Monday, June 30, 2014

1st Ramadhan

Salam Ramadhan Kareem semua...

How's your 1st ramadhan?
Aku...agak teruk. Pertama kali rasa 1st Ramadhan seteruk ini.
Sakit kepala migrain and gastric bergabung meletup meyerang diriku ini..oh sedih!
Hasilnya melepeklah aku sepanjang hari.
Ops..bukan sepanjang hari. Setengah hari je..hehe!

Actually aku dah mula sakit kepala malam Sabtu lagi.
Mungkin sebab aku tak dinner kot.
Sebab lunch dah lewat, makan nasi daging pindang and satay perut + usus bebatang batang.
Jadi sampai ke malam aku rasa kenyang.
Kenyang tapi muak..tau tak perasaan tu?
Nampak nasi, muak..nampak lauk laagilah muak.
So tak nak makan. Tapi hasilnya tu lah..sakit kepala.
Telan panadol, then makan la sikit buat syarat dengan harapan kurang sakit kepala tu.
Sekali bangun sahur, the throbbing headache masih ada.
Takpa..makan jugak sahur. We had ayam kicap and sayur taiwan tumis. Lepas tu makan lagi panadol.
Sambil berharap bangun karang baiklah kepala ni.
Then solat..tak lama tu aku tertidur balik.

Bangun je aku rasa ada kurang sikit la sakitnya.
Bila mommy bawa pegi tamu aku ikutkan je.
Meround tamu je dah berapa lama.
Si mommy pulak nak beli tempat simpan lauk.
Tapi pegi kedai tu, tak bukak pulak.
Katanya buka around 11am. So takpelah, weols balik dulu.

Rehat kejap je. Jam 11 jalan lagi bawak mommy cari bekas idaman dia tu. Kali ni bawak si Nana.
Pegi balik ke kedai tadi, tapi takde pulak yang dia berkenan.
Lepas tu pegi Supersave pun takde yang dia berkenan. Kena pow pulak oleh si Nana, beli mainan..haha!
Last resort, cari kat Yu Seng.
Ya ampun kat sini bersilat aku gara gara si Nana.
Budak kecik ni memang suka bikin aku heart attack tau!
Pantang terlepas laju je dia pecut keliling kedai.

Dalam berlari sempat lagi tangan dia libas botol botol plastik kat rak.
Nasib baik plastik..kalau kaca? Nangis nak mengganti.
Penat sampai rasa nak nangis aku...kepala pun dah start sakit macam di ketuk dengan belantan.
Siap bayar terus pecut pulang.

Sampai rumah..mandi, solat and terus aku kong.
Takde daya upaya dah...kepala berat perut pun dah lain macam.
Terjaga pulak jam 3 macam tu. Hoih...masa ni paling teruk!
Bangun2 je rasa nauseous..macam nak pitam pun ada sebab kepala sakit sangat.
Keluar peluh sejuk satu badan lencun..
Tak lama tu the nauseous wave intensifies..terus berlari aku ke tandas.
Habis keluar muntah kuning semua.
Bila aku baring balik..tak lama nak muntah lagi.
Kali ni kuar warna kuning pekat.
Bila kuar tu baru perut lega..
Then aku tertidur lagi.
Kesian la mommy terpaksa masak sorang kat dapur.
Kalau aku tak sakit memang aku yang masak. Takyah mommy penat.
Yang lain tak tolong ke? Hmm..entah la. Tolong sedia perut je kot. #silaterasa
By the way, mom cooked mee goreng udang, ayam kicap, ayam goreng and sayur campur. And bubur ubi.

530pm aku terbangun and again, the nauseous wave rises up.
Kelam kabut ke tandas. Muntah kuning lagi.
Tapi kali ni not as bad as before la.
Dah muntah tu aku rasa macam ok sikit. Kepala tak berapa berat dah.
Terus mandi and solat asar.

Oleh kerana selera makan dah ke laut, aku cuma ambik popiah seketul, ayam goreng cinonet seketul and mi goreng udang dalam 3 sudu makan. Air sirap limau segelas besar.
Tu je yang mampu aku makan during berbuka. Lagipun aku tak beranilah nak menyumbat sangat.
Takut kang termuntah lagi. Cari penyakit namanya tu. Tak lama lepas tu aku makan panadol lagi.
Alhamdulillah tak lama lepas telan panadol hilang sakit kepala.

By 9pm aku makan sikit nasi and ayam goreng.
By 1030pm aku buat toasted bread letak butter and susu, with one big glass of nescafe ping.
Mementang perut dah ok, kemain lagi kan...haha!

Sahur tadi pulak we had ikan goreng, sambal belacan and sayur terung tumis.
Macam nak tambah nasi tapi takut tak hadam makanan..so lupakan je lah.
Minum air banyak banyak pun dah ok.
After sahur, duduk kejap menunggu nak solat subuh.
Tapi elok pulak tertidur sambil duduk..haha!
So terbangun jam 5 pagi, terus solat and sambung tidur :P

Begitulah kisahnya my 1st day of Ramadhan this year.
Hari pertama dah diuji sakit kepala bagai..tapi syukur aku dapat bertahan.
Moga moga puasa aku semalam diterima Allah...

Sorry no pictures. Keadaan tak mengizinkan.
Let's see if today aku rajin ambik gambar.

Later, y'alls!

Dinner Time!

*Supposed to be posted on 28 June 2014 tapi aku malas so terimalah update bangas ini seadanya*

Semalam adik aku bawa weols dinner sempena pre-ramadhan.
Ada rezeki lebih tu dia belanjalah.
Tempat yang dipilih, Restoran Masakan Sedap.
Ye..memang itu namanya.

Berbondong bondong ke sana dengan perut yang maha lapar (aku la tu).
Aku takdelah put my expectation on high, takut kecewa berganda.
I just go with the flow. Aku tak campur tangan pun dalam hal order mengorder.
Kosser aku, dah lapar katanya kan.
Sebab lapar jugaklah aku takde ambik gambar makanan satu persatu.
Tapi gambar lain adalah..tu nanti korang tengok kat bawah yea.

So, last night we had:-

Sabah Veggie Tumis Belacan
Aku rasa sayur ni namanya kampungnya Belalai Gajah.
Sedaplah jugak. Crunchy but not spicy. Kalau pedas lagi meletup kot.

Steamed Tilapia
Aku bukan penggemar ikan kukus. Aku tak suka ikan kukus.
Tapi cubalah jugak semalam barang sesudu. Hmm..not my favourite.
Orang lain suka la kot. But not me.

Corn Soup
Not bad..the same old taste of starchy corn soup.

Fried Chicken With Mayonnaise
Nice and crunchy. Fairly seasoned. Not bad.

Sliced Mushrooms & Broccoli
Bagi aku biasa biasa je tapi aku suka mushroom & broccoli so banyak jugak aku bedal.

Blackpepper Lamb
My favourite dish of the night - the winner! Cukup rasa, cukup perisa..cukup semualah.
Sedap ya amat! Isk, type ni pun aku dok telan telan air liur.

Steamed Egg Tofu With Minced Chicken
Ini pun sedap..tapi aku tak ambik banyak. Ada dalam dua sudu kot aku makan.

Yam Ring With Chicken, Cashew & Veggies
Agak kecewa dengan dish ini. Sebab the yam ring kurang sedap. Banyak tepung dari keladi.
And the yam ring was a bit mushy. Aku bedal isi ayam sekeping and bolot cashew dia.
The yam...well, makan sikit and selebihnya cuit2 saje. Tsk!

Dry Butter Prawn 
This was good, udang besar besar cuma aku rasa portion dia kecik. Dah bagitau makan untuk
15 orang tapi udang tu tak sampai 15 ekor kot. Sedap la tapi.

Kam Heong Crab
Runner up of the night. The kam heong sauce was good. Walaupun terpaksa bersusah payah
nak mengopek ketam weols tak kisah sebab sedap.

Dessert: Coconut Pudding
Not too sweet, just the way I like it. Bedal semangkuk je sebab perut dah sengkak gila cadbury!
Ikut hati nak perabiskan sebijik coconut pudding. Apakan daya perut tak mengizinkan.

Overall aku rasa okaylah. Service pun takdelah lambat sangat. Ada potensi untuk repeat lagi anytime.Cuma yang aku musykil, macam sorang je yang ambik order..takde pun orang lain menolong. Sebab bila kami nak tambah order air, kena tunggu the same person yang memula ambik order weols tu jugak. Ingatkan one person ambik order for one table, tapi aku perhatikan dia je yang ke hulu ke hilir catit order customer. Yang lain tukang hantar makanan & tukang clear meja.

Gegambar di bawah aku malas nak susun ikut aturan. Sebab banyak kali aku try upload tapi banyak kali jugaklah failed. Banyak je gambar sebenarnya tapi sebab failed memanjang maka ko layan je lah mana yang ada.



Kenji & Eysha

Tuan punya blog & maknya yang awesome :)

Tasya & her mommy

Yam Ring yang gagal menepati citarasa aku (dan kami semua)

Coconut Pudding

My brother Azlan, Eysha & my mom


Yang tinggal selepas perut kesendatan

Teha, Ija & Alan. See the guy yang pakai baju merah tu? Dia la sorang yang tukang ambik order. 

Ajui, Kenji, Tasya & Sarah


Azman, Nana Suarez (because she bites like Suarez, ok!) and Fiza

Alan, mom, Ajib & Dudu
Di akhiri dengan muka tuan blog yang lapar. Apa apa pun kita selfie dulu! Hew hew hew...


Dah le...malas aku nak pikir kata kata penutup. So, that's all for nowlah ye.

Friday, June 27, 2014

Sudah Malas Menjadi Naga

Kalau diikutkan banyak perkara berlaku di sekeliling aku ni yang boleh buat aku menaga.
*Menaga = amukan
Banyak sangat sampai tak terkira.
Tinggal lagi nak menghambur atau tidak je.

Cuma sekarang ni aku rasa kalau nak jadi naga pun dah tak larat.
Sebab aku malas dah nak bising bila benda tu berlaku berkali kali.
Jadi aku ambil pendekatan: Lantak kau lah.
Daripada penat otak aku berfikir, penat mulut aku bercakap..tapi hasilnya nan ado.
Baiklah aku simpan tenaga untuk buat something else.
Channel my energy for something better and beneficial to me.

Isnin depan aku ada interview.
Actually dah pernah interview kat tempat tu last year.
Tahun ni dipanggil lagi.
Semoga kali ni ada rezeki aku.

Doakan aku ye..thanks!



Monday, June 23, 2014

Remuk

I'm sure you all tahu pasal berita budak OKU tu kan. Nama dia Mohd Firdaus.
Istighfar panjang aku tau.
Mula mula aku nampak news feed kat FB bagi link ke Harian metro (kalau tak silap)
So baca. Masa tu takde la terkesan sangat kan sebab baca pun sekali lalu je.

Then malam tu, aku tengah nak makan.
Elok bersila depan TV, mak aku tukar channel ke TV3.
Kebetulan keluar cerita tu.
Terkedu aku! Tak tertelan nasi yang aku dah suap dalam mulut.
End up aku tak makan langsung.

Masya Allah...sampai begitu sekali budak tu disia siakan.
Aku tahan je air mata dari mengalir. Tekak pun sampai perit menahan sebak.
Kesian, marah, kecewa..semua bercampur baur.
Nasib baik dijumpai (walaupun masa tu keadaan Firdaus amat menyedihkan), kalau tak kita tak tau apa jadi kat dia.

The next day aku baca dalam FB newsfeed, ada pulak mak dia ni nak defend diri.
Kata orang tak tau kesusahan hidup dia, kesusahan nak bela anak OKU.
Bagi aku itu semua alasan.
Tak dapat aku terima alasan macam tu.

Ok kat sini aku nak persoalkan beberapa perkara.
KATANYA susah nak bela anak OKU.
Ye, memang susah. Tapi dah namanya anak. Tanggungjawab kau bela dia dah termaktub.
KATANYA nak anak berdikari.
Ok yang ni aku rasa nak hempuk kepala dia. BERDIKARI macam mana sedangkan anak tu sakit cerebral palsy (cerebral palsy is caused by damage to the motor control centers of the developing brain). Agak agak laa pun kalau nak anak berdikari sangat.
KATANYA dia tak biarkan anak tu kebulur. Sebelum pegi kerja dia sediakan makanan dalam bekas polisterin.
Baiknya kau...just letak nasi dalam bekas and ko expect anak ko makan la kan. Dah dia sakit CP, macam mana dia nak menyuap makan ke mulut sendiri? Kau mak dia, tak boleh ke kau suap anak kau makan?
Setakat beli nasi letak macam tu je, bukan mak dia pun boleh.

Kalau betul kau jaga dia, kenapa waktu jumpa tu keadaan anak kau macam tu? Tak terurus, baju dah reput, kurus kering, bergelumang najis, bilik kotor bertanah tu semua?
Takkan kau balik kerja takde masa nak urus anak? Takat mandikan, bersihkan, suap makan...bukankah itu tanggungjawab kau?

Ok maybe I'm going too far cakap pasal tanggung jawab or even talking about the whole thing.
Sebab aku belum ada pengalaman jaga anak sendiri. Inikan pula dia yang jaga anak istimewa.
Mungkin dia ada masalah sendiri TAPI kenapa biar anak yang jadi mangsa?
Apa pun alasan dia bagi aku memang tak boleh terima.
Cara dia buat anak macam tu, bagi aku tiada perikemanusiaan langsung!

Khabarnya si ibu sekarang dalam tahanan polis untuk siasatan.
Harap dia dapat hukuman setimpal.
Kalau lepas sekali pun, dia kena bersedia untuk terima hukuman dari masyarakat pulak.
Itu baru kat dunia. Di akhirat, wallahualam.



Ahad pagi, aku sedang sibuk masak di dapur. Datang pulak stray cat ni.
Cantik, cuma bulu2 dia kotor sikit la. Mata biru. Kuciang siam agaknya kan.
Actualy dah lama dia ni asyik berlegar legar di belakang rumah, cuma tak berani masuk.
Kesian pulak aku tengok. Jadi aku bagi la makan nasi + hati ayam mentah (aku tak tau boleh ke bagi makanan mcm ni kat kucing tapi itu je yang ada di rumah so aku bagi la so dia x kebulur)
Ramas bagi hancur. Then letak pinggan panggil dia makan.
Sekejap je licin pinggan! Well, ada la sekor kucing stray jugak tumpang sekaki tapi dah tinggal sisa2 sikit je kot yang dia bedal.

Tengok si miau ni makan dengan selera, tetiba fikiran aku teringat kat Mohd Firdaus.
Sedangkan binatang sayangkan anak, manusia pula sanggup abaikan anak.
Mengalir jugak air mata aku.
Terkini, khabarnya adik Mohd Firdaus dirawat di hospital dan berada dalam keadaan baik.
Alhamdulillah, semoga Allah melindungi mu, Firdaus.

Dan semoga Allah memberikan balasan setimpal terhadap orang yang menganiayai mu.

Saturday, June 21, 2014

Cerita Ramadhan

Menghampiri Ramadhan, sejujurnya aku ada sedikit cuak.
More to takut actually.
Takut kejadian Ramadhan tahun lalu berulang.
Takut diserang anxiety sekali lagi.
Aku tak sanggup berperasaan macam tu lagi.
Letih otak dan badan, jiwa raga kau semua macam sangat penat.
Even nak bangun dari tempat tidur tu pun rasa payah.
Kalau boleh tak nak buka mata langsung.

Ergh..cukuplah sekali aku kena teruk macam tu.
Serious memang hidup rasa kosong, hopeless, asyik fikir nak mati, tengok orang keliling pun kau boleh tetiba menangis...tak ke penat macam tu?
Ya Allah..jauhkanlah aku daripada terkena lagi penyakit tu sampai bila bila.

Ok enough la kisah yang buat aku rasa macam orang gila ni.
Baik kita cerita yang baik baik aje..ye tak?
Let's start with cerita ramadhan zaman bebudak.
Owh kalau nak cerita semua boleh bikin drama bersiri ni..
So kita ringkas kan.

Dulu asal masuk bulan puasa aku siap check drama apa yang akan main kat TV.
Kan selalu ada drama best2 jam 4 or 430 petang...so agak2 menarik ceritanya, memang aku follow.
Antara yang aku ingat, drama Wardah, Siti Zulaiha  - dua2 pelakon dia Norlida Ahmad a.k.a Connie
Aku suka tengok muka dia, sesuai sangat bawa watak utama drama tu.

Tapi paling legend mesti la drama God, The One & Only.
Drama Arab (alih bahasa) kisah Nabi Musa Alaihis-Salam.
Kenangan sangat cerita ni...tapi itu nanti aku buat entry lain.

Lepas tengok drama, kelam kabut mandi dan duduk kat luar.
Sebab time ni makcik aku akan ke masjid hantar bubur and lepas tu ke pasar ramadhan.
So siapa yang dah siap awal tu dapatlah ikut.
Berebut kami adik beradik nak ikut, sampai makcik aku buat sistem giliran.
Siapa ikut hari ni, esoknya tak boleh ikut. Kena tunggu hari berikutnya.

Oleh kerana keluarga aku besar, keluasan ruang makan tak mampu menampung semua orang.
Kami adik beradik buka puasa kat bilik.
Mind you our room was large. Lagi besar dari ruang makan.
So awal awal lagi kami ambik makanan and bawak masuk bilik.
Bersila depan TV, sambil tunggu waktu berbuka layan lagi tv programs.
Then ada sorang bertugas sebagai tukang dengar azan.
Sampai waktu je lari ke bilik and announce 'Azan sudah!'.

Oh how I missed those days!
Tak tau nak cakap macam mana tapi memang beza kan thrill puasa zaman dulu dan sekarang.
Tah, aku rasa sekarang ni budak2 dia dah tak berapa happening.
Bawak ke pasar ramadhan pun muka monyok.
Ye la paham puasa memang seksa kalau nengok makanan.
Tahanlah sikit. After all dah dibawa ke param tu mesti kau dapat habuan kan?
Dik..akak kau ni dulu round sepuluh pusingan kat param tu rilek je.
Suka tengok makanan yang macam macam ada tu.
Lagipun bila balik rumah dah nak dekat waktu berbuka.
Tambah excited!

There's one time yang aku ingat.
Hari hari hantar bubur ke masjid negeri.
Hari hari jugak ada sorang ustaz ni akan panggil kami (aku & arwah uncle - he's only 2 yrs older than me)
masuk dalam bilik dia and dia akan start cerita kisah2 nabi
Sumpah masa tu aku memang suka sangat!
Aku betul2 ingat masa ustaz tu cerita kisah Nabi Allah Ayub yang paling banyak dugaan..
Masya Allah...aku menangis bagai nak rak! Sampai kat rumah pun nangis lagi.
Makan pun nangis. nak tidur pun nangis teringat betapa hebat ujian Allah kat nabi Ayub A.S
Insaf aku sekejap. Tapi esoknya kembali berperangai keji..haha!
Taklah..aku tak jahat mana time bebudak dulu.
Maklumlah ramai adik..jadi masa untuk keluarkan tanduk tak berapa nak ada sebab sibuk tolong mak jaga adik.

Dulu kalau buka puasa kat rumah aku wajib ada air...err, aku tak tau nama.
Dia ada biji selasih (aku panggil telur katak) cincau dan kembang semangkuk.
Simpan ais...fuh! Memang nyaman!
Sekarang dah jarang buat. maybe beberapa kali je during puasa.
Selebihnya air oren, sirap, sarsi atau kalau dah malas sangat beli je kat param.

Ya Allah..semoga ramadhan yang akan datang dapat aku lalui dengan penuh kesabaran, kesyukuran dan ketenangan.

Aamin Ya Rabb..

Wednesday, June 11, 2014

Lesson Well Learnt.

Petang tadi tinggal aku dan lady boss je kat office.
Si accounts cuti, si KillJoy pulak dah pulang.
Aku baru siap print sales report. Lady boss pulak sibuk install printer.
Then aku ke tandas. Keluar dari tandas, aku nampak kelibat sorang lelaki tergesa gesa keluar dari ofis.
Ntah kenapa aku tak sedap hati macam ada yang tak kena.
Immediately instinct aku tergerak nak check handphone yang aku letak atas meja.
Tak nampak pulak kelibat hp aku tu. Then aku buka drawer, kot la aku simpan kat situ kan.
Sebab selalunya sebelum tinggalkan work station mesti aku simpan hp dalam drawer.
Takde jugak. Sah, mesti kena rembat!

Bila aku suarakan pada lady boss, dia pun macam baru alert.
Secepat mungkin aku pecut kejar lelaki tadi.
Nasib baik aku jumpa dia tak jauh dari bangunan office.
Tak buang masa aku cekak baju dia dan pusingkan badan dia.
Masa tu aku nampak dia kecik je macam semut.
Apa lagi, terus aku jerit:

Aku: Bagi balik hp saya!
Pencuri: Haa? *pura2 blur*
Aku: BAGI BALIK HP SAYA!
Pencuri: *slurring* tiada..tiada

Masa ni aku nampak hp aku dalam poket seluar jeans dia.
On the right pocket, to be exact!
Terus aku sambar! Movement tu macam refleks je.
Si pencuri pulak tak gerak langsung, lari pun tidak.
Berdiri je dia macam patung cendana.
Aku syak sebab khayal & mabuk sebab bau alkohol kuat nauzubillah!

Dapat je hp aku balik, terus aku blah secepat mungkin.
Dalam fikiran takde lain selain bersyukur semua selamat.
Aku tak cedera, hp pun dapat balik.

Bila difikirkan, I can't thank Allah enough for the protection granted to me today.
Allah gerakkan hati aku keluar cepat. Allah berikan aku keberanian dan kekuatan untuk berdepan dengan pencuri tu.
Nasib baik pencuri tu sedang dalam keadaan 'tak betul', jadi dia tak dapat buat apa apa kat aku. Bayangkan kalau he's sober, confirm aku tak dapat balik hp ni.
Mungkin aku kena tumbuk or tikam ke..eee nauzubillah!

Apa pun, aku ambil kejadian ni sebagai pengajaran.
Lepas ni kena jadi extra careful dalam apa jua keadaan.
Anything could happen. Jadi kenalah alert sentiasa anywhere, anytime.
No more hp on the table. I've learnt my lesson well.

Aku harap pengalaman aku ni dapat jadi pengajaran untuk uols jugak ye.
Sama sama kita beringat sebelum kena. Dah jadi kang menyesal pun tak guna.

Ya Allah...thank you for the courage, strength and protection granted upon me to face your test earlier today. Without your blessings things might turn out differently. Thank you ya Allah...thank you and alhamdulillah.

It's So Addictive I Have To Do It (Almost) Everyday

Aku dah cakap. Memang ketagihan kalau dah start balik buat benda ni.
Once dah mula pegang pensel, agak susah nak letak balik.
Macam naik syok pulak aku buat sketching..hehe!

Maaflah..bukan tujuan nak menunjuk.
Cuma rasa puas hati bila apa yang dibuat tu nampak emm...bokeh ke aku cakap cantik eh?
Ok fine, cantik di mata aku. Yes, masih ada banyak flaw sana sini.
Maklumlah, amatur katanya.

Kelemahan paling ketara is potrait sketching.
Dari dulu sampai la sekarang kalau lukis mata, hidung, telinga and bibir aku adalah fail!
Mesti senget benget.
But give me cartoon anytime, Insya Allah aku boleh buat.

Sila jamu mata dengan sketches yang aku hasilkan beberapa hari lepas:-
*Malas susun ikut date*


Plankton, Mr Krab & Squidward. Requested by anak buah aku si Eysha

Captain America yang cacat mata hidung dan mulutnya. Sedih. Buat ni sebab ada yang request nakkan watak Avengers so aku pun dengan tak sedar dirinya mula sketch Captain America. Sekaliiii...ambek obat! Terus kensel nak lukis Avengers. Hahahhaha!

Garfield. Requested by Wan Azlyna

Hello Kitty versi duyung. Requested by Nora Myra

Maleficent. Aku ambil masa dua hari nak siapkan. See what I meant? Bibir, hidung & mata tu macam tak kena. Tapi kira ok lah kan? KAN? *ada ciri paksaan disitu*

Rukawa & Sakuragi of Slam Dunk versi kiut. Hahaha! Requested by adik aku si Ira.

Adult Simba requested by anak buah aku Natasya Ayumi

Patrick Star & Sponge Bob Square Pants requested by anak buah aku Eysha

Rukawa Kaede of Slam Dunk versi remajahhhhh....hew hew hew! Especially for Ira.


Semua ni aku lukis berpandukan visual image.
Aku google sketch yang aku nak buat, lepas tu view di PC.
Then aku sketch menurut apa yang aku nampak.
Of course tak sama la 100%.
Jangan suruh aku sketch guna imagination sebab memang ke laut jadinya.
Tahap creativity aku adalah limited.

To be honest aku lebih suka lukis cartoon characters berbanding human (especially potrait..ergh!).
With cartoon characters kalau ada silap pun boleh improvise.
Kalau human..oih, susah woooo! Look at my drawing of Captain America for example.
Silap buat terus nampak cacat.Tensi I tau!
That's why aku tak suka draw human potrait.
And bagi sesiapa yang request human potrait tu, minta maaf bebanyaklah ye, aku tak mampu menunaikan.

Sampai bila aku ada kerajinan nak melukis ni, aku sendiri pun tak tau.
In the mean time, uols layan je lah lukisan2 yang aku upload kat FB, Twitter and Instagram.
Kalau rasa menyampah or tak suka, nasib kaulah ye.
Aku suka je. Hahhaha!

Ok ending bengong. Sebelum aku bertambah bengong, baik aku berenti.
Babai!

Monday, June 9, 2014

Demi Maleficent...

Sampai ke hari ini aku belum gaji.
Tak taulah pasal apa lambat bulan ni.
Selama aku kerja disini tak pernah lagi rasanya lambat like now.
Haih..berdoa je lah supaya next week dapat gaji. Kalau tak memang makan pasir le aku.

Dalam kalut belum gaji tu aku sempat simpan niat nak tengok Malficent.
And nasib aku baik bila si Alizam sudi untuk membelanja.
Lompat bintanglah aku! Tapi pokcik tu nak tengok siang hari Jumaat.
Aku pulak tinggal sorang after colleague aku resign bebaru ni.
Susah sikit nak cuti. Tapi untuk Maleficent, aku tak kira..wajib tengok jugak walaupun apa halangannya. Gituuuuuuu...

Jadi aku atur strategi. Susun ayat terbaik..akhirnya dapat juga aku keluar. Phew!
Apa yg aku ayat kat bos tu biar lah rahsia ye. Yang penting berjaya.

So dapat je green light, berkejar terus ke Suria.
Makan kehepsi sambil anyam ketupat light light.
Hajat tu nak bermonopod tapi spot yg best dah di ambil orang.
Jadi takdelah gambar weols bermonopodwhoring sambil kunyah ayam.
Tunggu sampai kat lobby gsc je baru snappy snappy.

Tapi agak kecewa bila takde cardboard cut untuk Maleficent ni.
Yang ado cuma poster kerenyuk (kusut) and printout kecik je.
Lantaklah..yang penting gamborrr.

Teruja banget! Idola pulak tu, harus excited lebih!

 Nak tiru bibir Kak Juli tapi fail yang epic. Berangan je lah yang mampu nok...

 Merenung poster. Nak kemho dengan cardboard cut, nan ado pulak. Poster pun posterlah...

 Rakan subahat. Monopodwhoring dengan poster pun boley...

 Satu lagi Foremost! (aku x tau apa motif aku pose buat muka mintak penampar nih)

 Another pose muka mintak penampar. Aku la tu. Tsk!

Well well...aku sangat suka dengan movie ni!
Aku bagi 4.5 star out of 5.
0.5 markah di potong sebab yang jadi King Stefan adalah huduh...aku x suka. Hohoho!
I just love the twist on the true love's kiss spell.
Oh..kalau nak tahu apakah twist itu, sila tengok sendiri ye.
Kosser aku nak buat review.
Tak nak gi panggung, nanti uols subscribe la kat Astro.


Lepas tu aku balik opis. Hahahha..gila kan, keluar opis semata mata nak tengok wayang.
Ko mampu? Iols mampuuuuu *flip shawl*

Ok lah itu je nak update. Babai!

Wednesday, June 4, 2014

Bila Gian Menerjah

Sejujurnya aku suka melukis.
Tapi bakat tak seberapa. Jadi bagaimana itu?
Sketch bodoh2 tu bolehlah. Mostly cartoon characters.
But jangan suruh aku lukis potret ye..alamatnya senget benget tak serupa orang.
Elok jadi manusia, kang aku lukis terus jadi alien. Ko sanggup?

Masa remaja dulu, galak jugaklah berbisnes buat greeting cards.
Lukis simple2 lebih kurang..kiranya macam more to doodles gitulah.
Bila aku kata simple tu, percayalah memang simple habis.
Maklumlah..kesenian terhad katanya. Itu je la pun yang aku reti buat.

Sayang aku takde gambar2 hasil kerjatangan aku dulu. If not wajib aku upload.
Mana tau boleh bisnes balik kan. Tapi laku ke lagi handmade cards ni?
Ke, aku berangan lebih? Hahah..ok lupakan saja.

Tadi tetiba tangan gatal nak conteng kertas.
Gigil jugak dah lama tak pegang pensel.
Alignment banyak lari dowh!
Then aku ni kalau dah start menconteng, ada harapan ketagihan.
Kemungkinan besar berterusan beberapa hari ni bakal menconteng sajork.

Silakan jamu mata dengan lukisan gigil Kak Ton yang bertajuk Simba Terencat:-



Kesian Baby Simba jadi terencat di tangan aku. Mahaplah ye..I is gigil!
Lukis pun di recycle paper. Boleh la asal ado..tak gitu?

Ok lah..letih dah jejari gemuk ni menekan henfon.
Lain kali I hapdet lagi ye...

*update* (05 June 2014)


Kan aku dah kata...sekali keluar gian, asyik la tangan ni gatal nak menconteng. Walaupun sememeh tapi boleh la bagi amatur macam aku ni kan. Anyways, lukisan ni khas untuk anak buah aku Natasya Ayumi yang request gambar 'Simba time budak budak' katanya. Kalau esok dia request Simba besar, alamat berpeluh mokcik menyiapkan!

Ikhlas. Tapi kalau di cerca juga, wallahualam...

Bila kau rasa kau yang berkuasa
Kau terlupa orang keliling
Apa yang kau buat semua ikut suka hati
Tapi kau tidak sedar ada yang terguris

Susah payah kau tu baru macam kuman
Susah payah orang yang kau sakitkan hati itu, bagaimana pula?
Tidak terbalas walau kau kerah tenaga seumur hidup tau!
Tapi apakan daya kalau sampai sekarang kau masih tidak sedar
Lebih lebih lagi kalau di tegur pun tidak boleh, kan?
Pasti berbalik cakap pada yang menegur
'Eleh, kau pun sama juga'
Itu dialog (hati) yang pasti terbit

Begitulah adatnya
Bila menginjak dewasa pasti kau rasa bagai raja
Kau punya perintah tidak boleh dibantah
Cuma tahap kesedaran kau tu masih lagi di tapak kaki
Nantilah..satu hari nanti kau pasti faham
Dan aku harap bila tiba hari itu penyesalan tidak datang terlalu lewat

Aku tak pandailah mengatur kata2 berkias bunga bungaan ni..
Jadi kalau faham, baguslah.
Kalau tak faham atau buat buat bodoh...terserah!