Friday, October 31, 2014

BDC - Day 1 (Gambar terbaru dan 5 Fakta mengenai anda)

Baiklah..mari kita mulakan day 1 of the challenge.
Silakan tatap gambar latest I yang baru di ambil beberapa minit yang lalu.
Filtered, opkos...sebab kalau up gambor yang ori kang ko terpekik macam nampak puaka niyang rapik pulak.




 Okay... 5 facts about me, here we go:-

1. Tak Suka Buat Kerja Asal Boleh
Me not loike okeh! Contoh: Kalau aku nak masak ikut certain recipe, tapi kekurangan satu atau dua bahan. Hoih, memang hilang mood dibuatnya! Kadang tu aku terus kensel je..tapi kalau angin elok sikit aku buat jugaklah cuma feel dah kurang..gittew!

2. Rajin Bermusim
Yesh..ini masalah terbesar. Aku kalau minat nak buat something ni bermusim je. Kalau datang mood macam non stop nak buat. Tapi kalau dah hilang mood pandang pun tak lalu. One time tu aku sangat passionate about baking so memang membaking aje kerja aku every now and then. Now dah kurang minat sampai orang nak order pun aku tak nak. And if you remember ada time tu aku asyik melukis sampai hari hari aku melukis tapi sekarang nak pegang pensel pun malas. Jangan di ikut ye perangai aku ni adik adik..hehe!

3. Horror Story FAILED to scare me
Yeah, aku takde perasaan langsung kalau tengok citer hantu. So far takde lagi citer hantu yang menakutkan aku. Kalau sekadar music je kuat, buat ape...dah boleh dijangka pun if the music dah start dung dung dung mesti ada something so aku tak terkujat pun. maybe aku ni memang bukan penakut sejak azali kot. Tsk..

4. Benci Cerita Yang ada darah2, putus tangan kaki kepala etc etc..ewww yuck yuck yuck!
Walaupun aku bukan penakut tapi aku benci cerita cerita yang mentioned above. Ini satu kelemahan aku, tak boleh la nampak luka2, kecik ke besar tetap aku geli. Apa lagi yang putus tangan kaki, boleh buat aku termuntah tau! Eww..geli nak mampus tau tak!

5. Forgive but never forget
Boleh je memaafkan tapi memang aku ingat sampai mati apa yang kau buat kat aku. Bukan berdendam tapi reminder la kiranya supaya tak terkono kali kedua. And walaupun kau dah buat taik kat aku, if you approach me, apologize and talk nicely aku pun akan buat benda yang sama but lepas tu every time ko datang kat aku secara automatik ada siren menyala kat kepala dah. Gittew kaedahnya!

So that's it..5 facts about me. 
Banyak lagi sebenarnya tapi dah disuruh lima, kita bagi la lima kan...
Okay, stop kat sini dulu...nak siap bahan untuk cabaran hari ke 2 pulak.
Payah nak pikir ni...so kena prepare awal awal.
Stay tuned y'all!

Challenge Accepted!

Gempak tak tajuk? Ahakz!

Takde sapa yang challenge sebenarnya pun.
Sebab aku nampak benda ni kat blog orang.
Macam best je, so nak try jugaklah.


I challenge myself to complete the above.
Mudah mudahan berjaya.

Kejap lagi aku up my 1st day blog challenge. So stay tune naaa...


Oh, aku nak tag si Alizam buat menda ni.
Ada brans?

Hew hew hew....

Friday, October 17, 2014

Jumaat Nan Indah :)

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...
Salam Jumaat semuaaaaaa!
Apa apa pun mari Kak Ton belanja selfie seround:-



Amboi3x..kemain floles, halus, mulus, memancor muka Kak Ton dalam gambar khenn...
Padahal dah auto retouch pakai Meitu app..pffft!
Kalau gambar ori, haruslah pengsan menengoknya...hew3x

Sebenarnya tadi aku ada breakfast interview.
Kenapa breakfast interview? Sebab starts at 7am.
Venue: Cafe Boleh, Pacific Sutera
Kelas tak Kak Ton? Hew3x...

Alhamdulillah interview berjalan dengan sangat lancar.
Actually bukan interview apa sangat pun. Lebih kepada sesi suai kenal.
Takde sentuh pasal kerja ke apa. More to listening to 'future boss' punya planning.
Sangat sempoi interview sambil menyuap makanan. Ko mampu? I mampuuuuu...miahahha!
Anyways, aku takdelah melahap bagai nak rak. Makan sikit2 je buat syarat.
Ntah kenapa nepsu tak berapa membara sangat.
Saka lapar masih tidur kot..if dah merasuk mau licin buffet table aku kerjakan *ok imaginasi melampau. Sila abaikan pernyataan ini hahahhahaha*

Aku di minta utk report duty next month.
Tapi aku minta kelonggaran sikit.
Ko paham2 la keadaan gaji di kompeni sekarang ni agak tidak stabil.
Susah aku jangkakan bila nak terima gaji.
So aku tunggu gaji (terakhir) dari sini dalam tangan dulu, baru aku cha alif but.

By right, aku boleh lari macam tu je sebab takde surat lantikan mahupun confirmation letter from my current employer.
Tapi aku tak la keji sangat. Dapat gaji je, aku akan slow talk dengan boss.
Explain sebab musabab aku nak blah dari sini.
Sebab utama of koz la gaji.
Yang di tawarkan oleh 'future boss' adalah mustahil untuk current boss nak counter offer.
Which I doubt very much pun yang dia akan counter offer untuk aku stay disini.
Hopefullly semua ni dapat settle dengan baik dan berhemah..insya Allah.

Wednesday, October 15, 2014

I Don't Like

"Apa itu BR1M, kasi pun food voucher saja"
"Mau lagi kasi tiga kali..kenapa tidak satu kali terus? Nah, tiada duit la tu si Najib.."
"Ini BR1M bikin bayar minyak kereta pun tidak cukup"

Ayat orang2 yang tidak bersyukur dan kerjanya asyik mengondem pucuk pimpinan.
Hello, set2 macam kau ni layak duduk berak siring parit sajalah.
Tau komplen saja. Sudah di kasi x pandai bersyukur.
Macam sialpalis kau punya gaya. You go kojol lah like that!
Kalau sekadar kaki lepak di kedai kupi dari pagi sampai petang cuma minum kupi (atau air sejuk) satu gelas, jangan sukati kondem x tentu pasal.
Dari sepuluh tahun lalu aku nampak kau bersidai di sana.
Orang lain makin maju, hidup berubah.
Yang kau? Pi mai pi mai tang tu jugak.

BR1M kerajaan yang bagi. Dalam otak kau (yang aku rasa sekecil mata Ostrich), Kerajaan = DS Najib.
So ko kluarkanlah statement bodoh, DS Najib bayar brim 3 kali sebab dia xde duit...like WTF BBQ sangat!
Aku malas nak ulas la, sebab aku rasa yg baca or dengar statement ko pun dah tau betapa bodohnya manusia macam kau.
Tahap infiniti bodohnya!

Kalau dah tak pandai bersyukur, macam tu lah.
Apa pun tak betul di mata kau.
Tapi benda di hulur kau sambut pulak kan...
Paling depan pulak kau baris kan.....
Membuktikan how low you are.
Banyak cakap sangat, banyak komplen sangat, janganlah kau apply BR1M.
Ramai lagi yang nak dan layak berbanding kau.

Bodoh, bodoh, dan bodoh.

P/S I'm sooooo not into politic tapi aku benci orang yang berlagak macam bagus in politic padahal tin kosong. Benci yang amat!


Thursday, October 9, 2014

Kegeraman!

Aku sebenarnya tengah geram ni.
Geram dengan kebodohan some people.
Suka sangat berlagak pandai padahal takdelah cerdik mana.
Suka sangat tegakkan benang yang basah.
Alangkan benang kering pun susah ko nak bagi lurus...yang basah jangan cakaplah.

Malas aku nak bertekak, aku biarkan aje si luncai terjun dengan labu labunya.
Sukati ko la. Dapat rate murah, ko tibai mark up melampau.
Untung kalau guest tak cerewet. Tapi kalau yang setiap inci pun dia nak peratikan..masak la kau!
Dia bayar harga macam tu, mesti high expectations punya. Tapi tempat yang kau bagi tu..berbaloikah?
If they come back and complaint and demand for a refund, jangan pulak kau nak meroyan ek..

Idiots. Seumur umur la kau macam tu. Pffftttt!

PastaPasta: Tidak Kecewa :D

Hai, assalamualaikum uols!


Sepatutnya aku up entry ni semalam tapi mata ni macam disumpah sumpah pulak.
Baru pegang henfon nak mengupdate, tetiba rasa mengantuk tak boleh blah.
Ditambah lagi dengan hujan dan angin sejuk bagai dalam peti ais, confirm tido sedap banget.
Maka aku pun terus la membuta...hew hew hew!
Dalam hati berdoa semoga aku ada kerajinan nak update belog esok hari :P

Pagi ni pun aku hampir terbabas Subuh. Penangan sejuk lettew.
Sampai office agak lewat and seperti biasa takde apa sangat nak dibuat.

Jadi sementara angin rajin masih bersisa, marilah kita publish satu entry (makbul kot ye doa aku semalam)

Ok cerita semalam...
Dah berjanji dengan si Alizam nak lunch sama after dia selesai berurusan di UTC.
Aku suggest makan kat PastaPasta yang lebih kurang sepelaung je dari my office.
Aku saja pilih kat situ sebab aku tau si Alizam ni peminat pasta.
Besides, makanan kat situ confirm sedap & harga pun berpatutan..so why not?

Dalam jam 1235 macam tu Alizam whatsapp aku. Dah sampai Sugarbun katanya.
Lapar dia bilang. Oklah, let's menapak ke PastaPasta. Only 2 minutes away.
Sampai je terus ke kaunter to choose our meals & drinks. Lepas tu baru pilih tempat duduk.
Semestinya yang lighting cun ye. Maklumlah, nak amek gambor kata ko! #villagepeople sangat!


Partner in crime. Aku curi snap gambar beliau. Hew hew hew!

Mine. Linguine Bolognaise


Alizam's. Spaghetti Seafood Carbonara.

Laju je Alizam menyuap. Aku maintain la makan selo mosyen. 
Bukan kontrol cun ye, takde masa akunak kontrol2 bagai.
Tapi sebab pasta tu panas daa...kena tiup2 sikit baru best masuk dalam tekak.
Lagi best bila dibelanja...terus kita menikmati kesedapannya secara total...tak gitu? Hehehhe..
*Terima kasih Alizam!*
 
Aku dah beberapa kali makan kat PastaPasta ni. So far memang aku puas hatilah.
Cuma ada sekali tu aku beli spaghetti carbonara, and I agree with you Alizam yang kuahnya sedikit cair.
From then on, kalau aku makan or tapau kat PastaPasta aku akan mintak kuahnya dipekatkan.

Nice food + good company = Belly Happy. Kalau ikut falsafah cousin aku si Boy Ahzuan, bunyinya jadi macam ni:-

'GENDANG GENDUT TALI KECAPI, KENYANG PERUT KETAWA HEE HEE HEE'


Tuesday, October 7, 2014

Lunch Yang Kuciwa

*Sapu habuk dan sawang*

Assalamualaikum semua.
Masih belum terlambat rasanya kalau aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua muslimin dan muslimat..semoga ibadah kita diterima Allah SWT.
Dan kepada yang menunaikan haji, semoga di permudahkan segalanya dan mendapat haji yang mabrur, Insya Allah.

Amboi kemain intro ala2 ostajah pilihan kan?
Sekali sekala kita trip2 jadi ostajah takpe kot..asalkan bukan menyimpang dari syariat
Sambil muhasabah diri, apa salahnya ye tak? *Betulkan tudung*

Hurm. Aku tahu lama aku menyepi dari dunia blogging ni.
Lama sampai si Alizam dah hulur penyapu suruh bersihkan sawang dan habuk kat sini.
So here I am, updating. Tapi update yang terkini ajelah ye. Yang dah lalu2 tu, aku macam tak kosser nak up entry. Cerita KL trip, cerita tengok wayang, cerita raya haji, cerita office semua tu nanti2 lah ye.
Kot aku rajin, aku bubuh sekali harung.

Straight to the point.
Tadi aku lewat bangun sebab best sangat berkulut dalam selimut.
Ye lah hujan dah berapa hari ni asyik lebat je kan...so sejuk la memalam tu.
Akibatnya: Miss solat subuh (Ya Allah ampunkan hambamu yang lalai ini) tapi aku dah qada la tadi.
And tak sempat buat breakfast & lunch bekalan.

So, bila dah macam tu kenalah menapau.
Memandangkan sejuk gila pepagi tadi maka aku tapau soto for breakfast.
And for lunch..well inilah yang selalu jadi dilema.
Tempat aku ni memang banyak pilihan tapi semua ala2 tak berapa berbaloi.
Samada tak menepati citarasa ataupun mahal melampau.
Dan bagi marhaein seperti aku, memang sentiasa dalam dilema nak makan apa if tak bawak bekal.

Tapi hari ni aku dah setkan nak cuba makanan from one of the stalls dalam compound Sugarbun Cafe.
Takde kena mengena dengan Sugarbun tapi dalam kawasan yang sama.
Aku notice stall ni dari last week lagi..kira memang baru bukak la.
Dah jeling2 beberapa kali and nampak menu macam menarik.
So hari ni aku decide nak try makanan dia.
Oh, lupa plak..nama gerai ni Jolly Dovey.

So singgah la tadi. Belek menu, boleh tahan menarik.
Ada Chicken Pizza, Chicken Burger, Chicken Pop and Argentina Squid.
Set makanan disertakan dengan air sekali.
Kalau ikut pada harga kira okaylah kot, standard price dalam RM6 - RM10 macam tu.
Aku pilih set chicken burger. Dan2 tu jugak Akak pekerja gerai tu cakap burger dia besar ala jumbo.
Teruja pulak aku...kalau betul besar memang berbaloi dengan harga RM7 + ada pilihan minuman lagi.
Bila nak pilih minuman, eh eh..tetiba dia cakap boleh pilih Green Tea aje.
Erk..kalau ikut yang ditulis atas  menu, drink of your choice. Takde pulak kata + Green Tea.
Hurm..takpe, green tea pun boleh. Aku ok kan jer lah.
*Banyak yg aku tak berkenan masa proses penyediaan tu sebenarnya tapi malas nak elaborate further. Baca ulasan aku kat bawah about the food untuk kisah selanjutnya..hoho!*

Ding dong ding dong, dalam almost 10 minit order pun sampai.


Atas itu bukan teh o ye..itu adalah green tea.
Chicken Burger.

Now let's get down to the review. Ok bukan review but more to my personal opinion.
The staffs are friendly enough, tak masam muka walaupun aku banyak tanya.
Well, kalau dia menyumpah dalam hati, itu aku takde hal sebab bukan aku dengar pun kan.
TAPI service adalah sangat LAMBAT. Ambik bahan2 dari fridge pun nak kena 4, 5 kali ulang alik.
Tak boleh ambik sekali ke? Bukannya banyak pun! Pandai2 la susun angkat sekali harung.
Anyways memang lidutlah kerjanya. Dari 5 bintang aku bagi setengah bintang aje. Itu pun sebab korang sentiasa senyum layan aku yang cerewet ni.

About the food. Kata akak tu burgernya besar kan.
Okay aku agree sebab the burger was big but not jumbo sized lah.
Memang aku tak expect much sebab dari cara diorang prepare pun aku dah macam tawar hati but dah order kan, nak tak nak just go with it aje.

Yang aku tak puas hati ialah:-

1. Bun burger dia tidak di grill. Mana best kalau bun burger tak grill. Dia main panas dekat oven aje. Kejadiannya, bun itu adalah keras okeh! Takde la macam batu kerasnya cuma memang...keraslah. Tak syedap!

2. The chicken itself memang juicy TAPI coating tepung dia tebal sangat! Dah la tebal, takde rasa pulak. Macam makan bancuhan tepung goreng rangup..haaa begitulah. Sampai aku terpaksa buang tepung2 baru dapat gigit ayam. Ergh...sangat hampa! Masa dia tengah coat ayam dengan tepung aku dah cakap taknak coating tebal tapi that girl said kalau tak tebal nanti digoreng minyak and ayam tu meletup letup (like wtf meletup letup? Tak paham aku). End up aku mendapat sebijik burger yang hampeh.

Apa yang aku boleh cakap, I will stay away from the stall for a while. I won't say forever sebab menu yang lain tak cuba lagi..and who knows I might like it kan.  But for now, I'll steer clear from the sight of it.

Dah la. Abis idea aku. Babai!