Sunday, September 29, 2013

28 September...

Happy Birthday to me!


Alhamdulillah...
Genap 35 tahun bernafas di bumi Allah SWT..
Ku panjatkan syukur pada Illahi atas segala kurniaannya
Atas segala cabaran dan dugaan...
Atas peringatan yang diberikan...

Terima kasih bonda dan baba yang melahirkan dan membesarkan...
Menjaga dengan penuh kasih sayang...

Semoga masih diizinkan Allah untuk menyambut hari lahir di tahun2 akan datang, insya Allah...

Melankoli pulak aku semenjak dua menjak ni..
Dah meningkat usia, macam ni lah agaknya..hehe..

Nanti kita continue cerita pasal birthday ye, ai nak tengok tv.

Byeeeees...o





Friday, September 27, 2013

Kata Hati...

Apa ada pada sekeping hati
Bila ia terlalu rapuh
Bagaikan bisa retak walau dihembus angin lemah

Apa ada pada sekeping hati
Yang kering kontang
Bagaikan terjemur di gurun panas membahang

Saat kecewa, merana dan derita
Kembalilah ke jalan yang maha Esa
Semoga mendapat petunjuk dari Nya

Saat bahagia dan gembira
Tetapkan jejak menuju ke arah Nya
Bersyukur atas limpah kurnia Tuhan pada hamba yang jahil

Ku mohon agar hati ini kekal berada di paksi yang lurus
Semoga tidak dipalingkan dari rahmat dan kasih sayang mu
Yaa Rahman Yaa Rahim.....


Perihal Handphone

Alhamdulillah handphone mama sudah pulih..
Eh, rasanya tiada pulak aku menguar uarkan yang my mom's phone went bonkers on the day I bought me self a new phone, kan?
So yeah, that's what happened. 
And during masa 'kerosakan' tu mom's been using my new phone.
Aku sebagai anak pasrah sajalah.
Well, mama pula yang pakai kan..takkanlah aku begitu stingy dengan mama sendiri. Menempah neraka namanya tu.

Entah apa silapnya tetiba ja phone tu tak boleh switch on. Asyik vibrate sepanjang masa.
So mom & brother send the phone for repair at this one shop around our area.
Kata technician tu masalah software. Can fix, RM60.00 dia bilang.
Ok lah, small matter.
Tunggu punya tunggu, tak siap jugak. 'Mau ganti mother board, dalam 3 hari baru siap' katanya lagi.
Bahek...mak encek pasrah. Mama dah bebel bebel. 
Aku tadah telinga je dengar bebelan mama. Kesian dia, she loves the phone so much. It's a gift from my brother so memang dia sayang.

Lepas 3 hari aku call kedai tu. (Aku - myself, Dia - technician)
Aku: 'So macam mana, boleh ambil sudah (the phone)?'
Dia: 'Ya itu phone boleh ambil sudah' 
Aku: (Yeay dalam hati je lah) 'Jadi sudah repair la tu kan?'
Dia: 'Oh tidak, saya tidak dapat repair tu phone...maybe ada masalah lain bla bla bla'
Aku: ........................(speechless)

Cut the story short, we went to pick up the phone later that night, sambil muka mama aku menunjukkan kekecewaan teramat. 

Then aku cadangkan bawa ke kedai next to my office and try if boleh repair di sana.
That was Tuesday. Like the previous shop, they said it's a software prob.
Can pick up on Wednesday, he said. Ok lah, hopefully this time boleh siap.
Came Wednesday, berlenggang lah mak encek ke kedai sebelah.
Rupanya belum boleh pick up lagi..
Bukan software problem katanya. 
Internal parts basah kena air...hence the problem.
Luckily boleh di repair. Ambil Khamis petang katanya lagi.
Baheklah, mak encek redhooooo....

Yesterday petang, berlenggang lagi aku ke kedai sebelah. 
Khabar gembira, phone dah siap and running as it;s supposed to be.
Khabar jahanam sikit, phone belum dapat ambik sebab orang yang buat tu cannot send the phone over due to heavy rain. Kalau nak tunggu lambat sikit katanya. 
Memang tak la kan, sebab aku kejar bas. Kesudahannya tunggu esok je lah.

So tadi pagi dah ambik phone. So happy that it's working fine.


Akhirnyaaaa......phew!
Dan akhirnya, henfon beta akan kembali kepada beta setelah lebih seminggu berpisah....

Syukur Alhamdulillah :)

Thursday, September 26, 2013

Ragam...

Terbaca di beautifulnara.com pasal artis ni..
Kena komen pedas dari 'peminat' pasal pakai pakaian ketat ketat sedangkan dia bertudung.
Then si artis retaliate, katanya 'Saya duta produk pelangsingan, dan saya nak promosikan produk tu. Jadi, takkan lah nak pakai baju kelawar pula kan…'
Baiklah...kalau itu kata kau.

Perlu diingatkan, niat tidak menghalalkan hukum. 
Yang haram tetap haram. 

Baru baru ni kau tetiba je blah dari shooting drama sebab kau tak puas hati dengan skrip (yang kononnya menghina dirimu itu) on the FINAL day of shooting. Dah last day baru kau cakap tidak puas hati? Selama ni kau tak baca ke skrip tu? Sangat tak logik ok alasan kau. Lupa agaknya yang kau dah sign contract bagai. Merasalah kalau kena saman lepas ni.

I wonder kenapa kau tidak angkat kaki time photoshoot untuk produk pelangsingan tu sedangkan itu lebih menghina kau sebagai artis muslimah. Pandai pulak kau bagi alasan, kan?

Haih..manusia ni memang mudah lupa. Apa apa pun, semoga diberi kesedaran.




Wednesday, September 18, 2013

Orang Miskin Membeli Handphone...

Aku ada akaun instagram tapi tiada phone android.
Aku suka main Candy Crush tapi tiada phone android.
Aku suka main Pou tapi tiada phone android.
Oleh itu aku pasang niat untuk membeli sebijik phone android.

Ikut kemahuan aku mau yang screen besorrr...
Resolution mesti terangggggg...tak main la kabur kabur bagai ni
Camera mesti hebatttttt, at least 3mp ke atas..
Tapi bajet ciput, macam mana nak dapat semua tu? Berangan jer lebih khennnnn...

But fret not, kerana aku dapat juga jumpa phone android yang memenuhi nafsu mata citarasa aku walaupun tidak 100%. Sedar diri miskin tak mampu memiliki gadget memahal maka aku mensyukuri jer lah apa adanya.

Introducing my EXMOBILE android phone...


Beli semalam, harga RM280.00. Android version Jellybean. Bolehlah untuk Instagram, Candy Crush, Pou dan yang sewaktu dengannya. Walaupun camera agak naharom tapi boleh dimaafkan. 

Oh, I'm still using BB tapi oleh kerana BB tak boleh insta candy pou segala tu maka aku curang terhadapnya. Harap dia tak kecik hati dan merajuk.

Sekian kisah ku yang miskin membeli handphone android.


Macam zadhe jer cerita ni tapi ada aku kisah? Kau pun baca sampai habis jugak kan? Padan muka! 

Friday, September 13, 2013

Aku Yang Tidak Keruan

Kekacauan hati menyebabkan fikiran melayang layang.
Tak tenteram, tak tenang...berdebar debar always.
Aku tahu apa sebabnya tapi untuk menghuraikan rasa amat payah.
I'm not good with words sebab kalau aku hurai panjang lebar boleh jadi merepek repek.
Jadi lebih baik aku diamkan dan cuba bertahan selagi mampu.
Semoga Allah SWT kuatkan hati dan semangat aku.

Amin Ya Rabbal Alamin.....

Thursday, September 12, 2013

'Mahu Jadi Boss' Katanya.....

Bila kita bercakap, buat buat tuli.
Bila tak faham, tak nak tanya.
Suruh buat kerja rumah sikit, banyak alasan.
Tak boleh di suruh, katanya yang 'mengarah' tu mahu jadi boss

Tapi kau asyik makan, tidur, main game & duduk membesarkan punggung tu, apa maknanya?

Siapa yang 'mahu jadi boss' sekarang?






Monday, September 9, 2013

Perihal Complaint

Suasana kerja aku dulu dan sekarang, memang banyak beza. Kerja di line yang sama : Tourism. Since December 1995. Waah..punya lama, almost 18 yrs pula aku bekerja. Terasa ketuaan disitu *sigh*

Ok fine ada break in between but only for few months saja so plus minus 15 yrs jugaklah aku membanting tulang cari rezeki.

Selama aku bekerja, boleh dikatakan aku sentiasa stress sebab busy. Banyak sangat paperwork tu yang membuatkan aku selalu terkejar kejar menyiapkan kerja. Nak lagi aku ni jenis yang sangat tidak suka ada pending work so memang masaklah aku menyiapkan kerja before balik. Bila kerja mengejar masa, aku jadi stress and cepat melenting. Makanya mulalah dalam hati & mulut aku komplen macam macam. And I ended up being a bitter person. Work relatedlah, bukan towards another human being. Tapi kalau ada yang cari nahas memang siap kena ngauman singa betina. Muahahah! *Ok not funny*

Di ofis sekarang keadaan adalah sangat berbeza. Relax memanjang and no paperwork at all. Boleh dikatakan macam tiada kerja langsung! Masuk office, turn on komputer and duduklah kau bersenang lenang. FB/Twitter/Blog/YouTube sepanjang hari pun tiada yang larang. Best kan? Aku bersyukur je dapat kerja macam ni. Cuma...bila dah terlalu santai tu memang bosan jugak lah kan. Hari hari online layan movie...sampai aku dah tak tau nak tengok apa. Sampai macam tu sekali ya kawan kawan...uols imagine lah sendiri tahap kesantaiannya itu. Hujung bulan tetap dapat gaji.

Jadi bila sudah terlalu santai, aku mula bosan. Mula rindu kehidupan yang busy. Mula rindu paperwork. Kegilaan apakah ini?

Haih..namanya juga manusia. Kerja senang pun komplen, apatah lagi kerja berat.

Bila agaknya reti bersyukur ya?

Wallahualam...


Wednesday, September 4, 2013

Bohong!

Semalam dan hari ini aku menjadi pembohong.
Bohong bersebab tau, bukan saja nak berbohong.
Aku berbohong kepada someone yang aku dah kenal for almost 16 yrs rasanya.
Kenal gitu gitu jer lah, bukan kenalan rapat. 
(Kenal pun pasal kerja sebab he works with the company yg menyelenggarakan sistem yg kami pakai. Eh, tak payah la aku explain panjang lebar. Korang faham sendiri sudah lah kan.)

So yesterday dia datang to my office sebab it's time to replace our computer & upgrade our system. 
Jadinya, terjumpalah balik after 4 yrs.
Memula tu okay jer. Tanya khabar bagai. Lepas tu mula dah dia keluarkan soalan yang memjadi punca kenapa aku berbohong.
Everytime jumpa dengan dia memang soalan  yang satu ini lah yang wajib dia tanya.
Soalan yang aku rasa buat wanita wanita boring and maybe annoyed at the same time.
Soalan berbunyi: Ko dah kawin ke belum?

Haih. Acik letih melayan soalan itu. 
jadi kerana kepala agak biol semalam, aku pun jawab dengan penuh keyakinan.
'Dah, anak dua lagi'
Berubah muka si someone.
Aku ingat, habis dah kat situ. Rupanya tidak! Oh..ramalanku kurang tepat belaka.
Keluar pulak soalan lisan bertalu talu.

Dia: Anak umur berapa
Aku: Yang sulung masuk 3 tahun (merujuk kepada anak buah aku si Eysha), yg kecil baru setahun lebih (merujuk kepada anak buah aku juga, si Zannah)
Dia: Oooh..sepasang kah?
Aku: Tidak lah, dua2 girl (feeling annoyed dah ni sbb banyak tanya pulak dia)
Dia: Husband orang mana
Aku: Orang sini juga
Dia: Kerja apa
Aku: Lecturer (siapa laa yg bertuah tu, aku pun x tau)
Dia: Di mana
Aku: Aik banyak soal pula kau ni. Teda privacy aku klu mcm ni..(feeling annoyed dah ni, rasa nak melempang muka dia pun ada jugak)

Nasib baik lepas tu dia diam and sambung kerja. Kalau terbit lagi soalan bonus, memang ku laharrrrrr habis habisan.

Kenapa laa dia asyik sibuk menanya status aku?
Berkenan kat aku kah?
Ke...pasal memang dia suka menyibuk?

Gegirl confuse sungguh sekarang ni.

P/S Nasib baik dia tak cakap nak tengok gambar anak2. Kalau tak memang siap la gambar anak2 buahku tersayang itu menjadi mangsa.

P/P/S kalau gambar anak aku boleh save lagi, tapi buatnya dia nak nengok gambar laki? Mau mati berdiri aku! 

P/P/P/S Tapi aku ada plan. Mau tengok gambar laki kalu...memang ada mangsa yang menjadi 'laki' aku. Ko pasrah sajalah ye. 

Dah. Aku nak sembahyang Asar. Nak doa banyak2 semoga selamat sejahtera dunia akhirat.