Wednesday, June 26, 2013

Rezeki..

Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kepada Allah SWT
Rezeki amat baik dua tiga hari ini
Tambahan lagi bila poket sedang 'gersang' dan 'kering merekah'
Memang I welcome it all with my open hands...heheheh.

Isnin, di belanja Soto & pisang goreng
Selasa, di belanja nasi campur.
Hari ini, di belanja Ngiu Chap & Teh C Ping
Ahh..bertuah sungguh! Semoga kalian2 yang membelanja terus murah rezeki dan terbuka hati untuk membelanja lagi!

Nikmatnya dilimpahi rezeki kurniaan Allah tak dapat diungkap dengan kata kata :)

Alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah.........

Tuesday, June 25, 2013

Nasib...

Jadi supir untuk beberapa hari.
Bila aku jadi supir ni memanglah berbakul bakul dosa aku awal pagi lagi.
Manakan tidak, sepanjang jalan memaaaaaaki saja sebab jammed.

Beberapa hari ni memang eksen la aku bawa kereta besar...
Orang signal minta jalan pun aku tak kasi chance. Miahahahah!
Tapi bila bawa kereta ni, everyday kena struggle cari parking...maklumlah area office aku ni antara tempat yang paling susah nak dapat parking. Hazab okeh! Boleh mendidih darah dalam badan pasal cari parking saja..haih! But syukur la dah dua hari bawa kereta ni, dapat juga parking. Depan office lagi. Tersenyum aku lebar lebar...hehe..

Tapi senyum itu terus kejung bila tengok charge parking.

Migrain oh bayar parking seploh hengget satu hari!

Bankrupt aku! Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!

Wednesday, June 19, 2013

Tak Suka!

Aku cukup tak suka dengan orang yang ambil kesempatan.
Aku rasa siapa pun menyampah dengan manusia berperangai taik macam ni.

Kata orang, perangai dan tabiat manusia ni boleh berubah. Jahat boleh jadi baik. Begitu juga sebaliknya.
TAPI some people I know memang tak kenal kot erti berubah tu. 
Makin menjadi jadi lagi. Haih. 

Pemalas + suka ambil kesempatan = Manusia jahanam. 

Puih!

Saturday, June 8, 2013

Eden Dah Dapek Kojo...

Alhamdulillah syukur nikmat
Kepada Tuhan yang memberi rahmat...
Cewah kemain nyanyi nyanyi gitu...

Bersyukur kaedahnya kerana dah kerja balik.
Gaji..erm, boleh tahan. Downgrade siiiiiiiiiiiikit dr tmpt kerja lama but still acceptable.
Tak pa, asalkan boleh bayar bills & tampung expenses dah kira ok lah.

Kerja pun takde lah stress or busy like my previous job. Sangat santai, relax dan bersenang lenang. Pendek kata ala2 makan gaji buta. Serious, aku tak tipu. Relax je berface book, twitter or layan youtube sepanjang hari. Sebab itu aku tak kisah walaupun gaji kurang sikit dari tempat lama.

Next week adalah vacation with family. Ye, vacation la sangat kan...short trip to KL je pun. Aku tak dapat bayangkan macam mana kecohnya nanti. Just imagine, kitorang ada 14 adults, 2 kids and an infant. Nasib semua bawak hand carry je tak bawak luggage...eh, wait a minute. Baby stroller yang kecik tu boleh hand carry or mesti check-in luggage ek? Ai is kompius..yo yo oh je confident hand carry. Sekali tak boleh, dah jadi satu hal pulak nak beratur bagi check in benda alah tu. Tak bawak kang patah pinggang omak apak eh mendukung anaknya yang tombam tu all the way.

Oih menceceh pulak dah...
Actually aku tengah lepak kat ofis bestfriend aku si Jessie. Minah tu mintak temankan dia kejap. Siap belanja aku makan lagi supaya aku nak temankan dia.

So sekarang dengan sesuka hati pakai komputer kat office dia mengupdate blog yang bersawang mawang ni. Heh, like a boss sangat kan? Hehehehehehe.......

Ok lah stop dulu buat masa ni, nanti sambung lagi if aku rasa nak mengarut ngarut.

Babai~!