Sunday, October 27, 2013

Habib oh Habib

Tadi pagi Kak Ton terlajak tidur. Again!
And terlepas Subuh. Again!
Haih..macam nak sepuk muka sendiri! Grrrrr!
Minta di ampunkan dan di hindarkan dari selalu terlajak Subuh, aamin...

Rasanya most people kenal dengan Diana Amir, kan?
Kalau tak kenal, sila google. I is malas nak explain.
Sebenarnya aku ni bukanlah peminat Diana Amir.
To be honest aku susah nak minat artis Malaysia ni, kecuali beberapa orang je lah.
Anyways to cut the story short, dia dah selamat nikah yesterday.
Congratulations lah ye...

Bagus juga dia ni, tak dedahkan siapa tunang dia.
Ok la kan, aku pun takdelah kisah sangat and takde keinginan pun nak tau sapa jejaka bertuah tu. Tapi sekali terbaca di beautifulnara hari tu, tak silap cerita pasal pengumuman tarikh nikah diorang, terkesima jugak aku seketika.

Bukan pasal apa, tapi bila nampak gambar tunang dia...homaigawd! 
Hensem oh! No wonder la dirahsiakan dari pandangan umum...hehehe...

And tadi aku baca lagi beautifulnara. Dah up gambar nikah diorang. 
Sekali lagi aku terkesima. Handsomenya husband Diana Amir ni..


Cilok dari beautifulnara.com

Aku suka tengok muka dia. Very calm and collected, sweet gitu!
Kiranya kalau kau tengah kusut, tengok muka dia ni boleh tenang.
Tapi ini pandangan aku. Pandangan orang lain aku tak tau.
Maybe ada yang tengok dia ni biasa biasa aje. 
But for me, he's all that (yang aku mention tadi lah)

Sebelum aku angau dengan laki orang, adalah lebih baik aku tamatkan entry pasal si Habib ni sekarang. He's taken, so I rest my case *lap air mata dengan hujung lengan baju*

Untuk Diana Amir dan Habib:-

Selamat Pengantin Baru, semoga bahagia dan kekal ke Jannah.
Aamin Ya Rabb....


Adios!

Saturday, October 26, 2013

Pagi dan Hari Ini

Pagi tadi terlajak pulak tidur.
Elok terbangun jam 4, aku bantai tidur balik.
Nah, padan muka terbangun waktu Syuruk.
Terlepas Subuh. Geram ya amat!

Entah setan apa yang bergayut di mata, boleh pula aku lelap sampai jam 6 setengah.
Kelam kabut menuju dapur buat breakfast!
Kebetulan lauk semalam masih ada, jadi aku panaskan aje.

Masak nasi, kemas dapur yang berkecah akibat kelam kabut lepas tu terus mandi.

Tapi aku cuma sempat pack nasi goreng je.
Lunch aku lupa langsung!

Le Breakfast. Gila agaknya blogger ni gambar terpusing sendiri lepas tu cannot rotate pulak, tsk!


Akibatnya, terpaksa membeli kuih pau ayam  -__-'

Mama pau ayam.

Aku beli dua biji sebab lapar. Tapi makan sebiji dah kenyang. Sebiji lagi di simpan untuk hi tea (waaah kelas kau Jah ada Hi Tea bagai! Verangan!) 

Rasanya? Boleh la. Nak kata sedap sangat sampai craving siang malam tu, memang tidak. 

Bagus juga aku makan pau for lunch sebab malam ni si Jassie bawak makan kat Upperstar. Maklumlah makanan di Upperstar tu memang berat berat belaka so balance dengan lunch aku yang ala2 light tadi. Jassie bermurah hati mahu membelanja diriku jadi bila ada perkataan BELANJA itu harus aku cepat2 setuju khennn. Rejeki jangan di tolak..hehehe!

Till next update ya!





Thursday, October 24, 2013

Mata Yang Mengelirukan

Kejadian awal pagi tadi.
Terbangun mengejut, terus jeling jam.
Hmm...hampir sejam dah masuk waktu solat subuh.
Mata pula masih bagai di gam gam, tambahan pula angin waktu tu sangatlah sedap bertiup...sejuk weh!
Best kalau berkulut dalam selimut..hehe
Tapi gagahkan jugaklah bangun dan berwudhu nak solat.

Selesai wudhu', aku ada sikit hairan.
Dah jam 530 pagi ni, kat luar masih gelap gelita.
Oh, mungkin mendung nak hujan, maklum angin bertiup agak kencang jugak lah kan...
Tapi aku masih musykil lalu jeling lagi sekali ke arah jam dinding.

Masya Allah....baru pukul 330 pagi daaa....
Apasal mata aku kero sangat ni haa?
Dan ini bukan kali pertama tau, dah kali kedua jadi macam ni.
But the 1st time lagilah dahsyat. Siap solat Subuh kooo...miahahahah!
Dah siap solat baru perasan jam 330 pagi.
Istighfar panjang aku!

Dah sedar tu, patutnya buat la solat tahajjud ke apa kan...alang2 ada wudhu'
Akan tetapi aku adalah insan yang lemah lagi mengantuk.
Maka aku tidurlah balik.

Itu saja kisah awal pagi dari aku.

Comel kan? *muahahhahahahahaha*




Wednesday, October 23, 2013

Surprise!

Pagi pagi tadi dapat kejutan masa nak buka gril antik di pintu belakang.




Roboh uols!

Menurut saksi kejadian, simen roboh jam 1 pagi. Puncanya tidaklah ku tahu.

Yang aku tahu, gril tak dapat buka.
Paip pecah so air pun takde.
Yang paling sedih, line internet pun takde! Wuwuwuwu!!!!!

Tambah aku takde kerja.

Nota: Nasib baik subscribe mobile internet. Boleh online & hapdet blog. Kalau tidak boleh meroyan aku!

Nota2: Gril antik ofis aku adalah yang berwarna kelabu itu. Sekian.

Thursday, October 17, 2013

Ini Tidak Adil, Tidak Adil Bagiku!

We had an emergency meeting this morning. 
Tapi untuk menghuraikan intipatinya aku kena bagi mukadimah dulu.
Begini ceritanya...*tarik nafas*

Office aku ni cuma ada satu big boss (Ms L), satu manager (Ms K), satu accounts (Ms C) dan dua kuli (aku & dan MariMar)

Yang pegang kunci office adalah Ms C & si MariMar.
Kemungkinan Ms L & Ms K pun ada kunci, aku tak pasti..
Tapi yang aku pasti, aku tiada kunci office.

Masalah office ni, is waktu bukanya selalu terlajak.
Supposed to open at 8am but selalunya buka dalam jam 840am macam tu.
Kalau awal tu kira rare case laa..
Aku admit, aku bukan selalu awal. 830am baru sampai (kadang terlajak juga 845am, depends on city bus..hehe)
Bila aku sampai dan office belum buka, terpaksa aku menunggu. Sebab aku tiada kunci office.

Baiklah, mukadimah dah abis, mari masuk ke intipati cerita.

Herrmmm herrmmm *clearkan tekak*

Tadi pagi seperti biasa aku sampai dalam jam 820am lebih kurang (ok maybe 830am) mcm tu.
Jenguk ofis, as usual...belum buka lagi.
So baik aku tapau breakfast dulu.
On the way tu Ms K call...tanya aku di mana
Of koz aku cakap di luar (nota: Aku tak pegang kunci ofis)
Terus meroyan si Ms K sebab aku x masuk ofis lagi!
Ada orang tunggu nak ambik passport & visa approval, dah marah sebab ofis tak buka lagi katanya.
Aku jawab la bukan aku yang pegang kunci ofis. Kena tunggu Ms C sampai baru ofis boleh buka.
Terus dia off call. Sentap lettew!

Aku biarkan je. Malas nak layan.
Tak lama tu Ms L pulak call tanya aku kat mana and again, aku explain benda yang sama.
Guess what? She was surprised kenapa aku tiada kunci office.
Ms C sepatutnya dah bagi aku kunci last week. Tapi sampai sekarang harammm nak ada.
Rupanya selama ni diorang ingat aku ada kunci.
Sigh. Whatever lah. Again, aku malas melayan.
Then Ms C pun sampai, buka office.
As usual aku teruskan kerja aku. Switch on komputer semua.
Jam 930am Ms L sampai. Masa ni ok lagi masih situasi biasa.
Jam 1000am Ms K sampai. Aura dia sudah lain macam.

Mula lah Ms K bom aku dan Ms C sebab lambat masuk office.
Yang si Ms C pun tak kurang hebat melawan.
Aku diam jer..jadi pemerhati.
Makin lama makin hangat, sampai Ms C nangis2
Habis hal hal lama pun keluar jugak.
Sekali Ms K tetap juga mengaitkan aku.
Macam dia tak percaya aku takde kunci office.
Sentap I tau! nasib amarah ni masih boleh di kawal.
Aku cuma jawab memang aku takde kunci pun. Setahu aku yang ada cuma Ms C & MariMar.
That's it. Aku tak bersuara dah lepas tu tapi Ms K & Ms C masih berbalas cakap.

Lepas tu Ms L masuk campur untuk meredakan ketegangan.
Dia buat emergency meeting.
Masing masing diberi peluang bercakap.
So berbincanglah kami.

Yang jadi tidak adilnya, Ms K tetap juga mahu menyalahkan aku sebab lambat.
Ya, memang lambat kalau ikut jadual sebenar TAPI if aku awal pun office ni tetap juga buka dalam jam 845am, dan AKU TIADA KUNCI OFFICE!!!!!!
Ni yang buat aku menyampah kalau spesis manusia tak paham bahasa.
Hampir aku hilang sabar, tapi Ms L menyelamatkan keadaan.
Dia cakap 'Ms K, how do you expect her to be in the office if she don't have the key? Even if she's early she still have to wait until Ms C or MariMar came and open the door'
Nasib baik ada bos memahami. Kalau tidak, sia sia aku jadi kurang ajar dengan orang yang lebih tua.
Bila kena sound macam tu barulah si Ms K drop the subject.

Kesimpulannya, aku akan di beri kunci office yang sepatutnya dapat dari last week lagi.
Tapi sampai sekarang belum ada...jadi kita tunggu dan lihat bila aku dapat kunci tu.

Haih, not a good way to start a day.

Semoga the rest of the day akan jadi lebih baik dari pagi tadi dan harapnya kesabaran aku dapat di kekalkan.



Amin Ya Rabb...



Thursday, October 3, 2013

Luahan Aunty

Berchat agak panjang dengan Aunty.
Bolehlah aku umpamakan yang dia sedang meluah apa yang terpendam.
Aku tidak ketinggalan meluahkan isi hati.
Cuma tapis tu tetap ada, bagi mengelakkan salah faham/mengeruhkan suasana
No worries, ini bukan masalah gaduh atau yang sewaktu dengannya, cuma sessi luahan hati..hehe..

Harus diakui, apa yang Aunty cakap tu banyak betulnya.
Sebab aku pun rasa benda yang sama, cuma posisi sebagai anak buah tidak memungkinkan aku untuk bersuara. Jadi lebih baik aku zip mulut.

Nantilah. Kiranya aku rasa perlu, one fine day aku akan kupas intipati chat kami. KALAU perlulah...