Friday, September 19, 2014

Cerita Ceriti

Hi uols! Lama aku tak berkarya disini kan?
Bukannya apa, kemalasan  menyerang bertubi tubi.
Bila nak hapdet je, terus otak jadi jammed.
Type, padam. Type, padam..lama2 aku delete terus.
Bukan takde bahan nak di blogkan, ada je. Cuma aku yang malas. *Sila lempang*

Pasal gaji..hmm dah dapat pun.
Tapi dah selesai jugak membayar bil dan hutang piutang.
Baki? Jangan kau tanya. Boleh mengalir air mata menengoknya.
Untuk bulan ini aku dah sound awal kat bos, mintak gaji awal.
Next week aku nak melawat ibu kota with family.
Nak la kan pakai duit untuk belanja.
No..bukan shopping. Ok maybe laa shopping light light macam tudung, shawl etc tapi nak menyopping sakan tu memang idok leer Kak Ton mampu.
Aku lebih suka shopping makan daripada shopping beg kasut kain baju tu.
So far, boss kata okay. Tapi next Monday aku kena peringatkan bos sekali lagi pasal gaji ni.
Tak nak la nanti dia purak2 lupa lalu membawa kecelakaan terhadap poket aku kan...
Mana nak seronok kalau jalan jalan takde sen.
Mintak2 dipermudahkan...aamin!

Oh ye..hari ni at 2 pm aku ada interview kat Harbour City.
Bidang yang sama jugak..dah ini je yang aku reti buat. Memang pusing pusing ke situ jugak.
Hopefully everything goes well. Aku percaya kalau dah rezeki, Insya Allah dapat.
Nanti kalau angin rajin merasuk, aku hapdet la pasal interview tu ye.

Ok lah itu je nak cerita.
Buhbye village pipols!

Wednesday, September 10, 2014

Oh Happy Days!

Baiklah...lupakan seketika royanan Kak Ton tentang gaji yang tak kunjung tiba.
Mari I story cerita yang lebih ceria.

Ingat tak hari tu aku kat entry ni aku ada cakap yang aku attend event lain in the middle of my family picnic?
Sebenarnya aku pegi main bowling uols!
Main dengan geng2 sekolah rendah dolu.
Kalau ikut hati aku tak nak pegi tapi dah janji terlebih awal dengan diorang.
Yang plan family picnic ni plannya dibuat kemudian.
Tak sedap pulak bila dah beria ia nak pegi tiba tiba kensel kan..

So after aku drop off  adik adik aku kat beach, aku terus ke CP.
Janji jam 2, tapi pushed off dari rumah dah dalam 230pm.
Tawaf kar parking lot CP je dah berapa lama.
Lupa pulak aku hari tu hari Sabtu. Memang hazabullah sikit parking kalau weekends.
Pusing punya pusing, akhirnya dapat jugak parking kat tingkat 6. Sujud syukur noks!

Sampai kat Bowling Centre diorang dah nak habis main 2nd round.
So aku kira nak join the next round, tapi kebetulan si Duraina dah tak larat nak baling bola.
And saiz kasut dia pun sama dengan aku, jadi tak payah aku bercatwalk ke kaunter carik kasut.
Selamat di situ. Aku continue dengan nama dia je.

Takde pulak aku ambik gambar kat sini.
Tak teringat nak bercamwhore mahu pun sakai monopod.
Hati dah eksaited nak baling bola..hehehe.

Dah lama aku tak main boling ni, makan tahun jugak.


Dapat strike dua kali aje sepanjang dua round. Itu pun fluke shot.

Dalam ramai2 tu, si Hassim sorang je yang terror kot.
Banyak strike dowh! Ada yang double strike lagi..kelas!
Weols yang lain, semua main belasah.
Biar bola ke longkang, kita tetap redah!
Apa pun it was fun. Kena lagi hati aku sedang mendidih, bila jumpa kengkawan yang happening, aku pun happy.

Tapi aky takde ambik gambar langsung.
Gambar yang ada ni pun aku curik dari kiriman di whatsapp.
Again, from various phones so kualiti gambar adalah berbeza.

Lina, Marziani, Aku, Zaziah, Hassim & Asmir

Marziani, Zaziah, Duraina, Lina, Asmir & aku. Si Hassim tetap nak enterframe.

Hassin (x habis2 enterframe la dia ni), Asmir, Aku, Zaizah, Marziani & Duraina

Shahzam, Hassim (ada jugak dia ni), Asmir, Duraina & Zaziah

Ini je gambar yang aku sempat cilok.
Ko tengok la si Hassim tu suka bebenor menyelit.
Macam terlebih dos gembira pulak aku tengok dia hari tu.
Apa apa lah Sim, asal kau gumbira ye...

Game ended lebih kurang jam 5 gitu. Cadangannya nak turun minum & lepak kejap.
Tapi masing2 dah ada komitment lain. So tinggal aku, Lina & adik dia Afiq and Asmir & anaknya.
Turun bawah menuju Mc D tapi dah baris order tu dapat whatsapp gambar family aku kat pantai.
Mak aih, jeles gila aku! Ini tak boleh jadi..harus aku nak ke sana secepat mungkin.
So aku bagitau Asmir aku kena gerak..tak jadi nak join minum.
Kebetulan dia nak cari CD anak dia so weols kensel plan.
Cuma masa tu aku dah tak teringatkan si Lina sebab pusing2 tak nampak...
Aku terus je naik ke parking. Ops, sebelum tu sempat lagi aku tapau Double Cheese Burger meal..heheh..
Dalam kereta baru nampak whatsapp si Lina...
Rupanya dia sibuk carik weols tak jumpa.
Sorilah Lina, I have to go sebab kejelesan menengok family aku bersuka ria di beach.
So aku whatsapp dia explain that I have to go.
Nasib baik semua okay je..phew~!

Hokaylah..Kak Ton dah kering idea ni.
Sekering poket dan dompet Kak Ton tika dan saat ini.
Jadi Kak Ton mintak diri dulu lah ye..
Moga ketemu lagi di entri yang akan datang.

Daaaaaaaa....*lambai ratu yang kecewa*

Cerita Gaji (Lagi)

Percaya atau tidak, gaji masih belum dapat lagi.
Aku...speechless dengan keadaan macam ni.
Ok aku faham memang company ada masalah sikit (?)
Tapi yang aku tak faham, kenapakah boss aku ni bangang sangat pemikirannya.
Manakan tidak, sepatutnya boleh je gaji semalam sebab ada payment masuk (by cheque).
And menurut accounts, duit dalam bank pun dah cukup kalau nak takat bayar gaji.
Tapi bila refer kat bos, dia suruh bayar sewa kedai dulu.
Untuk gaji, sila tunggu cek clear lagi 3 hari.
Bahabi sangat!!!

Kenapa mesti kami yang dah 'kekeringan' ni pulak kena tunggu?
Tuan kedai tu baik kot...kalau nego suruh dia tunggu sampai Jumaat confirm boleh.
Dah lama sewa kat sini (since the 80's) mustahil la kalau tak boleh bawak bincang sikit pun.
Kebodohan apakah ini bos? Rasa macam nak hempuk muka dia pakai kerusi.
Ekspresi muka aku jangan kau tanya. Puaka niyang rapik pun lari lintang pukang kalau nampak.

Mommy pun dah bising suruh aku tagih sampai dapat.
Masalahnya memang pun hari hari aku tanya pasal gaji tapi jawapannya tetap sama.
Sampai aku cakap kat dia 'Kalau tiada duit tambang saya x dapat turun kerja'
Si badigol so'od tu diam je. Tak taulah kalau tak dengar atau buat buat pekak.
Kalau buat buat pekak, harap kau pekak terus seumur hidup.

Kalau diikutkan memang selesa kerja disini cuma masalah gaji tu yang buat aku tak sanggup dah.
Dah berlarutan sampai 3 bulan lebih asyik macam ni. Syukur masa raya hari tu aku dapat mintak gaji awal.
Yang si accounts tetaplah lambat. Nasib je aku bleum dapat offer kerja lain.
Kalau ada offer, terus selamat tinggal ku ucapkan..
 
Uols tolong doakan iols ye...mekaseh!

Monday, September 8, 2014

Kalau Sudah Nekad, Mesti Jadi Punya!

Lanjutan daripada cerita entry sebelum ini.
Until today kami masih belum terima gaji.
Si polan menjanjikan hari Jumaat lalu, tapi haram nak ada!

Bosan la dengan alasan basi kau.
Asyik kasi harapan pelesu je tau!
Sakit hati toksah cakap memang bagai di siat siat.
Eishhhh bengang gila aku!

Oleh kerana bengang dan menyampah gaji di tunggu tak jugak ada, aku nekad.
Hari Sabtu lalu aku ponteng kerja. Aku sms bos je cakap aku tak masuk ofis.
Tak bagi sebab pun. Pedulik hapa aku.
Nak juga bagi alasan gastrik ke apa kan...tapi takut betul betul terkena.
So lantak la kau disitu. Daripada aku masuk ofis tapi takde hasil, baik aku bersuka ria dengan family.
Piknik kat beach sambil berselfie. At least hati aku tak sakit tunggu buah tak gugur.

Actually piknik ni dah di plan after my uncle keluar dari hospital.
Nak ajak dia santai santai kat beach.
Ye lah..dia kan baru recover. Sedang elok bawak dia bagi happy sikit.
Janjinya jam 10 jumpa kat beach.
Tapi kita hanya merancang...
Weols bermula agak lewat. Mommy dah macam lipas kudung ke hulu hilir sambil mulut dia pot pet pot pet takut lambat. Bila aku suruh dia slow down, kena tempik pulak.
Jadi aku diam je sambil meneruskan kerja kerja memasak. Kalau aku pun kelam kabut nanti tambah stress.

Aunty aku pulak whatsapp kata diorang lambat, jam 1045 baru gerak dari Papar.
Terus aku tarik nafas lega. Sempatlah kiranya aku mengemas apa yang patut.
Cuma adik adik aku bergerak awal sikit sebab nak set up BBQ pit and cop tempat.
Pendek cerita aku dah bersiap bagai, diorang masih belum sampai. Phew~!
Aku tak ingat pukul berapa kami bergerak..rasanya almost 11am jugak la kot.

Excited dah ni nak ke pantai. But then again, kita hanya merancang.
Belum pun keluar simpang, hujan dah turun.
Tapi kami teruskan jugak la menuju destinasi.
However nasib tak menyebelahi, dah sampai beach pun hujan tak stop.

Akhirnya weols patah balik ke rumah.
Yang dah awal ke pantai pun kelam kabut pack barang and berdesup balik.

Plan gagal, tapi makan tetap makan walaupun kat rumah kami yang sekangkang monyet besarnya.
Yang penting berkumpul dengan family :)

Eskrim Malaysia perisa kopi, jagung, bandung, teh o dan milo. Paling laku nih. Aku bedal 3 eskrim milo. Syedapnyeeeee!

Mommy & uncle sibuk bercerita. Sempat lagi mommy goreng kuih cempedak buat hidangan.

Bakal menjadi ahli keluarga tak lama lagi. Presenting Muhammad, tunang si Irut. Bakal adik ipar yang di dera memBBQ ayam.

Uncle GM (yang baru keluar hospital), Uncle Edwin, Grandpa, Mamijilin & Cheling

Kita berpiknik dalam rumah pun bolehlah ye?

Tengah sedap makan tu, cuaca mula beransur baik. Terus membara balik semangat nak ke pantai.
Tak putus asa sungguh tau...lagipun kesian kat bebudak dah excited nak mandi laut *alasan*
Packing balik makanan dengan kepantasan seumpama Gaban tukar costume.
Zap zup zap, terus jalan.
Oh, Uncle GM tak join sebab...entah aku pun tak tau. Ada plan lain kot.
Tapi his daughter join sekali.

Tapi aku drop diorang kat beach aje, sebab aku ada plan lain.
Yang tu kita cerita kat entry yang akan datang, okay!
Sementara tu korang layan gambar gambar dulu.
FYI some of the pics taken while I was away. I mean attending other event and ada gambar yg diambil dari kamera hp orang lain jadi kualiti adalah berbeza beza.


Sakai monopod part 1

Sakai monopod part 2

Sakai monopod part 3

Pakcik Abu yang gigih memanggap chicken wings. Besi tempat letak chicken wings tu tertinggal di rumah. Nasib baik ada rotisserie stick, masak jugak ayam ayam itu.

Sempat si Cheling posing ala retis majalah Mangga.

Wajah disinari cahaya keimanan *sila muntah beramai ramai*

Sakai monopod berterusan. Mengapakah si Irut terkangkang dia sana? Jawpannya hanya dia yang tahu.

Me & MamaJilin..dan Syifa yang langsung tak nak layan kamera. Cisss!

See? Masih bo layan. Pegedah kau Syifa!

Ayumi & Alyssa. Pun posing ala majalah Mangga juga. Versi tepian pantai.

My beloved grandpapa. Pakai sunnies you! Ko ada?

Pics taken by my brother through his Samseng Es Lima.
Aku balik dari event tepat jam 5, so sempat lagi join kejap.
Makan sikit, ambik gambar..tengok2 dah nak masuk maghrib.
Packing semua terus balik ke rumah masing masing.

Bila berkumpul dengan family macam ni, tak ingat langsung pasal gaji yang tak dibayar lagi.
Happy je rasa macam takde problem langsung.
Walhal kepala hotak berserabut dengan macam macam benda.
Now bila ada kat ofis aku asyik rasa nak menaga sakti peringkat tertinggi.
Tinggal tunggu suis di ketik, memang terfire jugaklah nanti.

Ada harapankah kesabaran aku ni bertahan?

Friday, September 5, 2014

Air oh Air!

Hari Rabu lalu, hampir semua kawasan di Kota Kinabalu mengalami gangguan air.
Mula dari jam 8 pagi and dijangka fully restored by 1130pm.
Bukan sebab masalah rosak ke apa, tapi bekalan di tutup untuk kerja kerja penyelenggaraan.
Notis dah pun di edarkan awal minta penduduk kawasan terlibat supaya simpan air untuk bekalan.

Aku dapat notis ni melalui whatsapp yang cousin aku bagi. Tapi aku tak baca pun.
Entah kenapa aku fikir notis tu untuk penduduk Selangor.
Yelah..kebetulan masa tu kan kecoh kat Selangor ada catuan air.
So dalam kepala aku terus terarah ke sana.
Bila fikir balik, terasa diri ini amat bangang sekali.
Boleh aku ingat macam tu walhal apa kena mengena Jabatan Air Negeri SABAH bagi notis untuk negeri selangor pulak kan?
Oh bangangnya! *hantuk kepala di dinding*

Anyways...
Bila dah ignorant, maka takdelah menyambut air kat rumah.
By the time we left for work ada lagi air.
But mommy aku cakap dalam jam 9 or 10am mcm tu air dah mula kecik.
Kelam kabut dia sambut kat besen and baldi tapi tak dapat banyak.
By later in  the afternoon dah almost habis diorang pakai.
When I reached home that day tinggal sebesen aje lagi air yang ada.
Sebesen kecik okay, bukan besen besar.
Nak mandi memang takde harapanlah...

Aku suggest kat mommy, pegi rumah nenek aku kat Indah Permai.
Tapi tak jadi sebab kat sana pun takde air.
So fikir punya fikir...weols sepakat check-in kat hotel.
Budget hotel aje pun..janji ada air.

We choose to stay here. Ambik family room, RM98.00 per nite, 1 queen bed & 1 single bed + 1 extra mattress RM15.00.

Lebih kurang macam ini le rupa bentuk family room yang weols ambik malam tu.
Budget hotel kaedahnya so what do you expect kan.
But bolehlah daripada seksa menahan nak membuang number 1 & number 2 and daripada berlengas satu badan. Lagi pun bukan aku yang bayar. Kita tumpang tidur aje...takyah la banyak bunyi. Kan?
Oh, malam tu sempat balik rumah kejap dalam jam 1030pm macam tu ambik barang yang tertinggal.
Adik aku bukak paip kat luar dah ada air tapi halus je keluarnya.


Mommy ada ura ura nak menyambung lagi satu malam sebab dia dengar masalah air berlanjutan selama 3 hari. Lagipun kereta adik aku di bawa untuk site visit and kunci rumah tertinggal dalam kereta tu.
Nak balik pun tak boleh sebab takde kunci, alang alang sambunglah kata si mommy.
Nasib baiklah aku teringat yang my other brother ada simpan kunci spare.
So aku cakap kat mommy tak perlu extend. Lagi pun aku dah check dengan Jabatan Air, kerja penyelenggaraan hanya sehari sahaja. Balik rumah confirm air dah ada.

So people...kalau dapat notis macam tu sila baca betul betul ye.
Jangan jadi macam aku yang ignorant ini.
Kalau tak pasti sila contact Jabatan yang dinyatakan.
Insya Allah takkan ada masalah.

Tetiba rajin pulak aku mengupdate sampai 3 entry hari ni ye...
Amazing sungguh!

Cari Pasal

Aku rasa, sudah masanya aku angkat kaki dari tempat kerja sekarang ni.
Makin lama, makin mengarut dan makin teruk keadaannya.
Kenapa aku kata makin mengarut dan teruk?
Sebab sampai sekarang masih belum GAJI!
Yep..you read it right. Gaji belum dibayar.
Padahal berapa kerat sangat pekerja yang ada?
Cuma si KillJoy, accounts and aku.
Berapa sen sangat gaji kami ni sampai kau tak mampu nak bayar?
Well, tolak si KillJoy la sebab gaji dia memang agak tinggi.
Selalunya dia memang lambat gaji.
For her takde hal punya. Maklumlah orang 'ada ada'.
Tapi bagi kami yang marhaein lagi kurang berkemampuan ini, gaji yang tak berapa sen itulah jadi harapan.

Tiap bulan ada bil nak di langsaikan. Barang dapur nak di beli.
Top up henfon, minyak kereta, tambang bas...
Apa diorang fikir bayar/beli tu semua pakai daun pokok?
Pakai recycled paper? Pakai sistem barter?
Semua tu pakai duit cik kak...
Tapi bila gaji tak di bayar, memang tersasar pelan perbelanjaan.
Sekarang ni pun nasib baik ada back up dari sini sana.
Kalau takde, memang tak pegi kerja la aku.
Habis, macam mana nak pegi kalau takde duit buat tambang?

Dah la gaji tak bayar lagi, semenjak dua menjak ni macam mula nak buat 'hal' pulak.
Macam tadi pagi. Tetiba je sorang meroyan pasal ticket sales report.
Katanya tak diserahkan pada hari yang sama, menyusahkan dia buat kerja.
Memang dah maklum yang ticket sales report kena submit by the end of the day.
Masalahnya disini, tiket yang dia royankan bukan aku yang issue.
Boss yang issue. Lepas tu hari berikutnya baru serah kat aku suruh masuk dalam my sales report.
So aku masukkan ke report hari berikutnya lah, sebab untuk date yang boss issue tu aku dah close and submit. Ikutkan takde apa sangat sebab dah banyak kali jugak jadi macam tu.
Tapi ntah kenapa tadi meroyan plak dia.
Aku biarkan je mulut dia membebel macam bertih goreng.
Kosser nak layan, kang melarat larat ke benda yang lain.

Yang bos pulak, tiba tiba bukak cerita pasal one of our customer yang dulu every week datang beli tiket.
Tapi sekarang tak pernah jejak kaki lagi dah.
Aku pun takde la heran sangat. Datang tak datang, sukati dia la kan.
So si boss cakap ari tu the customer datang nak buat payment (yang dah lama diorang tagih padahal takdelah banyak mana, seribu pun tak sampai).
Kebetulan weols takde. Yang ada si accounts je.
Jadi kononnya si customer mengadu. Dia kata servis weols lambat. Suruh check flight pun lambat.
Pasal tu dia beralih ke tempat lain.
Allah..tarik napas aku mendengarnya.


Aku terima kalau dia kata aku tak friendly (pernah dia cakap juga and aku akui memang aku tak mesra alam). TAPI aku tak terima bila dia cakap service lambat and suruh check flight lambat.
Sebab apa? Meh sini aku explain.

Nak check flight ni kami guna sistem Abacus.
Nak guna sistem kena pakai internet.
Kelajuan sistem berfungsi adalah bergantung kepada internet speed.
Ada kalanya line internet macam haram zadhe, maka respons kat system pun akan jadi slow.
Bila system slow, macam mana aku nak bagi dia cepat?
Nak tak nak aku kena tunggu jugak, kan?
Dan kadang kadang system down due to ada interruption kat line internet.

Bila system down, weols tak dapat nak buat apa.
Kena tunggu dia balik ke full speed baru boleh access system semula.
Benda technical macam ni kita kena explain kat customer bagi diorang paham.
Tapi si musibatun sekor ni tak paham paham jugak.
Dia tak suka menunggu, nak jawapan on the spot which I did everytime except kalau system buat hal.

Seingat aku baru dua kali dia kena tunggu sebab masalah teknikal.
Takkan itu jadi point untuk bertukar agent? Agak tak logik, tapi tak mustahil jugak.
However aku syak, benda ni sengaja di timbulkan lagi oleh bos.
Agaknya resah gelisah dah sebab aku hari hari tanya pasal gaji kat dia, jadi dia bangkit pasal ni supaya aku rasa bersalah sikit...then tak berani tanya dah perihal gaji ni.
Oh minta maaf bebanyak la bos.
Kalau itu maksud kau, silap besar ya..sebab aku akan keep on asking until aku dapat hak aku.

In the meantime, usaha mencari tapak baru dah bermula sejak last week.
Kalau dapat tempat baru, aku takkan tunggu lama kat sini.
Dengan segera aku cau cin cau.


'Aku sudah tidak percaya padamu lagi. Lebih baik aku segera angkat kaki.....'

Cerita Hampir Basi Tapi aku Update Jugak..

Assalamualaikum...

Tanpa membuang masa mari aku update cerita hampir basi yang pertama.
Kisahnya, my uncle (mom's brother) masuk hospital due to high blood.
My aunty bagi news kat whatsapp group.
Pada hari kejadian sempat lagi dia jaga exam (for govt. servants yang nak naik pangkat)
Tapi petang sikit tu his colleagues nampak dia unconcious, dalam posisi duduk.
Terus panggil ambulance and he was rushed immediately to QEH2.
Aku yang sememangnya gelabah, bila dapat berita macam ni terus tak senang duduk.
Tambah risau bila my cousin cakap tak dapat contact wife dia (FYI the first contact yang people in the ambulance get from my uncle's phone was my cousin)
And kami pulak memang tak ada number so agal kelam kabut disitu.
Dalam kelam kabut tu teringat pulak anak uncle aku (a.k.a my cousin) kerja kat cyber somewhere near to my house area. Terus suruh my adik berkejar ke sana, suruh inform and mintak no tel bini uncle aku sekali.

Mak aku pulak suruh my brother pegi jenguk kat hospital and he wnt almost immediately.
According to my brother, masa sampai kat situ keadaan uncle agak kritikal.Kena tunggu dia stabil dulu, then nak buat MRI.
After stabil, buat MRI and dapat result.
Ada pendarahan sikit la kat otak, kena pantau development seterusnya before they decide to proceed for surgery atau tak.
Masa ni uncle aku belum sedar lagi. Still unconscious tapi dah stabil. But still under observation.

Esoknya alhamdulillah dah sedar and alert.
No physical damage cuma telinga agak kurang pendengaran. Lain di tanya lain di jawab.
Aku tak melawat lagi masa ni, dengar cerita dari mommy and aunty aku je.
Diorang kirim gambar kat whatsapp. Nampak ok dah uncle aku.
Siap buat tanda 'bagus' lagi. Lega hati nampak gambar tu.
Menurut mommy, dia masih mamai mamai...penangan ubat kot.

Masa weols melawat, dah kena pindah pun ke ward biasa.
Oxygen tube dah buka, all those wire yang berselirat kat badan dia pun dah di buka.
Dah boleh buat lawak macam biasa..hehe..

Up to date, dia dah discharged but still kena rest banyak.
Semalam siap message aku kat FB lagi bagitau dia dah keluar sepital.

Siap mengadu kat aku, ubat dia banyak sangat.
Takpe la ubat banyak pun untuk kesihatan.
Kena makan jugak kalau nak betul2 sihat.

Ok dah..itu je nak cerita.
Kalau rajin hari ni akuupdate banyak sikit.
Sebab memang ada benda nak di luahkan.
Kalau simpan, sakitnya menjadi jadi.

Stay tuned, people!