Friday, July 19, 2013

Ramadhan 9 & Panic Attack!

Hi.
Yesterday was a very, very stressful day for me.
Ada dua sebab kenapa aku stress tahap kegila gilaan.
Tapi itu aku akan ceritakan kemudian.

Sekarang let's see menu sahur & berbuka untuk Ramadhan 9.

Sahur: Drumstick ayam kicap + Ephyra
Iftar: Ayam lemak cili padi, sayur campur, bakso & kuih muih (tidaklah ku tahu kuih apa yang ada sebab stress & sangat down semalam. Oleh kerana itu, aku cuma minum oren seteguk dua and makan bakso dua sudu. That's all I can take. Selera langsung takdak!)

Let's cerita pasal apa aku stress.

Pertama: Guest beli tiket ke KL tapi bila aku issue tiket, dia blah begitu saja without paying for it.
Guest ni sebenarnya mangsa kecurian. Their bagpacks containing passports, money & such was stolen at their hotel room. Then mintak aku cari harga murah. Me being kesiankan orang susah, offer la harga online yg murah. My mistake was aku tak add up harga tax (blame MAS online sebab x include tax before showing the price! They should've done it so there will be no mistakes in future). Ok so they went to the bank ambik duit. Later, the husband datang and ready to purchase the ticket. Aku pun bagitau la harga tadi blm campur tax and such and I did apologize for my mistake. Aku tanya if he still wants to issue the tickets sebab harga dah lain kan..kalau dia nak aku proceed but kalau tak nak aku cancel je lah. I swear by GOD that he said okay, please proceed coz they need to go to KL to report & deal with their stolen passport thingy with US & German Embassy.

So I issued the tickets after he said that and even offered to do the online check in for them. Then the wife start to make noise and create a scene! Tuduh aku tak explain harga baik2 kat diorang walhal aku dah explain kat husband dia before issue tiket. I tried to explain but she screamed louder and louder, lepas tu angkut beg terus blah sambil membebel. Laki dia pun ikut sekali blah sepantas kilat. Nasib baik tiket aku pegang, klu di bawaknya tiket tu memang naya la aku.

Aku kejar diorang sampai a few blocks away and when I reached them the husband jerit kuat2 kat aku 'Get away from me!!' then the wife pun jerit sekali. Terkesima Kak Ton! Macam aku pulak nak merompak kat diorang! Biadap punya manusia...nasib baik bulan puasa aku bersabar & istighfar banyak2. Amazing sekali bila aku tak rasa panik or marah sampai nak menumbuk muka orang. Hikmah puasa agaknya kan...

Balik ofis tenang je aku explain kat bos. And I managed to settle hal ticket dengan MAS. Sekarang tunggu approval to waive the ticket's cancellation fee, then semua selesai.

Kedua: I found a lump on my right armpit dan ini lah actually the primary cause for my stressful day!. Sampai nangis2 la aku mengadu dgn my mom. At that time I was convinced that I've got cancer. Macam dah nak kiamat dunia aku rasa. Well, sape tak takut kan, tetiba your right armpit ada lebihan terbonjol di situ..memang takde fikir lain dah. Pasal ni jugaklah aku hilang terus selera makan waktu iftar.

So tadi aku beranikan diri pergi klinik. Alhamdulillah sangat bila doktor sahkan yang the lump is not cancer. Cuma lebihan lemak sebab overweight and she's been attending to quite a number of cases serupa macam aku. Punyalah legaaaaa hati ni Allah Taala je yang tau. And this condition (lemak berlebihan di ketiak) is called 'Abnormality Weighing'.

Now I can breath easy. Alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah...


Thursday, July 18, 2013

Ramadhan 7 & 8 and Cerita Ephyra

Hai. Bertemu lagi dalam rancangan mengupdate menu sahur & iftar.

Let's start with our menu for 7th day of Ramadhan.

Sahur - Telur taucu. Sangat sedap! Malangnya aku tak berapa berselera makan pagi tu sebab mengantuk tak tahan. Minum Ephyra segelas (oh, aku hari hari minum ephyra during sahur) and jamah nasi secubit dua with telur sebijik, cukuplah. Lepas tu terhangguk hangguk di sofa menunggu Subuh. 

Iftar - Mihun goreng, sambal ikan masin, sayur campur with chicken fillet/cubes - mama masak. Popiah, karipap, pulut panggang, bakso, murtabak, tau fu fah - beli di Bazaar. Mi Hokkien Kicap & Jagung Rebus - Aunty Jimah (neighbour) kasi. Air Red Guava.

Daaaannnn.....

Akhirnya ada gambar makanan! Yeay! *Tepuk tepuk tepuk*

Tapi gambar makaan di pinggan aku saje. Masih malas nak snap satu satu. So, kau hadap je lah..jangan banyak songeh.


Time berbuka ambik yang ni je. Tapi jam 10 malam makan nasi lauk ikan masin sambal. Dasar gemuk tangki besar. Oh, pakai pinggan polystyrene sebab takde air! Senang kerja takyah cuci.  

Siap cerita puasa ke 7. Meh nengok pulak menu Ramadhan ke 8.

Sahur - Menu kegemaran kembali! Cuba teka apakah ia? Yes, none other than ayam kicap! And time ni pun aku tak selera sangat sebab kemengantukan kritikal so aku minum Ephyra and nasi sesenduk sudu makan, ayam sepotong. Tu pun rasa seksa ok nak menghabiskan. 

Iftar - Kuay Teow Goreng & Nasi Goreng Corned Beef - my sis & mom masak. Kuih tepung pelita, yu tiao, pulut panggang, karipap, popiah, murtabak, kocung, agar agar keladi, kuih merah (angkoo kacang) and kuih lembut (belasah, aku x tau apa nama dia. Kuih hijau lembut mcm sponge ada kelapa di atas) & ABC - beli di bazaar. Air jambu merah.

Kenyang makan kuih on iftar day 7..hehehe. 

And weols dah start buat biskut :)
But yang pasti bukan aku yang buat. Adik adik la yang membuat, Aku kalau bab biskut ni memang surrender. Tahap kesabaran menunggu dia siap di bakar adalah sangat tidak boleh toleransi. So let's biarkan mereka yang sabar buat. 

 Biskut coklat & biskut entah apa namanya. Aku malas nak tanya nama.


Baheklah...dah lebih 2 minggu aku amalkan minum Ephyra ni. Memang kesannya tu terasa sangat. 
Sini aku listkan apa yang aku sendiri rasa n nampak perubahan dia.
  • Rambut lebih sihat, bersinar dan lembut - Seriously. Sebab rambut aku memang halus TAPI berminyak pun ye jugak. Pastu ala2 malap. Halus tapi malap, geddit? Since consume Ephyra, minyak sangat kurang and jadi super lembut. I loike!
  • Sistem pencernaan - Aku takde masalah tang ni sebab memang hari2 membuang. Tapi kali ni rasanya lebih smooth and sangat puas hati.
  • Meningkat tenaga dan daya ingatan - Not sure about daya ingatan but tenaga tu memang boost habis. Walaupun mengantuk tapi still bertenaga. Tambahan bulan puasa ni memang kurang sikit rasa terseksa perut & tekak. Tak rasa sangat letih puasa (cuma mengantuk tu kadang tak boleh cover..hehe)
  • Masalah Tidur - Aku memang masalah sikit dengan tidur. Kadang tidur awal tapi terbangun jam dua atau tiga pagi then susah nak tidur balik. Kadang tu mengantuk tapi puas la golek2 atas katil tetap tak dapat lelap. Then tidur pun macam di awang awangan, like kau tidur tapi still blh dgr aktiviti keliling..faham? So bangun tu memang rasa groggy n grumpy semacam. However since minum Ephyra, tidur adalah sangat best! Walaupun ada terbangun juga tengah malam nak wee wee or minum, senang jer tidur balik. 
  • Kulit - Kulit muka, sangat kurang berminyak berbanding dulu. Muka aku memang berminyak so terasa la perubahan. Then aku notice kulit aku tak lagi kering especially kat jari tangan kaki, siku dan lutut. Tumit yang pecah pecah tu pun dah mula improve wlupun belum sepenuhnya.
  • Bibir - I is berbibir gelap. Ok tak la gelap sangat tapi gelap la dari biasa. And since minum Ephyra bibir dah ada warna pink2 and tak lagi kering mengelupas. Bibir jadi moist. 
Ini bukan testimonial berbayar ye, tapi aku saja la share sebab dah rasa sendiri. Korang tataplah gambar before & after aku. Cuma before tu macam kurang cahaya sikit so muka aku sebenarnya putih sikit la bukan gelap sangat. And gambar after tu memang terserlah kecerahan tanpa sebarang edit atau lighting yang melampau. Eee..dah macam ayat promosi pulak. Tapi kalau korang tergatal hati nak beli Ephyra, korang order la dari blogger yg jual Ephyra ni. Kalau susah sangat, google Oceanlife (Ephyra's main distributer) and contact diorang directly.

SEBELUM

SELEPAS

Amacam, comey tak Kak Ton? 


Dah...tunggu next entry pulak.

Tuesday, July 16, 2013

Ramadhan 5 & 6

Sorry, a bit behind in updating.

Still no pictures of the foods, I'm just not in the mood yet. Perhaps when we entered the second week of ramadhan I will try to make an effort to snap a few pics and put them in this blog.

Let's see our Sahir & Iftar menu.

Day 5
Sahur : Ayam Kicap & Nasi.
Iftar : Ayam Kicap, Nasi Putih, Mee Goreng, Kuih Puteri mandi & kuih sago (buat sendiri), Murtabak Ayam, Roti John & Bakso Pantolan besar (Baazar mari), Air Bandung Cincau.

Day 6
Sahur : Ayam Kicap (Leftover) & Nasi
Iftar : Kuay Teow goreng, Mee Goreng, Ayam Sambal & Nasi Putih. Kocung  kenit pemberian my boss.Air bandung cincau kurang susu.

Do you realize that we had Ayam Kicap almost everyday?

Why not? It's simple and easy to cook. So we don't mind having ayam kicap almost everyday.

Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut ketawa he he he....


Sunday, July 14, 2013

Ramadhan 4

Sahur - Hati & pedal ayam sambal pedas. Telur dadar kicap.

Iftar - Kuay Teow goreng udang, ikan goreng, ayam kicap, sayur rebung masak lemak, sambal belacan. Martabak jawa. Air oren & cincau susu.

Another simple meal, another happy day!

Saturday, July 13, 2013

Ramadhan 2 & 3

Ramadhan 2

Sahur - Simple affair of ayam masak kicap. All time favourite :)
Iftar - Mee Goreng, Nasi Goreng, Ayam Sambal. Kuih muih (popiah basah, Cara Manis & Kuih Sago) sedekah from jiran. Air oren sunkist & ABC


Ramadhan 3

Sahur - Ayam sambal & Ayam Sup. Sayur Taiwan tumis.
Iftar - Nasi Goreng, Pedal & Hati Ayam masak pedas. Popiah, Karipap, Murtabak Jawa & Pulut Panggang - Bazaar Mari. Kuih Kurma & Karipap Pusing - Aunty Jimah bagi. Air oren sunkis & ABC Buah. 


Lauk pauk yang simple pun dah cukup buat hati gembira.

Alhamdulillah :)


Thursday, July 11, 2013

Ramadhan 1

Ahlan ya ramadhan kareem...
Tiba juga bulan yang di tunggu tunggu. 
Alhamdulillah masih diizinkannya menikmati Ramadhan.

Straight to the point, jom jenguk menu sahur & iftar 1st day puasa.
Sorry tiada gambar. Malas tak boleh di tolong.

Sahur: Daging Taucu & burger (tapau di Burger King the night before)
Iftar: Ayam Sze Chuan, Daging Taucu, Corn Soup, Bread Pudding, Air Sunkist. Kurma, Apricot & Buah Teen.

Itu je. 

Bersambung esok...

Friday, July 5, 2013

Ahlan Ya Ramadhan

Ramadhan kareem hampir tiba, beberapa hari je lagi 
Korang dh bayar puasa?
Jangan tak bayar tau..

Ok tu je nak cakap.
.
.
.