Thursday, July 24, 2014

Tolong La Jangan Di Timpa Sakit Time Raya..

Since tengah hari semalam aku rasa lemau.
Sakit kepala, pegal pegal badan, mood ke laut asyik nak menaga je aku rasa.
Then before sungkai tu aku notice tekak aku gatal and perit.
Asyik terbatuk batuk tapi bukan la batuk teruk ke apa..just small coughs aje.
Cuma tak best la kan rasa tu. Tak selesa.

Sahur pagi tadi, badan dah mula suam suam. Cepat cepat aku telan panadol.
Cegah sebelum parah katanya.
Makan tak berapa selera, ambik nasi sesudu kecik and sup ayam.
Air dua gelas besar. After Subuh terus tumbang.
Sekali terbangun jam 730 pagi..hahhaha!
Macam lipas kudung la aku bersiap pegi keja tadi.

On the way tu, dah tambah satu package lagi.
Hidung panas, lepas tu bersin beberapa kali.
Tapi badan dah tak suam. Alhamdulillah.

Aku harap boleh kebah sebelum raya, Insya Allah..
Bukannya apa, kalau aku sakit siapa yang nak masak for raya nanti?
Takkan nak biar nenek and mak aku pulak yang buka bunga silat di dapur..isk, tak sampai ati aku!
Takpe..kang aku gi farmasi beli ubat.
Tak suka la sakit ni...tak selesa tau!

Doakan aku ok!

Monday, July 21, 2014

Bertakhta Di Hati

Abam Yutaka Takenouchi masih champion in my heart.
Walaupun ramai juga yg dalam carta tapi dia tetap juara.
Macam magnet kuat melekat.
Memang taste aku kot warga matahari terbit sorang ni.

Thanks to mommy sebab kenalkan aku dengan dia
Dari Beach Boys sampai ke With Love tetap setia.






Oh cinta...you make my heart bupbupbup like bullet train.
Berkumis atau tidak tetap handsome!

Ok itu aje nak cakap.



Aku yang angau,

Linda.


Saturday, July 19, 2014

Campur Campur...

**Entry ini aku peram since Tuesday. Contents dah diedit mengikut kesesuaian masa**

Salam Ramadhan ke 21 uols!

Aku rasa, aku dah malas nak update perihal sahur & sungkai.
Sebab aku malas ambik gambar. Ntah la macam takde mood langsung nak snap2.
Tengoklah...kalau aku tetiba diserang rajin mungkin buatlah juga.

Sekarang ni adik2 lelaki aku dibantu oleh rakan2 mereka (ayat skema) sedang dalam proses mengecat rumah secara berperingkat. Dua tahun pakai wallpaper, kali ni back to paint.
Benci aku nengok wallpaper tu asyik terkopak sana sini. Daripada sakit hati, eloklah dinding tu di cat.
Kali ni diorang pilih warna...eh aku tak tau pulak apa warnanya.
Tapi ada dua color. Satu macam very light pale brown. Satu lagi ada grey2 sikit.
Tapi macam warna putih pun ada juga.
Lantaklah...asal ada. Malas aku masuk campur.
Yang aku tau, rumah dah siap cat sebelum raya.

Aku dah beli kain untuk buat jubah.
Corak simetri color ungu biru hitam..campur2 la.
Kira nak buat ala2 butterfly tapi macam over pulak.
Hmm..we'll see howlah. Pattern belum fix tapi yang pasti tahun ni aku nak jubah.
Mommy pun jubah juga...yang lain2 tu aku tak tau.

Apa lagi aku nak bebelkan kat sini ye...
Oh ya..2 hari lepas video pasal Kiki and Uncle Sim jadi viral kat social network.
Ramailah rakyat2 marhaein yang melontarkan pendapat.
Yang kondem si Kiki jangan cakaplah. Almost semua pun maki hamun dia.
Aku tak nak komen banyak sangat pasal benda ni.
Bagi aku, tindakan dia memang sangat kurang ajar dan tak patut langsung.
Terpekik pekik guna bahasa kasar kat orang tua, itu biadap namanya.
Even if the Uncle was in the wrong tak wajar kau maki hamun dia sampai macam orang hilang akal.

Dua hari lepas, Kiki dijemput pula ke stesen2 radio untuk di temubual pasal insiden tu.
Ok ini aku agak kurang setuju. Apa hal sampai nak diinterview bagai?
Apa tujuannya? Macam takde faedah pun.
Kalau jemput sekadar nak suruh dia minta maaf on air kat Uncle Sim..rasanya ikhlas tak permohonan dia tu?
Correct me if I'm wrong, tak silap aku dia dah minta maaf before kena interview kan?
Jadi apa perlunya di interview lagi? Dah settle tu dah la, takyah bagi panjang.

Maybe the intention was good la nak kasi 'kosong kosong' between her & the uncle.
Tapi macam over pulak kena minta maaf on air bagai.
Aku harap cerita diorang ni habis cepat..no more drama, please!

Terbaru, negara kita dilanda musibah lagi.
MH17 dipercayai di tembak jatuh oleh pengganas di sempadan Russia/Ukraine.
Aku tak tau nak cakap apa..sebab terkejut ni belum hilang lagi.
Macam2 perasaan bercampur baur. Marah, sedih, kecewa..semua ada.
Aku harap, pihak yang bertanggungjawab atas kejadian ini segera di hukum.

Allahuma..la ilaha illa anta..subhanaka inni kuntu minazhalimin. Innalillahiwainnailahiroji'un...takziah buat keluarga mangsa nahas pesawat MH17. 

Al Fatihah...





Saturday, July 12, 2014

Kita Main Skipping, Nak?

Bwahaha tajuk tak boleh blah!
Sebenarnya nak justify ketiadaan update beberapa hari lepas.
Terus buat update hari ini. Kira macam skip skip gittew.
Skip = Skipping. Boleh lah ye?
Lagipun aku dah tak kosser nak ingat balik menu sahur & sungkai tu.
Lauk biasa biasa je pun. Kuih pun sama.
Ada je ambik gambar tapi malas nak upload. Pffttt...

Masuk hari ke 14 ni, dah dua kali aku masak untuk sahur.
Sekali masak lauk ayam terjun. Aku panggil ayam terjun sebab bahan semua aku main lebur je dalam kuali.
Tumis kasi garing baru masuk ayam. Pastu gaul2 sampai masak. Bahan perasa jangan di lupa :)
Kali kedua was last Thursday night for yesterday's sahur.
Masak awal so tinggal panaskan je. Aku masak ayam kari kicap.
Basically masak kicap tapi bubuh rempah kari sikit. Tapi my version tak pakai bunga lawang, kayu manis bagai tu ye. Just bawang2 and halia and some black pepper. And cili padi.

Hari khamis malam tu yang aku masak ayam kicap tu, adik aku whatsapp.




Kesian juga dia sebab kerja sampai jam 10 malam. Jarang dapat berbuka dengan weols unless off day la.
Alang alang aku di dapur, buatkanlah juga nasi goreng as requested. Oh, Teh Olde itu actually Teh Ping from Olde Station at City Mall. Sedap!

Tadaaa...nasi goreng pedas meletup letup. Apa tidaknya aku pakai cili padi memang banyak gila. Tapi memang sedap!
Aku makan jugak nasi goreng ni. Akibatnya after sahur, 3 - 4 kali masuk tandas.
Tapi ada aku kesah? Yang penting sedap diamakan..hehe!

Semalam sungkai adalah simple. Ayam kicap blackpepper, ayam goreng, mi goreng daging and kuih muih. Air of koz sirap and oren. As I always said, simplicity at it's best.
Cukup mengenyangkan tanpa sebarang pembaziran berlaku.

And tadi pagi for sahur mommy masak fishball lonjong taucu pedas and ayam kicap rasanya.
Aku makan fishball je. Dah itu yang pedas, itu laa yang aku hadap.
Merasa ulang alik ke tandas (again). Biar la..ku sanggup menanggung derita ini.
Janji dapat makan pedas, I'm belly-happy!

Ok ini cerita tadi pagi masa on the way nak ke office.
Naik bas as usual.
Nak jadi cerita, bila dekat sampai bus stop tempat aku turun, aku dengar ada bunyi bunyian dari belakang. Macam kucing mengiau tapi lain bebenor bunyinya, ala ala tak cukup nafas. Berdecit decit gitu.

Bas sedang bergerak, then ada sorang lelaki & anak dia ni menuju tempat driver.
'Ada orang sawan' katanya. Tu je yang aku dengar.
The rest of the conversation aku tak dapat tangkap. Ko tau la bunyi enjin bas macam mana.
Then sampai bus stop. Aku turun macam biasa.
Terdengar pulak sorang makcik ni cakap yang orang tu bukan kena sawan, tapi strok.
Hurm...tak tau mana yang betul.
Harap harap dia selamat.

Ok itu je lah nak cerita. Babai!

Friday, July 4, 2014

Ramadhan Day 5

Alhamdulillah dah masuk hari ke 6 kita berpuasa.
So far aku belum ada chance berkuntau di dapur.
Insya Allah esok & lusa giliran aku pulak prepare persungkaian.
Aku rasa nak masak nasi berperisa, maybe nasi minyak atau nasi tomato.
Lawankan dengan ayam briyani or masak kari kering no santan.
Almost everyday makan mee, kuay teow...kali ni tukar selera pulaklah.

Okeh let's see what we had for sungkai yesterday:-

Terpaksa kasi extra large gambar ni sebab aku masih mengalami masalah tak dapat transfer gambar satu persatu from si Samseng Nota 1 aku tu. Ntah apa masaelahnya aku pun tak tau. Nak upload terus dari phone pun ala ala sendu menunggu jadi aku download terus dari facebook ajo.

From the top left: Rendang daging (beli, RM6), roti john daging (RM6), popiah (RM2), fishcake goreng (mommy), ayam percik (RM10), agar agar koko & agar agar custard chocolate (RM4), ayam lemak merah (mommy), bubur kacang (mommy) & kuay teow goreng (mommy).
Total kemusnahan purse semalam adalah RM28.00 *airmata mengalir*

Takpe..bukan selalu. Lagipun gumbira sebab berjaya beli rendang daging idaman qolbu. Gittew!
Aku dah pasang niat nak berbuka makan nasi dengan rendang.
Sekali sampai rumah, mommy ada masak kuay teow. Weowww...feveret jugak tu.
So tukar plan. Berbuka makan kuay teow sikit, roti john sepotong, fishcake 2 ketul and popiah seketul.

Lepas tu makan nasi dengan rendang daging. Oh heaven!
Walaupun rendang dia ada manis sikit and daging keras sikit, masih boleh di terima.
Bersungguh sungguh aku bedal..hehe!

Later aku buat satu mug Old Town White Coffee buat cicah biskut Hup Seng.
Ada la beberapa keping je aku makan. Tak concentrate nak menikmati sebab ada pengacau.
Dasar pendengki...tak boleh nampak orang mengunyah, dia pun nak jugak.
Dah tu tak sedor diri menumpang makanan orang. Mesti dia yang over.

1) Mula mula pilih dulu mana yang berkenan. 2) Lepas tu patahkan supaya senang di 'ngap'. 3) Celup dalam coffee. Tak kisah siapa punya yang penting coffee. 4) Makan sambil posing 'like a bawse'
Ini dia si Nur Fazanah budak pengacau. Sesedap rasa dia conquer minuman aku. Bila aku nak minum boleh pulak dia marah. Hai lah anak buah, nasib baik kau kesayangan. Kalau tidak, sudah aku libas kau sampai melekat di dinding...sabarrr je lah aunty kau ni *urut buah dada*

Tadi pagi weols sahur daging pindang frozen. Adik aku yang masak last week. Banyak leftover so mommy bungkus and simpan dalam fridge. Mommy dah ubahsuai rasanya tadi pagi. Sikit aku nak tambah nasi tapi takut terover load kang tak hadam makanan. Air masak jangan dilupa, mesti minum bergelas gelas.

Rasanya hari ni aku tak pegi dah bazar. Insaf mak nak, dah dua hari terbang RM20++.
Cukuplah dulu. Esok aku buat stok frozen karipap and popia. Insya Allah cukup untuk seminggu.
Mungkin frozen beef/chicken pie, too? Heh, tengok kerajinan akulah ye.

Dah la. Aku nak tengok online movie. Babai!

Thursday, July 3, 2014

Hari ke 4 Ramadhan

Menu sahur dah bagitau dalam entry sebelumnya.
Jadi moh le kite teruskan ke entry berbuka pula.
Apa yang aku ingat terhidang atas meja semalam:-

Kurma Yusuf Taiyoob *mesti bisik macam dalam iklan ok*
Mee goreng
Nasi goreng
Ayam kicap
Sayur kacang + tauhu pok
Fishcake goreng
Air sirap/oren/sarsi
**Menu diatas di masak / di sediakan oleh mommy

Mihun goreng (untuk aku, RM2.00)
Roti John Lamb (RM7.00)
Popiah (RM2.00)
Kochung (RM2.00)
Pulut panggang (RM2.00)
Pau ayam (RM3.00)
Paru sambal kering (RM5.00)
Total kemusnahan dompet : RM23.00
**Ini semua aku beli di bazar Lintasan Deasoka

Kek Coklat/Kek Chocolate Cheese & Kek span Cheese - di sponsor oleh my aunt bongsu.

Masa berbuka aku makan popiah seketul, pulut panggang seketul, roti john sepotong and mihun satu tapau + fishcake goreng. Air sirap segelas giant jangan dilupa. Oh ye, belasah 3 keping kek coklat jugak..hehehe!
Dan makan sepinggan nasi goreng + sambal paru + ayam kicap at 1020pm. Lepas tu buat air oren segelas giant lagi. Rasanya tahun ni berat naik di bulan puasa, bukannya turun macam selalu. Ahh..lantaklah.

Sebenarnya aku nak beli rendang daging kat satu gerai tu. tapi pusing pusing tak jumpa pulak dah. Cuti kot semalam. Ada je gerai lain jual rendang daging tapi tak nampak appetizing like the one yang aku nak beli. Takpelah..hari ni aku try cari lagi. Hopefully diorang berniaga hari ni.

Oh gambar memang takde. Padahal siap susun lauk & kuih semua tu cantik cantik atas meja konon nak snap. Sekali nan ado uols! Tetiba malas pulak. Merasalah tiada gambar makanan kali ini.

Hujung minggu plan nak buat karipap banyak banyak kasi frozen. Jadi kalau teringin boleh di goreng anytime. Bencilah kalau beli karipap kat bazar (or anywhere, to be exact). Mesti ada je yang tak kena. Kulit keras, tebal, kenyal macam tayar kereta pun ada. Belum lagi intinya yang memang tak menepati citarasa langsung. Selalunya manis atau terlebih kari atau kari tu rasa mentah. AND yang paling menjadi pantang aku is karipap inti kari keledek. I not loike very much! Memang la takde salahnya inti kari keledek. Ramai je yang suka or tak kisah kan. Tapi I is kisah sebab aku tak suka dan tak boleh terima. Bila beli karipap memang aku tanya intinya dulu. If kari keledek, sori naik lori aku tak akan beli. Anyway pernah je tertipu, bila tanya katanya kari kentang..rupanya keledek. Terus rasa nak amukan puaka! Yang meniaga ni pun tolong la jangan menipu, tak berkat tau rezeki tu kalau menipu pasal nak kasi jualan ko laku. Eh, kemain panjang lagi aku membebel padahal nak citer pasal buat karipap je..hahaha!

Monday pulak kalau jadi nak panggil my nenek and aunties berbuka kat rumah, Insya Allah.
Aku ambik cuti kot hari tu, masak memasak serah padaku. Biar mommy rehat :)
Tapi ini baru perancangan. Nanti aku hapdet kalau jadi ye.

Pagi tadi aku hampir hampir tak nak bangun sahur.
Mata ni melekat lekat macam tak nak buka langsung.
Ikut hati teguk air je dah la. Tapi aku takut peristiwa 1st day ramadhan ari tu berulang.
Ada yang melepek seharian kang...sengsara weyh! Taknak aku macam tu.
So bangunlah juga. Lauk lebihan ayam kicap & sayur semalam ada lagi so panaskan aje.
And buat telur dadar. Aku makan nasi sikit (percayalah memang sikit bebenor nasi aku ambik) and telur dadar sekeping then ambik sayur & kuah sikit. Makan sambil mata separuh tertutup. Haa...ko mampu makan sahur macam aku? Miahahahha! Lepas tu minum air segelas.

*Tips: Aku terbaca satu artikel..katanya baca surah Al Kautsar dulu sebelum minum air di waktu sahur, Insya Allah tak rasa haus sangat. Aku praktik tadi pagi dan alhamdulillah sampai sekarang tak rasa haus berbanding hari hari sebelumnya.

Hari ni rasa nak beli lagi Roti John Lamb tu. Mahal sikit but berbaloi rasanya sebab dia macam besar dan panjang dari roti john biasa. Cukup untuk weols malah berlebih lagi tau. Dan sedap, of course la kan...kalau tak sedap memang tak dan aku nak beli lagi.

Eh dah lah. Terbayang bayang pulak si roti john depan mata. Baik aku stop sekarang. Cegah sebelum parah kaedahnya.

Babai!

Wednesday, July 2, 2014

Ramadhan day 2

Hola holi eberibadeyh!
Eh eh...tersasul pulak Kak Ton di bulan puasa ni ye.
Maaf..let me start again.

Assalamualaikum semua :)
Dah masuk hari ke 4 puasa ni..macam mana pose uols?
For me dah ok la..cuma sakit kepala masih menyerang sikit sikit.
Panas sangat cuaca sekarang. Tapi lepas berbuka alhamdulillah hilang headache.

So..Isnin tu sahur ikan goreng, sawi goreng + cendawan and sambal belacan.
Berbuka pulak my superwoman mommy masak kuay teow goreng, ayam goreng, sayur bendi, ikan masak sambal and bubur keledek. Kuih ada dua tiga jenis beli kat bazar ramadhan. And ada juga bakso, pun beli di bazar. Minuman is sirap bandung cincau and cendol kot..tak perasan sangat sebab aku buat air oren gelas giant untuk diri sendiri..hehe!


This is my plate. Round one. Nampak tu gelas giant I? Hew hew hew...

Round two at 10pm Monday night. Ikan sambal itu sangat awesome! Tak tahan oii godaan sangat..makanya I makan lagi
So that was 2nd Ramadan's Sahur & Sungkai story.

Day 3, bersahur dengan sup ayam & lebihan ikan sambal.
Aku bedal dua dua sekali. Tapi yang sup tu hirup and ratah je pun.
Untuk sungkaian pula mommy masak kari ayam, ikan merah rebus kunyit and pasta goreng.
Bakso, rojak, gado gado, kuih muih beli di bazar.
Oh, semalam aku berjaya menghadirkan diri ke bazar ramadhan Lintasan Deasoka.
Tapi aku takdelah beria sangat..cuma beli kuih dua tiga jenis then pulang.
Malas pulak aku ambik gambar satu persatu so no pictures of those yummies this time.
Dah la aku sorang, kang tersnap snap sana sini, di cop macam orang kurang siuman pulak.

Hari ke tiga ni, aku makan (read: merasa) semua makanan yang terhidang tapi sikit sikit la.
Kalau perut full sangat kang susah nak solat pulak.
So bila dah makan sikit tu, haruslah ada repeat kan...
Jadi aku repeat makan pasta goreng and ratah ikan rebus, bersertakan segelas giant coke & ice.
Oh..nyaman gila cadbury kata ko!
Alhamdulillah dengan rezeki yang ada.Ok la kan aku repeat makan, sekurang kurangnya tiada pembaziran berlaku..hehehe!

And tadi pagi sahuran adalah ayam kicap.
Untuk sungkai, menu masih menjadi misteri nusantara.
Aku rasa nak redah lagi kat bazar Lintasan Deasoka tu.
Ada pulak yang aku terberkenan semalam tapi tak beli, jadi kalau ada rezeki nak beli hari ni..Insya Allah.
Apa apa pun esok aku update lagi ye..