Monday, March 31, 2014

Of Mobile Data & Power Walk

Sangat annoying bila mobile data sudah tamat tempoh.
That's what happened to me today.
Sekarang aku online di hp 'pinjam' wifi kedai frozen seafood sebelah office aku.
Itu pun ala2 hidup segan mati tak mau.
Bertabah, mudahan hari ni pay day.
Boleh top up mobile data & kredit..hew hew hew!

Hari ni Kak Ton & rakan sepermainan akan berpower walk di Bukit Padang.
Haip, jangan gelak haaa...ko hengat aku memain ye?
I is serius! Aku suka je aktiviti berpower walk ni.
Last week weols berpower walk di Tanjung Lipat.
From the parking lot to the end of the track dalam sejam lebih jugak lah.
Tu baru sehala ok! From the end-track back to parking lot pun dalam sejam.
Kira dah 2 jam mak hencek berjalan laju.
Tapi yang pelik, tak pulak aku lencun dengan peluh.
Sekadar peuh lite lite tu ada la sikit.
Lencun lagi aku berpower walk kat rumah  via The Biggest Loser Power Walk video.

Kita tengok lah hari ni mandi peluh ke tak.
Harap harap berpeluh hendaknya.
Kalau tak, macam tak puas hati pulak kan..
Exercise tapi peluh nan ado..acaner tu?

Esok lusa, kalau kerajinan melanda aku update pasal berpower walk tu ye.
Sekarang nak nonton Oh Oku dulu.
Dah lama tertangguh ni.

Ciao, bella's!

Friday, March 28, 2014

Berangan

Aku suka baca blog orang Malaysia yang tinggal di luar negara.
Rasa best baca cerita diorang..sampai aku pun fefeeling nak menetap di luar negara.
Feeling je lah, realitinya nan ado!
Tapi kalau diizinkan Allah, mungkin boleh jadi jugak, kan? Insya Allah
#nevergiveup kaedahnya..hehe!

Antara blog yang selalu aku singgah ialah blog Kak Mynn, Che Sue, Ibu Sham, Ummu Aidan & Umiyumi2.
Aku salute la kekebalan hati diorang tinggal jauh dari keluarga di Malaysia.
I know memang at times rindu jugak kan tapi nak buat camne.
Kuatkan hati jelah kan. Alah bisa tegal biasa.

Aku pernah merantau di KL selama sebulan. Kerja punya pasal.
Mula mula teruja tak hengat uols! Happy la konon sebab merasa hidup sendiri.
Dah dua tiga hari dok sendiri, tetiba je perasaan tu sayu.
Kat office tu lagi lah menjadi jadi sebab aku sorang je kot jaga office.
Tengok kiri, kanan, depan, belakang...semua dinding.
Kol mak aku. Demi je dia cakap hello, terburai airmata aku macam air terjun..hahah!
Haish, macam ni punya perangai ada hati nak menetap di luar negara.
Baru KL dah tears falls like waterfall. Kalau oversea meraung meroyan tak hengat gamaknya kan.

Berangan je lebih.

Dah, nak solat & lunch dulu. Rajin kalu, aku hapdet lagi.

Tuesday, March 25, 2014

Happy Birthday, Baba..



He's no longer in this world.
He's gone for almost 19 years now.
But the pain of losing him is as much as it was only happened yesterday.
If he's here, today would be his 55th Birthday.

Happy Birthday, Baba! 

Never a day passed by without me thinking of you. Each time I pray I make du'a for you. May Allah Taala forgive your sins and grant you Jannatul Firdaus.

NEVER ONCE by AZLINDA AZNI

Never once have I forgotten about him
Never once have I stopped missing him
Never once have I forgotten how he looked like
His face, his smile, his voice, his smell....
The Gudang Garam he used to smoke and how particular he was about his coffee...
His jokes, his laugh, his habit...
How he tended to us and stay awake all through the night when we were sick...
His temper when he had a toothache...


It's been almost 19 years since he's gone
To me it feels like yesterday
It still hurts like hell 

But I know life must go on 
Sometimes the pain is too much to bear
I have no choice but to stay strong

May Allah forgive your sins
May Allah grant you Jannahtul Firdaus
We will always make du'a for you
You are gone, but never forgotten
Our love for you remains the same
FOREVER.

I've created the above poem about 4 years ago.
I've posted it in my FB notes.
And today on his birthday, I want to share it with you guys.
I did some alteration, though..but not so much.
Still, it's my original piece. Not a copy-paste from others :)

Al Fatihah for my Baba, Allahyarham Azni bin Abdul Hamid.

Thursday, March 20, 2014

Sedap Katanya...

Tadi pagi aku menumpang adik.
On the way ke tempat kerja tu terbit idea nak cari tempat beli breakfast yang best.
So si adik cakap ada satu tempat jual nasi lemak sedap.
Jadi singgah lah membeli.
Tapi sebelum tu buat detour dulu ke gerai mi sebelah Pasar Sembulan.
Sebab aku teringin makan mi pulak secara tiba tiba.
Maaflah memang tak boleh di tolong perangai yang satu ni.
Dah kata tangki besar, selera haruslah besar..ngeh ngeh ngeh.

Sampai di gerai, aku nampaklah nasi lemak yang dimaksudkan.
Murah jer pun, seringgit sebungkus (read: Tanpa telur and kacang)
Aku beli tiga, one for me, 2 for adik.
Oleh kerana aku dah beli mi, maka aku simpan si nasi lemak untuk lunch.
From the packing, memang nampak menarik dengan sambal merah menyala.
Huish...menjejes ailioq nengoknye..sabor je la tahan nepsu sampai lunch time.

Baru sat ni aku makan. Dengan harapan tinggi menggunung ye, sebab sedap katanya kan...
Tapi saat aku suap nasi tu ke mulut...agak kekecewaan Kak Ton disitu.
Nasi tu memang dah sedap & cukup rasa. TAPI sambal adalah manisssssss.
Potong kenepsuan ai terhadapnya...sedeh ai tau!
Tapi takpelah..dah beli nak buat camne.
Kita habiskan aje daripada membazir.
Walaupun mukaku berkerut2 bila rasa manis itu melalui tekak, ku gagahkan jua.
Confirm aku tak beli lagi dah lepas ni.

Sori takde gambar yang senonoh sebab aku lupa snap before makan. Kau hadap jelah gambor tak cukup sifat ni ye.
Setakat ni aku belum jumpa mana mana gerai yang boleh celen kesedapan nasi lemak mak aku.
Semua mak mak ni memang terror masak kan?
If ko tanya soalan 'Who's the best cook in  the world' almost 95% akan jawab mak dia paling terror masak.

Isnin lalu mak aku masak nasi lemak for dinner.
Sedap tu jangan cakap, memang terpaling sedap sampai bertambah nasi.
And aku makan lagi sekali at 11pm. Masa tu telur rebus dah habis tapi akak kau ni gegeh merebus telur semata mata kerana nak ulang makan.

Oh mother! Your nasi lemak is the best!


Jadi pelajarannya hari ini ya anak anak, manusia mempunyai citarasa yang berbeza beza.
Apa yang sedap bagi kau tak semestinya sedap bagi aku.
Apa yang cantik bagi aku mungkin buruk di pandangan mata kau.
Begitulah sebaliknya.

Paham ke tak paham?
Aku pun tak berapa nak paham sebab aku rasa dah termelalut banyak dah ni.
Aaah...lantaklah! Asal ada entry, sudehhhhhhh...hew hew hew!
#villagepeople

Thursday, March 13, 2014

Bila Anak Buah Kurang Sihat...

Mak buah ini pulak yang terover risau mengalahkan makbapaknya.
Aku macam ni lah...
Kalau anak2 buah aku x sihat, aku cepat gabra.
Especially kalau demam. Tak senang duduk aku.
Puncanya bermula dengan si Zannah.
Dah dua kali dia demam kena sawan.
Depan mata aku nmpk dia gigil then kejang.
Nasib mak aku superwoman, percik air kat muka dia and buka mulut dia bagi nangis.
Start itu aku dah fobia kalau demam ni.

Last week Zana demam lagi.
Tapi alhamdulillah cepat kebah.
Sekarang kakaknya pulak demam. Dah bawa ke klinik, tonsil kata doktor.
Harap cepat kebahnya.

Bila diorang tak sihat ni, aku akan kol rumah almost setiap jM nak tau perkembangan.
Bising mak aku. Hehehe...
Ye aku tau aku over but I just can't help it!
Selagi aku tak tau selagi tu aku tak tenteram.
Jantung asyik berdebar macam nak pecah.
So bila dah tau diorang ok barulab lega.

Sorry la..aku tau memang annoying perangai macam aku ni kan.
But I guess I care and love too much, it hurts when you saw your loved ones sakit.
Kalau sakit tu boleh pindah milik, aku volunteer diri aku nak takeover. Biar diorang sihat & happy all the time.

Ok lah. Nak jenguk budak yang kurang sihat tu dulu.
Kalau ada idea nanti aku up entry baru.

P/S If ada typo mahapkanlah ye, hapdet pakai handhone ni memang hazabullah!

Monday, March 10, 2014

Pray For MH370. Allahu Rabbi...

Sedih bila mengenangkan nasib mereka yang berada dalam flight MH370.
Langsung tiada khabar berita setelah 48 jam berlalu.
Buat aku terfikir: Sedangkan kita terkesan dengan berita ini, apatah lagi saudara mara passengers dalam flight MH370.
Pasti sentiasa berada dalam keadaan gelisah dan berdebar debar.

Sepanjang tempoh 48jam ini juga terlalu banyak spekulasi dan statement tidak rasmi yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak, mendahului pihak berwajib yang layak memberikan kenyataan rasmi.

Tidak tahukah akibat daripada perbuatan mereka itu, banyak hati yang akan terhiris?
Seolah olah mempermainkan perasaan keluarga mangsa2 terbabit.
Berulang kali diingatkan agar jangan buat kenyataan ikut suka hati, namun sedihnya bila membaca timeline social media, spekulasi masih merajai takhta.

Tolonglah bijak sikit. Tak minta banyak, sikit pun bolehlah.
Kalau kau dapat info yang tidak sahih, jangan pandai pandai update status di media sosial.
Langkah terbaik adalah tunggu pengumuman/kenyataan dari pihak berwajib.
Semua orang nak tahu update terkini. So kenalah SABAR.
Apa apa pun, aku pasti keluarga mangsa akan diberitahu terlebih dahulu sebelum orang ramai.
So jangan jadikan alasan 'keluarga mangsa perlu tahu' untuk kau sebarkan berita yang tak pasti betulnya.

Lagi satu yang aku tak boleh terima.
Apakah relevannya kejadian MH370 ni dikaitkan dengan politik?
Those setan2 politik ambik kesempatan untuk bash each other, untuk apa sebenarnya?
At moment like this, bukankah sepatutnya kita semua berdoa mohon agar semua passengers selamat?
How unfortunate it is when you morons used this tragedy as a platform to spread hatred (tak kira kau kerajaan atau pembangkang, dua dua pihak pun ada setan politik masing masing).
Kau lupakah yang semua ini terjadi kerana kekuasaan Allah?
SHAME ON YOU! 




Aku cuma mampu berdoa kepada yang maha Esa agar segalanya dipermudahkan.
Baik kepada mangsa, keluarga mangsa mahupun petugas Search & Rescue.
Doaku agar segalanya berjalan dengan lancar.




'Hasbunallah wa ni'mal wakil...jagalah mereka ya Allah, sebagaimana kau menjaga Nabi Yunus dalam perut ikan Nun. Semoga semuanya berjalan dengan lancar"

Aamin ya rabbal alamin....


P/S Yes, entry agak formal dan emosi. Jom kita doakan yang terbaik buat mangsa.