholy dan menenangkan jiwa buat aku suka banget lagu ini. And of course, suara JC Chasez on the 2nd verse tu menambat hatiku. Lirik dia pun puitis...aku yang bukan jiwang ni pun boleh cair menghayati lirik sambil menikmati kemerduan suara penyanyinya, apatah lagi yang jiwang karat, silap2 meleleh air mata. Hehehe...

3. Sembunyi -Misha Omar & Andy Flop Poppy (Single Misha Omar, 2007)
Lagu ini sangat special bagi aku...sebab masa tu aku sedang hangat bermain tarik tali dengan someone. Exactly macam lirik lagu ni. Faham2 sendirilah ye..hehehe. Aku pernah buat entry pasal lagu ni disini and in my other blog.

4. With You - Chris Brown (Exclusive, 2007)
Another song yang bermakna, ada kaitan dengan lagu di atas. Pertama kali dengar lagu ni bila si ehem ehem pasang dalam kereta. Dah tu asyik on replay. Kalau dah balik2 replay ko pahamkanlah sendiri maksudnya tu. Takyah cakap banyak. Anyhoo dah jadi sejarah yang tak mungkin berulang but I love the song, still.

5. True Love - P!nk featuring Lily Allen (The Truth About Love, 2013)
I love P!nk!!! Lagu dia banyak yang best...tapi my current fav  is True Love feat Lily Allen. It's all about her feelings towards her husband Carey Hart. Boleh dikatakan sequel kepada lagu So What yang dia cipta after their short separation back in 2008. I just love how she expressed her emotions in one song; quirky, anger, love and gratitude all at once. Walaupun rentaknya catchy, aku boleh rasa jujurnya luahan hati dia dalam lagu ni.

Begitulah adanya lagu lagu cinta kegemaran aku.
Esok, tajuk cabarannya agak menarik...
Dah terbayang wajah2 siapakah yang bakal aku muat naik dalam blog.
Stay tuned!

Ouija

Semalam aku pegi tgk wayang dengan si Turtle and adik2nya.
Patut Sabtu ni baru pegi, sebab tunggu sorang kawan dari Labuan nak join ksekali katanya.
Tapi lama sangatlah pulak, sedangkan hati ni dah gatal2 nak movie jugak.
Jadi aku cakap kat Turtle takpelah kita teruskan aje.
Hari Sabtu nanti bawak si kawan tengok citer lain.

Filem yang dipilih - Ouija. Tengok kat Growball CP.
Plan asal nak ke Suria GSC tapi wayang yang nak di tengok tak screening pulak kat situ.
Pelik, sebab last month masa weols tengok Dracula The Untold Story ada pulak iklannya kat GSC Suria tu.
Tak kisah la mana mana pun okay aje, janji dapat tengok...ye dok?
Walaupun sebenarnya aku lebih prefer GSC daripada Growbal,,hew3x


Bagi aku, cerita ni ada sedikit boring. Nak kata seram...tak sangat kot. Music score aje yang bagi elemen seram tu. Tapi dalam panggung tu ada seketul dua manusia musibatun. Movie belum start diorang dah terpekik macam disampuk polong. Padahal lampu dipadamkan je kot..biasa la movie nak start takkan lampu marak menyala kan. Nak je aku cekik sekor2!

Anyways, you can expect adegan2 biasa macam kena tarik, kena tolak, lampu rosak and so forth in this movie. Dah banyak sangat movie horror orang putih aku tengok yang intipati cerita hampir sama. Mesti ada sejarah terpendam, roh terperangkap, house with history of old owner yang melakukan pemujaan and the likes of it. Sangat cliche. Jadi aku bagi movie ini 2 bintang out of 5.

Kalau jadi tengok wayang lagi Sabtu ni, aku nak tengok citer Dendam Orang Mati pulaklah.
Baca review macam best. Tapi as usual aku tak letak expectation tinggi. Wayang melayu pulak tu.
Sorry, bukan menghina but terima kenyataan wayang melayu yang bagus cuma ada beberapa kerat aje.
Itu baru bagus ya, kalau nak kata terbaik, bagi aku belum ada lagi.
Ini pendapat aku, pendapat kau orang aku tak tau. Lain orang lain pandangan dan preference so let's just agree to disagree if you have a different point of view than mine.

*Peace*

Thursday, November 6, 2014

BDC - Day 7 (Sejauh Manakah Pendidikan Itu Penting Bagi Anda)

Hai, hello bertemu lagi dalam cabaran hari ke 7.
Amboi3x..tajuk cabaran dah macam soalan peperiksaan pulak.
Dah jadi kerjaan otak aku nak memikir pulak.
Takpelah...aku cuba bagi pandangan jujur.
Tapi kalau ayat caca marba sila maafkan aku ya..hehe.

Baiklah, bagi aku pendidikan ni memang sesuatu yang sangat penting.
Baik yang formal mahu pun informal, ia merupakan asas untuk membentuk peribadi kita.
Membuka minda kita terhadap sesuatu dengan perspektif yang lebih luas.
Tidak kurangnya membuka peluang untuk mendapat pekerjaan yang menjanjikan pulangan lumayan.
Aku akui kesahihannya walaupun tidak semua graduan universiti berjaya menjana pendapatan 4 ke 5 angka.

In my case, aku belajar setakat sekolah menengah. Pendek kata takat SPM aje.

Di tawarkan masuk ke ITM (sekarang UITM) untuk Diploma in Business Management
Bila dapat surat tawaran, aku nangis sebab happy dapat sambung study.
Tapi tak lama lepas tu, the reality hits me hard in the face.
Mana aku nak cekau duit bayar yuran semua?
Dah la masa tu my dad baru je meninggal tak sampai setahun and life was pretty hard for us.

Time aku dulu mana ada pinjaman PTPTN. Loan Mara pun tak dapat.
Adik adik masih sekolah. Cuma aku and my mom je yang kerja.
Kalau aku sambung jugak, sapa nak tolong mak aku support diorang?
Macam mana nak survive? Mampu kah mak aku kerja sorang?
Terlalu banyak yang aku kena fikir the pro & cons, akhirnya aku decide to decline the offer.
Menangis jangan cakaplah. Tengok calendar nampak date yang aku sepatutnya pegi mendaftar pun aku nangis. Tapi nak buat macam mana. Aku takde pilihan.

Walaupun begitu aku masih simpan hasrat nak menyambung pelajaran jugak.
Biarlah dikatakan dah berkarat pun masih nak asah otak, aku tak kisah.
Kerana mencari ilmu itu sifatnya sangat dituntut.

Daripada Anas bin Malik r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
"Menuntut ilmu adalah fardu atas setiap orang Islam dan penuntut ilmu akan didoakan keampunan oleh semua termasuk ikan-ikan di lautan".

Begitulah sedikit sebanyak pendapat aku tentang pentingnya pendidikan.
Dah berkira kira nak apply kat Open University, tapi aku kena buat research and comparison dulu.
Kalau ada rezeki, aku pasti akan bergelar pelajar lagi satu hari nanti, Insya Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 
"Ilmu adalah imam kepada amal, dan amal adalah makmumnya."

Ilal liqa'

Wednesday, November 5, 2014

BDC - Day 6 (Apa Yang Anda Makan Hari Ini)

Most of the days aku tapau makanan dari rumah.
Tapi hari ni aku agak malas. Ntah angin apa bertandang tadi pagi, lepas Subuh aku baring balik.
Selalunya dah kelentung kelentang kat dapur.
Mood tak berapa nak bagus kalau aku masuk dapur jugak memang tak sedap masakan aku.
Betul tau, kalau masak dengan hati tak ikhlas masakan jadi tak sedap.

Jadi breakfast tadi aku beli aje kat kedai. Inilah yang aku makan untuk breakfast hari ini.

Kuay Teow, Sunny Side Up & Fishcake 3 ketul.

Untuk lunch pulak, aku dah set nak try beli kat Santola Bar & Cafe Express.
Dah lama aku intai2 tempat ni. Khabarnya, kopi dia terbaikkkk..the best in town katanya.
Aku jelinggg je everytime lalu kat situ. Ada jugak aku nampak menu sandwich.
Dah target aku mesti cuba jugak...kononnyalah.
Menapaklah aku ke sana. Belek menu...mak aih, mahal bebenor!
Segelas iced latte mencecah RM8.90! Medium ya, bukan gelas besar pun.
Sandwich dia pun ala2 sendu....isk, tak jadilah kot nak menapau.

Still contemplating about the drinks, though.
Mulut teringin sangat..tapi hati cakap no no no.
In the end, hati menang...dan aku beredar dari situ (waah..ayat2 novel gittew, kelasss!)
Terbatal hasrat nak merasa kopi Santola.
Takpelah, takde rejeki kali ni. Maybe next time (ayat sedapkan hati).

Round sana, round sini..masih tak dapat decide nak makan apa.
Hampir ke PastaPasta, tapi teringat tadi dah makan kuay teow.
Kalau breakfast tadi nasi lemak kompom la aku tapau Linguine Bolognaise.
Fikir punya fikir, akhirnya aku decide nak tapau kat Kalink Ristorante (kau mesti tau maksudnya ni kan Alizam)

Nasi & Kari Udang

Sampai dirumah petang tadi, aku selak tudung dulang. Nampak kari ayam. Another curry meal? Hurmmm...dah ada tu takyah banyak songeh, telan jer lah. But instead of makan dengan nasi, aku buat roti salut telur. 3 keping aku makan sorang. Kenyang alhamdulillah.


Fuhhh..selesai jugak entry untuk challenge hari ke 6 ni.

Cabaran hari ke 7, see you tomorrow!

Tuesday, November 4, 2014

BDC - Day 5 (3 Perkara Yang Anda Ingin Katakan Kepada Bekas Kekasih)

Takde apa.
Kalau ikut sejujur hati aku, itulah jawapannya.

Tapi bila ada peluang nak luahkan dalam blog ni, ok aku cakap.
Kot2 diorang baca kan.

Pertama, thank you sebab pernah wujud dalam hidup aku.
Walaupun uols adalah the wrong kind of right tapi menjadikan hidup aku ada color sikit sikit.

Kedua, aku harap korang happy dengan kehidupan masing masing.
Pendek kata, move on.

Ketiga, apa ya?
Heish...hilang idea aku pulak dah.
Ok ok...aku doakan korang dirahmati Allah SWT selalu. Aamin ya rabb.

Dah. Itu je.
Aci tak aci, janji aku dah buat.

Tunggu entry untuk challenge day 6 pulak esok. 

Monday, November 3, 2014

BDC - Day 4 (Buku Kegemaran Anda)

*EDITED*

Hello hello...
Bersiaran lagi untuk cabaran hari ke 4, buku kegemaran saya.
Sejujurnya aku memang suka membaca novel.
Especially yang bergenre chicklit, memang menjadi pilihan aku.
Tapi...sorry ya, aku baca novel english language saja.
Novel melayu...ermmmmmmmmmmmmmm.....
Ko pepahamlah kalau dah panjang idham maalghunahnya tu.

Dalam banyak2 novelist, aku minat karya Jill Mansell.
Buku pertama karya dia yang aku baca is Miranda's Big Mistake. Back in 2001 or 2002 macam tu.
Fotostat dari original book, tapi tak tau sepa punya sebab aunty aku kata terhumban kat desk dia dah beberapa hari takde orang claim. Jadi dia bawak balik.
Terus jadi hak milik..hehehe!
From then on I'm hooked to her books.
Antara books by Jill Mansell  yang aku dah baca:-

  • Kiss (1993)
  • Perfect Timing (1997)
  • Head Over Heels (1998)
  • Miranda's Big Mistake (1999)
  • Millie's Fling (2001)
  • Staying at Daisy's (2002)
  • To The Moon And Back (2011)

So amongst the books I've read, ada satu buku sangat menambat hati aku.
Sangat sangat menambat sampai aku sanggup beli DUA kali bila buku itu hilang dari simpanan.
Here it is:-


Buku yang originally dalam simpanan aku rupa covernya macam ini. Tapi hilang a.k.a dipinjam oleh someone (aku dah tak ingat siapa) sampai sekarang tak pulangkan balik. Dah gone case. I is sedih!


The second book yang aku beli. Same title, different cover.
Aku tak reti la nak kasi sinopsis pasal buku ni.
Jadi apa kata aku gunakan khidmat encik google.

Millie Brady, is a 25-year-old woman living in Cornwall, England, who describes herself as a female Mr. Bean. She’s dumped by her boyfriend in the very first chapter of the novel — he’s asking her to move in with him, but she’s more concerned about the woman ready to jump off the cliff at Tresanter Point. That woman is Orla Hart, the best-selling romance novelist who is deeply hurt by her husband’s infidelity. Millie convinces her not to jump, and a close friendship — and work relationship — blooms. Orla, still reeling from a bad book review, decides to shake things up a bit with her latest novel, which she decides to base on Millie’s life. Millie must spill the beans on everything that goes on in her life — such as comforting her best friend and roommate, Hester, as she tries to juggle a long-distance romance with Nat, a chef working in Glasgow, and her long-time crush on Lucas, a womanizer who becomes Millie’s boss.
Other than her job as a roller-skating gorilla who delivers kissograms, Millie has a boring life (or so she says). The people around her, however, are another story. From Millie’s desperate mother, Adele, to the horrid couple with whom Millie worked as a travel agent. The supporting characters have mishaps of their own. As for Millie, Orla figures introducing Millie to various men will spice up her life and enhance the plot of the book being written about her. However, Millie gets herself into a pickle with Hugh Emerson, a widower whom she meets after finding his lost wallet and playing a phone prank on him.

I love the author's (Jill Mansell) creative way of connecting all the characters in her books into one lovely story. Every single character even sekecil kecil peranan pun somehow feels so important, if you left them out you'll miss something in the plot. Yet cerita dia takde langsung meleret meraban. Semua pun significant to everyday's life yang memang possible terjadi kat anyone in the world. How brilliant is that? Watak Millie tu lawak nak mampus ok! Lawak and best at the same time, boleh gittew? And that Hugh guy pun sangat ....how to say aah, charming lah. The dialog when they're exchanging banters pun best. Eh...serba serbi best!
Ooh aku suka lawak british (eh boleh ke panggil gitu? Sukati aku je kan...hew3x)
 
Dah siap challenge hari ke 4.
Nantikan pula cabaran hari ke 5 okay!

*Takde idea nak buat penutup*