Thursday, December 26, 2013

Yang Aku Rasa

Terlalu banyak yang aku nak luahkan tapi aku tak tau macam mana nak cakap.
Sebab aku rasa kalau cakap pun aku akan nampak macam mengada ngada.
For sure akan di cop sebagai 'attention seeker'.
Tapi aku ni manusia biasa. Luar maybe la nampak macam 'kuat' tapi dalam hati aku ni serupa tisu.
Entahlah...mungkin juga dah semakin meningkat umur ni hati aku senang terusik.

Apa yang aku boleh cakap sekarang ni, aku amat amat dissapointed dengan darah daging aku sendiri.
Aku dapat rasa yang aku ni macam outsider bila dengan diorang.
Like, aku ni lebih baik tiada daripada ada among them.
Bila bercakap dengan aku pun, macam aku ni makhluk yang sangat diorang benci.
Sometimes aku tertanya sendiri, apa salah aku sampai macam tu sekali diorang buat aku?

Nowadays aku macam tidak tahu apa apa pun. 
Any stories we used to share dulu sekarang I'm left out.
Sometimes aku rasa frustrated sebab mama tanya aku macam macam tapi aku tak tau nak jawab apa sebab aku langsung tiada info pasal anything (any celebration, bday or apa2lah yang berkaitan)
Ok la, tau la sikit tapi further info regarding those things memang aku tidak tahu langsung.
Buat aku rasa macam orang bodoh. 
Mungkin salah aku tidak bertanya. Tapi buat apa tanya kalau jawapan yang aku dapat:
'Kalau x tau apa2, diam. Jangan menyampuk'
How do you feel when you get that as an answer?
Aku ni bukan family member kah?

Macam macam gelaran yang diorang bagi dengan aku.
Dan terlalu banyak tingkah laku diorang yang membodohkan aku.
Tapi semua itu aku telan sebab aku tidak mahu timbul salah faham atau gaduh.
Dan sebab aku  tau aku pun banyak flaws juga maka aku diamkan saja.
Tapi makin aku diam makin aku dipijak.
Seolah olah aku ni bukan siapa siapa bagi diorang.

Dimana hak aku for them to respect me sebagai kakak?
Apakah aku ni tidak layak untuk di hormati?
Kenapa diorang benci sangat dengan aku?

Aku tau aku bukanlah perfect.
Memang aku akui aku ni quite annoying juga.
Cuma yang aku minta, jangan sisihkan aku seolah olah aku tidak wujud dalam hidup kamu.
Aku tidak minta untuk disanjung.
Cukuplah kalau ada sikit ingatan yang aku ni kakak kamu.

Aku pasti dengan entri ini, aku bakal menjadi bahan umpatan dan kejian.
Aku bakal di sindir sindir, di ketawakan.
Tapi biarlah...kalau kamu rasa begitu, aku redha.
Asalkan terungkai kekusutan di hati aku ni.

Haih...banyak lagi yang aku nak luahkan tapi tak tercakap.
Sebab airmata aku ni berjurai jurai pulak turunnya.
So cukup dulu buat masa ini.

Thursday, December 19, 2013

Cerita Penuh

Cerita adalah panjang sedikit dari entry biasa.
Sebelum tu, minta maaf dulu sekiranya uols pening dengan entry kali ini.
Maklumlah, kadang bahasa aku ni merepek repek ikut suka hati je.
So kemungkinan cerita terlompat lompat ke sana sini adalah tinggi.
Dan kemungkinan ada details yang tertinggal.
Kau pandai pandailah fahamkan sendiri...gittew kaedahnya!

Ok. Sampai di Servay Hypermarket Putatan.
Terus menuju kaunter cashier. Ada satu kaunter yang tiada customer.
Tapi Miss Cashier sedang mengira duit, aku rasa baru ganti shift kot.
Memandangkan kaunter yang lain tak free (kaunter berdekatan la, kosser aku jenguk kaunter2 yang jauh nun di sana tu) aku terus menuju ke arah Miss Cashier tadi.

Aku : Excuse me miss, boleh saya tanya sikit?
MC : (Tengok aku tapi tak jawab. Muka masam)
Aku : Last Saturday saya beli barang disini and try bayar pakai debit card tapi decline, so saya bayar pakai cash. Tapi tadi saya check akaun, duit dalam bank kena deduct. Dengan siapa saya boleh rujuk pasal ni?
MC : Sekejap. Saya kasi siap dulu ni. (Indicating her kira duit session. Muka masih masam)
Aku : Okay.

In this situation aku faham memang salah aku ganggu tugas dia.
Dan oleh kerana begitu respon Miss Cashier tadi maka aku assume that she's the person in charge.
So aku pun diam dan tunggu. Agak lama juga, dekat 10 minit.
When she's done, dia angkat muka and tengok aku. Muka masih masam.

MC : Ya, apa tadi?(tanya macam cilakabanat!)
Aku : Macam yang saya cakap tadi...bla bla bla (explain balik). So dengan siapa saya boleh rujuk?
MC : Oh, kes macam ni bukan kena deduct tu. Tapi bank hold. Dalam masa sebulan bank akan kasi balik duit kamu.
Aku : Wait..kamu  tengok ni statement dari Maybank sendiri (keluarkan detailed statement yang aku ambik dari Maybank earlier, di mana pegawai Maybank mengesahkan yang transaction was successful and deducted from my account). Jelas kan yang duit tu sudah kena deduct. Sekarang...
MC : (Potong cakap aku) No, ini memang kena hold. Confirm kena hold. Dalam sebulan baru bank release.
Aku : (Mulai geram, pitching ada naik sikit) Kalau kamu cakap duit kena hold, kenapa pegawai Maybank sendiri sahkan yang transaction ni successful? Siapa yang kerja bank, kamu atau pegawai tu? You better check with you manager or superior yang lebih tahu pasal benda ni instead of assume yang duit kena hold boleh?
MC : (Muka ketat) Sekejap, saya check dengan chief cashier.

Sabar je lah aku dengan si Miss Cashier.
Yang buat aku geram tu, beria ia cakap confirm duit kena hold macamkan dia yang pegawai bank.
Bukan apa, dari awal conversation aku tanya dia kalau kes macam ni nak rujuk dengan siapa.
Apa salahnya kalau dia panggil chief cashier instead of berlagak pandai.
Ni tidak, bila suara aku dah naik baru terhegeh hegeh cakap nak check dengan chief cashier.
Itu pun kira lama juga aku menunggu. Ada la 15 minit macam tu baru dia keluar.
Kali ni muka dia tak berapa nak ketat pulak.

MC : Kamu ingat kaunter mana satu yang kamu buat pembayaran hari tu?
Aku : Tidak.
MC : Kamu ingat rupa cashier dia?
Aku : Ya, kalau nampak memang saya ingat.
MC : Ada kamu nampak dia di sini?
Aku : (Looked around) Nope, tiada.
MC : Sebab bank tanya kaunter mana yang kamu buat pembayaran, diorang minta nombor terminal credit card tu. Kalau kamu tidak ingat susah lah.
Aku : Memang saya tidak ingat, sebab saya beli barang hari Sabtu, sekarang Isnin...how do you expect me to remember lagi?
MC : Ya, sebab mau cari nombor terminal credit card tu. Boleh bagi number debit card kamu tu?
Aku : (Keluarkan debit card. By this time Chief Cashier pun sampai)
CC : Cik, kamu ada simpan resit pembelian?
Aku : No, saya tidak simpan pula resit tu.
MC : Kalau macam tu susah lah...
Aku : Apa yang susah?
MC : Mau check resit tu baru refund.
Aku : Jadi kalau resit sudah tiada memang kamu tidak kasi refund? And kalau sepuluh customer ada problem macam ni pun kamu just biar saja? Tu, dia (merujuk kepada MC) sudah ambik details card saya. Kenapa tidak check pakai debit card number dengan bank? Kamu tidak boleh cari cara lain lagi kah untuk tolong customer? Saya ni customer, in trouble pulak tu. Sepatutnya kamu tolong saya kasi solve benda ni, bukan menambahkan masalah saya.
MC : Banyak lagi customer kami ni (kurang ajar tak jawapan dia?)
Aku : My goodness, macam tu kau jawab saya? Kau panggil boss kau sekarang! Saya mau jumpa dia! Panggil sekarang! (Temperature sudah naik)
CC : Ok cik macam ni biar kami call bank lagi sekali lagi.
Aku : (Jeling, muka macam nak telan orang)

Aku admit, salah aku lagi sebab aku tak simpan resit.
Tapi there are always ways to help in situation like this.
Aku sudah bagi details transaction. Siap dengan time stamp sekali.
For sure boleh trace even if it takes some times.
Masalahnya disini, attitude towards the customer.
Aku faham they have thousands of transactions setiap hari.
So if they have to check satu transaction out of thousands tu memang letih.
Tapi cara diorang handle benda ni sangat bikin hati aku bengkak.
If they told me to give them time to check, dengan senang hati aku akan say okay.
And pasal check number terminal tu.
Fine, aku terima if itu requirement bank. Cuma bila sudah transaction by card was successful, boleh je check pakai card number. Itu pun aku kena sekolahkan juga.
No, bukan aku nak berlagak pasal tau benda ni semua.
But aku pun pernah berhadapan situasi macam ni so aku tau juga macam mana nak trace balik transaction.
Ok back to the story.

CC : Cik, bank sudah sahkan akan refund balik duit cik dalam masa 48 jam.
Aku : Hah, boleh pula kan? Kenapa tadi susah sangat?
CC : (Diam)
Aku : Lain kali cari jalan penyelesaian. Ada banyak cara utnuk kasi selesai, bukan satu cara saja.
CC : (Diam lagi)
Aku : Confirm ya dalam 48 jam?
CC : Ya, cik..dalam 48 jam.
Aku : Ok. Kalau dalam 48 jam belum ada saya akan datang lagi.

Dan aku pun berlalu pergi.
Tapi sebelum keluar tu singgah dulu beli Takoyaki..hehe. Menyempat!
Lepas menaga haruslah kelaparan.
And it was dinner time, memang perut berlagu riang.
Esok paginya aku saja check balance dalam akaun.
Fuiyoo...dah refund! Alhamdulillah.
Cepat pulak ye. Less than 24hrs dah masuk.

Tapi lepas dari kejadian, aku dah takut nak bayar guna debit card.
Menyusahkan betul kalau benda ni jadi lagi.
Buat masa ni transaction pakai cash only.
No more debit card for the time being.

P/s Entry ini bukan untuk menunjukkan bahawa aku adalah orang yang suka menaga/melahar/mengamuk dan yang sewaktu dengannya. Amukan itu adalah kalau perlu sahaja. Kalau benda kecik pun kau nak amuk, itu bodoh piang namanya.

Wednesday, December 18, 2013

Sinopsis Dulu

Tempat kejadian: Servay Hypermarket Putatan
Hari kejadian: Sabtu, 14 December 2013
Waktu kejadian: 3:16pm

Beli groceries. Bayar pakai debit card. Declined (walaupun ada duit dalam akaun).
No worries, withdraw cash & bayar tunai.

Came Monday. Check baki akaun online.
Kenapakah kurang dari jumlah yang sepatutnya?
Lalu mencongak perbelanjaan. Hmm...something is wrong.
Check debit card summary. Sah, jumlah yg kononnya declined itu sudah di tolak dari akaun.

Bertindak pantas call Servay dan terus ke Maybank untuk buat aduan.
Isi dispute form and diberi penyata terperinci untuk supporting document.
After work, terus menuju ke Servay.

Apakah yang berlaku di sana?

Nantikan sambungannya....

*Sebenarnya belum ada mood mau mengupdate kejadian amukan light light di Servay. Jadi bagi sinopsis dulu, details akan menyusul kemudian..hehehe*

Wednesday, December 11, 2013

Tepat

Seperti biasa aku akan blog hopping bila ada masa terluang.
Adalah beberapa blog yang menjadi intaian tetap, termasuk blog si Alizam.
Ada juga beberapa yang di baca sepintas lalu.

Hari ini aku amat terkesan dengan entry someone.
Aku tak follow pun blog dia cuma singgah juga sekali sekala.
Then terbaca her entry dated 07.12.2013
Oh my! Tepat sekali bagi menggambarkan keadaan aku beberapa bulan yang lalu.

Sini, aku pastekan entry dari LadyNoe:-


Ketenangan Yang Sombong

Aku sujud dalam tangis. Aku baca kalam Allah walau gagap. Zikir di bibir. Zikirkan telinga. Aku pujuk hati untuk percaya semua ini adalah takdir.

Tapi kenapa ketenangan terlalu sombong untuk hadir?

Aku sibukkan diri. Aku menulis. Aku melukis. Aku mereka cipta. Aku mengemas rumah. Aku berlari. Aku ketawa. Aku melawak macam biasa. Aku berbual macam tak ada apa-apa.

Masih kenapa ketenangan terlalu sombong untuk menyapa?

Aku berjalan seorang. Makan di restoran kapitalis. Sepinggan nasi RM30. Beli perabut baru. Beli perhiasan baru. Tengok wayang.

Duhai kenapa ketenangan masih sombong untuk datang?

Seperti separa gila. Aku runsingkan hal yang kecil-kecil. Aku renguskan hal yang ringan-ringan.

Jangan dipaling rahmat-Mu terhadap aku Ya Tuhan, sesungguhnya aku rindukan ketenangan.

(Hela nafas panjang)


That's exactly how I felt or what happened to me a few months back.
Aku mengalami episode kacau bilau dalam bulan Ramadhan al mubarak.
Dugaan yang aku rasa amat hebat dan berat untuk aku tanggung.
Alhamdulillah, it's getting a lot better now.
Walaupun aku kadangkala masih struggle.

Aku harap ketenangan masih sudi menyapa.
Semoga hati ini terus kuat dan tabah, Insya Allah.

Aamin ya rabbal alamin...


Saturday, December 7, 2013

Nikmat Yang Hilang

Pernahkah kamu rasa macam ni:
Makan, tapi tidak rasa menikmati makanan tu. Like, kau just makan untuk kenyang.
Sedangkan kau tau makanan tu memang sedap.
Dan kau memang sedang craving for that thing.
Tapi once masuk mulut, perasaan kau jadi hambar.
Sedap tu ada tapi kau tidak dapat menikmati like before.
Sangat kecewa disitu.

Baru tadi aku merasa benda ni.
Well, maybe dah beberapa kali terjadi kot tapi aku yang tak perasan.
Tadi tu kiranya macam rude awakening lah.

I had fried meehoon + kuay teow, telur mata & tauhu 'goyang'
(Tauhu goyang - tauhu lembut yang ada inti ayam+udang tu)
Aku memang suka tauhu goyang ni. Dah craving beberapa hari.
Baca doa, then makan. 
Memang sedap la tapi ntah kenapa lepas suap tu terus aku macam depressed.
Tidak enjoy. Dan semua makanan on the plate pun rasa kekecewaan.
Tapi, oleh kerana lapar maka aku telan juga.
Cuma kenikmatan itu tidak ada.
Dan sampai sekarang aku wondering kenapa macam tu.

Aku teringat sebuah buku: The Particular Sadness of A Lemon Cake.
Mengisahkan tentang Rose Edelstein yang boleh merasa emosi orang melalui masakan.
Kalau tukang masaknya sedih, dia pun akan rasa sedih bila makan masakan orang tu.
Kalau gembira, dia pun happy.
And it goes on and on and on.

Buat aku terfikir:
Tadi aku rasa depressed after my first bite (of the tofu) kan?
Mungkinkah tukang masak itu sedang depressed juga?
Adakah aku dianugerahkan kelebihan macam si Rose Edelstein?
Mungkinkah? *garu dahi dan kening*

Baiklah, otak dah tepu. That's all for now.
Oh, I hope rasa ni only temporary.
Tapi bagus juga kan. Mungkin boleh kurus...hehe!

Ok bye~!




Wednesday, December 4, 2013

Azreil Kenji, you stole my heart!

Mati la tajuk mengundang kejian, umpatan, tohmahan dan cercaan dari pelbagai sudut kannn...*julingkan mata*

Anyways, I just wanna say:

Marhaba bikum fil aalam ya Azreil Kenji bin Nazrul
Welcome to the world sayang!

Latest edition to Azni's clan

Alhamdulillah, sister in law selamat melahirkan pada 02 December 2013 yang lalu.
Kena potong sebab baby quite big and my sis in law adalah petite orangnya.
Previous birth (Natasya Ayumi) pun kena potong juga.
Tak kisah la kan janji mother and baby selamat.

Nanti aku up gambar baby Kenji banyak banyak. 
Sekarang aku mau tengok The Purge dulu.